Saturday, October 17, 2009

Kasihan kami...

Hari ni hari sabtu, myLove pi kheja makanya terperap laa kami 3beranak kat rumah. Esok pun myLove kata mungkin kena pi kheja jugak, huhu memerap lagi laa jawabnya. Kalau perap2 boleh jadi sate syok laa jugak, boleh bakar makan dengan nasi empit dan kuah kacang, nyam2. Hari tu masa jamuan raya budak2 ni buat sate liat sikit, Rafiqh pulun makan sampai habih terpelanting atas lantai, hahaha. Eh melalut pulak...

Kebelakangan dan kedepanan ni encik suami selalu pulang lambat... Ceq bukannya apa, tak kesah pun dia balik lambat, tau dia pi kheja bukan pi melewaq(=merayap). Tapi yang tak tahannya ialah anak2 laa, time depa baik, depa baguih dok diam. Buat time depa nak meghap(=meragam), hadoi sawan mak depa nak layan. Yang si kecik tu asai malam ja buat susah nak lena, dia nak sughuh(=suruh) buh dia dalam bilik, bagi susu seround pastu dia pengsan sampai pagi. Masalahnya selagi si abang tu tak tidoq, hagham laa nak aman damai sentosa landing2 atas tilam, memang taklah! Yang si abang ni, siang malam memang takdak benda lain laa, habih2 main dia kheja nak munggah ja. Dah habih mainan dia berselerak-tarak, dia buka laci2 pi punggai(=baling) segala mak nenek khazanah ayah mama. Mula2 larang dia patuh laa sat, dah lama tu mak dia ghalit(=ralit) buat kheja, dia buat balik, tak laghat(=larat) nak jerkah dah, lantak pi hang laa. Kalau ambik gambaq rumah ni, boleh pengsan hangpa tengok, macam tongkang kena langgaq kapal selam...

Awat laa oghang Jepun ni rajin sangat kheja? Habih dengan laki haku jadi macam depa. Hari2 balik lewat, harung sampai sabtu ahad, bila masa depa rehat?! haiyooo...

Tapi takpa laa, kena belajaq didik hati. Dia pi kheja cari rezeki, bukan untuk orang lain, untuk anak bini jugak kan... Kena redha, kena sabaq, fuhhh fuhhh *tarik napas, hembus... hahaha macam senaman pulak*

Kesian kat kami kan? Minggu ni tak pijak tanah pun lagi, bukan takmau turun, tapi tak laghat nak ligan si Rafiqh ni, mana dengan nak kendong si adik ni lagi. Takdak ka sapa2 nak mai rumah, bosan aihhh... Mai laa, mai laa, boleh kita masak2 makan2, bagi muka besaq talam, hahaha...
Dah dah, merapu dah, nak pi tengok Nur Kasih laa, bye2...

Friday, October 16, 2009

Mukabuku

Mukabuku atau lebih glamour dipanggil Facebook...

Saya baru berjinak2 dengan dunia facebook ni, sungguh laa ketinggalan zaman, hahaha...
Eh2 sebenarnya dah lama dah saya sign up menatang tu, lama tak lama tu tahun lepas laa, haa lama kan?! Tapi baru semalam saya aktifkan profile saya tu, bukan apa, tak larat dengaq kawan2 bising suruh join. Siap ada yang kutuk kata saya tak up to date, asyik dok ngadap friendster tak habih2, cet! Awat, tang mana syok sangat facebook tu? Saya tengok biasa2 je, hiks... Saya bukan apa, malas laa nak join banyak2 bendalah macam ni, nanti saya sibuk melangut depan kom ja, kesian anak laki tak makan, kahkahkah (perasan famous!)...

Dengan ini, secara rasminya saya umumkan saya dah ada facebook, silaa laaaaaa invite saya secara berjemaah beramai2 yer, tapi buku saya masih kosong, nak kena tepek muka banyak2 dulu kasi cun... Nanti bila saya dah cukup yakin buku tu dah cun saya buh link kat blog ni hokey!

So kalau laaamaa blog ni tak ber-update faham2 je laa yer, saya sibuk ber-facebook-ing, haha (tipu)...

Sekian saja entry versi mereng...

