Monday, June 29, 2009

Barang baby dan set bersalin...

Barang2 keperluan baby dah habis dibeli. Tunggu masa nak melahirkan je ni, tapi beg hospital tak kemas2 pun lagi. Kalau ikut pengalaman lepas, tak banyak pun benda nak dibawa ke hospital, pakaian baby dan mama hanya diperlukan pada hari nak keluar hospital tu je, sepanjang dok situ memang dipakaikan pakaian hospital. Dulu beriya bawa itu ini tapi tak guna pun. Alah duk pun sehari dua, kalau kat Jepun duk seminggu memang laa banyak barangnya...

Semua barang baby dah siap dibasuh dan disusun masuk dalam bakulnya. Penuh dah satu bakul tu, syok je tengok barang kecik2 cinonet tu. Tapi masa nak membasuh, menyidai dan melipat tu alahai cemuih sungguh, kenit2 je. Bila dah get prepared semuanya ni rasa tak sabar pulak nak tengok baby pakai, hihi...


Memang best sangat shopping barang baby kat Malaysia. Banyak pilihan dengan harga yang sangatlah murah bila compare dengan Jepun, hadoi gatal tangan ni nak mengangkut, sabar je laa. Ada laa tambahan beli baju baby sikit2 tapi yang untungnya Rafiqh laa, banyak jugak dapat baju baru. Cuaca kat sini kan panas, sehari 3-4kali dia mandi, so baju pun asyik laa menyalin, sehari berhelai2 dia pakai. Nak tak nak kena laa tambah beli baju2 simple untuk dia pakai kat rumah...


Hari tu masa kat sana dok pening2 nak pilih set bersalin, balik sini terus survey produk2 yang dirasakan baik dan sesuai. Mulanya tu nak sambung pakai Leesa Formula je, tambah beli sikit2 since yang lama pun masih berbaki lagi. Tapi masa dok belek2 katalog HPA tu ternampak set bersalinnya, terus rasa nak cuba. Tak mahal pun, untuk ahli cuma RM70. Ada minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk, kapsul wanita A & B, ubat basuh dan spirulina. Selain tu I tambah beli losyen mustajab, multivitamin dan gamat healin je. Rasanya cukuplah untuk tempoh berpantang nanti...

Sunday, June 28, 2009

1st check up in Malaysia...

Jumaat lepas genap usia kandungan 35minggu. I buat appoinment untuk antenatal check up petang jumaat tu. Pergi dengan my sis-ateh, my youngest bro-adik, my nephew-Syafiy dan Rafiqh.

My weight had reached the limit which Dr Isobe gave me before, so now I am already 59kg. Ada 5minggu lagi ni, so mungkin boleh sampai ke 65kg, perghhh gemuk tak hingat! I target untuk capai berat ideal(+-47kg) balik sebelum baby berusia 1tahun... Yosh, gambarou!

As usual, blood pressure and urine test are okey. Gynae Dr Sharifah scan baby, beratnya sekarang 2233 g, seperti Dr Isobe dok kata, my baby punya estimate fetus weight memang kurang seminggu dari yang sepatutnya. Dr Sharifah kata baby kali ni berkemungkinan besar tak akan cecah 3kg pun by the time dia lahir, I really hope so.

Kedudukan kepala baby tepat di tempat sepatutnya cuma masih belum engage, masih awal lagi tambahan pulak dia masih kecil. Kedudukan plasenta terletak di belakang dan secara keseluruhan doktor kata kandungan stabil. Saiznya yang kecil menyebabkan tak banyak tekanan dikenakan pada kesan jahitan lama, memang pun, selama pregnant ni tak pernah lagi rasa sakit atau nyilu kat bekas jahitan tu. Disebabkan I pernah dibedah untuk 1st pregnancy, doktor bagi supplement Primelet untuk diambil sehingga kelahiran, bertujuan untuk tingkatkan kadar hemoglobin dalam darah sebagai back up if anything happen nanti.

Next appoinment on 10th july...


Saturday, June 27, 2009

Cerita basi...

Dah hampir seminggu balik Malaysia, memang seperti yang dijangka tak banyak masa nak hadap laptop ni lama2. Malam2 sempat chat dengan myLove je, siang2 ni sibuk banyak benda nak buat. Rasanya tak berlarutan kot macam ni sampai balik Jepun semula, dah bersalin nanti lepas dah biasa dengan jadual baru nak uruskan baby dan Rafiqh, for sure laa banyak masa senggang kan. Nanti time tu boleh update banyak2, insyaAllah...

Entry kali ni cerita semingggu yang lepas, dah basi dah laa, hahaha... Perjalanan pulang ke Malaysia alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tapi of course sangat amatlah memenatkan... Kami bertolak dari Ube pukul 12malam dan sampai di airport pukul 7 lebih. Berhenti rehat(read:myLove tidur) 2kali kat service area. Dekat2 nak sampai airport tu tak tau kenapa Rafiqh ni muntah pulak. Nak kata tak sehat, sehat je badannya tapi mungkin kurang selesa tidur-bangun-tidur-bangun, dalam perjalanan jauh pulak, aduhai nasib baiklah dia tak meragam lepas muntah tu. Sepanjang perjalanan dari Ube ke Osaka, Rafiqh tidur dalam car-seat yang disewa sekali dengan kereta. Kami sewa Prius je, alhamdulillah selesa laa untuk perjalanan jauh. Lepas dah salin semua baju, setiba di airport kami tunggu masa nak check in. Kali ni nasib kurang menyebelahi I, barang yang I bawa semuanya 40kg, limit untuk kami berdua cuma 35kg, so kena laa buang 5kg. Tu pun nasib baik petugas tu kira cincai2 so tak banyaklah yang kena keluarkan, plus I kan bawa stroller masuk cabin, sepatutnya stroller tu ditimbang sekali dengan barang2 tapi petugas tu tak kira. Fuhhh lega... Hari tu a friend of mine-Murni ada tanya pasal stroller masuk cabin, so nanti insyaAllah I'll write about this later...

Kami masuk ke departure hall pukul 10, 10.40pagi dah masuk plane. Mula2 tu masa check in I requested seat dekat tingkap dan nak bassinet. Disebabkan plane tak penuh, petugas tu bagi 2seats with bassinet, syukur sangat. Elok masuk je Rafiqh terus tertidur, tak sempat nak take off pun lagi, penat sangat agaknya. Bila dah berlepas baru laa pramugari pasang bassinet tapi malangnya Rafiqh tak muat, kaki panjang sangat, hahaha. Untuk lebih selesa, kami tukar seat dan dapatlah 3seats, selesa laa kan, boleh laa Rafiqh nak main. Dekat pukul 1 baru dia bangun, elok je I dah habis lunch, so bagi dia makan dan main2. Mujur laa dia tak nakal dan lasak dalam plane tu, dia melukis dan baca buku, main itu ini tak turun seat pun, perghhh lega. Tapi mulutnya bising tak hingat laa, bercakap dengan pramugara/pramugari dan passengers lain.

Lebih kurang pukul 3 dia tertidur balik. Sempat laa mama nak rest dan tidur sama. Pukul 4 lebih dia bangun, lepas minum petang dia poop, part ni sadis sungguh, hehe. Memang susah laa nak salin pampers budak dalam plane, kalau baby tak apa laa lagi kan. Tapi nak buat macammana, dah dia makan itu ini takkan tak membuang pulak. Nasib baik laa sekali je...

Lepas dah landing, kami keluar paling lambat sebab tau stroller akan keluar lewat tapi tak laa sangka punya laa lambat. Dah laa kena tunggu luar plane yang panas membahang, so Rafiqh dah mula meragam sebab panas. Bila dah dapat stroller, sebelum pemeriksaan kastam tu kami kena buat pemeriksaan suhu badan, prosedur untuk influenza H1N1 tu, Rafiqh yang resah dan bad mood kena tahan sebab suhu badan agak tinggi, cecah 37.5, dia disyaki demam. Lepas 3kali buat pemeriksaan suhu badan yang memakan masa dekat sejam tu baru laa Rafiqh dilepaskan. Masa nak pi ambil barang2, kaunter pun dah tutup. Kena laa pulak melilau cari barang, ces. Elok keluar je memang dah rasa penat sangat. Kalau boleh nak je balik Ipoh terus, tapi since my in laws ada kena laa lepak2 sembang dulu. Bertolak balik Ipoh dan sampai hampir pukul 10malam.

Itu saja laa ceritanya. Secara keseluruhan I considered Rafiqh behave well. Cuma keadaan diri I sendiri yang dah heavy pregnant buat I jadi kurang bertenaga...

Thursday, June 25, 2009

Fuhhh

At last, baru dapat post entry hari ni...

Sejak balik sini, setiap hari pagi dan petang asyik keluar jer. Bila nak online malam2, hujan laa pulak, siap guruh2 lagi, memang sah laa tak boleh nak online lama2. Tu pasal laa tak berupdate. Mungkin blog ni jarang ber-update hingga selesai kenduri kahwin nanti. Once dah settle bab kenduri, baru laa banyak sikit kot masa...
Kali ni tak dapat nak update banyak2, just buh gambar terbaru Rafiqh. Panas sungguh kat sini, kesian Rafiqh berpeluh2 tergaru2 kepala dan telinga. 2hari lepas, masa bawa my bro pi potong rambut Rafiqh tengok je, sengih2. Ingatkan ok laa kalau potong, tapi macam biasa laa, meraung laa jugak, hahaha. Jenuh nak "pelekoh", nasib laa orang tu terer, kejap je settle.

Wajah terbaru Rafiqh...

MyLove kata anak dia tak hensem dah sebab rambut pendek, hehe. Tapi dah panas sangat kan, kesian tengok dia, tu yang potong jugak tu, alah sempat laa ayahnya balik sini nanti rambut Rafiqh dah panjang balik...

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day !!!

*** entry ni jugak di-set untuk di-publish pada hari ni ***

Hari ni hari bapa... Selamat hari bapa buat semua bapa2 di seluruh dunia, hehe...

