Wednesday, June 17, 2009

Cerita Rafiqh

Macam2 kerenah budak nak membesar ni kan, kadang2 tu rasa penat jugaklah nak melayan. MyLove selalu kata, banyakkan bersabar tambah2 lagi dok membawa budak, nanti kalau selalu marah2 lekat pulak perangai tu kat baby, hehe. Bukan suka sangat nak marah, most of the time memang I akan cuba bersabar tapi bila dah terlampau penat dan tahap kenakalannya dah buat I bertanduk, memang kena laa cubit/tampar dan marah tu... Ada ker ek mak2 yang tak pernah marah? Kadang2 I rasa macam I'm a bad momma...

Dulu setiap kali dia nakal, I akan panggil nama dia dan tanya "Rafiqh nak babap?", kalau dia tak patuh memanglah dia kena babap dan diikuti dengan pertanyaan "itai?(=sakit?) bla bla bla(read:nasihat/bebelan)". Sampai satu masa tu, bila I naikkan suara panggil nama dia, dia terus jerit "itai, itai", wah sungguh auta keling budak ni, tak kena babap lagi dah cakap sakit. Baru2 ni pulak baru je I panggil nama dia, dia dah tanya I dah "babap? babap?", hahaha, bertuah betul! Hah sekarang ni tak kira laa siapa2 pun, kalau dia marah dia akan kata "babap, babap", amboi2 selamber dia je nak babap orang!

Beberapa minggu lepas, tak ingat laa pulak apa dia buat tapi ayahnya marah laa dia. Boleh pulak dia tarik muka dan duduk belakang cooler sambil mulut dok membebel dalam bahasa dia, lawak giler, tergelak kami dibuatnya. Sejak hari tu kalau dia tak puas hati je mesti buat bunyi membebel tu, setiap kali tu jugak I akan tergelak dan ajuk dia. Lama2 dia tak anggap benda tu sebagai tanda protes dia, sebaliknya jadi bahan untuk dia buat lawak. Sama laa jugak masa awal2 usia setahun dulu, bila dia dah mula belajar nak throw tantrum, dia akan hempaskan badan kat lantai sebagai tanda protes. Untuk elakkan dia ulang benda tu, I cepat2 tangkap dia dan geletek dia atau alih perhatian dia ke benda lain, secara tak sedar dia stop mengamuk. Tak lama lepas tu, dia macam dah lupa cara nak mengamuk... Perangai2 tak elok tu sebolehnya tak nak laa sampai jadi habit, tapi tu lah kadang2 rasa tak reti pulak nak handle. Cuma apa yang penting bagi I, apa je yang dia buat kalau I tak suka I tak tunjuk perasaan tak senang tu sebaliknya tune benda2 tu jadi bahan yang melucukan, so dia tak ada modal nak over react.

Macam budak2 lain jugak, dia sangat suka sesi bercerita. Biasanya malam sebelum tidur je laa, sebab siang2 dia tak reti nak duk diam, asyik ke hulu ke hilir sibuk memanjang. I ni jenis tak reti nak berimaginasi bercerita kisah2 dongeng si kancil ker hapa ker, so selalunya watak yang diceritakan tu adalah watak yang benar2 wujud, cerita pasal dia laa siapa lagi kan, hehe. Kalau dulu I yang akan bercerita dia mendengar, tapi sekarang dia pulak yang bercerita mamanya jadi pendengar. Hagham sepatah tak faham, tapi siap ada gaya2 tangan lagi. Setiap kali dia mula bercerita, memang I tak tahan nak gelak, so dia pun cerita sikit lepas tu gelak, sambung balik lepas tu gelak lagi, entah apa2 entah!

Kalau tanya atau ajar dia apa2, memanjang jawab "tak tahu", hadoi tensyen haku! Kalau ajar dia mengira, I akan ajar 4bahasa - melayu, english, japanese dan arabic. Tapi yang dia boleh sebut hanya "satu, two, ti(=three), paih(=five), ten", tu pun jangan disuruh, ikut suka hati dia je bila2 rasa nak mengira. Berlagak terer, perasan dia lagi pandai dari mak dia...

Lately hobi dia ialah pakai tudung! Pantang nampak tudung I, dia akan sarung kat kepala sendiri. Kadang2 tu betul laa, nampak laa muka, tapi kadang2 tu tertutup muka so jalan melelong habis langgar kerusi meja. Suruh pakai kupiah takmau, tudung jugak dia nak! Selalunya kalau dah start pakai tu jangan harap dia tanggalkan. Sampai main pun dia bertudung, aduhai, solehah sungguh!

Lagi sebulan lebih je baby nak lahir, dia masih blur lagi I rasa, setakat tengok perut yang besar dok gerak2 mana laa dia tau dalam tu ada apa, yer dak? Kalau suruh dia cakap dengan baby, dia akan letak both of his hands on my tummy, ala2 gaya kiss perut tapi dia jerit kuat2, hahaha. Terkejut si kecik dalam tu agaknya... Kadang2 bila I ajar dia sebut "adik", dia dah mula sebut "aaadik"...