Adik on cloth diapers

Few months after I used cloth diapers(cd) on Rafiqh, a friend of mine had requested me to put pictures on how to cloth diapering a baby, she asked me to demo it using Rafiqh as model. Of course laa it is soo imposibble to be done cause he started to wear cds when he was already 1year ++, mana dengan nak pakaikan cd, mana dengan nak snap picture, baru pegang camera anak haku dah mencanak lari, hahaha. Bab demo2 ni kena buat kat baby kecik laa kan, so I told her to wait until the next baby lah!

Ops, I'm not going to post the demo's pictures yet, maybe next entry hokey! (gambar tak masuk kom lagi daa...)
So guys, meh laa tengok anak teruna I menggayakan cds... Comel kan? kan? kan?!

A boy in pink, muhehehe...


Blue...

Red...

Orange...

Yellow...

As I mentioned in my previous entry, I bought only pocket diapers for my sons. Kalau ikut hati memang berkenan jugak all-in-one style tu tapi bila fikir2kan balik rasa rugi laa pulak, kang kena laburkan banyak duit nak beli set2 baru. Demi menyahut seruan hidup berjimat cermat(eceh) dan sedar diri tengah pokai, I beli pocket style je laa, huhu.

Kawan2 yang dah lama baca blog I sure tau apakah kikkake(=titik tolak) yang menyebabkan I ambil keputusan untuk pakaikan Rafiqh cds. Dulu Rafiqh sangatlah kerap poop(sekarang pun sama jugak), sometimes sampai lebih dari 5kali sehari. Dah laa mak-nya tengah mabuk kepayang time tu, nak kena hadap poop dia asyik ulang-alik masuk-keluar toilet tu memang buat I tensyen, geram sebab bazirkan diapers je, kadang2 pakai sampai dekat 10helai sehari, walaupun ayahnya yang tukang beli pun tak bising tapi I rasa sayangnya buang duit, baik bagi kat I, boleh buat shopping, hakhakhak. Lebih menyampah lagi ialah nak kena pi buang sampah ler, dah laa dok tingkat 5, kalau nak buang sampah kena buang waktu pagi sebelum pukul 8.30pagi, hadoi malas woo nak pi buang kerap2. See, punya laa banyak alasan yang membawa kepada penggunaan cds ni in our life. Dengan adanya cds ni memang rasa lega laa sikit, tak payah sakit hati tengok diapers berlambak2 dalam tong sampah, tak payah pi buang sampah kerap2... Walaupun nak kena rajinkan diri untuk kerja2 membasuh dan melipat, so far it's not a big deal for me, mujur laa salah satu hobi I ialah membasuh baju, hikhik, tapi taktau laa kan kot masuk musim sejuk nanti malas pulak ker, harapnya tak laa kan, fuh fuh *jampi diri sendiri*...

Ada jugak kawan I yang kata tak mampu laa nak beli cd, mahal sangat. Oh memang laa kalau compare dengan disposable diapers tu kita rasa cds ni mahal. Tapi kalau fikir for long term, memang berbaloi sangat. Kalau beli sekali gus like me, memang kopak laa jugak kan. So kalau berminat nak cd-ing baby tu, since pregnant beli laa sikit2, maybe satu set per-month, tak laa rasa terbeban sangat...

Disebabkan I pakaikan budak 2orang ni cds bukanlah kerana 100% nak menyahut konsep mesra-alam, so I still using dds at night and when outing. Saya malas nak hangkut cds dan nappy wet bag, lagi tak sanggup nak hangkut poop depa kalau buatnya depa poop kat luar, hek!

Memandangkan Raziqh masih kecil dan masih kerap poop, I cuma pakaikan dia sehelai je insert. Nanti dah besar sikit boleh buh 2helai. Sangat cute tengok punggung dia pakai cds, macam2 warna dan montok, geram grrr, hiks...

Nanti2 I tulis entry review cds Raziqh pulak yer... Till then!