Tahun ni tak dapat nak celebrate father's day dengan myLove, tapi I dah celebration siap2 on last thursday. Petang khamis tu ajak my junior, Pida ke beberapa supermarket for dorayaki hunting. So on the way balik rumah tu minta dia singgah di kedai sushi untuk tapau bawa balik. MyLove suka sangat makan sushi, ahad lepas pun ada beli tapi sikit je, I tak makan sebab tak berselera so myLove share dengan anaknya yang jugak hantu sushi... I tahu for sure dia tak puas makan sebab sikit sangat, that's why I sengaja belikan banyak2...


Tak ada hadiah pun nak bagi, I cuma buatkan kad dan belikan coklat je. Janganlah kutuk my card okey, I know I'm not creative tapi gedik jugak nak buat instead of beli, hihi... I letak kad+coklat ni dalam microwave dan cakap kat myLove suruh dia tengok, surprise laa tu konon, hek!
Sesetengah orang anggap hari2 istimewa macam hari bapa ni sama je seperti hari2 biasa, tak perlu nak diraikan, bagi diorang setiap hari tu hari bapa dan kita kena hargai bapa tu setiap hari. Memang betul laa tapi rasanya tak salah pun kita gunakan peluang 1 hari ni untuk lebih menunjukkan penghargaan kita buat kaum bapa ni, betul tak? Kita mungkin beli kek atau masak special foods pada hari2 lain jugak, tapi kalau kita buat something special today dan dia pun tahu untuk apa kita buat tu, rasa seronok/terharu tu pasti lebih berganda2 berbanding kebiasaannya, betul tak?!

Selamat hari bapa jugak buat abah dan ayah(my fil)... Moga myLove, abah dan ayah sentiasa sihat wal'afiat, sentiasa dicucuri rahmat Allah dan bahagia dunia akhirat...

Saturday, June 20, 2009

Frozen foods part 2

Entry ni auto-publish, agak2 kalau lama blog ni tak ada entry, ada tak orang nak rindu?! hahaha, perasan!!!

InsyaAllah mungkin sekarang ni kami dah pun berada di atas awangan, ecewah. Tak sabarnya nak sampai Ipoh, nanti boleh story-mory kisah travel kali ni kan kan kan... Daoakan perjalanan kami dipermudahkan yer...

Entry kali ni mai nak sambung part 1 yang lepas... Frozen foods kali ni ialah lauk pauk pulak. Buat 5 jenis je, ada yang stok banyak, ada yang stok sikit, depends on jenis masakan. Harap2 semuanya elok2 je sampai habis dimakan, janganlah ada yang basi ker hapa ker. Sekarang ni dah nak masuk summer, kena lebih hati2 bila kendalikan makanan ni kan. I pack pun banyak2 terus, boleh je nak pack sikit2 tapi rugi ruang laa pulak, ni pun nasib baik ada 2 peti ais yang boleh bekukan, kalau harap 1 je memang tak muat!

1. Ayam masak merah
- I buat 2kg ayam boneless. MyLove memang prefers boneless sebab senang nak makan kat ofis, pakai sudu je kan. Potong sederhana saiznya then goreng sedikit garing. Biasanya orang buat separuh masak je tapi I masak ikut selera si tukang makan, kena laa garing...

2. Ayam masak 3 rasa
- yang ni pun 2kg ayam boneless.

3. Ayam masak madu
- buat 1kg saja...

4. Sambal kosong
- buat sambal siap2 nanti myLove cuma goreng telur, ikan bilis atau apa2 je, dah boleh dimakan. Buat sikit je sebab baki instant sambal bajak dan terasi yang Indonesia punya masih banyak kat rumah ni, semua tu baki lepas tutup kedai hari tu. Kalau sambal kosong ni habis, myLove boleh guna sambal segera tu, adjust serba sikit je dah siap, sedap pun sedap!
5. Sotong masak kicap
- lauk ni kena makan cepat2, esok/lusa habis laa ni... Buat pun sikit je, nak habiskan baki sotong dalam peti ais tu...


Kalau nak buat frozen lauk pauk ni I memang akan goreng semua lauk tu supaya kuah tak meresap masuk dalam ayam/daging. Tak sure pulak boleh ker tak kalau nak campak mentah2 je macam masak paprik, tomyam dll tu, tak pernah cuba...

I mula buat frozen lauk-pauk ni sejak kahwin. Masa tu kan masih study, 3rd year pulak tu. Bagi sesetengah department, 3rd year ni dah releks dah, masa 2nd year yang hectic gila. Tapi my department lain sikit, 2nd and 3rd year memang kelas penuh. Kalau negara lain mungkin 1 sem ambil 4-8subjek kot, tapi kat sini selalunya sampai 10++. Haa bagi juniors yang selalu tanya I tak penat ker jadi wife at the same time jadi student tu I tahu diorang refer kepada tanggungjawab nak layan suami tu kan, hehe. Kalau suami tu student lain keadaannya dengan suami yang dah kerja. Suami student ni banyak masa dok rumah, time ada kelas je dia tak ada, memang banyaklah dia boleh tolong untuk ringankan beban si isteri yang sama2 study kan. Tapi kalau suami dah kerja, tak banyak boleh diharap, dia keluar pagi2 dan balik lewat petang/malam. Seharian penat kat ofis, takkan nak demand itu ini dia buat pulak kan, kalau kadang2 tu tak apa laa, betul tak? Oleh itu adik2, nak kahwin awal tu boleh, yang paling utama kita kena bersedia, mental dan fizikal... Kena laa bijak uruskan masa, baru laa tak rasa terbeban, yer tak? hehehe...
Biasanya I memang masak setiap hari, cuma kadang2 tu sengaja masak banyak2 so boleh simpan untuk hari2 yang tak sempat nak masak. Buat kuih pun sama jugak, buat banyak then simpan. Masa Rafiqh baru lahir pun I buat macam ni jugak, at least ada back up lauk dalam peti ais, perangai baby ni bukan boleh agak, kadang2 baik kadang2 meragam. Buatnya dia meragam, memang tak sempat nak masak, so tak ada laa myLove kebulur tak makan pulak kan, dah ada yang frozen ni, time2 malas ker tak sempat ker, memang sangatlah membantu...
Selain lauk-pauk yang di-frozen, I mesin cili kering seminggu sekali, bawang2 pun sama, bawang putih tu siap2 kupas dan simpan satu bekas, semuanya main agak2 cukup untuk seminggu. Haa masa nak masak tu tak ada laa terkocoh2 itu ini semua baru nak buat kan. Dah siap2 ada tu boleh panaskan minyak dan campak2 je. Mak2 yang bekerja mesti tau buat semua ni kan... My mom yang surirumah tu pun sampai sekarang buat macam ni lagi tau! Ni bukan kes malas, tapi bijak merangka kerja, muahahaha...
Habis dah cerita pasal frozen foods, ni cerita pasal instant foods pulak. Hidup kat perantauan, kadang2 instant2 ni penting jugak. Kes penyelamat bila hormon rajin tak keluar, hehe... Ni semua stok lama, tapi elok lagi laa nak makan. Brahim ni memang simpan untuk myLove guna je, I tak suka sangat masak pakai perencah ni, macam pelik je rasanya, perasan terer masak, hahaha... Stok maggi tak payah cakap laa, punya laa banyak. Makannya tak pun, simpan je buat hiasan! Tapi I tahu kalau I tak ada ni myLove makan laa. Dalam gambar tu sebahagian je tu, kalau tunjuk semua kang ada kata kami nak buka kedai pulak kan. Gambar paling bawah tu adalah sambal bajak dan terasi. Terasi ni bahasa indon maknanya belacan, kalau buat sambal ikan bilis campur dengan sambal terasi ni walla terangkat! I dulu tak reti nak guna padahal sendiri yang jual, myLove yang ajar cara nak pakai, so sekarang kalau masak sambal suka campur sikit, sedap!
Selain yang ada dalam gambar ni, ada jugak perencah2 segera lain macam nasi goreng laa hapa laa, semua tu baki masa I bersalinkan Rafiqh, tuh dia, lama sungguh tak habis2! Balik kali ni tak beli dah aih, buat menyemak rumah je, hek!
Tu je laa preparation yang I buat untuk tinggalkan myLove sementara balik bersalin ni. Janganlah pulak ada yang kata I balik Malaysia tinggal myLove sorang2 kebulur tak makan. Sedih tau, kita ni pun fikir jugak kebajikan dia, itu ini semua dah buat untuk permudahkan. Even ayam daging dan segala mak nenek bahan mentah tu pun siap2 order dah. Walaupun memanglah takkan sama dengan masa I ada di sisi, tapi sekurang2nya tak laa bebankan dia 100%, kena laa belajar berdikari jugak kan, kot2 I ni pendek umur ker, hahaha...

Friday, June 19, 2009

Balik kampung...

Pejam celik pejam celik, esok kami dah nak balik Malaysia... InsyaAllah malam ni kami akan bertolak ke Kansai Airport, Osaka...

Kalau beberapa bulan lepas I bercadang nak ke Osaka dengan shinkansen(=bullet train), then bermalam di hotel sebelum pagi esoknya bertolak ke airport, plan tu di-cancel sebab tak dapat persetujuan dari myLove. Macam yang I pernah mentioned dulu, dari sini nak ke Shin-Yamaguchi station hampir sejam menaiki kereta, then naik shinkansen ke Shin-Osaka station perjalanannya 2jam, tu tak apa laa lagi, yang jadi masalah buat I ialah dari Shin-Osaka nak ke hotel tu, last year masa balik Malaysia kami lompat2 tukar train tu dah makan masa lebih 2jam, memang penat nak mampuih, dah laa bawa Rafiqh yang masa tu 10bulan pakai sling je, fuhhh... I ni kalau tengok orang ramai2 dalam train station yang besar tu, terus rasa blur dan gelabah. MyLove faham sangat dah perangai I ni, tu yang I tak sesuai dok bandar2 besar, spesis orang kampung je, hahaha...

