Setiap kelahiran itu unik, setiap anak itu istimewa... Betul kan?!
Rafiqh dulu lahir melalui pembedahan yang telah dijadualkan. Memang tak pernah rasa sakit contractions pun, gynae buat keputusan untuk I dibedah on the due date, selepas hasil detail check up menunjukkan yang kepala baby tak dapat enganged. But actually the gynae gave me 7days to wait if I still wish for normal delivery but I couldn't waited anymore cause she was not the only gynae who said that the possibility for the normal delivery was almost zero(I went to other gynae too to get 2nd opinion for my case and the gynae gave me the same answer), so 5days after the due date tu terus je masuk OT. Berbeza dengan Raziqh, sejurus masuk 3rd trimester I dah mula rasa sakit contractions(walaupun masih blur2 tak tau nak bezakan sakit tu sakit apa), bermula minggu ke-37 sakit tu makin menjadi2 especially waktu malam. Sakit kat bahagian bawah perut tak dapat nak gambarkan, sakit sungguh! Hinggakan kadang2 tu nak bangun berjalan pun terasa seksa amat. Tapi setiap kali pi check up, gynae kata baby tak engage pun lagi, hadoi tensyen betul. Apa taknya, pengalaman mengandungkan si Rafiqh yang tak engage2 due to ukuran lilitan kepala yang besar tu buat I takut kalau2 Raziqh pun tak boleh "masuk", which mean I have to undergo the operation again. In the other hand, I sebenarnya dah persiapkan diri untuk redha dengan apa jua ketentuan yang dah ditakdirkan. Andaikata terpaksa jugak dibedah, I pasrah seadanya, as long as baby selamat dilahirkan...
Raziqh dilahirkan sehari sebelum due date. Malam khamis 30julai tu, seperti malam2 lainnya, memang tak dapat nak tidur lena, sakit sungguh perut. Paginya sekitar pukul 5 terasa ada sedikit air yang keluar tapi masa tu I thought I terbuang air kecil. Pukul 6pagi masa nak bangun solat subuh tu, elok duduk je air turun mencurah2, panic laa jugak sebab tak pasti tu air kencing ker air ketuban. I bagitau my mom, mak kata dah turun tanda laa tu. Tapi disebabkan I tak rasa sakit pun, so mak kata tunggu dulu. Seriously I tak tahu nak buat apa, lama jugak laa duk terpinga2 kat atas tilam tu sambil bersimpuh. Bila dah rasa air tak turun lagi, slowly bangun ke toilet. Selesai je mandi, tiba2 rasa nak muntah pulak, muntah keluar cecair hijau. I ingatkan may be sebab malamnya I tak makan berat so perut masuk angin, that's why muntah hijau. I buat tak tau je laa... Lepas dah bersiap2 tu terus sediakan barang2 nak bawa ke hospital, after breakfast tu I muntah sekali lagi. Tapi tetap tak maklumkan pada mak. Tak lama kemudian, muntah lagi. Kali ni mak nampak, mak terus gelabah sebab mak kata kalau ikut mak, mak memang jenis yang muntah sebelum bersalin. Kelam kabut laa bersiap dan terus ke hospital, masa tu sekitar pukul 9 pagi. I pergi bersama mak, my sis-ateh dan Rafiqh. Kaklong dan anak2nya ditinggalkan kat rumah. Mujurlah kaklong ada, sekurang2nya mak ada laa pembantu nak uruskan keadaan di rumah.
Kami sampai di hospital pukul 9.30pagi, terus ke bahagian labor. Ketika ni pun masih tak rasa sakit lagi, rasa sakit tu sikit2 je. Selepas serahkan kad laporan kesihatan, nurse suruh masuk ke wad bersalin. Sedih betul tengok Rafiqh yang nampak macam nak menangis. Hati ni rasa sayu sangat sebab terpaksa tinggalkan dia pada mak dan ateh. I sendiri pun rasa sebak dan tahan je dari airmata ni meleleh. Dalam wad bersalin, nurse minta salin baju dan buat prosedur basic seperti check blood pressure dan masukkan ubat untuk buang najis. Bacaan blood pressure I agak tinggi, nurse tanya adakah I nervous. Of course laa kan, bukan setakat nervous je, macam2 benda yang difikirkan dan dirisaukan hinggakan nurse terpaksa ambil bacaan tekanan darah tu beberapa kali. Nurse juga buat vaginal check up, I was only 2cm dilated.