Thursday, October 15, 2009

Chocolate cake

Awal2 pagi lagi dah sibuk menggodek kek coklat. Gara2 tak puas makan kek coklat yang my junior(siapa yer yang buat? Yatt ek?) buat masa jamuan raya hari tu. Mana nak puas dah kalau makan sekeping je, nak puas kena laa baham sebijik terus, tapi melampau laa pulak kan nak telan banyak2, hahaha... Beberapa hari lepas masa jengah rumah Ida-mamaAiman http://ida81.wordpress.com/, terliur tengok kek coklat Ida buat, terus rasa berkobar2 semangat nak buat sendiri, haa kalau buat sendiri boleh laa nak melantak banyak mana pun. Sebenarnya sejak semalam lagi nak buat tapi rasa over sangatlah pulak memandangkan hari selasa tu baru je buat cucur keria, semalam pulak dah bancuh tepung nak goreng cucur udang kering, takkan nak buat kek lagi kan, hish berlebih2 pulak makan, kang badan jadi tong baru padan muka! So bawa2lah menangguh niat tu untuk buat hari ni...

Haihhh, ni laa masalahnya bila I berpuasa, nafsu makan tu melampau2. Puasa ni selain dari sebab wajib kena ganti tu, kononnya nak jaga pemakanan, boleh laa nak diet dan shed weight. Tapi hampeh!!! Kalau tak puasa, nak masuk dapur pun malas. Nak masak dinner tu lepas asar baru decide menu dan baru terhegeh2 nak masak. Tapi kalau time puasa, perghhh dari tengahari lagi dah fikir dah menu nak masak, bukan takat dinner je, complete dengan side menu/desert lagi, hamboi teruk sungguh. Macammana laa nak kurus kan, bantai makan tak ingat dunia, kuang3...

Selain buat kek, hari ni jugak I buat roti canai dan murtabak. Eh2 tu bukan I yang nak makan tau, isnin lepas myLove tanya tak ada murtabak ker? Hish, buat pun tak, mana nak adanya... Kesian kat dia punya pasal, haa semalam I dah buat intinya, hari ni balut je laa, weekends nanti boleh makan untuk breakfast atau minum petang...

Kek ni I buat setengah adunan je, cukup laa 2orang je nak makan. Tak boleh nak komen rasanya lagi sebab tak ngap lagi, hehe. Sesiapa nak tau resepi kek ni boleh laa ke rumah Ida yer...

Kek coklat yang dah disiram coklat dan ditabur choc rice, tak sabar den nak makan ni?! yum2...

Ni version cupcakes untuk si Rafiqh. Budak2 tak boleh makan coklat siram dan tabur, nanti rosak gigi, mak budak je boleh, hahaha...

Patent tangisan si kecil

Perasan tak patent tangisan baby berbeza2 mengikut kehendak diorang?

Masa Rafiqh dulu I tak perasan sangat hal ni, tapi dengan si Raziqh ni memang obviously boleh "detect" apa dia nak. Mungkin sebab Raziqh jenis yang sangat jarang menangis so I cepat faham kenapa dia menangis...

Patut laa kat pasaran ada jual alat yang boleh bagitau kita apa baby kita nak dengan hanya menilai pada tangisan baby tu. Hebat kan?! hehehe. Tapi tu lah, budak2 kecik ni bukan banyak pun sebab musabab yang buat depa menangis. Lapar, mengantuk, tak selesa, tu je laa kot...

Raziqh ni kalau lapar atau tak selesa, dia akan bunyi hok-hek-hok-hek je. Kalau dia dah lama bunyi tapi tak dilayan baru dia nangis, tu pun setakat hek hek hek. Kalau mengantuk biasanya dia akan lentok tidur sendiri. Lately dia dah dapat satu "akal" baru iaitu takmau dok sorang2 dalam cot, huh! Kalau buh dia dalam cot dan dia tak nampak orang, dia akan gelisah dan bila dah lama tak diangkat dia akan meraung, bunyinya "aaaa aaaa", Rafiqh kalau dengar adik nangis macam tu dia akan kata "adik bird!", hahaha. Pernah dengar bunyi burung gagak? Kat sini banyak gagak, tiap2 hari pagi dan petang boleh dengar bunyi gagak. Bila gagak bunyi Rafiqh akan sebut "bird aaa' aaa'". Sekarang ni pulak si adik nangis patent tu, haa elok laa kan, adik jadi gagak!

