Thursday, June 16, 2011

Shopping barang baby - part 1

Since this is my 3rd pregnancy, so dari segi preparation barang baby tu taklah sehebat anak sulong. Kali ni rasanya tak banyak pun membeli, unless the baby is GIRL, mesti mamanya akan pulun gila shopping before balik Nihong nanti, lepas tu sambung gila shopping lagi once dah balik Nihong, haha, inilah namanya gila tanpa kesudahan...

Barang2 keperluan baby masa dalam pantang semuanya I tinggalkan kat rumah mak, cuma ada laa baju2 newborn yang orang hadiahkan kat Nihong ada kat sana. I dapat tahu yang I confirm pregnant pun lebih kurang 3hari before balik Malaysia hari tu so memang langsung tak sempat nak sentuh barang2 baby yang dah simpan lama dalam box. Lagipun kalau ikut planning asal, kami sepatutnya balik Nihong awal jun dan kembali ke Malaysia semula awal ogos untuk bersalin. Namun, ketentuan Allah mengatasi segalanya, anak2 dan I takkan kembali ke Nihong dah sampai laa habis berpantang nanti. Makanya barang2 baby yang kat Nihong tu tak dapat laa nak dipunggah, huhu, sedikit terkilan sebenarnya, rasa ralat pulak nak membeli barang2 baru sedangkan yang lama2 tu masih elok. Sebab taktau lagi baby ni girl or boy so tak membeli lagi pun baju2 untuknya, cuma beli keperluan dalam pantang je...

(1) Barut dan bekung baby
- Dulu dah tempah beberapa set barut baby dari kawan mak tapi untuk newborn tu dia salah jahit, kecik sangat. Dah sebab tertempah banyak, pakaikan je laa untuk 2R. Cumanya untuk baby baru ni saja je tempah lagi, tempah 2helai untuk saiz newborn dari my dear friend-Tini, sapa2 berminat nak tempah boleh tengok blog TinyTini, macam2 ada...


Kemudiannya tempah bedung baby jugak. Bedung baby dari kain kasa kat rumah mak cuma ada 2helai, tu sejak zaman kami kecik2 lagi mak dah guna, turun-temurun sampai laa ke cucu2 pulak. Kalau bedung pakai kain lain memang tak best, kena pakai kain tu jugak baru kemas dan tahan lama. Dah cakap2 kat mak, nanti kalau nak bersalin lagi I nak tempah lagi bedung baby so bila tau pregnant je terus laa menempah. Tempah sehelai dulu untuk testing, selalu dok tengok kat blog orang jual tapi taktau pun 'rupa' bedung tu macammana, so bila dah dapat yang Tini jahitkan ni owhhh sama laa macam yang I dok guna selama ni pun, macam kain bedung yang hospital dok guna tu. Rasanya cukup kot sehelai ni, campur 2 yang sedia ada dan beli uterus blanket lagi, memadai dah kan. Kalau tak silap kat pasar tani pun ada jual bedung baby ni, so kalau2 rasa nak beli lagi nanti boleh beli kat sana...



Barut dan bedung ni I dah selamat terima few days before datang sini, singgah rumah abang myLove di Kajang untuk ambil tempahan ni, sebab Tini ni berjiran dengan abang+kakak ipar I tu. I yang menempah tapi yang membayarnya my sil-Kak Ila, alahaiii baby tak lahir lagi tapi dah dapat present, thank you makngah!


(2) Cloth diapers(cds)
Lagi?!
Haaa dah lama tak menambah koleksi cds, last time beli masa bersalinkan si Raziqh, almost 2years ago. Cds 2R semua masih elok2, masih boleh digunapakai. Since now Rafiqh is no longer using his cds, so all his cds dah pass kepada Raziqh. While Raziqh pun dah tak lama dah nak say bye2 to cds so nanti semua2 tu nak bagi si baby pulak pakai. Atas dasar all the 22sets are still in good condition, I tak beli banyak sangat kali ni, walaupun dalam hati geram je tengok koleksi baru cds sekarang, super-duper cute!

Cds baru ni dah selamat ada kat rumah mak, beriya sungguh awal2 dah beli padahal lambat lagi nak guna, hihi. Kali ni tambah 4set saja dari jenama yang berbeza - babyland printed, QQ baby minky, rainbow bb dan sunny baby. Sangat puas hati melihatkan kualitinya, hopefully performance-nya pun bagus...

Kepada sesiapa yang berminat nak ber-cds tu boleh laa cuci mata kat sini ya, kedai kawan jugak QT Alami Shop.





Kalau baby ni girl, makanya akan ada banyaklah entry shopping barang baby ni, tapi kalau boy lagi, rasanya takdak apa sangat dah nak membeli, haha boleh pulak gitu kan?!

Wednesday, June 15, 2011

Jalan2 pi kedai...