All this while, I did my antenatal check up with Dr Sharifah, but the day I was admitted she was on leave, haiyaa... So Dr Usha replaced her place, at first I was feeling down, tambah tertekan pulak rasanya cause I was hoping to give birth normally. Dengan sejarah pernah dibedah in less than 2years tu, I can't help myself from thinking all the bad things especially part kalau2 doktor tu terus buat keputusan nak bedah saja. End up, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. All I can say, she is a wonderful doctor, very positive thinking person, she did a great job and I like her so much! Rasanya lepas ni kalau nak bersalin lagi, I will go to her clinic, hehe...
Pada hari I masuk wad tu, wad bersalin penuh dengan patients. All rooms were almost full, so I ditempatkan di katil dalam wad dan dimonitor melalui CTG yang dipasang pada perut untuk kesan kadar contractions dan baby's condition. Lebih kurang pukul 10 lebih, Dr Usha datang melawat dan perkenalkan dirinya, then dia buat vaginal check up again and I was only 2.5cm dilated. Disebabkan I dah lama pecah air ketuban tapi bukaan rahim masih sedikit, doktor arahkan nurse untuk masukkan antibiotik melalui drip air ke badan I. Masa tu lebih kurang pukul 10.30 pagi, tak lama lepas tu I dah boleh rasa contractions yang makin kuat. Pukul 12 lebih nurse datang lagi untuk check bukaan rahim, rasa sakit tu dah makin hebat tapi bukaannya baru 3cm. Masa tu terasa laa jugak kecewa sebab rasa macam lambat lagi je nak tunggu sampai fully dilated. Beberapa kali I terasa nak buang air kecil, hanya kali pertama tu je yang betul, yang lain2 tu semuanya perasaan je. Nurse kata baby dah makin turun dan menekan pundi kencing, that's why I rasa nak ke toilet. Mulanya rasa sakit tu boleh dikawal lagi dengan teknik pernafasan tapi selepas pukul 1 petang, memang dah rasa sakit amat. Baru laa tau macammana seksa sakitnya nak bersalin. Bila nurse tengok I dah mula rasa sakit, dia datang tawarkan ubat2 untuk kurangkan rasa sakit tu. Mula2 I refused tapi lebih kurang pukul 2 petang, I dah mula rasa seram sejuk macam nak demam. So I thought that I should not pushed myself untuk tahan sakit tu lagi, takut kang I lost lots of energy. I called the nurse and requested suntikan di punggung, I tak ingat nama apa ubat tu sebab tengah sakit sangat, cuma I sempat tanya kesan sampingan dan kesan jangkamasa panjang ubat tu. Nurse tu kata ubat tu untuk kurangkan rasa sakit je, I still akan rasa sakit tapi tak seteruk yang sebenarnya, kesan sampingannya ialah I akan rasa mengantuk, kesan jangkamasa panjang tak ada... Lepas je dapat suntikan tu, memang rasa lalok je, mamai2 gitu. Still rasa sakit contractions tu tapi tak seteruk sebelumnya. I bertahan dengan ubat tu untuk 2-3jam. Lepas hilang je kesan ubat tu, sakit yang datang tu Allah je yang tahu, dah hilang dah segala mak nenek teknik pernafasan dan hapa2 yang dikatakan mampu buat kita managed the pain. Sepanjang tempoh masa tu nurse datang beberapa kali buat vaginal check up, pukul 5lebih I dah 6cm dilated. Masa tu bacaan pada skrin CTG tu menunjukkan contractions dah sangat kuat, sepatutnya I dah rasa ala2 nak meneran. But everytime the nurses asked me ada rasa macam nak buang air besar ker tak, I akan jawab NO. Banyak kali jugaklah diorang keep asking hinggalah bukaan rahim dah 8cm pada pukul 6petang. Setiap kali tanya I still jawab tak rasa macam nak membuang pun, last2 nurse tu kata "budak ni tak reti rasa ni". So diorang ambil keputusan untuk sorong I terus ke bilik bersalin. Dalam bilik tu, nurses bagi I corong gas untuk sedut gas yang ada dalam tu setiap kali rasa sakit tu datang. Tak lama kemudian doktor kata I dah boleh mula meneran, masa tu baru laa I betul2 rasa macam nak membuang. Bermula laa perjuangan nak keluarkan si kecik ni, doktor dan nurses dok menjerit2 beri semangat. Pukul 6 petang I masuk, pukul 6.30 Raziqh selamat dilahirkan selepas 2kali push dengan sehabis nyawa, alhamdulillah...