MyLove ambil keputusan untuk hantar kami dengan kereta sampai airport, alhamdulillah rasa mudah sikit perjalanan tu nanti... Memandangkan Wish dah pun dihantar balik Malaysia, so yang tinggal hanya evo je, terpaksa laa myLove sewa kereta untuk perjalanan malam ni. Evo tu dah sah2 laa manual, jenuh penat myLove nak drive 6jam lebih sorang2. Tak ada ETC pulak tu, nanti toll highway jadi mahal so better sewa je laa kereta, lebih berbaloi. I sendiri pun tak sanggup nak naik kereta sport dalam keadaan sarat macam ni, terhenyak2 perut dek spring yang keras... InsyaAllah kami akan bertolak tengah malam nanti, budget sampai airport esok pagi, sempat laa myLove rehat2 baring dan tidur sekejap sebelum dia bertolak balik sini semula...

Setahun yang lalu, cadangnya tahun ni I balik dengan Rafiqh ke Malaysia sebulan je, balik untuk uruskan kereta dan menghadiri majlis walimah alang. MyLove balik lebih kurang 2minggu... Tanpa disangka Allah nak bagi rezeki lebih tahun ni, I pregnant dan dijangka bersalin beberapa hari sebelum majlis walimah alang yang sebenarnya dijadualkan awal bulan 8. Awal2 tu kalut laa jugak semua orang sebab nak kena adjust balik timing tu kan. Rasa bersalah laa jugak kat alang, tapi myLove dan I dah kata abah mak boleh proceed plan tu seperti yang dah dipersetujui, as for me and the baby tak payah laa risau, pandai2 laa kami nak fikir. Tapi being abah mak yang kasihan kat I kalau I tak sempat nak makan nasi kenduri alang, so lepas bincang2 mereka perawalkan majlis lebih kurang 2minggu. Memang serabut jugak mulanya, mana dengan rumah baru yang masih dalam pembinaan dan ada masalah pulak dengan kontraktor hingga rumah tu siap beberapa bulan terlewat dari jangkaan, dengan nak pindahnya, dengan nak prepare majlis walimahnya, dengan abah yang baru bertukar ke JB-nya, hish macam2 laa... Slowly Allah buka jalan mempermudahkan semuanya, so sekarang everything backs to normal. Rumah dah siap, family dah settle pindah, abah pun insyaAllah akan pindah balik duk dekat2 Ipoh, persiapan alang pun dah banyak yang siap dan I sendiri dah nak balik pun, hihi...

Sebenarnya dari awal lagi kami dah minta abah mak carikan maid untuk 2-3bulan, kami akan bayar gajinya. Bukan nak kerah dia buat segala kerja, cuma nak dia boleh basuh, sidai dan lipat baju, mengemas rumah lebih kurang dan tengok2kan Rafiqh. Mak tak laa penat sangat nanti, nak jaga orang dalam pantang ni rumit woo, buatnya baby pulak jenis meragam, berganda2 penatnya. Tapi mak berkeras tak nak pembantu, nasib baik laa alang kena praktikal kat hospital Ipoh, sedikit sebanyak tu ringan laa jugak beban kan... Dulu masa bersalinkan Rafiqh, my sis-ateh tengah tunggu results SPM, dia laa yang jadi bibik. Time tu pulak cuti sekolah, achik dan adik boleh jugak nak harap buat itu ini...

Dari plan nak balik sebulan je terus up naik jadi 3bulan... Walaupun pregnancy kali ni tak dirancang, tapi alhamdulillah, rezeki setiap anak tu Allah dah tentukan, setakat ni semuanya nampak berjalan baik... Tak kesahlah walaupun pantang tu terkena time ramadhan pun, I don't mind nak ganti puasa, insyaAllah just a small matter!

Balik kali ni nak kata excited sangat tu tak laa, sebab balik berdua je, somehow sedih dan gembira tu bercampur-aduk. Tapi tak laa sampai rasa tak nak balik, hehe. Alah lagipun baik my own family mahupun in laws semuanya beriya2 nak jumpa Rafiqh, bukan meraikan I pun, cet! Semua pakat dok kira hari sebab tak sabar nak tengok si Rafiqh, mama Rafiqh tolak tepi dah sekarang ni... Mungkin jugak tak teruja sangat tu disebabkan kondisi kesihatan yang kurang memberangsangkan. Sejak jumaat lepas badan ni selalu sakit2, due to over sangat buat kerja agaknya. Perut pun makin besar, masalah pernafasan dah jadi masalah utama lately. Kerja2 menyental, vacuum dan lap perabot rumah semua I buat ala kadar je, dah tak boleh nak paksa diri sebab takut terberanak pulak. Sakit bahagian perut especially perut mengeras tu dah makin kerap terasa, in fact sakit2 kali ni lebih teruk compare to masa pregnant-kan Rafiqh dulu. Walaupun I tak tahu ni contractions ker hapa, tapi I assumed this is so normal for preggy mommy. Setiap kali ada waktu senggang tu memang I akan guna untuk rehat secukupnya. Kasihan kat Rafiqh sekarang ni dah tak boleh nak main lasak2, tapi I janji kat dia kalau dia behave, balik Malaysia nanti I bawa dia keluar setiap hari dan belikan toys banyak2. Hahaha, memang ler kan, banyak urusan nak kena buat, mesti laa keluar setiap hari. Bab toys tu ayah dia dah bagi peruntukan belikan barang2 untuk dia main, hehe, mama pun pandai auta jugak...

Nanti dah 2-3hari sampai Malaysia baru boleh nak update lagi blog ni...

Apa2 pun, semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan moga semuanya selamat... Tolong doakan buat kami yer...

Thursday, June 18, 2009

Baby-seat, Child-seat, Junior-seat...

Sama je tiga2 benda tu, paling senang sebut je car-seat kan, cuma dibahagi 3 tu ikut kategori peringkat usia budak... Kalau baby-seat tu untuk baby lah, biasanya sampai budak umur 1tahun kot(sori, main kot2 je sebab malas nak check). Kalau child-seat tu biasanya dari 0bulan hingga 4tahun, kalau junior-seat tu pulak untuk kanak2 3tahun ke atas...
*** kalau salah, sila betulkan yer kawan2...
Lepas Rafiqh lahir, sementara I dalam pantang kat Malaysia, myLove yang uruskan pembelian child-seat untuk Rafiqh, kami pilih jenama Takata. Kami dah survey lama dah dan niatnya beli yang biasa2 je, tak mampu nak beli jenama best2 macam Combi ker Aprica ker, beli cikai2 jer laa... Masa tu harga child-seat ni yang baru hanyalah 10,000yen. Murah sangat mungkin sebab baru keluar model baru untuk patent ni so model lama jatuh harga. Selepas 1tahun 6bulan pakai, kami hantar child-seat tu balik Malaysia, senang nanti bila baby lahir, buh je Rafiqh dalam child-seat dia. Rafiqh pun dah terbiasa duk dalam child-seat, dia lagi suka duk dalam tu dari diriba...


Rafiqh punya warna dark blue...


Untuk si baby kami beli child-seat baru, kali ni jenama Aprica tapi yang 2nd hand punya. MyLove berkenan sangat dengan model ni sebab boleh pusing 360 darjah, senang katanya nanti letak baby kat belakang, boleh pusing2 dia nampak mama drive, sebab dah sah2 laa seat co-pilot tu si abang yang akan conquer kan... Model ni dah lama dah tapi harga tetap mahal. Kalau beli yang baru cecah 70,000yen(=RM2100++).

Gambar adalah hiasan, model kami beli sebijik macam ni, warna pun sama...


Tapi masalahnya sekarang ialah seat untuk si Rafiqh, kami belum decide nak beli yang mana. Kalau ikutkan I, I prefer beli junior-seat terus, sebab untung lagi rasanya. Kalau beli child-seat jugak, after 2years kena beli junior-seat pulak, child-seat dah ada 3 jadinya, hohoho. Tapi tu laa kan, Rafiqh baru nak masuk 1tahun 10bulan by the time kami balik sini nanti, sedangkan seat tu sesuai untuk budak 3tahun ke atas. Baru2 ni masa pi kedai baby tu tak terfikir nak test letak Rafiqh atas junior-seat, eh selamba pulak nak main test2, macam laa boleh kan, hehe. Sekarang ni dok pening2 nak buat pilihan, ada 3bulan lagi nak fikir2, nampak gaya nak kena banyakkan membaca dan survey pasal junior-seat pulak laa ni, hish... Actually dalam buat pilihan ni kriteria utama hanyalah dari segi keselesaan dan keselamatan Rafiqh. For those yang pernah guna junior-seat, what say you? Care to share?!

... Nama Adik Rafiqh ...

Haa mai laa kita main teka-teki, siapa pandai nak agak2 apa nama adik Rafiqh...

I bagi hint ok,

R.A.F.I.Q.H -> _ _ _ _ _ _

dari 6 huruf tu cuma tukar 1 huruf jer, dalam erti kata lain hanya 1 huruf je yang berbeza, lain2 tu sama...
Macam nama Rafiqh jugak, nama baby insyaAllah bakal diikuti dengan nama jepun. Kalau nak suruh teka nama jepun tu macam kejam laa pulak kan, tapi sebenarnya nama tu pun tak susah, sangat familiar, hehe. Kot kalau ada yang terlebih rajin nak meneka, boleh teka nama jepun tu sekali... Clue...

T.S.U.Y.O.S.H.I -> T _ _ _ _ _ I

Ni kalau betul laa yang keluar nanti tu boy, kalau girl, melilau laa mak bapak dia nak cari nama, hahaha. Nampak gaya kena jugak prepare nama girl kan, just in case...

Kalau ada sesiapa yang berjaya teka dengan betul, akan diberi hadiah, hihi...
Eh2 jadi kuiz laa pulak kan...
Untuk yang selama ni jadi silent readers je tu, haa meh laa teka!

Tarikh tutup pertandingan ialah sehingga baby lahir. Once baby dah pop out, I'll announce his name officially in this blog insyaAllah, and at the same time kita akan tahu kalau ada pemenang, ok?!

p/s: This contest is not valid to my sis-alang, muahahaha...

Sila2, sila laa teka...

Wednesday, June 17, 2009

Cerita Rafiqh

Macam2 kerenah budak nak membesar ni kan, kadang2 tu rasa penat jugaklah nak melayan. MyLove selalu kata, banyakkan bersabar tambah2 lagi dok membawa budak, nanti kalau selalu marah2 lekat pulak perangai tu kat baby, hehe. Bukan suka sangat nak marah, most of the time memang I akan cuba bersabar tapi bila dah terlampau penat dan tahap kenakalannya dah buat I bertanduk, memang kena laa cubit/tampar dan marah tu... Ada ker ek mak2 yang tak pernah marah? Kadang2 I rasa macam I'm a bad momma...

