Friday, September 27, 2013

Rindunya nak ke taman ~

Mama 3R ni sebenarnya bukanlah kaki sport pun, aktiviti2 lasak pun tak gemar. Cumanya suka kepada aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Sebelum kahwin dulu, bila ada masa lapang memang akan berjogging, especially masa duk UM 2 tahun preparation course, petang2 lepas habis kelas je terus salin baju dan naik bukit berjogging. Pagi2 weekends pulak akan lari pusing tasik UM, kenangan2... Masa kat Yamaguchi pun sama, petang dan weekends selalu pi jogging, kadang2 tu sorang2 je pun jadi kerja, haaa nak kata memang minat lah jogging2 ni!
 
Tapi bila dah kahwin (masa end of 2nd year), aktiviti jogging ni makin dilupakan. Sebabnya mr husband tak suka jogging, dia kata mengah, dia prefer sport macam main bola, futsal, ping pong, badminton, bowling bla3. Awal2 kahwin tu selalu jugak ajak2 dia pi jogging tapi bila asyik kena reject je so malas dah laa, aah citarasa yang berbeza, so somehow lama2 tu dah tak ber-jogging dah laa...
 
Bila Rafiqh lahir, saya dah ada geng baru untuk beriadah, yeay! Since dia 3bulan lagi dah selalu bawa Rafiqh keluar morning walk. Letak dia dalam stroller dan tolak laa sejauh mana larat nak berjalan, oh selalunya kami akan ke supermarket, hihi, jalan2 perabih duit. Jauh jugak sebab nak kena naik turun bukit, lebih kurang 30minit jarak sehala...
 
 

Ini Rafiqh, masa ni usianya sekitar 3bulan++ gitu...
 
 
Then Raziqh pulak lahir, tambah lagi geng. Selain morning walk, aktiviti paling disukai adalah pi taman, tak kiralah taman permainan atau padang yang lapang untuk riadah santai. Biasanya seminggu at least 2kali akan buat aktiviti ni. Walaupun taklah berpeluh sangat pun sebab tak laa berlari sakan tapi seronok boleh join the kids main2 bola dan kejar2 depa...



 
Ini Raziqh, masih baby lagi, masa ni myLove ada so mama pakai skirt pun no hal, tak payah nak lari2 mengejar si Rafiqh, hehe...
 
 
 


 
 
Bila balik Msia, aktiviti2 ni semua dah nalla~. Budak2 ni hanya betul2 bebas main kat laman bila balik rumah tok abah dan tok ma depa di Ipoh tu saja. Kalau kat Bukit Mahkota tu pun mama 3R jaranggg amat lepaskan depa main kat luar. Kalau bagi pun hanya dalam pagar, siap berkunci lagi pagarnya. Depa ni dok laa melangut tengok anak2 jiran tetangga tu berlari main basikal kat atas jalan. Entah laa, rasa tak sanggup nak lepas depa keluar sebab sangat risaukan keselamatan depa. Yang duk dalam pagar pun orang mai buat khianat (culik etc), inikan pulak yang bebas merayau kan, hmmm. Padahal depan rumah kami tu ada taman permainan dan padang luas. Tapi serius tak pernah berani nak bawa budak2 ni ke situ. Kebetulan pulak Bukit Mahkota ni banyak kes2 jenayah, sungguh menakutkan...
 
Bila pindah Nilai, perumahan baru kami tu ada security guard dan fully-gated juga. Dari satu sudut nampak selamat lah kan, nak2 pulak rumah kami ni di hujung jalan mati. Means tak ada kereta nak lalu-lalang sangat dan rasa lebih secure. So kami ni berkira2 laa kononnya nanti bila dah makin ramai jiran boleh laa lepaskan 3R main basikal di laman dan jalan depan rumah. Tapi tup2 kena pindah Thailand pulak, haha, angan2 tinggal kenangan...
 
