Thursday, August 20, 2009

3 Minggu

Alhamdulillah hari ni genap usia Raziqh 3minggu...

Bila lama tak update blog ni, akan ada laa yang bertanya "busy ker?", alahai laaa... Nak kata busy tu pun tak, nak kata tak busy tu pun tak jugak. Memang banyak benda nak cerita, even kisah kelahiran si Raziqh ni pun belum habis dikarang lagi, dok dalam draft tu dah lama dah, hehe. Blog kawan2 pun jengah gitu2 je, tak sempat pun nak tinggalkan komen, sori yer kawan2ku, nanti2 dah lapang sikit, akan ku titipkan komen di blog kalian, hihi...

Bercerita pasal Raziqh, ramai yang tegur si adik ni kecil aje orangnya. Memang kalau nak bandingkan dengan si abang, jauh bezanya. Padahal kalau tengok berat diorang masa lahir tu tak ada laa beza banyak pun, 300gm saja. Tapi tak tau laa kenapa nampak sangat berbeza saiz diorang berdua ni. Rafiqh dulu masa lahir tergolek bulat montel... Raziqh ni lain pulak, sehinggakan I terfikir yang ada kemungkinan nurse yang timbang dia masa baru lahir tu tersalah buat bacaan, haha. Kebetulan pulak hari I bersalin tu, wad bersalin penuh, ramai sangat orang nak beranak, nurse2 pun nampak kelam kabut nak attend patients time tu, so mungkin laa berlaku kesilapan timbangan. Lepas 5hari dilahirkan, Raziqh dibawa ke hospital untuk check up, masa tu dia ditimbang lagi, bacaannya tak berubah dari semasa dilahirkan, uish terkejut laa jugak, maknanya memang betul laa dia 3.3kg.

Dia pun bukan jenis yang banyak minum, minum sikit2 je dan tak kerap sangat. Kalau tengok tu macam tak bertambah pun beratnya, cuma nampak laa pipi tu dah montel sikit dan badan pun berisi sikit. Tapi 2hari lepas masa nurse dari hospital kerajaan datang melawat sekaligus buat check up ibu dan baby di rumah, diorang pun timbang laa pakcik kecik ni. Tak sangka laa pulak dalam dok nampak halus cinonet tu dia dah pun 4.5kg. Kalau ikut perkiraan, lebih kurang si abang je laa. Rafiqh dulu masa pi check up untuk sebulan, berat dia 5kg, may be si adik pun nanti by the time usianya sebulan dia pun dah cecah 5kg. Mak kata mungkin Raziqh ni tulangnya berat kot, hahaha.

Untuk kawan2 yang asyik dok tanya si Raziqh ni iras rupa siapa, hohoho soalan tu tak dapek den nak jawabnya. Tak nampak pun lagi dia ikut siapa, sama macam Rafiqh kot, mix both of ayah and mama...
Ni gambar terbaru abang Rafiqh yang gedik...

5 comments:

kew_chop said...

okla tu fith 4.5kg besar sgt jenuh nk dokong..

zura said...

ehehehe.., ok la tu..! yang penting sihat, pembesaran ok..! besar2 sgt pun nanti tak comel..!

Fith said...

Murni,
aah mmg dah ok sgt dah.ish takmau laa besor2,kang senget maknya nak dukung,haha...fith musykil je,saiz tak padan dgn berat,nampak kecik aje pun...

Zura,
aah harap2 begitu laa kan.moga membesar sehat,sempurna dan jadi anak yg soleh dah cukup dah...

ojasamid said...

aduhai fith..mcm samer je dgn our sons tu..si adik lahirnya berat 100g gurai lebih drpd abgnya..tp lps pantang sumer kata dia nmpk selim melim..but tinggi lah. so maybe berat kat tulang kot. n dia meniarap awal 3 bulan drpd si abang, sejak tu mmg berat nya naik sikit2 aje..nmpk kurus sungguh. haha. mcm tak percaya dia dah 7kilo skrg.

now at 4months, beratnya kurg sekilo setengah drpd si abang pd umur yg sama. i guess DNA nye byk dpt dri maknya kot, jenis kecik gitu..ehehe..tp dia pon mcm raziqh, mmg xkerap minum. sbb dh ter`train` sejak umur sebulan lebih, hanya bg susu bila dia betul2 lapar. kdg2 dia nangis sbb ngantuk nk peluk2 je kan. masa si abang dulu akak balun bf setiap kali merengek, tu yg jadi montel teramat kot. :p

apepon, as long as dia sehat kita pon dh hepi kan. hehe.
(tp akak bersyukur si abangnya dulu montel..somehow beri keyakinan bhw susu kita mmg cukup utk dia. org2 pon tak komen suruh bagi fm ke, bg makan awal ke. :D time si adik nih dh tak kesah dah..hehe)

Fith said...

Kak Ojasamid,
kebetulan pulak sama je anak2 kita tu kan.mcm fith ni,bila compare berat diorg,tak laa byk pun bezanya tp bila compare saiz tu jd pelik pulak,seorang tu montel,sorang lagi kecik molek je,hehe,macam2 kan...

apapun,selagi diorg sehat,dah syukur sangat dah...

mcm akak jugak,fith pun kali ni lbh releks dlm bab breastfeeding.dah berpengalaman laa katakan,takde laa gelabah tak tentu psl mcm dulu2.in fact dlm byk hal pun dah makin byk improvement...