Selepas Raziqh ditimbang dan dibersihkan, dia diletak atas lengan I dan kami disorong ke bilik untuk berehat. Abanglong yang datang untuk azankan Raziqh dan mak "buka" mulut baby dengan air zamzam dan buah kurma...
Selepas baca cerita di atas tu, mungkin ada yang akan tertanya2, mana perginya myLove kan... Seperti yang I pernah tulis dulu, kita hanya merancang dan selebihnya adalah hak Allah untuk menentukan. MyLove balik bercuti ke Malaysia bermula 16 hingga 31 julai. Sejak 16hb hingga laa 29julai tu, dia berada di Ipoh menemani I yang bila2 masa je boleh bersalin. Kami tak balik ke Melaka pun atas nasihat doktor. Punya laa lama dia melepak di Ipoh tapi baby tetap tak mau keluar. Petang 29hb tu myLove balik ke Melaka, pagi keesokannya I turun tanda. MyLove sampai Ipoh malam 30hb tu. Sempat laa dia tengok anaknya walaupun tak berkesempatan menemani I di bilik bersalin. MyLove jugak berpeluang azankan Raziqh... Sedih? Memang laa sedih kan, I dok kelupur atas katil tu sorang2, even my mom pun diorang tak benarkan masuk untuk teman. Tengok katil2 sebelah, semua ada suami di sisi tapi I dok layan sakit tu sorang2. Tak apa laa kan, mungkin next time myLove akan ada di sisi...
Apapun, I bersyukur sangat diberi peluang merasai macammana sakitnya beranak dibedah dan macammana sakitnya bersalin normal. Masing2 ada kelebihannya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
baca pengalaman fith ni sampai boleh terbayang mcm mana fith nak bersalin. real sungguh..:p
but alhamdulillah semuanya selamat dan secara normal pulak tu. insya Allah cepat sembuhnya..
tapi kalau kat nihon most probably kena belah lah kan. doktor jepon mana nak cuba secara normal kalau si ibu dah ada history csect..akak yg ada parut surgery kat perut nih pun punyalah depa concern, takut2 masa anak first dulu kena csect..pdhal surgery sakit lain. hehe.
n akak pun rasa sgt2 sayu terpaksa tinggalkan si abang dgn kouhai masa nk bersalin tu. kena duduk spital dekat seminggu pulak tu..normal agaknya ye berperasaan gitu bila anak kedua (n seterusnya maybe?) lahir ek?
(in fact sampai skrg kalau tgk gambar2 si abang masa sekitar awal kelahiran si adik, tak pernah gagal utk airmata nih bertakung...ntah ye..taktaulah kenapa sayu sungguh mengenangkan si abang..huhuuhu)
waaa terbayang balik sakitnya nak bersalin. takpe fith, nanti anak seterusnya InsyaAllah en hubby dpt teman. kagum sungguh ngan fith ni leh harungi sorang diri.
aahla, memang bergenang air mata teringat kat anak sulung time nak bersalin tu kan, pasni kalo bersalin lagi mesti lagi syahdu..
huhuhuhu.., macam2 rase ade baca blog fith nie..! makin seram plak rase nak tgu turn deliver pulak..., ehehehehe..1
ape pun alhamdulillah.., semua dah selamatkan..! setiap yg berlaku ade hikmahnya..! jage diri bebaik n selamat berpantang ok..!