Sekarang ni kat Pattaya, alhamdulillah sini lebih selamat compare to Msia. Dok selidik soal2 tanya jiran2 dan Malaysian yang dah lama menetap kat sini, semua kata Pattaya ni aman dan selamat dari jenayah pelik2. Makanya mama 3R sekarang dah kembali ber-morning walk. Awal2 hari tu bawa 3R, tapi sekarang Rafiqh dan Raziqh kan dah sekolah, peneman mama hanyalah mokcik Raisha. Dok sorong laa dia dengan stroller jalan2 waktu pagi seminggu at least 2 kali. Seronok! Banyak faedahnya morning walk ni, selain untuk membina stamina diri sendiri yang tengah preggy ni, ia bagus untuk anak2 jugak. Anak2 akan lebih tahan lasak dan berdisiplin. Berpanas dan berhujan, mereka berjalan berpeluh2, insyaAllah badan akan lebih sihat dan dayatahan penyakit lebih baik. Sejak kecik lagi, kalau takat kena jemur dan kena air hujan tu depa ni memang dah tak heran dah, susah sangat laa nak selsema atau demam lepas tu alhamdulillah. Dan memang depa akan lebih berdisiplin bila keluar morning walk ni. Jalan tepi jalanraya yang banyak kereta, sorang duk dalam stroller, sorang pegang stroller sebelah kanan, sorang sebelah kiri dan mama tolak stroller dari belakang, depa jadi lebih aware terhadap keselamatan diri dan boleh protect each other. Sepanjang jalan tu Rafiqh dan Raziqh takkan lepaskan stroller, jalan elok tak laju sangat dan tak slow sangat. Oh yang paling penting, suka bila berbual2 sepanjang jalan, banyakkkk benda boleh disembangkan. Haa dan yang paling3 penting sekali, jalan tu destinasinya MESTI pi kedai ya, sebab nanti boleh laa depa paw mama, syiok sangatlah depa!   
 
InsyaAllah lepas2 ni nak try cari taman2 yang best untuk bawa depa ni beriadah hujung minggu. Kat sini sebenarnya sangat dekat dengan pantai, alangkah bestnya kalau boleh bawa anak2 main tepi pantai on weekends. Teringat dulu2 masa duk Kuantan, almost everyweek pi teluk Chempedak duduk tepi pantai main pasir, makan buah sambil tengok orang main layang2/berenang. Balik Malaysia nanti nak buat lesen antarabangsa lah, nak harapkan ayah 3R yang bawa memang tak laa kan, dia bukan minat bersiar2 ni, nanti kalau dah ada lesen boleh laa drive sendiri dengan 4R (ecewahhhh verangan!)...
 

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Fith.. lamanye tak dengar kaba fith.. alhamdulillah hari ni tergerak hati arie tuk buka blog fith. nk harap fith YM langsugn takde dah.. nyway.. tahniah sbb dah mengandung lagi anak yg ke 4.. semoga fith sekeluarga sehat. dalam tak sedar rupanya dulu fith penah stay nilai sekejap. dekat dah tu dgn area arie kt shah alam ni. dibandingkan dlu ka japan sana. so now on dah kt thai... waaaa bestnyelife.. journey sana sini.. enjoy life k. kim salam mr.fith

Fith said...

Waalaikumusalam arie,
aah lama sungguh tak tanya khabar,lost contact gitu je.fith skrg tak aktif dah ym,sejak balik dari jepun dah tak ol...
sehat?anak2 apa khabar?dah brp org anak dah ni?hehe...

Anonymous said...

heh! sori baru bukak balik blog.. tu la tu. ilang mcm tu je. apepun syukurlah sesama sehat dan selamat walau dimana pun kan.

arie kurang sehat (seseme batuk) anak2 alhamdulillah semua sehat tetapi ada banyak kisah la yg maybe fith x tau kalau tak bukak FB arie.
anak menten 4 je. sbb org umah dah tak nak tambah lagi dah. fith dah nk masuk 4 kan. harap2 nti bersalin selamat dan sehat la ye.

lepas thai.. akan transfer mana plak cik abg tu.. puas la korang merantau sana sini.. rezeki tul cik abg tu kan..

oakleyses said...

louis vuitton, polo ralph lauren, nike free run, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet online, sac longchamp pas cher, michael kors pas cher, longchamp outlet, tiffany and co, uggs on sale, prada outlet, replica watches, tiffany jewelry, nike free, polo outlet, longchamp pas cher, prada handbags, louboutin pas cher, chanel handbags, nike air max, air max, ugg boots, nike air max, nike roshe, burberry pas cher, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, gucci handbags, louis vuitton, louis vuitton outlet, tory burch outlet, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin uk, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, nike outlet, kate spade outlet, jordan shoes, jordan pas cher, ray ban sunglasses, ray ban sunglasses, oakley sunglasses wholesale, replica watches

oakleyses said...

converse pas cher, burberry outlet, michael kors outlet online, hollister pas cher, timberland pas cher, michael kors outlet online, michael kors outlet online, hogan outlet, kate spade, nike tn, true religion outlet, nike air max uk, michael kors, true religion jeans, uggs outlet, nike air max, nike free uk, north face, ray ban uk, north face uk, true religion outlet, nike blazer pas cher, true religion outlet, michael kors, uggs outlet, abercrombie and fitch uk, lululemon canada, vans pas cher, sac vanessa bruno, nike air max uk, michael kors outlet, michael kors outlet, ray ban pas cher, michael kors outlet, oakley pas cher, nike roshe run uk, polo lacoste, nike air force, ralph lauren uk, coach purses, coach outlet, guess pas cher, new balance, hollister uk, coach outlet store online, sac hermes, burberry handbags, replica handbags