Kalau tanya Rafiqh, "Rafiqh nak pi mana?", dia pasti jawab "nak pi shopping", hamboi2 mentang2 laa mak hang asyik dok sebut nak pi shopping nak pi shopping, dia ingat takdak benda lain dah nak buat kat luar nun selain shopping, hihi. Selama kat sini selalu jugak laa dia tanya bila nak pi kedai, huihhh kalau kedai tu depan rumah ja tiap2 hari mama pi ceq oii...

Dah dekat 3minggu kami kat sini tapi kami belum explore sepenuhnya lagi kawasan perumahan tempat kami tinggal ni. Takat jalan2 dalam taman perumahan ni ada laa tapi belum pernah keluar jauh lagi. Kat sini minimarket paling dekat pun agak jauhlah jugak, malasnya laa nak menapak, hehe. Tapi hari ni gagahkan diri jugak pergi sebab nak beli barang. Kedai2 kat sini tutup awal, so selalunya myLove yang singgah belikan barang2 dapur on the way balik dari kerja. Hari ni terlebih rajin pulak nak keluar, cuaca pun nampak best je, makanya angkut laa 2R naik stroller...

Keluar rumah pukul 9.30pagi, berjalan dekat 25minit baru sampai minimarket SPAR ni. Kecik je kedainya tapi agak lengkap laa dengan barang keperluan harian. Pakai stroller yang company myLove pinjamkan tu, patutnya untuk sorang ja tapi sumbat pi laa dua2 sekali, muat je pun, hahaha...


Kat Holland ni depa pakai matawang euro. 1 euro = RM4.20(+-RM4), 100yen = RM3.80(+-RM4), kiranya boleh anggap 1 euro = 100yen. Barang2 kat sini boleh di-consider murah laa kalau ikut nilai duit depa, kalau convert ke RM memang laa rasa mahal kan. Sebab tu orang kata kalau pi oversea especially ready food jangan convert harga ke RM, memang kita takkan mau beli apa2 sebab rasa mak datuk mahai nak mampuih. Kena laa consider 'taraf hidup' negara tersebut, contoh macam Jepun dan Holland, taraf hidup tinggi, kadarnya hampir 3 atau 4 kali ganda dari Malaysia, bermakna kalau convert harga sesuatu barang kita akan dapati mahalnya 3 atau 4kali ganda lah! Oleh itu, untuk memudahkan pengiraan, kita tetapkan kadar persamaan nilai, sebagai contoh kalau kat sini dengan 1 euro tu boleh beli setin air coke, kat Malaysia setin coke boleh dibeli dengan RM1, makanya anggaplah 1 euro tu nilainya kat sini sama seperti RM1 kat Malaysia, lebih kurang gitu ler...

Pun begitu, walaupun taraf hidup sini tinggi dan nilai wang sini besar, tapi hakikatnya kos sara hidup kat sini dan Jepun jauh lagi murah compare to Malaysia. Maksudnya kita cuba bandingkan dengan nilai duit yang sama antara 3 negara ni boleh tak kita beli barang yang sama. Kos sara hidup kat Malaysia terlalu amat tinggi, harga barang keperluan tu mahal tak hingat. Sapa2 yang pernah duk oversea sure akan bersetuju dengan statement I ni. Buktinya tadi I pi kedai beli barang2 dapur - 3biji apple, 6biji tomato, sebiji salad, sebotol 750gm sos tomato, 500gm spagetti, 1kg tepung, 400gm yogurt, 375gm kismis, sebungkus chocolate Mini Mars dan sekotak aiskrim, 10barang kesemuanya dengan harga 10.44euro sahaja! Kat Malaysia agak2 boleh ka beli barang2 ni dengan RM10? hahaha, mimpi ja laaa kan?! That's why I kata harga barang kat Malaysia melampau2 mahalnya, saban hari melambung naik, tak putus2 dengar berita pasal kenaikan harga barang yang mana kalau kat Jepun memang susah sangat nak naik harga, especially kalau barang tu barang keperluan harian yang kengkonon kat Malaysia kita panggil barang harga kawalan, terkawallah sangat, cet! Ops, terkutuk pulak, kuang3. Apapun, tu lah hakikat hidup di negara terchenta Malaysia, suka tak suka kena telan jugak...

Dah separuh jalan balik rumah baru teringat, eh, niatnya pi kedai tadi sebenar2nya nak pi beli sabun basuh baju tapi boleh pulak terlupa, benda lain yang dibelinya, adehhh, nyanyuk dah mama 2R ni, ish3...

Tuesday, June 14, 2011

I'm Back!

Gaya macam pi bercuti seminggu ja kan, padahal 3hari saja pun. 3hari yang sungguh2 memenatkan tapi pastinya BEST!

