Tuesday, August 25, 2009

Pantang

Hari ni hari ke-26 dalam pantang... Berpantang kali ni berbeza sikit berbanding masa berpantang bersalinkan si abang dulu. Kenapa tak sama? Sebabnya dulu beranak c-sect, sekarang beranak normal. Berpantang bila beranak c-sect ni sedikit cerewet dan banyak pantang larangnya...

Dari segi pemakanan, dulu masa 2minggu pertama dalam pantang tu I cuma boleh makan nasi berlaukkan ikan haruan. Hanya selepas 2minggu kemudiannya I dibenarkan makan ikan lain, dan selepas minggu ke-3 baru mula makan ayam, telur dan lain2. Sekarang sejak hari pertama lagi I dah makan ikan2, campur2 dengan ikan haruan, selepas 3minggu I dah boleh makan ayam, daging dan lain2.

Dari segi pengambilan jamu pulak, dulu selepas 2minggu bersalin I dah mula ambil jamu. Tapi sekarang ni I ambil selepas minggu ke-3, sebabnya Raziqh ni agak teruk jaundice-nya berbanding Rafiqh dulu, so tak berani nak makan awal, risau ia boleh effect baby. Supplement lain I ambil sama je iaitu pagi sebelum breakfast I makan madu lebah dan gamat healin Gamogen. Tengahari minum Mas Cotet dan malamnya sebelum tidur I ambil calcium, multivitamin dan jamu.

Bab air minum pulak, sama je dulu dan sekarang. Dalam pantang ni dilarang minum air banyak2 sekali gus, kena minum sikit2 je tapi boleh diminum kerap. So bagi ibu2 yang menyusu anak, tak ada apa nak dirisaukan sebab walaupun minum sikit2 tapi kita boleh ulang minum kerap2. I akan minum setiap 30-60minit. I tak tau laa pulak kenapa wanita bersalin ni tak boleh minum air banyak2 sekaligus, so please don't ask me ok. Air yang diminum juga tak boleh air yang sejuk, semuanya kena suam/panas...

Dulu I tak boleh berbekung dan bertungku di bahagian perut. I cuma dibenarkan bertungku bahagian belakang badan saja dan dengan menggunakan tungku Leesa Formula, I tuam seluruh badan. Berbeza kali ni, I mula bertungku sebaik keluar dari hospital. Setiap pagi sebelum pukul 7 I dah mula bertungku selama 1jam lebih. Selesai bertungku baru boleh breakfast dan mandi. Siap mandi terus berbekung dengan menyapu perut dengan air kapur yang dicampur air perahan limau nipis. Syoknya bertungku dan berbekung ni ialah ia mempercepatkan proses perlangsingan dan pengempisan perut, mengeluarkan darah nifas, mengecutkan rahim dan banyak lagi laa... Hasilnya berat badan dan bentuk badan I cepat betul berubah...

Dulu I hanya boleh diurut selepas 2minggu bersalin, awal2 tu bidan tak mahu. Itu pun bukannya urut keseluruhan badan, part perut langsung tak sentuh, bidan kata takut jahitan terbuka... Sekarang ni lepas 3hari bersalin I dah diurut, best sungguh rasa bila dapat urutan lengkap. Dekat2 nak habis pantang nanti I nak panggil bidan datang mengurut untuk 3sesi lagi...

Bab mandi pulak, dulu I takut betul nak mandi. Dah laa dalam pantang my mom tak bagi mandi 2kali, dekat2 nak habis pantang baru laa boleh mandi 2kali sehari. Mandi kena guna air panas, rumah dulu tak ada shower air panas, kena laa masak air dulu, akibatnya mandi sebaldi je laa, hadoi laa nak mandi pun seksa. Bahagian yang dijahit tu doktor tampal supaya sentiasa kering. I tak berani pun nak tengok hingga laa dah beberapa hari, ngeri sebab I ni penakut, hehe. 2hari lepas keluar hospital, pembalut luka tu terkoyak so setiap kali nak mandi I akan tampal bahagian tu dengan kain+plastik dengan harapan luka tu tak kena air, haha. Padahal tak perlu pun buat gitu, cukup dengan lepas mandi tu lap dan pastikan bahagian tu betul2 kering sebelum pakai baju. Bila dah start berurut baru laa I mandi air rebusan daun, itu pun 3kali je. Berbeza dengan kali ni, I boleh mandi macam biasa but still kena guna air panas laa. Rumah pun dah ada shower air panas, so boleh mandi lama2 sampai badan betul2 segar. Pantang kali ni I mandi 2kali sehari selepas beberapa hari bersalin, tak tahan woo badan berlengas sebab asyik berpeluh2...

