Sunday, August 30, 2009

1 month

Hari ni genaplah sebulan usia Raziqh Takeshi... Sepatutnya hari ni kena bawa dia ke klinik untuk 1month check up tapi disebabkan hari ni hari ahad klinik tutup, so kena tunggu selasa depan baru boleh pergi. Entry ni bukan nak cerita pasal Raziqh sebab tak banyak pun update terbaru pasal dia, nanti lepas pergi check up I tulis entry pasal Raziqh okey. Kita tengok latest picture of him saja laa. Lately dia nampak makin montel, berapa agaknya berat dia sekarang yer?!...
Haa entry kali ni nak cerita pasal berat badan mamanya, topik lumrah bagi ibu2 yang baru lepas bersalin, hihi...
Pregnant kali ni I membulat dengan jayanya, sipi2 rupa dah nak macam ikan buntal! Berat tertinggi yang dicatat untuk 2nd pregnancy ni ialah 63kg pada minggu ke-38, memang dah terlebih dari limit yang gynae bagi, hohoho... My pre-pregnancy weight was 47kg, doktor nasihatkan untuk gain weight less than 13kgs, supposed I tak cecah 60kg pun tapi terlajak pulak, hehe. Pada minggu ke-39, berat I tinggal 61kg, may be due to air ketuban yang dah berkurang dan baby yang dah pun matang. Dulu seorang gynae pernah bagitau I yang bilamana berat seorang ibu mengandung tu berkurang atau maintain, tu tandanya baby dah matang dan bila2 pun boleh melahirkan, ermmm mungkin ada betulnya teori dia tu. Lepas 5hari bersalin, timbangan berat I ialah 56kg, tak banyak pun berkurang kan?! Cuma minus 5kgs je... Masa pregnant-kan Rafiqh dulu, berat akhir 58kg, lepas bersalin minus 8kgs then dok maintain 50kg tu sampai laa Rafiqh berusia 10bulan. Lepas tu baru I dapat turunkan berat hingga 47kg.

Sekarang selepas sebulan bersalin, berat terbaru I ialah 52kg. Kalau tanya berapa I target, errrr I wish to get my pre-pregnancy weight back, berat sebelum pregnant-kan Rafiqh which around 45kg, boleh ker?! Hahaha macam angan2 jer kan... Apapun, buat masa ni I nak shed off another 3kgs, sebolehnya sebelum balik Jepun I nak berat badan bawah 50kg, yosh, gambatte mama! Ermmm honestly, I tak risau sangat bab berat badan tu, yang paling penting bagi I ialah my body shape, ada certain parts yang kena beri perhatian. Sebabnya pregnant kali ni bahagian pinggul dan peha sangatlah menggemuk, so must do something untuk kecilkan ke saiz normal kembali... Enough about that!
Istimewanya hari ni ialah kerana hari ni juga merupakan hari ulangtahun kelahiran my beloved mom yang ke-49. Happy birthday mak! We love you so much! Kali ni kami 6 beradik plus the menantu2 kumpul duit belikan mak 2 set gelas. Harap mak suka laa since gelas2 tu memang mak perlukan tapi asyik bertangguh je nak beli... Tahun ni yang celebrate birthday mak cuma I, achik dan adik je, abanglong, alang dan ateh tak ada, to be exact diorang tak dapat balik sebab ada komitmen lain. Atas permintaan adik, I order cupcakes untuk mak. Dia sibuk nak ada kek laa hapa laa, macam birthday dia laa pulak kan. Layan je laa... Disebabkan I ni masih dalam pantang(read:tak boleh keluar beli kek) dan tak ada siapa boleh tolong belikan, so nak senang I order je kat sini -> http://littlegemz.blogspot.com/. Sebelum ni pernah dah order kat Linda(nama tauke kedai) untuk tempahan kek majlis walimah alang dan sebagai hantaran kahwin dia hari tu. Keknya sedap dan hiasannya cantik... Kek birthday Mak...


Ini kek kahwin...


Ini pulak untuk hantaran...

6 comments:

ojasamid said...

aiyoh, awat lbh kurg je kenaikan berat kiter pd both pregnancies? haha..akak pon spesis kecik juga sebenarnya..

masa first pregnancy akak gained 9kg,OK lah ikut range depa bagi kan. lepas setahun bf dapatlah balik berat ala2 awal2 kawen dulu. tapi kali nih kuss semangat, overall naik 14++ kg, dan masih tak turun2 kat angka 52kg (drpd 63++kg masa sblm bersalin) tu smpilah sekarang...baby fat pon terlebih di sana sini..uwaa..baby sudah 5 bulan, mcm mana ni fith? ada harapan menguruskah agak2 nya? :p
(padahal sendiri yang malas exercise. melantak tak hengat pulak tu..hihihi)

nnt kalau berjaya turun 3kg lg tuh bagilah petua ke ape ek..bleh akak cuba :p

Fith said...

Kak Ojasamid,
uish hebat laa akak boleh dpt berat awal2 kawen dulu.fith ni muri dah kot nak cecah berat masa kawen,klau dpt 45kg tu dah kira habis syukur dah tu,hihi...
fith tak buat apa2 pun lg skrg ni utk turunkan berat,nak tunggu raziqh besar sket,selera makan takleh nak tahan,hehe.tp angan2 tu lps pantang nanti nak bersenam laa konon,haha.nasib baik laa kita bf baby kan,at least berat maintain,jgn naik udah ler...
gambatte kak...

kew_chop said...

uishh saye berat mase awal kawen 42 kg. memang ler rasa nak hempuk gambar tu kalo tgk balik gambar masa mude2 dulu. sekarang berat 55kg, max peknen zayyan dulu berat cecah 69kg, 2 hari before bersalin turun 67kg. betul kot ape yg fith ckp tu berat turun bile nk bersalin.
tak tahu dah camana nak turunkan berat badan ni, maybe sebab tak pantang betul2 ni. hehehe, salahkan berpantang plak padahal mkn tak hengat..

Fith said...

Murni,
tuh dia aih,42kg.sama laa kita,time fith kawen dulu berat fith 42kg,nak dpt blk berat tu mmg tak mungkin kot,haha.berani target sampai 45kg je...
bab makan takleh komen sbb kita nyusu,selera tu sentiasa ada.pantang je buat excuse kan,haha.takper2,fith tgk gambo baru murni cun dah...

Ina said...

cpt juga berat fith turun. surely xlama lg dpt la capai target. kiter dlu buat cycling, stepping n crunch. semput gakla memula. tp at last dpt gak kecikkan sket peha n punggung. tp utk kali ni lom wat pape lg la. awal sgt lg kan. setakat berpantang jela. happy bday to mak fith. muda lg mak fith. semoga pjg umur murah rezeki :)

Fith said...

Ina,
aah kira cepat laa jugak klau nak compare dgn masa rafiqh dulu.fith ni part nak exercise tu memang kena pandai2 adjust masa laa.penat dgn 2org ni je rasanya,ntah bila nak bersenam pun tak tau.apapun,gambarimasu!
thanks ina,muda lagi la kot,sebab umur 45 mak dah ada cucu,hehe