Dulu setiap kali dia nakal, I akan panggil nama dia dan tanya "Rafiqh nak babap?", kalau dia tak patuh memanglah dia kena babap dan diikuti dengan pertanyaan "itai?(=sakit?) bla bla bla(read:nasihat/bebelan)". Sampai satu masa tu, bila I naikkan suara panggil nama dia, dia terus jerit "itai, itai", wah sungguh auta keling budak ni, tak kena babap lagi dah cakap sakit. Baru2 ni pulak baru je I panggil nama dia, dia dah tanya I dah "babap? babap?", hahaha, bertuah betul! Hah sekarang ni tak kira laa siapa2 pun, kalau dia marah dia akan kata "babap, babap", amboi2 selamber dia je nak babap orang!

Beberapa minggu lepas, tak ingat laa pulak apa dia buat tapi ayahnya marah laa dia. Boleh pulak dia tarik muka dan duduk belakang cooler sambil mulut dok membebel dalam bahasa dia, lawak giler, tergelak kami dibuatnya. Sejak hari tu kalau dia tak puas hati je mesti buat bunyi membebel tu, setiap kali tu jugak I akan tergelak dan ajuk dia. Lama2 dia tak anggap benda tu sebagai tanda protes dia, sebaliknya jadi bahan untuk dia buat lawak. Sama laa jugak masa awal2 usia setahun dulu, bila dia dah mula belajar nak throw tantrum, dia akan hempaskan badan kat lantai sebagai tanda protes. Untuk elakkan dia ulang benda tu, I cepat2 tangkap dia dan geletek dia atau alih perhatian dia ke benda lain, secara tak sedar dia stop mengamuk. Tak lama lepas tu, dia macam dah lupa cara nak mengamuk... Perangai2 tak elok tu sebolehnya tak nak laa sampai jadi habit, tapi tu lah kadang2 rasa tak reti pulak nak handle. Cuma apa yang penting bagi I, apa je yang dia buat kalau I tak suka I tak tunjuk perasaan tak senang tu sebaliknya tune benda2 tu jadi bahan yang melucukan, so dia tak ada modal nak over react.

Macam budak2 lain jugak, dia sangat suka sesi bercerita. Biasanya malam sebelum tidur je laa, sebab siang2 dia tak reti nak duk diam, asyik ke hulu ke hilir sibuk memanjang. I ni jenis tak reti nak berimaginasi bercerita kisah2 dongeng si kancil ker hapa ker, so selalunya watak yang diceritakan tu adalah watak yang benar2 wujud, cerita pasal dia laa siapa lagi kan, hehe. Kalau dulu I yang akan bercerita dia mendengar, tapi sekarang dia pulak yang bercerita mamanya jadi pendengar. Hagham sepatah tak faham, tapi siap ada gaya2 tangan lagi. Setiap kali dia mula bercerita, memang I tak tahan nak gelak, so dia pun cerita sikit lepas tu gelak, sambung balik lepas tu gelak lagi, entah apa2 entah!

Kalau tanya atau ajar dia apa2, memanjang jawab "tak tahu", hadoi tensyen haku! Kalau ajar dia mengira, I akan ajar 4bahasa - melayu, english, japanese dan arabic. Tapi yang dia boleh sebut hanya "satu, two, ti(=three), paih(=five), ten", tu pun jangan disuruh, ikut suka hati dia je bila2 rasa nak mengira. Berlagak terer, perasan dia lagi pandai dari mak dia...

Lately hobi dia ialah pakai tudung! Pantang nampak tudung I, dia akan sarung kat kepala sendiri. Kadang2 tu betul laa, nampak laa muka, tapi kadang2 tu tertutup muka so jalan melelong habis langgar kerusi meja. Suruh pakai kupiah takmau, tudung jugak dia nak! Selalunya kalau dah start pakai tu jangan harap dia tanggalkan. Sampai main pun dia bertudung, aduhai, solehah sungguh!

Lagi sebulan lebih je baby nak lahir, dia masih blur lagi I rasa, setakat tengok perut yang besar dok gerak2 mana laa dia tau dalam tu ada apa, yer dak? Kalau suruh dia cakap dengan baby, dia akan letak both of his hands on my tummy, ala2 gaya kiss perut tapi dia jerit kuat2, hahaha. Terkejut si kecik dalam tu agaknya... Kadang2 bila I ajar dia sebut "adik", dia dah mula sebut "aaadik"...

Sejak dah pilih nama untuk si baby, I memang panggil baby dengan namanya. Kebetulan pulak nama mereka ni iras2, sebenarnya I ragu2 nak letak nama tu cause takut nanti anak2 confuse. Kang panggil si abang, si adik menyahut, panggil si adik, si abang pulak yang datang, alahaiii haru aih! I laa yang gatal2 suggest nama tu kat myLove, 1st time dia dengar dia terus berkenan. Tapi masa tu I tak tau lagi apa maknanya, seumur hidup ni tak pernah dengar lagi nama tu padahal ada je orang dengan nama tu, hehe. Lepas dah confirmed maknanya kami decided nama tu untuk si baby. Kadang2 tu saja je nak sakat Rafiqh, tengah2 dia dok ralit main/tengok tv depan I, I akan panggil both of the names, nak test dia confuse ker tak. Eh rupa2nya dia tau mana satu nama dia, hahaha. Kalau panggil nama dia, dia response laa, samada dia paling muka atau menyahut, tapi kalau malas sangat dia buat gaya muka je, kadang2 tu gaya muka iya(=tak suka), mesti dalam hati menyumpah mak dia, apahal panggil2 orang puluh2 kali, kahkahkah. Bila panggil nama si baby, dia bolayan, buat derk muka sekupang!

Gaya hidup sihat...

Balik dari hoken center hari tu I dok laa membelek2 segala mak nenek handouts yang diberi. Biasanya handouts dari kilnik dan pusat2 kesihatan ni lebih padat isinya compare to buku2, semua dah dirumus dan diringkaskan so senang nak baca sekali harung je. Tapi selalunya lepas baca I jarang sangat nak simpan semua2 tu, selalu jadi bahan mainan Rafiqh atau I buang je dalam tong sampah, hehe. Jenuh penuh laa rumah kalau semua benda nak simpan... So sebagai menghargai ilmu baru yang I dapat, mai nak coret kat sini laa, sebagai panduan dan rujukan diri sendiri pada masa akan datang...

Jumlah waktu tidur kanak2:
1 tahun : 11 ~ 13 jam
1 1/2 ~ 3 tahun : 11~ 12 jam
6 tahun ~ : 10 jam

Waktu tidur siang kanak2:
1 tahun : +- 2 jam
2 tahun : 1-2 jam
3 tahun ke atas : waktu tidur makin pendek

- kanak2 disarankan tidur awal dan bangun awal
- bilik tidur disarankan gelap
- membiasakan anak2 tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
- membiasakan anak2 bangun pada waktu yang sama setiap pagi, kejutkan walaupun anak2 masih mengantuk
- setkan masa makan anak2, untuk makanan berat 3kali sehari(breakfast, lunch dan dinner) dan slot oyatsu(=snack)
- waktu tidur siang anak2 sebaiknya petang dan biasakan anak2 tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari
- kawal masa tontonan tv untuk anak2

Tentang gigi pulak, gigi susu anak2 ada 20batang(10 kat atas, 10 kat bawah). Selalunya ia mula tumbuh sekitar usia anak 6bulan dan lengkap kesemuanya ketika lingkungan usia 2 1/2 ~ 3 tahun. Ibubapa perlu peka dengan pertumbuhan gigi anak2 especially yang sebelah dalam untuk elakkan kerosakan gigi pada peringkat usia terlalu awal.

Cara2 mengelakkan gigi rosak:
- tetapkan bila dan kuantiti snacks yang anak2 makan
- anak2 tak memerlukan ubat gigi dan air ketika memberus gigi, boleh laa bawa berus gigi anak ke mana2 saja
- lebih kurang usia anak 3tahun, boleh mula gunakan ubat gigi atau bahan2 untuk kuatkan gigi

Tuesday, June 16, 2009

Frozen foods part 1

Akhirnya siap jugak buat kuih frozen ni, kalau ikut jadual sepatutnya minggu lepas dah siap tapi disebabkan I tersilap masa order halal meats tu so barang2 semua sampai jumaat petang. Semalam dok pulun buat nugget, penat laa jugak sebab selalunya buat tak sampai 500gm pun, kali ni buat 1kg terus, lenguh tangan nak mengacau sebatikan bahan2. I rasa kuih2 ni tak banyak pun, cukup laa kot untuk myLove seorang, tapi myLove kata banyak, makan setahun pun tak habis, melampau laa tu kan, hek!

1. Murtabak
- buat murtabak inti kari daging cincang, dapat laa 10biji... Pack 5biji setiap paket...



2. Roti canai
- roti canai buat 20keping sebenarnya tapi 5keping dah lesap, so tinggal 15 je laa...


3. Karipap
- Macam biasa karipap ni buat dapat 60biji lebih, tapi selamat frozen 50biji je, hehe... Inti karipap buat kari ayam...


4. Nugget
- buat 1kg mince chicken, dapat 30biji...



Semua kuih2 ni half-cook je tapi sebab ambil gambar ada flash, nampak macam dah siap masak. Harapnya myLove suka laa dan yang pasti nak tengok semua licin by the time kami balik nanti, hihi... MyLove ni bab makan kat luar memang dia kurang sikit, dia lebih prefer makan masakan rumah, sesibuk mana pun dia mesti masak sendiri, so dengan adanya benda2 frozen ni harapnya memudahkan dia laa kan...

Monday, June 15, 2009

Mimpi

Salah satu "penyakit" ibu mengandung ni ialah mimpi. Betul ker tak?! Macam2 mimpi, kadang2 tu merapu je lebih, especially bila otak ni dok fikir benda yang bukan2, mula laa menjelma dalam mimpi. Masa pregnant-kan Rafiqh dulu, I selalu mimpi tentang our life selepas ada baby, mimpi tentang gender baby and mostly tak ada laa benda2 yang merepek sangat. Pregnant kali ni banyak pulak yang merapu meraban, even I pernah mimpi tentang saat nak bersalin, hahaha, lawak laa pulak...

Beberapa hari lepas, I ada termimpi, mimpi ni lain sikit sebab ianya tinggalkan kesan yang agak mendalam pada hati I, hingga terbawa2 dalam kehidupan seharian... Dalam mimpi tu Rafiqh kurang sihat, I dan myLove pulak ada urusan penting menyebabkan kami kena tinggalkan dia dijaga oleh seseorang. Kami tinggalkan dia masa dia tengah tidur, bila dah pergi jauh yang tak memungkinkan kami patah balik tu tiba2 I rasa tak sedap hati sebab tinggalkan Rafiqh, I mula terbayangkan apa akan jadi bila dia bangun tidur dan cari I, I bayangkan dia menangis meraung walaupun pelbagai cara orang tu pujuk dia tapi dia tetap tak henti2 menangis, macam2 yang I bayangkan hingga I sendiri yang menangis macam orang gila... Dalam mimpi tu I sedar yang I tak mampu hidup tanpa Rafiqh, if anything happens to him, I adalah orang yang paling terluka dan merana. I'm sure semua ibu punya perasaan yang sama. Walaupun orang selalu kata kita akan hargai "sesuatu" tu selepas kita kehilangannya, tapi mimpi tu seolah2 membuatkan I sedar bahawa anugerah anak tu amat bernilai dalam hidup I. Sejak ada anak, I letakkan dia as my priority. Beberapa bulan pertama Rafiqh hadir dalam hidup kami, I banyak alihkan perhatian padanya more than myLove, I tahu benda tu salah tapi I tried hard to adjust my life at that time and I know myLove faham situasi I ketika tu. I love myLove so much but my love towards my child is more than anything else, tak ada tolok bandingnya, anak tu ibarat nyawa...

Baru2 ni masa myLove called my parents in law to inform them tarikh kami nak balik, my father in law ada sebut nak tolong jaga Rafiqh once I dah bersalin nanti. Tapi myLove kata tak boleh, jauh sangat Ipoh-Melaka, kalau ada apa2 susah nanti. Furthermore myLove kata Rafiqh ni kalau ayahnya tak ada tak apa lagi, tapi jangan maknya yang hilang even sekejap pun, mesti meraung laa dia. Bila myLove told me about that, ketawa I dibuatnya. Apa tak nya, bukan Rafiqh je tak boleh hidup without mama, mama ni pun belum tentu boleh berpisah dengan Rafiqh, mau meroyan mama nanti, hihi. Alahai, my pil pun dah letih jaga anak2 my sil, nak tambah Rafiqh ni pulak, tak payah laa... Ada kang jaga setengah hari then hantar balik, hahaha. I tak pernah tinggalkan Rafiqh dalam apa keadaan sekalipun, satu masalah I ialah tak percayakan orang sebab I tahu nobody can take a good care of my child except me. Kalaupun I terpaksa minta sesiapa tengokkan dia sekejap pun, hati ni memang tak senang. Macam sekarang ni, on weekends bila I nak rehat petang2 kat bilik tidur, I akan minta myLove tengokkan anaknya tapi masih I tak boleh lelap dengan aman, telinga ni dok tercari2 "bunyi" Rafiqh. Bukan I tak percayakan myLove tapi entah laa, memang perangai I macam tu kot. I risau Rafiqh buat apa2 yang merbahaya, almaklum laa Rafiqh ni bukan reti dok diam, banyak sungguh kerjanya.

I ingat lagi masa I first year dulu, my seniors ada anak yang usianya lebih kurang 1tahun, bila2 diorang husband and wife nak ke mana2 enjoy berdua or whatsoever, diorang akan tinggalkan anak diorang dijaga oleh my seniors yang lain. Masa tu I tak pernah fikir pun hal tu, but since dah ada anak sendiri ni, selalu jugak orang (read:my neighbours and juniors) offer nak jagakan Rafiqh kalau kami ni nak keluar dating and etc. Tapi tu lah, selagi tak sampai ke tahap memaksa, memang kami tak pernah tinggalkan Rafiqh pada sesiapa.

I tahu slowly from now I kena beri kepercayaan pada orang lain untuk jaga Rafiqh, nak2 kalau I nak hantar dia ke sekolah kan, mesti percayakan cikgu2 tu... Oklah, dah panjang pulak merapu. Lately mood nak update blog kureng sikit sebab banyak kerja dok pulun buat...

Saturday, June 13, 2009

Carca marba...

Minggu ni minggu paling sibuk and I was extremely exhausted. Sejak isnin hingga semalam, setiap hari keluar, banyak sungguh urusan nak kena settle, bila balik rumah dah penat tahap gaban, nak masak pun terhegeh2 dan malas. I know it's actually nothing for any pregnant lady to get out everyday, but not for me, for this time at least. Besides of this big tummy, I have an extra "handbag" to be carried everywhere I go, and the big problem is my so-called handbag is the mobile ones, hahaha... Active sungguh laa budak ni, pantang lepas berlari aje kerjanya and I'm damn tired to run after him...

Selalunya lepas asar tu I dah masak menu utama, lepas maghrib tambah goreng2 dan buat sayur je, tapi sepanjang minggu ni memang lambat betul masak for dinner, as for minum petang yillek! Kalau dok Malaysia, boleh laa nak tapau2, senang kan, habis cerita, hehe. Dah duk sini nak tak nak kena laa masak, apa2 pun tak apa, cincai2 je, myLove bukan kesah pun...

Alhamdulillah, khamis lepas selesai dah my antenatal check up kat sini, insyaAllah 2minggu lagi sambung check up kat Ipoh Specialist Hospital pulak... Tak banyak pun nak update tentang result check up, everythings seemed to be okey, syukur... I've gained 10kgs in 33weeks, wallahai memang gemuk laaa... Sementara nak tunggu hari bersalin ni mesti berat lebih dari 60kg, dah tu sekarang ni pun dah 56kg lebih dah, huhu. Bila balik Malaysia ni, mesti abah mak sumbat makan macam2, hadoi laa... Takper2, lepas bersalin nanti breastfeed baby exclusively for 6months, insyaAllah slim laa balik... *ayat sedapkan hati, hihi*

Tentang baby pulak, posisi kepala dah tetap berada di bawah, alhamdulillah, dia pun dah makin besar, tak banyak space dah nak pusing2, berat baby dah cecah 2kg... Kali ni scan tak dapat tengok muka baby sebab dia berpaling ke belakang, dapat tengok belakang kepala dia je.

Sejak kebelakangan ni mungkin sebab perut dah makin membesar I mudah sangat letih. Dah mula terasa mengah dan semput bila buat kerja berat, especially bila dukung Rafiqh. Yer, Rafiqh masih didukung, dia pun baru 1tahun 6bulan, sometimes dia masih minta perhatian dan dilayan macam baby, dia paling suka bila I peluk dan baringkan dia ala2 dukung baby kecik tu, nanti dia akan merengek2 gaya baby, hahaha. Ayahnya kata bagi chance ler dia nak manja lebih2 sekarang ni, nanti dah ada adik sedikit sebanyak masa dan priority tu dah beralih dah, pandai2 laa dia bawa diri ie. berdikari nanti...

Semalam awal2 pagi lagi kami dah keluar ke port nak hantar kereta masuk kontena. MyLove cuti untuk uruskan hal ehwal berkaitan kereta. Alhamdulillah urusan kat sini dah settle dah, balik Malaysia nanti cuma nak uruskan dengan agent forwarding je, hopefully semuanya boleh settle secepat mungkin sebelum my sis-alang punya majlis walimah...

Kereta dah tak ada maknanya dah tak payah nak keluar lagi, minggu depan ni nak mengemas rumah buat kali terakhir dan masak frozen lauk-pauk je. Barang yang nak dibawa balik pun dah 90% siap dikemas, baki sikit lagi tu ialah baju dan cloth diapers Rafiqh dan jugak pesanan dorayaki yang nak dibeli khamis ni... Tinggal kurang seminggu je lagi, wohohoho...

Thursday, June 11, 2009

Check up Part 2...

Seperti yang dimaklumkan dalam entry lepas, petang semalam mama bawa si abang Rafiqh ke Yoshimoto Clinic. Buat appoinment seminggu awal, lately banyak sangat benda nak kena buat kadang2 sampai terlupa itu ini.

Sekarang ni Jepun dah masuk musim hujan, nak beralih dari spring ke summer laa ni, so lastweek banyak hari yang hujan, tapi weekends dan isnin selasa dah mula panas balik, semalam sejak pagi hujan, mungkin berlarutan 2-3hari, huish lebat laa jugak. Alah lebat cara hujan Jepun mana boleh lawan hujan lebat kat Malaysia kan. Kat sini hujan lebat pun still boleh drive dengan releks-nya, cuba kalau hujan lebat kat Malaysia langsung tak nampak jalan, ketaq kepala lutut nak bawa kereta, hahaha... Bila hujan2 ni nak keluar memang sedikit malas, renyah nak bawa Rafiqh, kalau sorang2 senang je nak redah. Harapnya dia tak demam, selsema atau batuk laa, setiap hari keluar, panas sejuk panas sejuk, haihhh...

Pagi semalam Rafiqh tidur setengah jam je, akibatnya petang masa nak pi klinik pukul 2.30 tu dia dah mengantuk. Hish budak ni, dah laa nak singgah beli barang sama. Sebelum keluar tu dah pujuk suruh habiskan susu lepas lunch tapi dia ralit nak main, lepas dah bersiap jangan harap laa dia nak baring minum susu ker hapa ker, dia kalut nak pakai kasut dan tunggu depan pintu, takut sangat kena tinggal. Mengantuk campur lapar memang kombinasi yang baik untuk jadi reason budak bad mood kan. Tambah pulak nurse yang bertugas kurang sporting dan tak baby-friendly, huhuhu. Luckily Rafiqh ni kalau kat luar dia tak mengamuk dan buat perangai. Tapi sampai rumah je, dia mula merajuk dan buat perangai. Lepas kena cubit mula laa lagi panjang nangisnya, haa budak ni kalau menangis sebab jatuh atau sakit sekejap je tapi kalau menangis sebab mama marah dan pukul memang laa berlarut2, sampai sedu-sedan syahdu sungguh, sangat manja hmmm...