Kak Ojasamid,
itu laa kan,fith masa dok pi check up 2nd pregnancy tak pernah terlintas nak tanya doc kalau bersalin kat nihong kena operate ker diorg still nak try normal.takut sbnrnya,hehe.tp dgr2 gitu laa,once dah c-sect diorg tak berani nak try normal dah,nak2 klau baru je mcm fith ni.
mgkn kita sedih sbb si abg tu kecik lg kot,still tak faham lagi.tambahan pulak,selama ni kita yg urus 100% hal dia,tiba2 nak serah kat org lain,mesti mcm2 benda kita fikir kan?
skrg ni dok asyik tumpu kat si adik,kesian tgk si abang.walaupun dia tak nampak jealous tp still rasa sayu je.mg dia pun tau yg mamanya sayang both sama rata...
Murni,
haha bila baca pengalaman org bersalin,mesti teringat blk kisah kita kan?kenangan indah tu...
fith masa sakit tu tak fikir sgt bab org teman,cuma dok risaukn si Rafiqh je.dah selesai bersalin baru laa terfikir hal tu.apapun,semua dah selamat.hrp2 next time bersalin,en suami ada laa di sisi...
Zura,
haa tak lama dah tu kan.takper2,zura dah pernah bersalin normal,insyaAllah dah ada gambaran kasar laa,tak ler clueless mcm fith dulu,hehe...
thanks zura,take care yer...
fith,
terkenang balik waktu lahirkan rayyan... mcm tu la sakitnya..mai pon xde rasa nk membuang sampailah akhir..main teran jerr..alhamdulillah.rasa sakit tu mula pkl 930pg pastu pkl 1tgh hari rayyan dah keluar..lps nih punyer delivery camner la agaknyer yer..eheheh..pregnant pon blom lagi.
omg fith, ngilu cikyam baca. haha rasa cam sakit balik kat bawah tu.
alhamdulillah dah selamat semuanye. tapi cam kagum la fith made it normal, sbb selalu dengar kalau org 1st baby csect , 2 pun csect jugak.
mommy yoku dekimashita!
My,
aah my,sakit sungguh kan,tapi sakit camner pun,mmg tak serik nak beranak lg,yer tak?hehe.
gambatte ne mommy n daddy,kami tunggu berita gembira dari korg pulak,hihi...
CikYam,
haha,tu laa kan,boleh teringat2 kenangan dulu.fith sakit masa contract tu lg hebat dari sakit kena potong n jahit,hehe.
alhamdulillah harapnya pasni boleh laa normal jugak,klau boleh fith nak sangat anak berderet,hahaha
Fith...noli faham sgt perasaan bersalin tanpa suami di sisi....masa noli dulu pun ..amir tak ada...sebab tgh sibuk exam kat jepun...tapi nasib baik Dr bagi nenek masuk masa dah nak teran baby tu...rasanya kebaikkan menahan sakit tanpa suami atau org tersayang ni, kita akan lebih kuat dan berfikir sendiri...sebab kita tahu kita sorang ja kat situ dan tak leh nak bergantung kat org lain...tu la yg noli rasa dulu...kalau sakit mesti kena tahan sendiri tak dapat nak pegang tgn sapa sapa...hihi...nasib baik ada besi katil , berpaut je la kat situ....tapi alangkah manisnya kalau suami pun adakan....tapi tula allah yg tentukan semuanya...noli kali ni ...harap sgt dengan bersalin di jepun ni...amir blh la teman, doa biarlah tak dak halangan....fith pun next baby, doa doa biar suami blh temankan....
Post a Comment