Itu cerita si Raziqh menangis, so far tangisan dia belum pernah buat I hilang akal lagi laa... Sebaliknya yang buat I hangin ialah si Rafiqh ni... Dulu tak pernah pulak buat perangai pelik2 macam sekarang ni, entah apa sebab pun taktau laa, suka benor meragam tak tentu pasal. Emosi dia sangat sukar diramal, tengah2 gelak tu boleh menangis, memanglah ada sebab dia jadi gitu, ada laa tu tang mana2 yang tak kena, tapi I still tak boleh nak faham apa dia nak sebenarnya. Contohnya laa kan, tengah mandikan dia, amboi sakan bergelak ketawa main air, dah siap mandi I pun lap badan dia dan pakaikan towel kat dia, tiba2 je dia duduk mencangkung nangis2 taknak keluar toilet, hah kenapa? Dia tak puas mandi? Dia taknak pakai diaper? Weeeiiii laa, tak faham sungguh. Mula2 dulu I pujuk2 jugaklah ajak dia keluar, malas laa nak heret dia, tapi dia tak makan pujuk. End up I tinggalkan dia sorang2, satgi pandai2 laa dia keluar sendiri. Tu baru satu tu, ada macam2 hal lagi. Macam2 cara dah I cuba nak menangi hati dia, tapi selalu gagal, ada sesiapa boleh ajar tak cara nak ubat "penyakit" Rafiqh ni? hahaha... Mungkin semua yang dia buat tu sekadar nak extra perhatian je kot kan?! Ermmm I kena banyak belajar bersabar ni...

Wednesday, October 14, 2009

Visa Raziqh

Khamis lepas myLove kerja halfday je, tengahari dah balik sebab nak uruskan permohonan penukaran status visa si Raziqh. Kat sini susah sikit nak berurusan dengan imegresen, sebabnya depa buka ofis di Ube ni 2minggu sekali je. Dulu seminggu sekali tapi sekarang ni 2minggu sekali pulak, haihhh leceh sungguh! Kalau ada emergency kena pi sampai ke Shimonoseki, jauh laa jugak, 1jam++ dari sini. Sehari sebelum pi tu I dah call main office kat Shimonoseki tu untuk tanya tentang dokumen2 yang diperlukan, bila dah get ready semuanya baru laa senang, harapnya lepas ni tak ada laa depa call minta itu ini lagi, malas nak tunggu permohonan tu diproses lama2, banyak lagi urusan lain nak kena buat...

Raziqh masuk Jepun menggunakan visa pelancong(temporary visitor). Masa memohon visanya di Malaysia hari tu, I tulis nak mohon visa tu untuk 3bulan, so his visa is valid for 90days. Masa my family datang tahun lepas, they only got visa for 10days, boleh pulak ek gitu, selama ni I tought kalau visa pelancong tu semestinya untuk 3bulan...

Memang kami sengaja tak mohon dependent visa terus, kalau nak mohon dependent visa tu mungkin akan ambil masa yang lebih lama sebab nak kena mohon certificate of eligibility dari imegresen sini dulu baru boleh submit kat embassy Jepun di Malaysia. Dalam keadaan imegresen sini yang tak beroperasi setiap hari plus myLove yang susah nak cuti, untuk memudahkan semua pihak kami dapatkan visa pelancong je dulu. Alhamdulillah untuk urusan visa kali ni semuanya berjalan dengan mudah. Masa Rafiqh dulu kami pakai travel agent dan rasanya depa submit di embassy Penang, mak aih punya laa banyak songeh sampai makan masa lama nak luluskan. Serik dah rasa kena macam tu so kali ni I ambil keputusan untuk uruskan sendiri. Nasib baik laa alang dan suaminya Shahril dok Selangor, depa laa yang tolong pi beli tiket flight Raziqh dan submit-kan permohonan visa tu.