Dah lama tak pergi travel naik train, turun-naik-turun-naik, menapak berjam2, meredah manusia yang ramai tak hingat, bawa 2budak kecik pulak lagi, phewww. Kali terakhir kami pi bandar besar naik-turun train ni ialah masa I pregnant-kan Rafiqh (6bulan usia kandungan) hampir 4tahun lalu. Masa tu pi Tokyo untuk buat passport, sambil2 tu ambil peluang berjalan2. Time tu pun dah penat dah, kali ni lagi double-triple penat laa...

Percutian 3hari 2malam ke London ni adalah pengalaman baru yang pastinya akan segar dalam ingatan. Rasa teruja nak bercerita tapi tunggu nanti2 laa ye. Hari ni agak busy nak settle-kan kain baju yang berlambak2 tu. Nak rest jugak, 3hari berjalan banyak angkat barang2 berat termasuk mengendong si Raziqh so perut ni selalu je mengeras, I hardly could feel the baby's movement, risau jugak dibuatnya. Semalam dek sebab serabut fikirkan hal baby dan kepenatan melampau ditambah2 budak 2orang ni yang tak reti2 nak penat ni, mood mama pun terus weng, rasa bersalah pulak marah dan pukul 2R semalam. Apapun pagi tadi masa bangun subuh, dah boleh rasa perut kembali normal dan movements baby pun dah rasa kuat balik alhamdulillah. Hari ni pun kena settle-kan order2 untuk SK-II pre-order tu. Yang ni penting ni, kena buat cepat2. So nanti2 laa ye I update cerita cuti2 tu...

Friday, June 10, 2011

Iklan !

Hah hambik, berturut2 entry keluar hari ni, hehe, 3hari nak tinggal rumah pergi cuti2 so pulun jangan tak pulun. Buat dalam point2 je laa...


(1) Pre-order SK-II
Tempoh untuk pre-order dilanjutkan sehingga 15hb ni so bagi sesiapa yang nak order tu boleh lagi nak berbuat demikian, cepat2 yer. Semua email/msg etc. akan di-reply sejurus lepas kami pulang nanti ok...

(2) Pre-order Clinique
Set Clinique dibuka untuk pre-order sehingga 26hb jun. Meh jemput jengah2 cuci mata. Ni iklan selingan je, ada lagi macam2 set lain kat blog, pi tengok pi. Harga ni cuma valid untuk masa terdekat ni saja, macam yang RM150 tu tengah offer 50% gitu, so memang tengah murah laa...



RM150 ONLY!



RM190 ONLY!




RM250 ONLY!


Happy weekends !

Raziqh Takeshi

Phewww lamanya tak menulis pasal perkembangan anak2. Banyak dah milestones depa yang tak di'rekod' elok2 kat sini, adehhh rugi2. Errr lets just blame the hormone, hiks. Ok, start dengan Raziqh dulu lah...

Raziqh sudah pun 1tahun 10bulan, hanya ada lagi 2bulan je sebelum menginjak masuk 2tahun, alhamdulillah. A big boy already but he still looks like a baby, not only for me but most people do think the same I guess, manjanya amat sangat, suka meleweh2 minta didakap, dicium dan didukung, tak kesahlah dengan siapa pun, dia sangat mudah mesra, nak2 kalau orang tu kaki layan, makin menjadi2 laa dia. Memang lain sangat dengan Rafiqh, Rafiqh dulu dah pandai sangat berdikari seawal usia 1year ++, oh maybe sebab Rafiqh cepat ada adik kot, ermmm entah! Whatever it is, anak kan, kot2 mana pun tetap laa nampak istimewa di mata dan hati maknya...

Pot-pet-pot-pet...
Raziqh sangat advance in communication skill compared to Rafiqh dulu2. In fact Rafiqh petah bercakap pun lepas usianya 3tahun, nak2 sejak balik Malaysia ni lagi laa power. Tapi Raziqh sejak awal2 lagi dah nampak kebolehannya bercakap, pandai pulak tu menjawab soalan, suka tanya dia soalan, sebab jawapan dia pasti mencuit hati...

Nyanyi...
Hobi dia ialah menyanyi, lagu apa pun dia boleh belasah nyanyi. Ada few songs yang dia dah hafal especially yang selalu sangat dia dengar, nak2 yang dok putar dalam kereta tu, so untuk elak hafal lagu2 tak berfaedah tu, I selalu tukar2 cd...

Zikir/doa...
Raziqh jugak dah pandai laungkan azan, nyanyi zikir dan recite doa, that's good, mama like!

Kuat makan...
Sangat suka makan, macam tak reti nak kenyang. Asyik sumbat je mulut tu, pantang tengok orang makan, dia pun nak jugak, tapi badan cekeding jugak, haihhh...