Selain dari pemeriksaan fizikal, paed jugak bertanya tentang perkembangan mental dan emosi baby. Paed buat semakan tentang tahap pencapaian baby mengikut peringkat usia dia. So far so good, syukur. Then I tanya laa tentang mata si Rafiqh ni. Mak pernah beberapa kali tegur yang kedudukan anak mata Rafiqh tak sekata ie. juling. Masa kecil2 dulu especially time nak ambil gambar memang selalu jadi cause he tried to focus on the camera which I pulak suka ambil gambar dekat2 sangat, hehe. It's normal actually for babies 0-6months untuk alami masalah ni, otot mata mereka masih tak berfungsi sepenuhnya lagi, slowly akan pulih. Bila mak suruh bawa Rafiqh ke klinik, I pun mulalah membaca tentang hal2 mata baby ni and I found something intresting iaitu tentang fenomena lazy eyes and etc. Apa yang pasti most of eyes problem di kalangan kanak2 and even masalah juling sekalipun memang ada cara untuk dipulihkan. So parents out there kalau ada apa2 rasa tertanya2 tu janganlah segan2 nak pi jumpa pakar kan, at least demi anak2, yer tak? Masa mak datang sini end of last year I suruh mak tengok mata Rafiqh ni balik, mak kata dah ok, tapi untuk nak sedapkan hati ni I did asked the paed yesterday. Dia pun buat pemeriksaan lebih detail dan cakap tak ada masalah, ok jer... Bukan apa, in case ada masalah even seremeh mana sekalipun I memang nak refer pakar mata masa balik Malaysia nanti...

Overall results check up dia semuanya baik. Tumbesaran yang memberangsangkan, alhamdulillah... Moga Rafiqh terus membesar dengan jayanya, amin...


Tuesday, June 9, 2009

Rafiqh's medical check up Part 1

Ecewah ada part2 pulak dah. Part 1 tu refer to check up kat hoken(=insurance) center, part 2 tu pulak check up esok kat klinik kanak2...

I received a letter from hoken center last 2weeks for Rafiqh's 1year and 6months medical check up and we are supposed to attend it next week on 16th june, but since we are going to "send" my car back to Malaysia this coming friday, so I made a phone call and asked them if they could change the date. Luckily they gave us a new date which is a week earlier so today off we went to the hoken center...

I'm kinda excited to go cause rasa macam dah lama tak pergi check up Rafiqh. Furthermore, this time was totally different than usual, first sebab buat kat tempat lain, selalunya kat klinik, second sebab doctor yang berbeza, third sebab pengkhususan kepada gigi, tak pernah lagi sebelum2 ni check gigi Rafiqh...

Kami bertolak dari rumah 15minit sebelum pukul 1petang, sampai sana pukul 1.05petang, orang pun dah penuh even kalau ikut surat tu pendaftaran bermula pukul 1-2petang... Kat kaunter pendaftaran, cuma perlu tulis nama dan submit borang yang dah diisi bersama dengan buku rekod mak dan anak(boshi techou), nombor giliran kami 24, sementara menunggu tu ada disediakan slot membaca buku tapi sah2 laa Rafiqh ni baca kejap je, then mula laa ke sana sini nak berkawan. There is more than 50 toddlers and all of them are around 1year 6months, first time for me melihat permandangan macam tu bilamana ada ramai sangat kanak2 yang umur sebaya. Yer laa kan, I tak pernah hantar anak ke nursery lagi, mesti laa jakun :-p. And now I understand why everytime orang luar tengok dan tegur Rafiqh, diorang cakap Rafiqh umur 2tahun++, hehe... Dulu masa belum 1tahun orang selalu cakap dia 1tahun++, sekarang dah up 2tahun++ pulak dah, sungguh laa kamu ni tak awet muda Rafiqh Tsuyoshi oiii...

Tak lama lepas tu kami dipanggil untuk dengar briefing tentang baby/toddler lifestyle yang disarankan untuk diikuti. Selesai kat situ ada pulak briefing tentang penjagaan gigi, part ni memang sangat menarik. Banyak jugak info baru yang I dapat. Contohnya macam selama ni dok fikir yang gigi rosak berpunca dari pemakanan dan penjagaan saja, rupanya ada 1 faktor lagi yang boleh menyebabkan gigi budak2 especially bawah 3tahun ni mudah rosak. Iaitu berpunca dari jangkitan kuman dari orang dewasa kepada kanak2. Selama ni I tak concern pun pasal makan share sudu/chopstick/foods and etc. dengan Rafiqh, atau bagi dia main dengan my toothbrush masa dok berus gigi dia, rupa2nya benda2 tu semua boleh menyebabkan jangkitan kuman dari I kepada dia, huhuhu. So lepas ni kena lebih prihatin! Tapi tu lah, kalau bab main berus gigi tu not a big deal laa kan, tapi bab makan2 ni hadoi susah jugak ni...

Ibubapa jugak diajar cara yang betul nak gosok gigi anak, as we know budak2 ni sampai satu peringkat usia jadi susah sangat nak berus gigi, 1 of the reason ialah sebab sakit. Mak2 geram pi bantai berus kuat2, hahaha, memanglah budak tu takmau dah lain kali. Cara pegang berus gigi budak supposed to be same like bila kita pegang pen so that tak banyak tekanan dikenakan. We also should let them brush their own teeth first, lepas tu baru kita sempurnakan for at least sekali sehari. As for us, Rafiqh jarang diberi peluang berus gigi dia sendiri, selalunya sebelum mandi pagi dan petang, I yang akan beruskan gigi dia sebab nak cepat, I tak larat nak main lama2 dalam toilet, perut dah makin besar lelah nak menunduk menonggeng. tapi lepas ni kena bagi dia berlatih berus gigi sendiri then baru I beruskan...

Habis jer briefing tu kami dipanggil masuk ke bilik doktor untuk sesi check gigi. Gigi Rafiqh baru nak masuk 10, 6 kat atas dan 4 kat bawah, dia pun kecik lagi memang elok laa gigi2 tu. Habis bab check gigi, ada sesi soal-jawab pulak, staff tu siap test development budak lagi, Rafiqh boleh jawab 3soalan dari 6, hihi, apa2 je laa baby oii... Dah selesai semua tu kami pun balik. Esok petang ke klinik kanak2 untuk check up lagi...

Tengok jam baru pukul 2 lebih so I cadang nak pergi ke kedai barang baby untuk cari puting botol susu Rafiqh yang dah bocor. Susah betul nak cari sebab botol ni my brother in law and wife yang bagi as present, so mungkin tak ada laa kot puting saiz tu kat sini. Sebelum ni cari kat supermarket biasa je, so myLove suruh try cari kat kedai barangan baby, then kami terus ke sana. Jarang sangat laa nak merayau kat kedai2 ni so bila masuk je rambang mata tengok punya laa banyak barang baby, hehehe. Nak2 pulak tengah offer, aduh mereng sekejap nak menahan nafsu. Last2 terbeli 2kotak serbuk minuman mugi-cha(=roasted barley tea) dan mix fruits untuk Rafiqh, baju2 maternity pun tengah sale tapi tak beli laa sebab tak ada yang berkenan, fuhh nasib baik tak berkenan, hahaha... Bila merayau kat bahagian baju baby, bertambah2 sakit mata ni tengok murah2, adoi geram2... Dalam dok tahan2 tu terbeli jugak 4pasang, 1 untuk si baby, 2 untuk Rafiqh dan 1 lagi nak dibuat hadiah untuk anak kawan myLove.


Untuk baby, harga baju ni cuma 199yen...


Ni untuk Rafiqh, harganya 599yen...


Untuk Rafiqh jugak, 399yen...


Baju untuk present ni paling mahal, tak boleh laa habaq harga kan, orang punya, hihi...

Golongan mak2 mesti faham kan apa rasanya bila tengok barang budak murah2 gini. Rasa rugi sangat kan kalau tak beli sebab semua baju2 ni harga asalnya lebih dari 1000yen... Anak punya pasal, habis duit sikit pun tak kesah laa kan, hihi...

Sunday, June 7, 2009

Eh raya?!

Punya laa dok excited dengan majlis walimah my sis-alang dan tunggu kelahiran si baby, hampir2 terlupa pasal ramadhan yang bakal menjelang, memang dah tak lama lagi dah pun kan, ish3... Bukan tak sedar langsung, memang tau bila nak puasa, tapi tak sangka pulak tinggal dalam 2bulan gitu je lagi. Bila baca blog orang, yang dok kat Malaysia rata2 dok sibuk bercerita hal baju raya, biasa laa tu kan, zaman sekarang ni semua kena upah awal siap2, kalau last minute tailors tak terima dah aih, lain ler kalau jahit sendiri. Yang dok overseas pulak dok cerita pasal nak balik raya, nak2 tiket MAS murah, semua ambil peluang nak balik beraya laa kan, haa baru laa I ni terperasan eh tak lama dah laa nak raya, hehe.

Padahal InsyaAllah kalau ikut perkiraan I nanti berpantang dalam bulan ramadhan, seminggu sebelum raya baru habis pantang. Kalau ikut hati memang nak balik sesegera mungkin lepas habis pantang, tapi takut pulak urusan visa tergendala macam yang jadi kat Rafiqh dulu, so sebegai langkah berhati2 book je laa tiket balik sini seminggu lepas raya, agak2 ada 2minggu laa nak settle itu ini, kena faham2 laa kan, orang tengah kalut nak raya...

Alahai bila difikir2 hal ramadhan dan raya ni, rasa belas kasihan pulak kat myLove yang terpaksa berpuasa sendirian. Walaupun dia nampak biasa2 je dan dok ulang kata dia tak kesah tapi hati isteri mana laa tak terusik kan. Memanglah kalau ramadhan sebelum2 ni pun bukan setiap hari pun kami berpeluang berbuka bersama, dalam seminggu ada laa 1-3kali je dapat berbuka sama2 tapi tetap rasa sedih kena tinggalkan dia... Tapi nak buat macammana, pasrah je laa, kalau dok fikir2 buat resah hati je, cuma harapnya ada laa rezeki untuk kami beraya bersama...

