Friday, September 6, 2013

Sekolah


Finally... After like 2months berjimba-ria, the kids(read: Rafiqh & Raziqh) will going to school starting this coming monday insyaAllah, alhamdulillah ala kulli hal...

Kami dapat tahu kena pindah Thai sekitar awal jun, my other half decided untuk pergi dulu then lepas dah settle down baru kami join, which is around after raya. Dia pergi end of june, so starting july 2R dah tak ke sekolah lagi. A week before ramadhan kami balik Ipoh, plan asalnya selama peninggalan myLove, I nak gerakkan bisnes ELKEN, nak buat tour ke utara untuk bisnes sharing and such tapi Allah ada perancangan lain untuk kami, ter-preggy lah pulak, so mulalah episod mabuk2 yang membataskan pergerakan. Tambah pulak puasa, memang flat terus. Makanya melepak je laa kat Ipoh sehingga raya...

Budak2 ni happy laa tak ke sekolah, awal2 tu I thought nak buat home-schooling je kat rumah till end of this year, lepas tu baru nak hantar both masuk sekolah kat sini. Silibus dan buku2 semua dah dapat dari teachers depa tapi nak mulakan tu alaaaahai, bercinta! I'm totally takdak bakat jadi cikgu, garang dan tak sabar, plus the kids sangat banyak auta, seriously rasa sangat down. Talked to mr husband and he said, no worry lah, hantar ja depa ke sekolah right after sampai sini nanti, ingatkan dia bergurau, rupanya tak, hahaha. Dia dah survey tentang persekolahan 2R, tak payah tunggu awal tahun depan, la ni dah boleh start dah. Phewwww lega laaa, tak boleh nak bayangkan life for another few months dengan depa ada kat rumah, tak buat apa2 hanya tengok tv-main-ipad-makan-tidur-bla3, fehning!

Selama kat sini, company akan tanggung kesemua yuran etc persekolahan anak2, bermula umur anak itu 4tahun. Luckily Raziqh dah 4tahun so bolehlah hantar both masuk sekolah yang sama. Kalau tak, haru laa jugak, risau Rafiqh refuses takmau pi sekolah sebab Raziqh takdak...

Alkisahnya 2 hari lepas, kami dah ke sekolah baru depa untuk urusan pendaftaran, melawat persekitaran sekolah dan beli baju2 sekolah. Alhamdulillah settled! Sejak lastweek lagi depa dah excited nak ke sekolah, dalam kereta ok lagi tapi elok sampai ja kat parking tu Rafiqh dah start buat drama, haha, nangis! Si Raziqh releks ja, dia pulak syahdu lebih2. Tapi lepas dah bawa melawat sekolah, tengok kelas dan kawan2nya, tengok padang dan swimming pool, dia nampak dah calm down dan kembali excited. Bila tanya2 pun nampak dia dah ok. Suasana baru kan, of course akan ambil sedikit masa untuk dia adapt dan belajar untuk selesa. Biasanya depa ni tak ambil masa yang lama untuk serasi, in 3 days dah boleh cope with the new environment insyaAllah. Moga Allah permudahkan, moga Allah beri laluan yang terbaik untuk anak2 ini...

So nama sekolah 2R adalah Garden International School (GIS). Ada yang tanya kenapa hantar ke sekolah international, tak hantar ke sekolah siam biasa saja. Hehe actually I pun taktau the reason. Maybe sebab Msian kat sini semua hantar anak2 ke situ kot, so mudah nak buat reference dan mudah 2R nak adapt. Then mungkin sebab nak depa bagus dalam english. Kalau hantar sekolah siam, semestinya depa akan mahir berbahasa Thai tapi memikirkan yang nanti balik Msia depa lebih memerlukan english so rasanya masuk internetional school ni pilihan yang tepat. Lagipun FREE kan, kalau sendiri yang nak hantar, ermmmm rasanya tak kot, tak mampu aih. Ambil je laa peluang ni untuk bagi depa involve dengan international environment, bergaul dengan pelbagai jenis manusia, insyaAllah didoakan GIS ni bakal menyumbang kepada pembentukan sikap2 positif dan pembangunan sahsiah terpuji dalam diri anak2 ini...

5 comments:

Ina said...

tahniahhhhhhhhhhhhhhhh on your latest pregnancy. alhamdulillah bertambah kanak2 riang kat rumah fith. semoga sihat selamat semuanya ye. dah berapa minggu ni?

bestnya 2r dapat merasa international skool. semoga semakin bijak dan berjaya :)

Fith said...

Ina,
xdpt trace exact edd sbnrnya sbb x catat last period bila,hehe.anggarannya 16weeks lah kot...

Unaizah said...

Tahniah di atas rezeki yg Allah bagi. Nak masuk 4 dah anak-anak Fith, dah kalahkan akak ni :-)

Fith said...

Kak unai,
thanks.
takpe kak,sempat lg nak tambah2 tu,hehe...

oakleyses said...

louis vuitton, polo ralph lauren, nike free run, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet online, sac longchamp pas cher, michael kors pas cher, longchamp outlet, tiffany and co, uggs on sale, prada outlet, replica watches, tiffany jewelry, nike free, polo outlet, longchamp pas cher, prada handbags, louboutin pas cher, chanel handbags, nike air max, air max, ugg boots, nike air max, nike roshe, burberry pas cher, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, gucci handbags, louis vuitton, louis vuitton outlet, tory burch outlet, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin uk, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, nike outlet, kate spade outlet, jordan shoes, jordan pas cher, ray ban sunglasses, ray ban sunglasses, oakley sunglasses wholesale, replica watches