Kepala hangin...
Dah masuk fasa terrible 2 I guess, sangat mudah naik angin. If he wants something, susah nak tolerate, dia akan berkeras nak yang tu jugak2. Kalau 'bergaduh', takdak aih takut2 nak serang orang tu balik, yang selalu jadi mangsa for sure si onichan lah!

Wean-off...
Officially dah wean-off breastfeeding since the past 2months at 1year 8months old. Tiada paksaan langsung, in fact I was the 1 who not ready for it yet, while the baby releks je. No drama at all, sedar2 dia dah tak menyusu and it's only took 3days for us to set the new pace. Part ni cerita lagi nanti...

On feeding-bottle...
Sama macam Rafiqh, bila dah stop breastfeed I akan bagi botol susu untuk sambung penyusuan. Rafiqh dulu weaned off masa 1tahun 4bulan, kecik sangat lagi dan dia pulak jenis menyusu sampai tertidur so bottle-feeding was a must for him. Berbeza pulak si Raziqh, he can sleep without feeding session, memang dia tak perlu menyusu pun untuk tidur tapi I still bagi botol jugak sehingga sekarang. Just a way to soothe him. Part ni pun cerita next time ye, panjang sangat kalau nak tulis...

Potty training...
I've started the potty-training since he reached 1year old but not consistently doing that. Tak pernah pun bagi dia diaper-less cuma bila dia salin diaper/mandi I akan suruh dia pee dalam toilet. Surprisingly he can give full cooperation, rasa mudah sangat2 sebab dulu masa mula2 nak train Rafiqh humak aih, berhari2 baru dia nak pee dalam toilet, seksa! Raziqh bukan saja boleh pee malah boleh poo2 dalam toilet dah. Kalau mamanya bagi komitmen lebih sikit mesti dia dah diaper-less dah sekarang tapi memikirkan dia bakal dapat adik tak lama lagi, untuk tak menambah kerja tokma dia nanti masa mama dalam pantang, bagi je laa pakai diapers lagi. Nanti dah balik Nihong mama ajar ye...

Ok lah, nanti2 sambung lagi...

Cerita pasal bisnes

(1) Pertanyaan
- If you have anything to ask, just email/inbox fb/ym/sms me anytime, insyaAllah pertanyaan anda akan dilayan sebaiknya. Tak perlu risau atau ragu2 nak bertanya walau sekadar nak tahu pasal produk atau apa2 sajalah, FOC hokey. Dan ceq takkan marah aih kalau tak jadi atau takmau beli pun. Dalam bisnes mana boleh main paksa2 kan, dalam bisnes jugak tak boleh bodoh sombong, especially dengan potential-customers, kan kan?!


(2) Ejen
- Kalau minat nak jadi ejen, tak ada modal pun takpa. Kita boleh buat pre-order system, anda promote-take order-receive payment-order from me-pay-get the orders-settle! Tapi kalau yakin dengan marketing power anda, boleh laa beli ready stock. Special price akan diberi buat ejen and you're allowed to up the price in order to get more profits, I'm fine with that...


(3) Order form
- Faeeza-MamaAdam minta disediakan order form bagi memudahkan urusan pembelian, thanks dear, order form dah ready kat bahagian paling bawah blog kedai. So now sapa2 prefer nak isi form boleh isi form, sapa2 tak suka isi form(like me) boleh email/inbox/ym/sms je, very2 easy!


(4) Worldwide marketing
- Kini pesanan tidak hanya terhad kepada yang di Malaysia sahaja, malah dibuka kepada sesiapa jua walau dimana anda berada, ewwah! Selagi EMS boleh sampai ke tempat anda, order anda pasti dilayan dengan hati terbuka...


(5) Future planning
- Tak laa future sangat pun, dalam masa terdekat ni jugak sebenarnya. La ni dok fikir2 balik Nihong lepas bersalin nanti nak kerja apa lah pulak bagi menjana income. Masa tu nanti anak dah 3 - 4tahun&2tahun&0tahun, kenit2 lagi, si abang2 ni pulak agak lasak dan memeningkan, mampu ka nak kerja macam dulu ie. buat baito(=parttime job), memasak for catering dll, entah laa rasa macam tak terdaya je. Seriously dalam masa yang terhad sebelum baby keluar ni, I kena work hard lagi dan lagi untuk bisnes ni, kalau kena gaya, maybe kerja2 yang I dok pulun before ni boleh tolak tepi dah. Fikir mama fikir, banyak benda yang bakal berubah setelah pulang ke Nihong nanti, gambarimashou yo!

Wednesday, June 8, 2011

Menapak selangkah lagi...

Alhamdulillah my small business regarding SK-II is doing great, so far so good. Ada peningkatan dari bulan ke bulan, even though I tak mampu nak bagi full commitment especially on the promotion part, kalau tak, maybe boleh hit lagi sambutannya kot. Apapun, bergerak ikut fasa keupayaan diri dan percaya pada rezeki, I always happy with what I have now...