Bercakap pasal persiapan nak puasa, walaupun kami tak dapat meraikan ramadhan bersama2, I tetap kena sediakan itu ini untuk myLove, normal laa tu kan, siapa lagi nak buat :-p. Stok kurma masih ada 2kotak lebih, memang sah2 tak cukup untuk myLove yang memang kuat makan kurma. Nanti balik Malaysia belikan siap2 bagi dia bawa balik. Barang2 lain yang rasa perlu tu pun kena sediakan awal2, pack siap2 suruh dia angkut je, senang!

Raya pulak, tahun ni kami tak buat baju raya pun. Alah, biasanya pun tak ada laa beriya sangat nak buat persiapan. Tahun ni dah buat dan beli beberapa baju baru sempena majlis kahwin alang, so rasanya tak payahlah nak membazir beli lagi. MyLove pun setelah 4tahun dok ulang tukar2 pakai baju2 melayu lama, tahun ni baru buat baru, sedondon 4orang(campur si baby sekali, dah siap2 buat untuk dia, hihi)... Dah tak payah nak fikir hal baju raya dah, senang cerita! Kuih raya tak kesah sangat, myLove memang tak makan pun, kalau larat nanti boleh laa buat kat rumah mak, then tambah belikan 2-3jenis untuk mak dan mil.

Hah macammana persiapan raya?! :D

Friday, June 5, 2009

Rafiqh Tsuyoshi is 18months and baby is 32weeks

Alhamdulillah, today Rafiqh turns 1year 6months old and my pregnancy marks 32weeks...

For toddlers at his age, like other parents we are looking forward to see our growing baby to be able to talk, but all I could say is he is yet to talk. Oh kalau ikut web, buku atau experts, they considered baby tu boleh bercakap when he could say more than 20words with the appropriate meaning, never mind if only you and your spouse yang faham his language. Huh, kalau gitu dah lama laa Rafiqh ni dikira boleh bercakap :-p. Personally, dalam kamus I kebolehan bertutur tu dikira hanya bila Rafiqh is able to combine 2 and more words and pronounce them clearly which not only us could understand what he is trying to say! Haa, susah jugak tu, gambare baby, hihi...

Dia memang peramah, he talks to almost everybody, even sekarang dah pandai angkat telefon and talks huhahuha, tapi hagham sepatah tak faham. Currently he uses all the 3 languages-malay, english and japanese, carca marba! And he can understand most of our instructions too, kira ok laa tu kan...

I really don't mind bila dia nak bercakap, slowly laa kan, karang dah petah penat pulak nak melayan, hihi. Lagipun kepetahan budak2 bercakap ni bukan ukuran kepintaran dia. Mak selalu kata, budak yang pendiam tak bermakna dia tak pandai! Contoh paling dekat ialah my own siblings. Dari 6beradik ni, I dan my sis-ateh paling pandai bercakap masa kecik2 dulu. Ateh tu umur setahun dah boleh sebut banyak words dengan jelas. My sis-alang pulak jenis yang pendiam. Tapi bila tengok dari segi pembelajaran, alang sejak kecil lagi tampil terkehadapan. While me setakat ala2 kadar je, hehe. Kesimpulannya, tak kesah laa Rafiqh nak bercakap bila pun, mama tau you are smart boy!

It has been almost 2months since he had weaned breastfeeding. Alhamdulillah both of us didn't experienced any difficulity throughout that process. Rafiqh dengan rela hati nak berhenti dan sekarang bergantung sepenuhnya dengan freshmilk. Sometimes dia boleh minum sampai 1liter per day! But I still have to mix his milk with cocoa powder, if not dia tak layan! Haihhh bila laa nak minum pure milk ni... Dia minum pakai botol susu, malam2 sebelum tidur dia akan minum sebotol penuh susu siap2, so selepas dah tidur kalau terbangun dia akan minum cocoa(kes ayah mama malas nak bangun tengah malam bancuh susu :-p), tu pun tak pernah habis padahal buat 150ml je. I target dia tak minum susu lagi sepenuhnya pada waktu malam(read:lepas tidur) bila cecah 1tahun 8bulan. Dan berhenti guna botol susu sebelum usianya 2tahun...

Rafiqh minum breastmilk without campur dengan susu2 lain hingga usianya 1tahun 2bulan, then I introduced freshmilk, he weaned breastfeeding at 1year 4months, and I've planned to give him formula milk around june, and yes I did it! Seperti yang dijangka, dia tak menolak! Good, balik Malaysia nanti senang mama nak sumbat bagi minum susu, apa2 pun boleh...

So far I don't have any problem regarding milk, but I have a big problem to feed him foods. Kecik2 dulu semua telan, sekarang sudah pandai pilih2. I know it's a common issue bagi budak2 tengah nak membesar, ada hari dia makan non-stop, and the next day he might refuse to eat anything!!! Dalam dok tak makan tu pun, sehari poop lebih dari 3kali jugak, huh! Apa2 je laa, as long as he is gaining weight gradually, nothing should be worry about, right?!

Pagi2 pukul 6 dah bangun, sama2 sibuk dengan mama kat dapur nak buat breakfast dan sediakan bento(=bekal) ayah. Pukul 6.40pagi dah siap mandi, tidur balik pukul 9pagi for average 2-3hours. Petang2 memang jarang sangat nak tidur, sebab tu laa dia tidur malam awal. Pukul 8 biasanya dah lelap, paling lambat pukul 9. Yang penatnya ialah petang2, dia kerja lari ja dalam rumah ni, hadoi kadang2 tak larat nak bergaduh dengan dia sebab takut bising nanti obachan(=makcik) bawah ni marah lagi! Kalau I larat memang I bawa dia turun bagi dia lari kat bawah tu kejap, 30minit pun cukup dah, dia nak burn lebihan energy dia je...
Kalau nak cerita pasal Rafiqh ni sampai esok pun tak habis. All in all, I bersyukur amat sangat tengok development dia, alhamdulillah...


Cerita pasal baby pulak, sedar tak sedar sekarang ni kalau orang tanya "bila due?", the answer is "end of next month!", what??? next month? ish dah dekat sangat dah, hihi... Dah nak masuk 8bulan hamil ni alhamdulillah semuanya berjalan baik, just like when I was pregnant with Rafiqh. The only different is sekarang malam2 memang I dah kepenatan tahap gaban, sebab siangnya pulun buat kerja dan tak banyak masa nak baring2 berehat. Tapi I rasa lagi bagus I buat kerja, berjalan pi mai pi mai dalam rumah sekangkang kera ni daripada dok melangut atau baring je kan.
My anternatal check up on this coming thursday is going to be my final check up in Japan. Yeay, nak pi ambil surat kebenaran naik plane dan rekod kesihatan I! Sampai Malaysia nanti dah nak masuk 35weeks, so kena terus pi jumpa gynae, my sis-alang nak walimah masa I dah 38weeks, few days after the majlis we have plan nak balik Melaka, arghhh really hope I'm fit enough to travel 4hours in car, tapi kena tanya gynae dulu sebelum tu. Kalau ikut hati ni memang nak baby lahir awal, masa ayahnya masih kat Malaysia tapi at the same time rasa macam tak bersedia lagi, sebabnya lepas majlis kat rumah pengantin perempuan, next week tu majlis sambut menantu kat Kuala Lipis, mesti semua orang(read:my family) pi sana, kalau terberanak awal kan ker ganggu majlis alang. Siapa pulak nak jaga kami ni kan, hek! Berserah je laa pada ketentuan Allah, mana2 yang baik kami pasrah...

Thursday, June 4, 2009

Baby English Class

I've been looking for informal baby classes for Rafiqh since quite some time. I even asked few of my friends but they suggested me to bring Rafiqh to public library and let him plays or having fun there. The problem is my baby doesn't want to read books, kalau baca pun for less than 30minutes, furthermore there is so many kids over there, most probably he's gonna disturb them, he loves to play rather than to sit and read, huh!

Actually I dah lama preferred kalau Rafiqh pergi youchien(=kindergarden), but myLove kata kasihan cause he is too young! Youchien ni nak kata lebih kurang macam nursery laa kot kat Malaysia, but the system is 180 degree different! Sorry laa kalau apa yang I kata ni tak betul, bear in your mind that we are talking about pusat penjagaan bayi/kanak2 under age 4, from my observation most of baby nurseries in Malaysia their services are just jaga bagi makan, bersihkan najis baby, mandikan, tidurkan dan pastikan baby selamat bila bermain. They don't have proper activities for babies' brain development, they don't teach the babies to be independent, they don't train the babies to be disciplined and many more. Memang tak dinafikan ada je nursery yang complete package macam yang I sebut tadi tapi the cost walla habis gaji maa... Kat sini lain laa kan, standard semua nurseries lebih kurang je, memang tak adil laa kalau banding2 dengan Malaysia, kat sini nursery dah tak macam nursery, siap boleh panggil gakkou(=school). Penjaga2 tu ada sijil khas untuk jaga budak2. That's why I sangat teruja nak hantar my baby... Tapi tu lah, selain sebab myLove tak bagi lagi, I dengar tak semua budak senang2 boleh masuk kindergarden tu, ada pra-syarat tertentu, contoh kalau si ibu tak bekerja anak tak boleh nak masuk, lagipun bukan boleh hantar ikut suka hati je, kadang2 siap kena queue tunggu giliran cause ramai sangat nak register, betul atau tak tu I tak tahu. I plan balik dari Malaysia nanti baru nak pi tanya kat pejabat daerah, really hope Rafiqh akan dapat tempat by april next year... Okey, enough about that. Muqaddimah panjang berjela :-p

Apparently, last week my friend called me and asked if I would like to let Rafiqh joins the baby english class. It's a great oppurtunity, of course I want! So pagi tadi kami pun pergi laa... This class is for baby under age 2. They organized it once in fortnight, means twice a month. Sayangnya diorang start lambat, dah bulan jun baru nak mula, so Rafiqh cuma sempat join 2kali je laa... But then lepas balik sini boleh sambung, insyaAllah...