Sejak dah pilih nama untuk si baby, I memang panggil baby dengan namanya. Kebetulan pulak nama mereka ni iras2, sebenarnya I ragu2 nak letak nama tu cause takut nanti anak2 confuse. Kang panggil si abang, si adik menyahut, panggil si adik, si abang pulak yang datang, alahaiii haru aih! I laa yang gatal2 suggest nama tu kat myLove, 1st time dia dengar dia terus berkenan. Tapi masa tu I tak tau lagi apa maknanya, seumur hidup ni tak pernah dengar lagi nama tu padahal ada je orang dengan nama tu, hehe. Lepas dah confirmed maknanya kami decided nama tu untuk si baby. Kadang2 tu saja je nak sakat Rafiqh, tengah2 dia dok ralit main/tengok tv depan I, I akan panggil both of the names, nak test dia confuse ker tak. Eh rupa2nya dia tau mana satu nama dia, hahaha. Kalau panggil nama dia, dia response laa, samada dia paling muka atau menyahut, tapi kalau malas sangat dia buat gaya muka je, kadang2 tu gaya muka iya(=tak suka), mesti dalam hati menyumpah mak dia, apahal panggil2 orang puluh2 kali, kahkahkah. Bila panggil nama si baby, dia bolayan, buat derk muka sekupang!

10 comments:

Ina said...

wah apa la nama adik tu. bulan dpn ye fith dh xlama dh. excited tggu adik rafiqh lahir :D

chiputch said...

fateh pn sama la mcm rafiqh...suuuuukaaaa sgt2 pakai tudung chiput. especially tudung yg jenis sarung tu. kalau dh pakai mmg xmo tanggal.

bab suka bercerita tu mmg chiput sgt2 phm. fateh ni kalo mama dia xdgr dia bercerita, amboiii..bkn main marah. nak xnak kene la psg telinga dgr fateh 'bercerita' eventhough sepatah habuk xphm. lps abis 'bercerita', fateh akan tepuk tgn. mama dia pn kene tepuk jgk, kalau x nnt dia sambung cerita lg. (agaknya dia ingt cerita dia xbest, lps tu dia tuka cerita lain kot?)

Fith said...

Ina,
aah bulan depan dah ina,kejap je kan...fith pun tak sabar nak tgk baby ina jugak,hihi...

Chiputh,
apa kes laa budak2 lelaki suka pakai tudung kan,tapi cute je,lawak bila tgk,fith sampai sakit2 perut dok gelakkan dia.pasni kena train bg pakai kupiah laa pulak,hehe.
haa fateh lg terer,siap kena tepuk tgn tu.comel2.mesti rasa dah hebat sgt boleh bg kita dgr citer diorg kan,hahaha

kew_chop said...

adoila macam2 ragam gak baby boy ni ek. camana la gamaknye ragam si zayyan bile besar sket.. nanti leh geng ngan abang rafiqh plak.. tak sabar nak tunggu adik rafiqh kuar n nk tahu nama bb..

ecah said...

hehehe.. pandai fith ubah tumpuan rafiqh erk.. bole lah try kat hadiff pulak nanti kalo die ader ngamuk2.. sekarang nih, hadiff bile tgk mama nyer pakai tudung mesti excited, jerit2 mcm tau nak keluar lps ni... satu habit hadiff yg saye tak leh nak ubah hadiff lg ialah hadiff akan mintak katil kalo nak tido.. die sanggup tahan mata kalo xdpt katil. atas riba pon tak mau tido... bile ltk atas katil jer, tak lebih 10 minit die bole terlena... huhuhu...

Fith said...

Murni,
biasanya anak no 2 ni lg hebat,sbb dia ada model ie kakak/abang,hehe.tgk laa nanti aksi si zayyan pulak,haha...
haa teka2,agak2 apa nama adik rafiqh.senang je,hehe...

Ecah,
amboi aih,hebat tul nak tido atas katil.empuk gitu ek,pandai2,hehe.
aah kan,bila dah makin besar ni makin bijak laa,tgk tudung pun tau kita nak keluar.sikit hari lg,hadiff tunggu dpn pintu siap2 bila mama nak keluar.

Dyana Muz said...

lawakla rafiqh ni..mesti comel kan time die dok bercerita tu hehe..nnt dpt adik bolehla tlg bacakan buku utk adik ek..

Fith said...

Dyana,
haa tuh laa,boleh laa minta tlg dia tgkkn adik dia time mama buat keja,hahaha,berangan laa mama.

zura said...

hye fith.., lame tak tinggal comment rasenya..! erm tu la kan.., kdg2 hilang sabar jadinya layan dorang nie..! tapi bile dah marah tu menyesal pulak rase..! skang nie amsyar pun same..., siap ajuk dgn cekak pingang lagi marahkanorg lain..! kdg2 saje je dia nak test kita.., aiee..! tapi skang nie dia dok suka hentak2 kaki dia kat badan org..! tu yg geram tu.., kalau kita marah dia..! tgn dia cepat je pukul kita balik.., sabarrrrrrr...! aieeee..,

Fith said...

Zura,
tuh laa pasal,dah hbs marah tu kdg2 nyesal pulak.nak2 klau marah lebih2 kan,over pulak kita ni emo.
amboi2,amsyar tiru mama dia ker tu,hehe.garangnya anak teruna zura.boleh train adik dia laa pasnih,haha