SK-II sememangnya nampak sebagai produk mewah yang bukan semua orang mampu miliki. Sama jugaklah dengan branded handbag and etc. kan, yang harganya cecah ribu-riban, bagi orang macam I ni memiliki those expensive things adalah sangat jauh dari igauan. But now, I must say I dah buat pengecualian dalam soal ni, in certain things tak salah pun untuk berbelanja besar, nak2 kalau melibatkan kesihatan dan kecantikan diri, ianya pun boleh dikira as investment kan, betul tak?!

Awal2 nak try test SK-II dulu pun I masih ada mind-set macam tu, risau tak mampu maintain guna, takut tak tercekau nak beli dan sebagainya. Sebab dalam otak ni dok fikir harga each product tu dah laa mahal, plus nak pakai macam2 produk pulak, bila calculate pi mai pi mai macam cecah ribu, errr. Tapi bila kawan2 dah bagi macam2 pandangan I decided to make the 1st move. Ternyata ianya bukanlah keputusan yang silap, cause now I get not only 1 advantage but lots from it. I sangat berpuas hati dengan hasil yang dipamerkan, walaupun belumlah cantik jelita sepenuhnya tapi at least my skin problems dah berkurang banyak. Kemudiannya ia jadi sumber income pulak sekarang, syukur alhamdulillah. Rasa happy jugak boleh share lots of info dengan kawan2 dan customers...

Back to the title...
Looking at the potential of making more profits from this business, I think this is the right time for me to expand it. So now I'm trying to increase the capacity of serving more products and improve the quality of my service...

Selain SK-II, sekarang I mula berjinak2 untuk jual jenama kosmetik lain seperti CLINIQUE. And insyaAllah more to come soon. Meh laa datang jengah2 kat blog yer. I akan tambah lagi set Clinique ni nanti. Clinique ni pun jenama mahal jugak kan, but now you can get 7items in 1 set at RM150++ je, murah amat!

Dari segi servis pulak, sebelum2 ni pernah ada yang di luar Malaysia tanya boleh ka nak beli tapi masa tu ada problem dari segi nak buat pembayaran, cause they have no Malaysia accounts to make transaction. Atas saranan 1 of my customer, I dah register for paypal so hopefully lepas ni no more problem lah. Thanks to Nadiah!

Girls, if you're intrested of being my agents, you're welcome to come and join us!

Mommy & baby



Currently ada few items yang betul2 menarik minat I(and myLove). Ada antaranya yang memang dah lama suka tapi takat suka sajalah, tak terbeli kot, sebab harganya yang mahal melampau(for us lah, mungkin orang lain rasa murah saja) dan tak rasa ianya keperluan, it's more to kehendak saja. Tapi lately rasa macam nak terbeli la pulak, bukan sebab banyak duit eh, tapi atas sebab that so-called 'keperluan', hihi...

Ok, jom tengok apakah barang2nya tu...

(1) Uterus blanket @ bedung moden

- 1st time tengok blanket gini masa kat Japan few years back, rupa lebih kurang macam ni jugak but they called it 'miracle blanket', errr sama je kot, sebab this one pun if I'm not mistaken is Japan's product too. Apakah keistimewaan bedung ni? Unlike bedung biasa yang kita dok guna tu, bedung ni direka khas untuk lock tangan baby dari mudah terkeluar. Orang kita biasanya bedung baby pakai kain batik, lampin atau kain kasa, memang tak kemas sangat, sekejap je baby dah berjaya boloskan diri. Lain laa orang dulu2, depa ikat lilit2 kemas siap pakai tali lagi, tapi la ni orang tak berani atau tak sanggup buat dah, takut anak lemas katanya, in fact sekarang ni jarang dah pun tengok orang bedung newborn. I masih rasa amalan membedung bayi ni penting dan ada kelebihannya, same goes to barut bayi. Sebab tu lah bila tengok blanket ni terus berkenan...

Selalu kalau pi kedai barang baby macam Nishimatsuya tu memang dok usha je blanket ni tapi harga agak mahal. Bila tau dah preggy lagi, cadangnya nak beli laa but unfortunately kami tak balik Nihong dah sehingga I bersalin, dok kata dalam hati memang bukan rezeki baby lah kot nak try test. Tiba2 beberapa hari lepas terjumpa orang jual blanket ni kat Malaysia, harga pun boleh tahan, tak mahal sangat, so kalau ada stok nanti akan ku rembat jugak sehelai...


Kesimpulannya, besar kemungkinan akan beli...


(2) Gyro bowl

- Dah lama dah tengok benda alah ni kat wall facebook tapi hagham tak tertarik pun. Sehingga laa pagi semalam bila myLove tengok kat tv, dia panggil suruh tengok, menarik katanya. I pun terus teringat eh benda ni ada jual kat Malaysia laa, buka fb dan tunjuk kat dia pulak...