44hari berpantang memang tak boleh keluar rumah melainkan nak pergi hospital. Eh masa Raziqh 9hari I keluar pergi pejabat imegresen buat pasport-nya, tu jer laa. Setiap hari dok laa terperuk dalam rumah melayan 2orang budak ni. Time diorang baik, banyak laa masa I nak bersenang lenang, siap boleh baca novel dan mengadap laptop ni lama2. Tapi kadang2 tu sampai tak "menang tangan" nak uruskan dua2 ni, sampai tahap nak minum air pun tak sempat. Berpantang kali ni tak macam masa Rafiqh dulu yang mana semua urusan baby mak yang buat, ateh pun rajin bantu. Kali ni I yang uruskan sendiri, mana dengan nak tengok si Rafiqh lagi kan, kiranya ada masanya tu bersambung2 kerja, lepas satu hal, satu hal pulak, lepas si abang, si adik pulak. Masa minggu pertama bersalin je Rafiqh diurus oleh orang lain, bila I dah sihat sikit I ambil alih semuanya- mandikan, bagi makan, tidurkan dan segalanya I akan cuba buat sendiri. I buat macam tu sebab nak biasakan diri dengan komitmen baru ni, tapi tu pun selalunya terpaksa jugak minta tolong sesiapa yang ada, hehe. Balik nanti tak tau laa macammana, kena laa pandai uruskan masa, plus nak kena train both of them untuk lebih berdikari especially si abang laa. Kalau tak, alamatnya tak masak tak membasuh tak mengemas laa jawabnya, hahaha...

p/s: Pengalaman peribadi I ni mungkin berbeza dengan orang lain, so sila laa jangan buat perbandingan yer..

8 comments:

kew_chop said...

bestnye fith berurut bagai semua. kita ni tak betul2 pantang tu yg berat badan tak turun2 ni. sedih betul, tapi nk wat camana, nasib kite cenggini plak. sape soh beranak pinak ni kan. hihi..

ojasamid said...

samer lah murni, akak pon dua2 anak tak berpantang. :(
mmglah MIL ada hantar brg2 berpantang (pilis, pil jamu etc) masa anak first lahir dulu, but dgn takde pengalamannya, xretinya, xde org nk tolong jaga (even hubby masa tu pon tiba2 terlampau2 busy kerja smpi slalu xde rumah masa tempoh pantang..huhu). it was such a disaster. :( kalau dpt makan sesuap nasi pon dh beruntung sgt waktu tu. huhuhuhuhu.

anak seken nih pon tak dan juga. i guess akak kena bersalin kat msia baru betul2 dapat berpantang kot. tapi kerana byk personal reasons inilah yg terpaksa menguatkan semangat bersalin kat jepon saje.

but next anak (kalau ada rezeki lah..ehe), nak try jugalah chanto berpantang sumer. hehe. yelah, muda2 maybe rasa sehat but tatau kan effect bila tua nnt. risaulah juga kadang tu..

ojasamid said...

samer lah murni, akak pon dua2 anak tak berpantang. :(
mmglah MIL ada hantar brg2 berpantang (pilis, pil jamu etc) masa anak first lahir dulu, but dgn takde pengalamannya, xretinya, xde org nk tolong jaga (even hubby masa tu pon tiba2 terlampau2 busy kerja smpi slalu xde rumah masa tempoh pantang..huhu). it was such a disaster. :( kalau dpt makan sesuap nasi pon dh beruntung sgt waktu tu. huhuhuhuhu.

anak seken nih pon tak dan juga. i guess akak kena bersalin kat msia baru betul2 dapat berpantang kot. tapi kerana byk personal reasons inilah yg terpaksa menguatkan semangat bersalin kat jepon saje.

but next anak (kalau ada rezeki lah..ehe), nak try jugalah chanto berpantang sumer. hehe. yelah, muda2 maybe rasa sehat but tatau kan effect bila tua nnt. risaulah juga kadang tu..

afu-chan said...

bagusnya fith berpantang. body mau jaga muda2 takut x sempat tua dah tua huhu.

my sis pun lebih kurang pantang mcm fith (1st c-sect, 2nd normal). mandi pun same story, mkn pun lebih kurang sama.


tgk ibu bersalin ni rasa kagum sgt. seksanya during pregnancy, during delivery, post delivery. sbb tu syurga di bwh tapak kaki ibu ek? ;)

Fith said...

Murni,
takper murni,tak sempat pantang pun boleh cover lagi.pantang tu 44hari je,yang paling utama kita jaga badan setiap masa,yer tak?
mcm mil fith,dia sgt utamakan pemakanan jamu.fith lps bersalin rafiqh baru laa berjinak2 dgn jamu ni,hehe.

Kak Ojasamid,
takper2 kak,tunggu anak ke-3 boleh cuba berpantang,mesti best.haa kalau masa tu dah ada kat msia,boleh laa berpantang penuh,insyaAllah...

Afzan,
dah dok berpantang dgn mak ni mmg kena ikut je laa segala perintah,takleh byk songeh,hehe.
aah fith setuju,time muda2 ni laa kena mula jaga badan,dah tua nanti tak guna dah,yer tak?
atas sgl yg ibu tu rasa utk dpt sorg anak,mmg layak laa syurga tu di bawah telapak kaki ibu...

mysara said...

fith;
seingat mai la kan..paling tak suka waktu berpantang.sbb ada pantang larang.nak tak nak kena ikut gak.tp seb baik la mak mertua mai jenis xstrict sgt..bila abis pantang tu rasa mcm MERDEKA!! ganbatte fith!

Fith said...

My,
hehe mmg adat laa tu kan,tapi takper,44hari je,masa nak jadi puteri.
gambarimasu!!!

norlin said...

bestny adapat berpantang di Malaysiakan....terjaga sepenuhnya...baca cerita fith ni ...rindu noli kat nenek yg jaga noli macam tuan puteri masa berpantang dulu....kali ni, masih berfikir nak jadikan diri tuan puteri macammana....hihi, kot kot la ada cara lainkan, walaupun tak dapat berurut bertungku tu...;)