Monday, August 10, 2009

Pasport dan cukur

Semalam genap usia Raziqh 10hari. Paginya kami ke pejabat imegresen untuk buat pasport dia. Selesai dah bab pasport, lepas ni nak beli tiket flight dia then nak uruskan soal visa pulak... Harap sangat semuanya akan berjalan dengan lancar.

Mengikut sunnah Rasulullah, bayi dicukur rambutnya pada hari ke-10. Kalau ikutkan pantang larang orang tua2 pulak selagi tak luruh tali pusat baby, tak boleh laa nak bercukur. Raziqh masih belum luruh tali pusatnya, tapi demi mengikut sunnah dan berkebetulan abanglong I pun balik Ipoh, so kami buat keputusan untuk cukur Raziqh semalam. Sama macam Rafiqh dulu, abanglong dan kaklong laa yang tolong buatkan. Sejam lebih jugak laa ambil masa nak botakkan dia...

Rafiqh dulu dicukur pada hari ke-12, masa tu berat dia pun dah 4kg. Rambut Rafiqh lagi lebat dari si adik. Adik ni dah 10hari tapi berat maintain lagi 3.3kg, hihi... Rambut2 tu akan ditimbang dan dinilaikan ikut harga emas semasa, then didermakan duit tu...

Rupa terbaru Raziqh. Sangatlah berbeza dengan rupa Rafiqh. Tang mata tu je sama kot, sepet!

6 comments:

kew_chop said...

ensemnye si botak ni..

Ina said...

aah lain sket muka raziqh tp tula mmg ada gak iras2 rafiqh. hehe yelah nama pn adik beradik.

zura said...

semangat betul muka dia.., mcm budak dah besar je..! camne la rafiqh layan adik dia agaknya..!

Fith said...

Murni,
haha encem ker,hehe...

Ina,
aah lain sket klau nak compare muka diorg time kecik2.tp taktau laa kot besar sket nak jd sama ker kan.

Zura,
alahai zura,tak terkawal si abang ni.sayang sgt kat adik dia.

mysara said...

ceomynyer raziqh! geram la auntie tgk..mcm bb jepun... bila nak jumpa raziqh nihh..

Fith said...

My,
aah laa my,bila nak datang ni?hehe
tak lama lg dah nak puasa.meh laa dtg ipoh,rindu nak jumpa korg...