Gyro bowl is the amazing spill-proof bowl that keeps food in place no matter how much our kids spin, turn, dump or drop the bowl. Yang bestnya bukan takat boleh isi foods yang kering such as cornflakes and such, but also we can serve makanan berkuah in this bowl. Apalagi, terus buat price comparison, yang kat Malaysia lagi murah compared to yang dijual kat sini so I terus contact the shop owner and ordered 2 for 2R. Tak sabaq aih nak try test...

Kesimpulannya, dah terbeli...


(3) Mother's bag

- Lorr, anak dah 2, takkan baru tergedik2 nak beli mother's bag kot?! Ish3...

Walaupun I ni bukan career woman, anak pun kecik2, tapi mengumpul handbags tetap menjadi hobi hingga ke saat ni, cumanya dah tak seghairah dulu lah. And most of my handbags sesuai untuk kegunaan sekejap saja, takat nak pi shopping ka, pi majlis ka, pi jalan2 ka, pendek kata hat yang nak guna sat2. Bila masuk bab nak beli handbags untuk guna for long-distance journey/traveling or for jalan2 yang lama(memerlukan I untuk dump everything in just 1 bag), haaa yang ni memang memeningkan kepala. Banyak ja tote bag I dah beli cumanya leceh laa, still tak praktikal nak guna bila involve the kids' stuffs. Macam baru2 ni laa, berbulan2 melilau cari beg besaq-gedabak nak guna sepanjang kat sini tapi sampai laa few days before fly ke sini baru jumpa yang berkenan. Tapi tu pun still tak berapa best, cet banyak betul cikadak hang!

Hati ni dah lamaaaa berkenan kat beg ala2 gini, harganya sekitar RM200++, mahal kot. Yang best pasal beg ni:
- Ada tote-bag, ada mini-bag(boleh isi barang2 personal mommy) dan diaper-change-mat.
- Asal2 pun beg ni dah ringan, hang sumbat segala mak-neka barang pun takkan rebeh bahu.
- Can be use as handbag or sling bag.
- Lots of compartments, part ni I paling cerewet everytime nak beli beg, tak suka laa barang dalam beg berterabur, susah nak gagau cari, so beg yang banyak compartments ni memanglah suka amat!
Kesimpulannya, nak beli ka tak beli ka, belum tau lagi...


(4) Tandem stroller

- About 2years ago, I pernah dah tulis an entry regarding this. Tapi masa tu harganya sungguh tak terjangkau dek fikiranku yang waras, mahai woo! Sejak datang Holland ni, kegilaan terhadap tandem stroller makin menjadi2, not only me but also myLove, hihi. Wahhh penggunaan stroller bagi masyarakat kat Europe ni teramatlah hebat, kagum aih, kat mana2 pun boleh tengok depa bawa anak dalam stroller. You'll hardly find a father/mother who hold their baby unless the baby is newborn, depa buh dalam babywearing. Boleh dikatakan hampir kesemua budak diletak dalam stroller, tak kira laa budak tu kecik ka, yang besar 4-5 tahun pun rileks ja ditolak ke hulu ke hilir. Disebabkan depa memang guna stroller secara optimum, maka banyaklah tandem stroller ni bersepah merata2, cool!

La ni dok usha price kat Japan yahoo shopping/auction and few websites in Europe as well. Not bad laa, rasa macam mampu je nak beli *tetiba masuk mode kaya-raya*, keh3. Choices memang banyak tapi kena consider 3 perkara - harga, berat dan rupa stroller lepas dilipat. Ni nak cerita pasal berat benda alah ni, tuh dia aih, semput haku tengok, rasa tak munasabah langsung, rata2 lebih 10kg, yang 20kg pun ada, hish larat ka nak angkat?! Kami jugak perlukan stroller yang compact bila dah dilipat, maklumlah kereta kat Jepun tu Honda Stream aje, bonet kecik, anak dah 3, nak campak mana kalau besar2 kan...

Lepas dah pilih2, I berkenan yang bawah ni, jenama Joovy. Harga pun ok, berat pun ok, sangat compact bila dilipat...




MyLove pulak as usual mesti cari yang macho2. Dia berkenan amat kat stroller ni, tapi diperakui stroller ni memang super-duper macho, jenama Phil and Teds. Seat kat belakang tu boleh tanggal dan pasang kat depan dan boleh ubah kedudukan dalam banyak posisi. Cuma harganya mak datuk, no komen! Dari segi berat dan rupa lepas dilipat, both are okey...




Kesimpulannya, beli kot. Not sure yet, still under discussion...

Tuesday, June 7, 2011

Pusing2 Amsterdam

Sabtu lepas kami berpeluang jalan2 pusing Amsterdam. As the main purpose we are here is not for holidays, so tunggu weekends saja la baru dapat nak pi jalan2. Every weekends dah kena plan nak pi mana dan mana, so hopefully dalam 8 hujung minggu yang ada tu semuanya diisi sebaiknya...

