Thursday, August 13, 2009

Abang dan adik...


Abang Rafiqh sayang sangat laa kat adik Raziqh. Orang Kedah kata "ciwi", haa ciwi tak habis2 lagi. Hari ni genap usia baby 2minggu, baru laa ada peluang nak ambil gambar 2 beradik ni. Tu pun bukan senang, dalam dok sayang2 tu pun kalau ralit je dia lepuk jugak si adik tu. Raziqh memang almost 24hours dok dalam cot, malam je tido bawah. Kalau Raziqh bunyi uwek2 mengeliat ker nangis ker, haa dia laa orang pertama yang akan terkam cot adik. Bukan sampai pun nak sentuh adik tu, siap kena jengket2 kaki tu nak tengok tapi suka jugak nak menyibuk.
Rafiqh dah boleh ajuk bunyi adik, so setiap kali dengar adik bunyi, dia akan ajuk sama.
Rafiqh dah boleh sebut "a~dik", sekarang ni setiap kali kiss adik, mesti sebut "me"(=comel). Tak habis2 dok sebut adik dia comel, macam laa adik dia tu sorang je yang comel... Sebelum ni dia tak kesah pun kalau orang lain nak pegang dan kiss adik dia, tapi lately dah mula pandai nak jeles, tak bagi orang sentuh adik dia dah.
Lepas balik dari hospital hari tu, I tidur dengan both of them, sorang kat kanan, sorang kat kiri. Tapi memang tak boleh laa tidur bertiga cause Rafiqh tak boleh dengar si adik nangis, dia akan terbangun then terus nak main. Hadoi, tensyen betul, asyik terkam si adik nak kiss. So sekarang Rafiqh akan tidur dalam bilik paksunya, while me and the baby tidur kat luar bilik. Bila terdengar Rafiqh menangis malam2 sebab nak susu, I akan bangun masuk bilik dan tidurkan dia semula. Nasib laa si adik ni baik, 2 hari pertama dia lahir tu je dia buat hal menyusu malam2 dari pukul 1 hingga 5 pagi non stop, tapi alhamdulillah bila balik rumah dia tak bangun sangat dah. In fact kena pulak kejutkan dia untuk menyusu sebab I dah tak tahan susu penuh sangat.
Bercerita pasal Raziqh pulak, alhamdulillah so far baik laa lagi. Siang malam tidur aje, tak banyak meragam pun. Harapnya kekal laa baik sampai bila2, nak layan 2budak ni memang perlukan kesabaran. Nak2 lagi si abang tu nama jer laa abang tapi bukan faham sangat pun lagi. Orang kata "tak makan saman"... Raziqh tak macam Rafiqh masa kecil2 dulu, dia tak kuat sangat nyusu. Minum sikit2 je, then tertidur. Tapi kalau datang mood nak menyusu tu, haa berjam2 laa dia nak diulit.
Dah bangun dah si Raziqh. Nanti2 sambung lagi ok...


10 comments:

zura_betty said...

ala comelnya.., pandai rafiqh jage adik eh..? ehehehehe..! mesti dia gelisah je kan kalau ade org lain pegang adik dia..! ehehehehe

Ina said...

haa boria adik beradik ye. protective betul rafiqh dgn raziqh hehe.

ojasamid said...

alamak, rafiqh nmpk mcm big boy sungguh dalam gambar first tuh. (padahal si adik yg kecik comel..hihi) muka depa pon nmpk ada iras..hehe

tu la kan fith, mmg mencabar sungguh nk jaga dua budak kecik umur dekat2 nih kan. nak marah si abang suka `usik` si adik pon bukannya dia faham sgt, adik pulak masih kecik n perlukan perhatian 24 jam. but as time goes by sumer ni insya Allah akan jadi bertambah mudah nk handle. ;)

kami ni pon masih `struggle` lagi sebenarnya, even si baby dh dekat 4bulan setgh umurnya (abangnya baru 25bulan). hehe. adatlah kan, cabarannya tetap ada , bentuk je beza2..tapi mmg rasa jauh lbh raku sekarang.
ganbarou ne.. :D

Fith said...

Zura,
aah terover sayang pulak.macam tau2 je tu adik dia,pandai pulak nak jeles2 kat org lain.mmg takde chance laa sapa2 nak dekat si adik.

Ina,
mak diorg yg terlbh gedik tak sabar2 nak tgk anak2 dia boria,haha.mmg very protective,tapi jgn protective skrg aje dah ler,kang dah besar sket asyik nak gaduh pulak,mmg siap ler dua2,hihi...

Kak Ojasamid,
tuh laa kan,nak larang2 sgt pun dia tak faham sgt,niat dia nak sentuh je tp terlepuk si adik.hish sabar je laa...
so far tak rasa susah sgt cause siang2 mmg ada ramai yg boleh bantu uruskan salah sorg tu.cuma mlm taihen sket sbb both nak kena layan.tp mcm akak ckp laa kan,slowly semuanya akan mudah di-handle.fith masih dlm fasa menyesuaikan diri lg ni...
nanti2 boleh laa share pengalaman akak utk fith jdkan panduan,hihi...

mysara said...

kalau rayyan la yg tido sebelah bb tu, mmg xcayer la mai...takut dihempap bb tu..tido ganass..tp rafiqh nmpk sopan jer control tdo dia..good boy! seronok la rafiqh lepas nih ada geng bila balik nihon nnti
:D

::NaS:: said...

so sweet Rafiqh...
kak Fith bile nak balik Ube?
x sabar ni

Fith said...

My,
alahai my,sama je rafiqh satu geng dgn rayyan,tido buas.tu fith letak kejap je tu,nak amik gambo punya pasal,hahaha...
aah syok laa dia,dah ada kawan.

Nas,
kakfith blk lps raya,26 sampai ube.nanti dtg laa ramai2 tgk baby.

::NaS:: said...

ooo sama la.kitorg pun balik 26 hb gak,tp turun kat narita.
hehe of kos la kitorg akan dtg melawat!

afu-chan said...

comelnya baby Raziqh!

anak menakan aku pun mcm tu jgk. abg dia adore sgt adik baru dia tu. asyik panggil a~dik, sama mcm rafiqh.

seronok tgk abg jaga adik.

fith take care of urself! jgn buat keja penat2 kay!

Fith said...

Afu-chan,
thanks...
aah seronok tgk si abg yg excited dgn adiknya.