Dulu kalau nak mohon visa pelancong, embassy nak tengok tiket pergi balik. Kali ni dah tak perlu dah, lega sungguh sebabnya kami tak belikan tiket pi balik pun untuk Raziqh, beli tiket pi je. Prosedur dah banyak berubah, rasanya yang latest ni sangatlah mudah. Visa Raziqh siap in 3days only... Oh walaupun dokumen yang embassy minta lampirkan tu tak banyak, tapi disebabkan I dah serik kena masa Rafiqh dulu, I lampirkan jugak segala tok-nenek dokumen yang I pernah bagi dulu2. Haa hambik kau, memang tebal giler laa, hahaha... Senang kan, tak payah depa nak minta2 lagi, ingat orang takde keja lain ka selain dok pi mai pi mai naik turun embassy hantar dokumen. I sediakan 3 bahagian dokumen, bahagian 1 ialah dokumen2 yang depa minta, bahagian 2 ialah dokumen yang I saja gatal2 nak bagi dan bahagian 3 ialah dokumen yang rasanya tak perlu tapi agak2 mungkin kot depa nak nanti, so yang ni I minta alang pegang je dulu, tak payah bagi lagi, just in case depa call cakap nak itu ini lagi, baru pi hantar. Kesimpulannya, seperti yang dijangka ada dokumen dari bahagian 2 yang depa ambil...

Ni website embassy, boleh rujuk sini: http://www.my.emb-japan.go.jp/index.htm

Lepas siap isi borang2 dan submit kat imegresen, kami terus ke shiyakushou(=pejabat daerah) untuk buat "alien card" Raziqh dan ke bahagian kanak2 untuk mohon jidouteate(=child monthly allowance). Alien card ni perlu dibuat oleh semua foreigners, taktau laa pasai apa panggil alien, huhu... Siap 2 urusan tu kami pun balik rumah...

Sebenarnya ada lagi beberapa tempat nak kena pergi, tapi dah lewat pejabat pun dah tutup. Kena tunggu visa siap dulu, nanti pi ambil visa sekali harung settle-kan benda2 lain sama. Ermmm bila laa visa nak siap ni...

Auturm

Beberapa hari ni dah mula terasa sejuk dah. Yer laa kan, dah pertengahan oktober dah pun. Sepatutnya dah masuk aki(=auturm) dah ni, cumanya bila tengok pokok2 kat luar tu masih belum kekuningan lagi. Maybe 2-3minggu lagi baru nak kuning kot...

Pagi2 ni memang dah rasa sejuk tapi malam kadang2 tu masih rasa panas lagi. Tapi tak laa sampai kena on aircond, cukup dengan air-cooler je. I pun dah mula nak kemas2 kipas dan cooler, nanti sumbat masuk almari. Kena keluarkan heater laa pulak...

Aki antara musim yang I paling suka, selain dari haru(=spring). Tak terlalu sejuk dan yang penting tak panas, nyaman je rasa. Cuma tak bestnya masa aki ni kurang sikit aktiviti, tak macam masa natsu(=summer). Biasanya kalau aki setakat pi tengok kouyou(=red leaves) je laa. Tahun ni belum ada apa2 plan nak buat, taktau laa kalau students sini dah ada idea nak ke mana2, kalau sesuai untuk kami yang ada 2budak ni, boleh laa nak join kan...

Bagi I auturm jugak sangat sinonim dengan puasa. Sebabnya maghrib masuk awal, hehe. Sekarang ni pukul 5.44petang dah masuk maghrib, sekejap je puasa dah berbuka, tak terasa penat sangat pun. I dok pulun nak habiskan puasa ganti 9hari tinggal bulan ramadhan hari tu, lepas tu nak settlekan puasa nazar 9hari. Hari ni baru hari ke-5 berpuasa, ada 13hari lagi tu. Harapnya dapat laa puasa at least 2hari seminggu, kalau nak pulun puasa tiap2 hari takut jejaskan milk production pulak, kesian Raziqh. Sekarang ni pun bila petang dekat2 nak berbuka tu boleh rasa susu tak banyak, jenuh dia nak hisap, nasib baik laa dia tak mengamuk...

Oh ya, birthday Rafiqh yang ke-2 dah tak lama lagi dah, kurang 2bulan je dari sekarang. I tengah berkira2 nak buat small birthday party for him. Belum discuss lagi dengan myLove, rasanya myLove tak membantah. Dalam otak ni dah ada gambaran kasar dah tapi of course laa kalau I sorang nak masak untuk jemputan 30++ orang tu mau pengsan mak depa ni kan. Nak kena minta tolong girls kat sini laa nampak gayanya, macam lastyear jugak, haa masa tu baru Rafiqh seorang, ni dah 2orang takut tak menang tangan pulak nanti... Kejap je rasa Rafiqh dah nak masuk 2tahun...