Bangun seawal 6pagi dan prepared nasi lemak for breakfast, while my 3heroes masih enak dibuai mimpi. Mama pun mengantuk amat lagi pagi tu tapi paksa jugak diri untuk bangun sebab nak masak nasi, perut sekarang ni dah tak tahan kalau takat makan ringan2, roti2 ni memang tak jalan, sat ja dah lapar balik. Untuk elakkan kelaparan, better makan berat terus. Siap je masak the kids pun bangun so suap depa makan, then mama pulak makan. Mandikan dan siapkan depa, mama pun bersiap, rehat2 depan tv sambil tunggu ayah depa pulak bersiap. Pukul 8 lebih keluar rumah tapi melilau pusing cari train station sampai sesat2, hahaha, hampeh punya GPS, biol sungguh, entah ke mana2 entah dia tala, last2 myLove berjaya jugak cari station tu dengan samar2 petunjuk GPS. Pukul 9 lebih baru berjaya naik train, turun kat Utrecht station dan tukar train untuk ke Amsterdam. Tiba kat Central station(Amsterdam) dah pun pukul 11 lebih...

Amsterdam Central station...


Kat belakang tu Central station, sangatlah besar, ala2 macam Tokyo eki(=station) pun ye jugak...


Kat sini, sungai merupakan antara laluan pengangkutan utama, sungai jadi jalan yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan lainnya, malah daerah dan negara jugak dihubungkan dengan sungai. So instead of guna tram, bus, train, bicycle dll untuk pusing2 Amsterdam kali ni kami pilih untuk guna boat. Ada macam2 jenis servis dan company yang sediakan perkhidmatan bot ni, tengok2 dah kat internet berkenan nak naik Canal Bus. Bestnya naik canal bus boats ni ialah kerana ia ada 4laluan jalan dengan 20perhentian yang membolehkan kita untuk pergi ke muzium, tempat membeli-belah dan kawasan tarikan perlancongan lainnya sekitar Amsterdam ni dengan mudah, macam naik bas laa, naik-turun-naik-turun. For more info about tempat2 menarik di Amsterdam, boleh tengok kat sini -> Amsterdam tourism



Dalam boat, melayan si Rafiqh yang potpet2 sampai senget2 mulut bercakap, haha...

Sampai je kat Amsterdam kami terus pi beli tiket boat, tunggu sekejap then naik dan turun kat 1st stop. Jalan2 sikit area tu then headed to the mosque. Sepanjang laluan ke masjid tu boleh dilihat banyaknya kedai2 muslim yang rata2 adalah orang Turki. Kat sini umat islam bersepah2 so kat mana2 pun boleh nampak ramai orang pakai tudung(cara paling senang nak recognised muslim). Unlike kat Jepun yang terasa best laa jugak sesekali nampak muslims(sedikit excited) tapi kat sini tak rasa apa2, mat/minah saleh pun takdak aih nak usha2 kita macam kat Jepun tu, hehe. Jalan punya jalan kami pun jumpa masjid, tapi jam baru pukul 12 lebih, tak masuk waktu solat lagi so we decided to have our lunch first. Banyak sangat kedai makan sampai taktau nak masuk yang mana satu. Last2 pilih Shoarma Ali Baba, tengok menu pun tak reti nak pilih, this is my 1st time masuk restoran turki, blur tak faham menu. Told myLove to order just 1 set of food, takut tak kena selera nanti tak termakan. Mujur laa kami order 1 pinggan mix grill je, tu pun terkebil2 nak habiskan, punyalah banyak!


Settle lunch terus pi masjid, solat dan kemudiannya jalan2 sikit sebelum naik boat semula. Cadangnya just nak habiskan 1 pusingan tu saja, boleh rest2 sambil nikmati panorama indah dan nak bagi 2R tidur sat since depa pun nampak kepenatan dah. Tengah boat tu pusing2 tiba2 ternampak Hard Rock Cafe lah pulak, hihi, knowing that myLove memang peminat mengumpul t-shirts Hard Rock Cafe ni kami pun turun laa kat stop yang berdekatan. Tak lama pun lepak2 kawasan tu sebab mainly kat situ banyak pubs, habis beli barang kami rushed untuk naik boat balik. Sampai kat terminal akhir dan lepak2 situ dulu sebelum menanti next boat, nak pusing lagi 1 pusingan sebab masih awal lagi kalau nak balik pun...



Bergambar depan masjid, pintu putih tu adalah pintu memasuki kawasan masjid, nampak huduh je kan dari luar tapi kat dalamnya, masjid tersergam indah!

Budak2 ni tak reti duk diam aih, ditarik2 tangan mama, tak nyempat2 mama nak posing, hish...