I think this class is a good foundation for Rafiqh before we expose him to the real-kindergarden environment. Somehow slowly he will learn to be apart from me, cause all this while 24hours berkepit dengan maknya saja. As of today, he seemed to enjoy the class so much, dengar suara dia bergelak ketawa lebih dari budak2 lain. As usual, bila dah jumpa kawan2 he will ignore me, ralit dengan dunia dia. Though it was his nap time, he remained to keep himself active and busy exploring the place... Good enough for the starting...
Balik je rumah terus tertidur, penat sangat agaknya berlari dan main...


Wednesday, June 3, 2009

Quick update

Terasa macam dah laaaamaaa tak update blog, padahal baru beberapa hari je pun, hahaha. Tak hilang ke mana pun, ada je kat sini cuma tak banyak masa nak hadap laptop sebab banyak sangat urusan nak kena settle-kan. Minggu lepas saja dapat beberapa surat dari pejabat daerah yang jaga bahagian hal ehwal kanak2. Ada beberapa borang perlu di-submit. Nasib laa diorang hantar awal, kalau kami dah balik nanti kesian pulak myLove nak kena uruskan. Biasanya kalau hal berkaitan dengan pejabat daerah atau urusan2 rasmi ni memang I yang handle. MyLove tak payah serabut2 kepala nak ke hulu ke hilir buat itu ini, kalau dulu tak ada kereta I naik bas je, tak kesahlah masa tengah sarat pregnant Rafiqh ker, masa Rafiqh still baby ker, haa sekarang lagi laa dengan dah sarat pregnant plus kena kendong Rafiqh ni, tapi nasib baik ada kereta, hehe...

2minggu lepas dan minggu lepas adalah minggu gotong-royong membersih rumah. Dalam luar rumah dan stor semua dah clear. Habis cuci calat dan sedap mata memandang, lama nak tinggal rumah ni, so biar laa tinggalkan dalam keadaan sesempurna mungkin. Minggu ni pulak adalah minggu buat frozen kuih-muih. MyLove request buatkan karipap, roti canai, murtabak dan nugget segera, senang dia nak makan time lapar, terus goreng jer. Baru siap 2jenis iaitu murtabak dan roti canai, cadangnya jumaat ni baru nak buat karipap dan minggu depan buat nugget...

Tinggal 2minggu je lagi sebelum balik Malaysia, kemain banyak lagi urusan, kalau tengok kat kalender tu, berderet2 yang ditulis, busy laa sangat kan, hihi... Minggu depan adalah minggu check up, ada 3appoinments. 1 tu my final check up kat sini, 2 lagi tu check up for Rafiqh yang akan cecah umur 1tahun 6bulan jumaat ni. Minggu depan jugak dah nak hantar kereta masuk kontena. So segala mak nenek kerja yang I nak kena buat tu mestilah selesai sebelum jumaat 12jun. Lepas dari tarikh tu, dah tak ada kereta, kalau nak ke mana2 memanglah kena minta junior tolong hantarkan. Nama kata nak naik bas, minta maaf ler, sekarang kandungan dah nak masuk 32minggu, dah tahap genkai(=limit) dah nak dukung Rafiqh dan jalan jauh2. Dari rumah I ni nak ke bus stop tu ada laa paling kurang 20minit, nak panjat bukit pulak, haihhh mampuih haku! Minggu terakhir tu plannya cuma lepak2 kat rumah dan siapkan frozen lauk-pauk.

Dah penuh dah jadual harian, yang mana boleh buat cepat tu, terus buat cepat2 jangan tangguh2. Dok tangguh2 kang last minute nanti ada pulak yang pengsan, hehe...

Monday, June 1, 2009

Playground & gymnasium

Sabtu lepas paginya kami keluar membeli barang, petang tu mulanya nak ke rumah my juniors macam biasa, tapi memandangkan I dah tak mampu nak jalan naik turun bukit tolak stroller Rafiqh ni jauh2, so I ambil keputusan ke playground dekat rumah ni jer. Rumah my juniors yang paling dekat pun kalau jalan kaki dekat 30minit jugaklah, dah laa nak kena panjat curam, hish tak larat dah aih! Seminggu dua ni banyak sangat buat kerja berat, hampir setiap hari naik turun tangga 5tingkat ni, bahagian bawah perut ni selalu rasa sakit. Takut laa pulak, kot karang terberanak awal pulak kan. Tu yang I dah mula kurangkan banyak aktiviti berat, semuanya buat slow and steady, kena sedar diri tu dah 31minggu dah, hadoiiii...

Ada lebih dari 3playgrounds dekat kawasan rumah I ni, tapi yang biasa bawa Rafiqh ni cuma 2, satu tu depan rumah, satu lagi jauh sikit. Tak suka sangat playground sini sebab tak baby friendly. Yer laa kan, diorang buat untuk budak2 sekolah rendah, bukan untuk baby, hahaha. So selalunya kalau Rafiqh pergi pun dia just tengok orang main, tapi sekarang dah boleh jalan dia berlari je laa... Sabtu lepas I bawa dia ke playground yang jauh sikit, saja nak jalan lebih, senaman sikit. Sampai kat situ, dah penuh budak2 main aci ligan. Rafiqh terus tak sabar nak join, elok lepas je dia, hah berlari macam peluru sesat, menonong je tak dak arah tujuan. Tu pun ada hati nak pi join orang main aci ligan, last2 orang lari langgar dia tergolek jatuh, nasib baik tak nangis, hihi... Awal2 sampai tu ramai budak2 kerumun dia, diorang semua antara 6-12tahun, suka betul kat budak2. Mula2 tu dia bagi ler sapa pun dukung dia, bertukar2 budak2 tu dukung, dah lama sikit, dah masuk geng je, hah jangan harap ler nak pegang dia, siap marah lagi, hahaha, teruk betul laa budak ni. Dah penat main lari2 panjat2, dia main pasir ler pulak, hmmm, ni kalau ayah dia tau ni harus laa mak dia kena marah.

Disebabkan malam tu nak bakar satay, I ajak dia balik awal sikit, pukul 4 keluar pukul 6 dah ajak balik tapi sebab budak2 lain tak balik lagi, dia pun tak nak laa balik. Satu kerja pulak nak kejar tangkap dia yang menggelupur tak mau duk dalam stroller. Kejap je laa nangis, I bawa jalan2 pusing2 lagi sebelum balik rumah. Sampai je rumah terus mandikan dia, sental badan dia dengan sabun taharah, bagi minum susu dan makan, pukul 7 je terus lelap sampai ke pagi...


Esoknya hari ahad lepak2 kat rumah je. Untuk lunch I buat nasi lemak, so agak2 lemau laa sikit bila pekena nasi lemak ni kan, hehe. Petang tu dalam pukul 2 Rafiqh dah mula nak burn energy, berlari pung pang pung pang dalam rumah, naik rimas tengok dia. I pun ajaklah myLove keluar bawa dia pi gym sebab budak2 Malaysia tempah guna gymnasium petang ahad tu. Sampai kat sana, mula2 tu dia terkedu laa tengok my juniors. Rafiqh ni memang lemah sikit tengok budak Malaysia lelaki, tak tau laa pasal apa, sebab diorang kuat nyakat dia agaknya... Tak lama lepas tu barulah dia berlari dan main, tak larat nak kawal laa pulak, siap masuk gelanggang orang main bola tampar... 2jam lebih dia main sampai habis air punya dok minum. Balik rumah malamnya sebelum pukul 8 dah tidur, penat sangatlah tu...

Kalau boleh memang nak bawa dia keluar setiap petang tapi I sendiri tak larat sangat, sekarang dah makin panas, lagi laa mudah rasa penat. Sabar laa ye Rafiqh, balik rumah tok abah dan mak tok nanti, haa berlari laa puas2. Dalam rumah pun tak habis jelajah, lepas kat luar pun tak cukup tanah nak pijak... Kat sana nanti ramai tukang jaga, kat sini mama nak lari ligan Rafiqh pun semput2...

Juadah minggu lepas

Sekarang ni nak update foods sekali harung seminggu sekali jer...

Bubur kacang hijau
- masak sikit je, sekadar nak habiskan baki kacang hijau yang tinggal segenggam. Buat bagi cair, tak nak guna banyak santan, bila dah siap teringin pulak nak makan yang letak durian tapi mana laa nak cari durian kat sini, dah tu letak je lempuk durian, senang, hehehe...



Apam indon
- buat apam ni sebab petang rabu tu ada tetamu bertandang. Tak tau nak masak apa untuk minum petang, so buat je apam ni. Bakinya makan breakfast the next day.



Strawberry furuche
- ni oyatsu(=snack) Rafiqh...



Cek mek molek dan keria
- ubi ni dah lama kawan myLove bagi tapi sebab warna purple tak tau nak buat apa. Bila dah buntu sangat, terus buat cek mek molek yang memanglah langsung tak molek dan keria. Pelik kan sebab warnanya purple, hehe, bantai je laa...




Satay
- hidangan makan malam sabtu...

Bahan2:
isi ayam
* serai
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* lengkuas
* jintan manis
* jintan putih
* kunyit hidup (I guna serbuk kunyit je)
* ketumbar
* gula
* garam
* madu
Cara2:
- isi ayam dipotong nipis
- kisar semua bahan bertanda * dan perap dengan ayam semalaman
- cucuk dengan lidi, bakar


Nugget
- petang kelmarin buat nugget... Ni kali ke-3 buat nugget, myLove sangat suka. Setiap kali buat dia mesti puji kata sedap, hihi. Resepi nugget ni I olah sendiri atas saranan myLove, so ikut selera dia lah ni...


Bahan2:
minced chicken
sedikit tepung gandum
rempah masala/tandoori
mayonis
garam
gula
serbuk lada sulah/serbuk lada hitam

salutan:
telur dipukul dengan sedikit garam
breadcrumbs

Cara2:
- campurkan semua bahan dan sebatikan (note:tepung jangan letak banyak sangat,nanti liat)
- simpan dalam fridge sekejap
- bentukkan ikut suka dan letak atas pinggan ditabur sedikit tepung gandum (note:nak mudahkan buat bentuk, tangan biar sedikit basah)
- panaskan minyak, salutkan ayam dengan telur dan digaul dengan breadcrumbs
- goreng hingga garing