Tuesday, October 13, 2009

Diaper stacker


Cute, right?!

I bought them here:
http://babyumishop.blogspot.com/search/label/Diaper%20Stacker

All this while, I susun cloth diapers(cds) Rafiqh dalam laci almari baju dia. Since he has 12pieces of cds with 2layers of inserts each, they took lots of space. Dulu I selalu pergi 100yen shop mencari2 barang yang ada possibility untuk digunakan to organize the cds nicely. And at last I found this stacker when I was about to buy cds for adik. Memang cun lah, sangat berkenan dan terus ordered 2pieces, 1 is for Rafiqh and another 1 for Raziqh, settle problem!

So now, I put their cds in the purple stacker, while the disposable diapers in the pink ones. Best laa jugak, selain nampak kemas dan tersusun, I boleh pilih colour yang nak digunapakai dengan mudah, main tarik je, kalau buh dalam laci kena angkat keluar dulu baru boleh ambil warna2 yang dok bahagian bawah tu, leceh sikit...

Selain boleh letak diapers, ianya jugak boleh isi benda2 lain jugak sebenarnya. Sangat comel sebagai aksesori bilik anak jugak, aiks dah bunyi macam promoter laa pulak, hek! (saya tak dapat any komisyen hokey!)

Monday, October 12, 2009

Cloth Diapers for Adik...

Dah berkurun entry ni duk terperap dalam draft, taip separuh jalan je then terhenti tak sambung2. Dari si Raziqh belum lahir sampai dah berumur 2bulan lebih, entry ni tersangkut2, baru hari ni berjaya habiskan dan post kat blog, hehe.

Few months before balik Malaysia, I dah mula survey online shop kat Malaysia yang jual cloth diaper(cd). Sebelum balik Malaysia lagi I dah order siap2 cds untuk si adik. Selain dari sebab terlampau excited nak membeli, I order awal2 ni sebab nak memudahkan kerja. Dah tau dah bila jejak kaki kat Malaysia nanti sure busy, tak banyak dah masa nak hadap laptop, so better buat awal2, sampai je Malaysia terus buat payment dan tunggu barang2 tu sampai je, senang kan...

Jadinya, 2bulan sebelum Raziqh lahir semuanya dah siap berbasuh dan tunggu masa je nak guna. Tapi sepanjang dok Malaysia hari tu cd ni tak pakai pun, hahaha, poyo jer! Awat tak guna? Jawapan paling senang dan jujur ialah MALAS. Bukan adik je tak pakai, si abang pun sama jugak, kuang3. Walaupun dah siap beli detergent bagai, tapi dek kerana saya tak lekat dok kat rumah, saya tak guna ler. Untuk Rafiqh masa nak balik I dah siap bawa 1pack disposable diapers(dd), dalam kereta yang kami hantar tu pun ayahnya dah buh 2packs lagi, tu yang tak guna cds tu. Dalam keadaan sarat2 tu I memang tak larat nak basuh cds dia, even hanya untuk buang najis dan campak masuk washing machine je pun, I sangat tak berkeinginan, sungguh laa mengada2 kan. Bila si adik lahir, fikir punya fikir, malas jugak laa nak guna. Kasihan mak nak basuh baju banyak2, nak sidai pun satu hal lagi. Senang cerita I simpan semuanya elok2, bawa balik sini baru pakai. Awal2 balik hari tu I still pakaikan both of them dd, lepas settle down everything barulah they started to use the cds.

Untuk Raziqh I cuma beli 10helai cds, mix macam2 brand dan rasanya all of them are made in China. Macam untuk Rafiqh jugak, I belikan pocket diapers. Bezanya kali ni I beli semua yang one size cds...

Ni web kedai2, kot2 ada yang berminat...
http://www.babyumishop.blogspot.com/
http://www.sweetgummysmile.com/index.php?http://mum7kids.blogspot.com/search/label/CLOTH%20DIAPERS
http://www.lildanzell.com/

CDs from BABYLAND...

CDs from Coolababy...

CDs from KS...

