Friday, August 28, 2009

Si Putih di Malaysia

Akhirnya sampai jugak si Putih ni kat Malaysia... Sebenarnya dah lama dah settle urusan kereta ni, kami hantar ke port Jepun end of june, sampai port Klang 7julai dan sampai rumah ni pada 27julai... Alhamdulillah lepas2 ni balik Malaysia dah ada kereta sendiri untuk dipandu, senang laa sikit kan. Selama ni dok asyik pinjam kereta abah je, hehe... So sekarang kena kumpul duit nak bawa balik si hitam tu pulak... InsyaAllah tak lama lagi si hitam ini juga akan dibawa pulang ke Malaysia...

Jom tengok apa aktiviti harian Rafiqh di Malaysia... Setiap hari celik2 mata, siap mandi dan breakfast selalunya dia akan dilepaskan keluar bermain kat laman dekat dapur. Kat penjuru laman tu ada wakaf dan kolam ikan, situ laa port tempat bermain dia. Dulu sebelum kolam tu dipagar, kami memang tak benarkan dia pergi ke kawasan berdekatan kolam tu kalau tak ada orang dewasa, so dia akan main kat kawasan parking kereta. Tapi sekarang sejak pagar siap dipasang, dia dah boleh dilepas even dengan hanya dibawah pengawasan paksunya saja. Syok laa dia, pagi petang tak kira masa, pantang tengok pintu terbuka, sedar2 dah lepas ke luar dah dia...
Rafiqh di kawasan parking kereta...

Ni "pondok" tempat dia bermain...
Main laa puas2 yer Rafiqh, balik Jepun nanti 2-3hari sekali je kot boleh pijak tanah, huhu, kesian anak mama...

5 comments:

ojasamid said...

wah..mesti seronok sungguh ada kawasan yg luas utk rafiqh main dan lari2 kan fith..betul tu, kat sini mmg berhari2 lah dok terperap dalam rumah baru dapat keluar main. nak2 skrg tgh panas, mak budaknya lah yg malas nak keluar. kesian tgk si abang tuh. kalau kt msia laman rumah kat kampung tu pun dah luas bebeno, bleh main kejar2 dgn ayam..:p

Fith said...

Kak Ojasamid,
memang kesian kan tengok anak terperap dlm rumah.klau duk msia,kat kampung tu boleh bg berkawan dgn ayam itik kan.tp tu laa,kdg2 mmg kita yg malas amat nak bawa dia keluar,nak2 klau natsu,hehe.
blk nanti klau rafiqh behave dan senang dikawal,boleh laa dia keluar selalu.buatnya asyik lari je,mmg tak keluar laa jwbnya,tak larat aih nak kejar2,haha...

zura_betty said...

tu la kan.., kdg2 kesian tgok dorang nie..! maslahnya bile dh bawak keluar tu dia m acam tak ingat dunia dah..! ikut suka dia je nak kemana..! bukan kisah pun kita ade dgn dia ke tak..! amsyar kalau bawak g shoping complex lagi la haru jadinya..! aiee.., budak.., budak..!

Fith said...

Zura,
haa tu laa pasal kan.tak terkawal pulak kdg2 tu.tak bawa keluar,kesian kat diorg,dah bawa keluar,kita penat sangat laa pulak,haha.mcm2 laa.ni laa cabaran jd ibu kan...

Marvy Chef said...

salam fith, tulis la cerita share dgn semua camne fith bleh jana pendapatan dr rmh & beli keta wish tu hehe supaya menjadi inspirasi kpd smua tmasuk ayu skali.. :) boley tak fith? seronok baca blog fith ni, inspire ayu utk jd isteri yg lbh baik, insya Allah :) mmg sesuai la tajuk ourlovestory..