Wahhh lamanya menyepi, sejak bebudak 2 orang tu cuti sekolah, mak depa langsung tak sempat jengah blog. Lama dah depa cuti sebenarnya, 19/10 ~ 27/10 nan silam, haha. Seminggu ja pun tapi kalut entertained depa sampai terabai blog ni haa. Dah lepas depa buka sekolah pun tak jengah2 jugak, sebabnya time tu Pattaya ni punyalah panas, nak duk depan laptop ni rasa tak mampu bertahan. Tangguh punya tangguh dah dekat sebulan lah baru nak ber-blog balik, aiseh!
Alhamdulillah sejak jumaat lepas Pattaya dah menyejukkan bumi. Mengikut kata jiran2 kat sini, supposed sekarang ni dah sejuk dah. Pattaya ni macam ada musim "sejuk" which is end year biasanya udara kat sini jadi dingin, wahhhh teruja mama 3R dengar. Almaklumlah bagi kawasan yang sebelah laut ni, kepanasan membahang adalah perkara biasa sebenarnya, angin laut kan selalunya panas. Bila dengar yang sini ada musim seakan2 musim sejuk tu memang happy sangatlah. Dan betul, sejak kebelakangan ni memang rasa nyaman je udara luar. Sedap ja bila ambil angin, selesa mendamaikan...
Pejam celik pejam celik, dah lebih 3bulan kami kat sini. InsyaAllah bulan depan abah,mak dan adik nak datang jalan2 Pattaya, then kami pun nak balik cuti2 Malaysia. Yeay!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment