Friday, August 7, 2009

Abang Rafiqh

Kalau boleh memang nak sangat update blog ni hari2 macam dulu, tapi kekangan masa jadi penghalang. Tempoh berpantang ni boleh jadi tempoh untuk bersenang-lenang, tapi serasanya awal2 tu sesiapa pun akan jadi sibuk. Sementara nak sesuaikan jadual kehidupan dengan ahli baru ni, memang banyak yang nak kena adjust, betul tak?

Ramai yang tanya tentang reaction Rafiqh bila tengok adiknya Raziqh. Macam biasa laa, dia memang geram tengok baby, nak2 lagi yang kecik menguek2 macam si adik ni kan. Nak kata jeles ker tak tu, I sendiri tak dapat nak cakap. Nampak macam dia sayang sangat kat adik tu, pantang nampak orang riba mesti dia datang sendel2 nak cium adik. Tak ada pulak siapa2 ajar dia suruh kiss adik tu tapi dia sendiri yang buat.

Disebabkan sejak I kat hospital lagi kami tengok Rafiqh geram sangat kat adik dia tu, so I minta kaklong dan ateh pi beli baby cot sebelum I dan baby boleh keluar hospital. Memang tak nampak jalan lain dah untuk melindungi adik. Kalau tak, memang tak boleh nak buat apa laa selain dok kontrol dia saja.
Raziqh dah pun berusia 8hari, tapi belum ada sekeping pun gambar 2beradik ni diambil bersama, haha. Nanti2 laa yer...

Ni latest picture of my hero Rafiqh...

Sejak balik Malaysia ni, makin nakal pulak si Rafiqh ni. Ramai sangat tukang mengusik sampai susah betul nak train dia. Tak apa laa, kasi chance kat dia, balik nihong nanti siap laa kalau nakal2 tak tentu pasal...

8 comments:

kew_chop said...

cantikla bb coat tu fith, mahal tak. pandai abang rafiqh manja2 ngan adik yea..

hanny said...

Fit
Omedetou!. Selamat dah bersalin ya.. Normal lak tuh.. wah.. dua-dua dah ada pengalaman ya...anyway, selamat berpantang ya!

Fith said...

Murni,
tak mahal pun.baby cot tu ada 2 functions.boleh buat baby cot dan crib jugak.nanti2 klau rafiqh tak terkawal,buh dia lak dlm tu laa,haha.btw,fith beli rm260.

Kak Hanny,
arigatou.aah dua2 dah rasa,hehe.nanti fith balik,meh laa dtg umah yer.

ojasamid said...

fith, samer lah, kami pon siapkan babycot (sewa je) siap2 sblm akak n baby kuar spital..dapatlah babycot tu `berkhidmat` mem`protect` si adik dalam 2-3bulan gitu. lepas tu si abang dh tera, pandai dia panjat masuk dalam tu. adoi la. syouganai neee...:p

btw, umur rafiqh masa dapat adik nih lbh kurg si affan juga masa adiknya lahir. bleh bayang gak lah mcm mana reaksi rafiqh time nih..ehehe..tapi syukur fith pantang kat msia, ramai boleh tolong nak handle budak berdua kan? ;)

selamat berpantang ye fith..

Ina said...

tula tetiap hari tertggu2 je update fith hehe. tu dia siap kena 'kurung' raziqh. excited betul rafiqh dgn adik dia ek hehe. cntik baby cot raziqh.

Fith said...

Kak Ojasamid,
Aah kak,memang syukur sangat berpantang kat sini,fith rasa klau pantang sorg2 dgn 2 budak ni mmg tak nama berpantang dah laa.boleh bayangkan keadaan akak kat sana nak handle anak2,mesti kelam kabut jugak kan.

Ina,
Memang terpaksa laa kurung si adik.klau rumah ni penuh dgn orang,dia tak kacau sgt adiknya,tp klau takde sapa2,mmg adik laa jd sasaran tumpuan dia,hehe.

chiput said...

omedetou fith:) mudah2an bertambah2 lg rezeki fith dgn kelahiran bb raziqh. insyaAllah, amin!

Fith said...

Chiput,
arigatou,mudah-mudahan begitu laa,amin