Wednesday, June 3, 2009

Quick update

Terasa macam dah laaaamaaa tak update blog, padahal baru beberapa hari je pun, hahaha. Tak hilang ke mana pun, ada je kat sini cuma tak banyak masa nak hadap laptop sebab banyak sangat urusan nak kena settle-kan. Minggu lepas saja dapat beberapa surat dari pejabat daerah yang jaga bahagian hal ehwal kanak2. Ada beberapa borang perlu di-submit. Nasib laa diorang hantar awal, kalau kami dah balik nanti kesian pulak myLove nak kena uruskan. Biasanya kalau hal berkaitan dengan pejabat daerah atau urusan2 rasmi ni memang I yang handle. MyLove tak payah serabut2 kepala nak ke hulu ke hilir buat itu ini, kalau dulu tak ada kereta I naik bas je, tak kesahlah masa tengah sarat pregnant Rafiqh ker, masa Rafiqh still baby ker, haa sekarang lagi laa dengan dah sarat pregnant plus kena kendong Rafiqh ni, tapi nasib baik ada kereta, hehe...

2minggu lepas dan minggu lepas adalah minggu gotong-royong membersih rumah. Dalam luar rumah dan stor semua dah clear. Habis cuci calat dan sedap mata memandang, lama nak tinggal rumah ni, so biar laa tinggalkan dalam keadaan sesempurna mungkin. Minggu ni pulak adalah minggu buat frozen kuih-muih. MyLove request buatkan karipap, roti canai, murtabak dan nugget segera, senang dia nak makan time lapar, terus goreng jer. Baru siap 2jenis iaitu murtabak dan roti canai, cadangnya jumaat ni baru nak buat karipap dan minggu depan buat nugget...

Tinggal 2minggu je lagi sebelum balik Malaysia, kemain banyak lagi urusan, kalau tengok kat kalender tu, berderet2 yang ditulis, busy laa sangat kan, hihi... Minggu depan adalah minggu check up, ada 3appoinments. 1 tu my final check up kat sini, 2 lagi tu check up for Rafiqh yang akan cecah umur 1tahun 6bulan jumaat ni. Minggu depan jugak dah nak hantar kereta masuk kontena. So segala mak nenek kerja yang I nak kena buat tu mestilah selesai sebelum jumaat 12jun. Lepas dari tarikh tu, dah tak ada kereta, kalau nak ke mana2 memanglah kena minta junior tolong hantarkan. Nama kata nak naik bas, minta maaf ler, sekarang kandungan dah nak masuk 32minggu, dah tahap genkai(=limit) dah nak dukung Rafiqh dan jalan jauh2. Dari rumah I ni nak ke bus stop tu ada laa paling kurang 20minit, nak panjat bukit pulak, haihhh mampuih haku! Minggu terakhir tu plannya cuma lepak2 kat rumah dan siapkan frozen lauk-pauk.

Dah penuh dah jadual harian, yang mana boleh buat cepat tu, terus buat cepat2 jangan tangguh2. Dok tangguh2 kang last minute nanti ada pulak yang pengsan, hehe...

6 comments:

Ina said...

biasala kiter org pompuan b4 wat pape tetambah kalau nk tinggal rmh lelama harusla nk bg sumer clear kan. ni pn b4 bb lahir dh list mcm2 - basuh langsir, spring cleaning rumah, cuci fridge n so on. hubby kata apa kaitan fridge dgn bb nk lahir. owh byk kaitannya. nk wat cooking paste n mcm2 lagi n frozen siap2. dah la bln poser time tu. dia jugak yg xyah susah2 nnt. tp kiter ckp kt dia malas nk citer. abang ikut jelah hehe

Fith said...

memang betul tu ina.byk benda kita kena fikir n prepare awal2.better buat frozen semua siap2,lauk pauk pun kan,nanti senang.time2 kalut tu takyah stress nak kelam kabut masak.fith masa rafiqh kecik2 dulu pun fith simpan lauk frozen gak,hehe.

kew_chop said...

aahla, nasib baik fith ckp pasal wat frozen foods tu. nk kene wat gak ni byk2 b4 balik. agak2 kalo die mkn time kite dok jauh2 tu meleleh air mata, hahaha.. padahal kang mak budok yg dok teriok time mkn kat mesia teringat laki dok mkn ape la tu.. ni la susahnye jadik bini2 org kan, semua benda nk kutip pikir.

Fith said...

Murni,
haha tuh laa kan.klau mkn sedap2 je kat sana teringat laa kat suami terchenta itu.takper2,nanti bawa laa blk segala apa yg dia suka mkn.
kdg2 berjauhan ni bagus gak kan,boleh eratkan hubungan,hihi

aisha said...

hihi..teringat pulak balik msia 6 bulan time bersalin aina last year..hihi..tulah mcm2 kena prepare kan? tp fith balik baper lama?take care okay..

Fith said...

wah aisha balik sampai 6bulan,hehe.fith blk dlm 3bulan,settle pantang n hal visa baby,mmg cepat2 nak blk sini...
u 2,take care