Permandangan dalam masjid. Subhanallah, besar sungguh. Semasa kami sampai tu baru nak masuk waktu zohor, ramai jugak jemaah yang ada...


Habis pusing pusingan ke-2 kami pun balik. Dekat2 pukul 7 naik train ke Utrecht, sampai Tiel pukul 8 lebih. Semua dah kepenatan tapi sangat best! Awal2 nak pi ni memang clueless taktau nak tala ke mana, tapi bila dah pusing sekali ni dah 'nampak' banyak tempat menarik yang boleh dilawati. So next time kena pi sekali lagi, nak shopping jugak, hihi...

Water taxi for Lovers?! auwww...


Rumah2 atas sungai, nice! Mesti rasa mood bercuti aje sepanjang masa...


Apartment for Sale, berminat?! hihi...



Yang best:
1. Budak2 happy tak cranky so our travel was good.
2. Macam2 benda baru dapat dilihat, satu pengalaman yang sangat menarik.


Yang tak best:
1. Lenguh tangan dukung si Raziqh. Company myLove pinjamkan stroller tapi berat nak mampuih, so kami berbelah-bagi nak bawa ke tak sebab nak naik boat takut susah. Kena laa gilir2 dukung, adehhh penat!
2. Sebab both tangan tak free, so tak banyak dapat snap pictures.
3. Tak dapat jalan banyak2 sebab kasihankan Rafiqh, dia siap tanya "mama, stroller tak bawa ker?", alahaiii sori laa, ayah taknak bawa, nanti kita bawa ye, letak onichan dan adik sama2.

Friday, June 3, 2011

Jumpa kawan baru...

Semalam adalah cuti umum kat Holland, so myLove tak kerja. Kami tak ke mana2 pun sebabnya menurut kawan2 ofis myLove kalau kat sini bila public holidays kedai2 even supermarket besar semua tak buka, hadoiii bosan aih! Biasanya time2 cuti laa nak keluar beli2 barang kan, tapi tak buka pulak kedai2nya, pelik sungguh...

Makanya dok laa melepak kat rumah berperang dengan 2budak ni, cet, tensyen mak depa, stress! Dah seminggu kat sini, somehow I managed to set their daily schedule, dah cun dah timing morning nap, timing for lunch/dinner, timing tidur malam and such tapi bila ayah depa cuti habis kucar-kacir. Dulu2 masa kat Nihong pun gini jugak, at last I laa yang sakit jiwa. Macammana tak geram, bila dah terlalu penat dan mengantuk, Raziqh selalunya akan buat hal, jadi serba tak kena, asyik nak merengek meragam. I pulak jenis tak boleh dengar budak menangis tak ada sebab ni, panas je rasa. So semalam adalah my moody day, the whole day rasa nak naik hangin je, huhu...

Kami tak ke mana2 semalam pun ada sebabnya jugak, selain taktau nak merayap ke mana, kami ada tamu petang semalam. Senior tempat kerja myLove cakap dia nak datang rumah, nak bawa anaknya yang sebaya Raziqh untuk jumpa dan main2 dengan 2R. Rupa2nya dah jadi budaya orang kat sini kalau ada anak berusia 2tahun++ depa akan bawa anak2 berkumpul untuk bergaul, 1 of the way to develop their communication skill, nice eh!

Pukul 4 petang tetamu sampai, dia datang sendirian dengan anaknya while his wife kerja. Sangatlah terkejut tengok anaknya sebab umur baru 2tahun 1bulan tapi sudah 15kg! Badannya mak aih semangat, besaq dari Rafiqh, hahaha sasuga anak mat saleh. Menurut ayahnya dia ni anak tunggal dan merupakan cucu tunggal in both families. Bila mommy dia kerja, grandmoms yang jaga. So dia tak ada kawan or cousins yang sebaya dengannya untuk main sama2. Bila dia masuk rumah, takdak laa peghak pun, macam budak2 biasa jugak, in fact dia conquer suasana dalam rumah ni. 2R yang biasanya aktif dan ramah terus jadi pasif, kuang3, agaknya terkejut kot sebab ni 1st time depa berdepan dengan anak mat saleh. Unlike Rafiqh yang terus diam, Raziqh nampak lebih berani nak mulakan langkah, dia cuba hulur toys dan beberapa kali pergi dekat. After half an hour baru laa depa duk main sama2, kids are soo cute, aight?! Elok je tengok depa main even though masing2 tak faham bahasa masing2. Amazing, they don't need language to communicate, but still having fun playing together...

Dalam sejam je depa datang sembang2, then sebelum balik ayahnya cakap nanti nak invite kami ke rumahnya pulak, since depa ni ada bela kuda so boleh laa 2R merasa 'naik' kuda, hehe...


Ralit bermain...


Besar kan?! Tak macam umur 2tahun pun...