CDs from Lunatots...

Inserts...

Ada banyak benda nak cerita pasal cds ni, nanti2 free laa yer...

Sunday, October 11, 2009

Jamuan raya

I loike jamuan!
I suka sangat tengok foods berderet2, tambah suka kalau foods tu bukan I yang masak, best woo makan masakan orang sebab jemu dah tiap2 hari jamah masakan sendiri, muhehehe... Lepas tu time jamuan ni boleh jumpa ramai orang, sembang2 dan bersosial. Dan boleh jugak pakai baju lawa2, hahaha...

Hari ni students Malaysia organized majlis jamuan raya, ramai laa jugak jemputannya. Buat kat dewan meriah sungguh. Majlis mula pukul 12 tapi biasa laa kan, pi mai pi mai nak siapkan 2 anak plus mak budak pun nak melaram, dekat2 pukul 1 baru kami sampai. Masa tu orang dah start makan dah, kami join je laa. Macam2 juadah ada, sate, nasi empit, kuah kacang, nasi tomato(kot), ayam masak merah, kari daging, ketupat, rendang ayam, kuih2 raya, kek2, huish banyak laa lagi, malas nak senarai dah aih. Tapi yang tak syoknya makan rasa tak puas, salah sendiri laa kan, hehe. Normal laa tu, bila dah ada anak ni, nak kontrol anak supaya behave memang mak-nya makan tak aman laa. Bagus laa jugak kot, tak ler rosak diet, hek!

Ni je yang kami bawa, hihi...

Awal2 sampai tu bila tengok orang punya laa ramai Rafiqh sentot laa sekejap. Dah habis "peghak"(=jakun) dia tu mula laa nak melasak, tapi still under control lagi laa. Sambil2 makan tu dia dok panjat stroller adik, dia dok ingat yang stroller tu milik dia lagi laa tu. Nasib baik dia tak kedekut, dia ok je bagi si adik duduk, cumanya bila adik tak duk dalam tu baru laa dia kalut "rabat"(=panjat) naik. Tak lama lepas tu bila kak Hanny sampai dengan 2heronya, hilang laa sopan santun si Rafiqh, mencalak laa bermain, lari sana sini dan mulut tu bising ja bercakap, apa dia cakap pun taktau laa. Happy laa dia dapat main dengan 2 abang tu, how I wish kak Hanny duk dekat2 sini je, boleh laa bagi depa main selalu, hehehe.



Pungpang2 pukul 5 kami balik rumah. Perghhh penat... Sampai je rumah rehat sekejap, lepas solat mandikan dua beradik ni then fikir2 nak masak apa untuk dinner. Tanya myLove nak makan nasi ker, dia kata tak kesah, apa2 pun ok, mula laa datang rasa malas nak masak, hehehe. Kebetulan pulak masa kemas2 barang tadi my junior-Nas tanya kami nak spagetti yang kak Hanny bawa tak, uish rezeki jangan ditolak, memang nak laa kan. Jawabnya tadi kami dinner spagetti je laa. Spagetti ni favourite food Rafiqh, sejak semalam lagi masa I dok kalut masak nasi dia dok keluarkan spagetti hulur kat I suruh masak, perasan orang putih laa tu, tak cukup siang makan spagetti malam pun nak jugak, cet! Lepas mandikan dia terus suap dia makan, 3kali tambah, amboi suka benor! Dah kenyang makan bagi dia susu sebotol, sambil2 baring tu dia pun pengsan laa. Hah penat sangat laa tu, seharian tak tidur, belum pulul 7 dah belayar dah, fuhhh lega ooo, dah laaaamaaa dia tak tidur seawal ni. Si adik pulak, lepas si abang tidur dia pun zzz. I pun masuk dapur masak tambah spagetti lagi (masak jugak huh!) dan panaskan spagetti yang dibawa balik tadi. Setelah sekian lama tak dinner berdua aje dengan myLove, hisashiburini kami dating makan berdua, ihiks...

Rafiqh sibuk sama nak menolong orang mengemas. Kalut laa tolak meja2 tu...


Ada banyak lagi gambar yang diambil guna kamera kohaitachi(=juniors), nanti bila dah dapat dari diorang I post kat sini okey...