Thursday, September 12, 2013

Garden International School (GIS)


Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 Rafiqh dan Raziqh pi sekolah...

1st day bangun tidur depa agak terpinga2, mama kata "toksah dok buat blur aih, hari ni kan 1st day nak pi sekolah". Bab sekolah memang tak ada toleransi yer anak2. Suka/tak suka, rajin/malas, sekolah tetap kena pi. Mama kecik2 dulu kalau demam sikit2 pun tokma perambat pi sekolah, takdak chance laa nak lepak-ing kat rumah. So hangpa pun akan dikerah sedemikian rupa, belajarlah hidup dalam kesukaran, semoga jadi insan yang kenal pada erti sebenar kehidupan...

Gambar atas tu adalah gambar hari pertama, Rafiqh belum pakai uniform sebab bajunya di-alter pihak sekolah. Saiz kecik dah tak ada, beli yang besar so kena potonglah sikit. All I can say is 1st day was awesome! Apa yang mama risaukan alhamdulillah tak berlaku. Mama sebenarnya sedikit gusar kalau2 Rafiqh takmau naik van, selalu kan before ni pergi-balik mama yang berhantar-berjemput. Malam tu memang tak lelap tidur memikirkan hal anak2. Tapi syukur sangat2 dia tak buat hal. Both willingly naik van dan nampak happy memulakan rutin baru. Balik pun sangatlah riang-ria, subhanallah mama speechless, gembiranya tak terkata...

Same goes to 2nd, 3rd and 4th day, so far so good. Bangun pagi pun tak ada masalah, macam dulu2 jugak depa akan bangun sendiri dan Rafiqh selalunya tak payah suruh dia akan terus pi mandi dan bersiap. Kalau ikut timing mama, pukul 5.50 baru nak kejutkan tapi setakat ni depa bangun lebih awal dari tu. Pukul 6.30 dah kena keluar tunggu van kat luar, biasanya pukul 6.40 van akan sampai. Sekolah depa ni jauhhhhh~~~ lebih kurang 40minit perjalanan, haa jauh kan?!

Sesi persekolahan bermula pada pukul 8.30pagi, Raziqh habis sekolah pukul 2petang tapi kena tunggu abangnya yang habis pukul 3.10petang. Sementara tunggu Rafiqh habis kelas, dia akan dijaga oleh pentadbiran sekolah, kira macam extra day-care, of course ada extra charge lah kan...

Biasanya sampai rumah dah pukul 4.30petang. Rest sekejap then ustazah pulak datang untuk sesi mengaji iqra dan belajar fardhu ain. Malamnya pukul 8 dah tidur...

6 comments:

Unaizah said...

Bagus hero-hero mama ni ye. Senang tak banyak kerenah nak gi sekolah.

Fith said...

Kak unai,

before ni susah jugak kak.dlm 3hari ambil masa utk diorg betul2 serasi n willingly nak masuk sekolah.penat juga nak pujuk n kdg2 paksa,kena dukung hantar masuk kelas.tp kali ni baik sgt2 la pulak,mgkn diorg seronok dgn environment baru ni kot.maybe best kot pi sek naik van,hehe.apapun,memudahkan kerja kita sbg ibu,kena laa rasa syukur sgt2 kan...

Ina said...

bagusnya bangun seawal2nya. kita drpd dulu jenis stay up malam2. susah betul nak ubah habit ni. azam dah lama ada. tapi tak berjaya lagi kihkih. ni ihsan pun dah mula terikut dengan jadual mama. lagi terlebih2 plak dia. orang dah tido dia ligat lagi tapi bangun awal jugak dia tu. nak kena ubah ni sebab of course lebih teratur dan menyihatkan. fith selalu malam2 tido pukul berapa? dinner pukul berapa?

Fith said...

ihsan anak mama sungguh,hehe.fith mmg sejak dulu jenis tido awal n bgn awal.masa kat msia je tido lmbt sbb byk keje.kat sini fith tido pukul 9(pukul 10 waktu msia).bgn pukul 5(pukul 6 msia).diorg ni pukul 6.45 lps maghrib tu dah dinner,pukul 8 dah kerah masuk tidur,tp bukan masuk terus tido pun.main bergurau sembang2 dulu,hehe.
fith ni mmg kena paksa tidur awal sbb siang xboleh nak tido,nanti asyik rasa tingtong2 kepeningan hehe

oakleyses said...

louis vuitton, polo ralph lauren, nike free run, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet online, sac longchamp pas cher, michael kors pas cher, longchamp outlet, tiffany and co, uggs on sale, prada outlet, replica watches, tiffany jewelry, nike free, polo outlet, longchamp pas cher, prada handbags, louboutin pas cher, chanel handbags, nike air max, air max, ugg boots, nike air max, nike roshe, burberry pas cher, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, gucci handbags, louis vuitton, louis vuitton outlet, tory burch outlet, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin uk, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, nike outlet, kate spade outlet, jordan shoes, jordan pas cher, ray ban sunglasses, ray ban sunglasses, oakley sunglasses wholesale, replica watches

oakleyses said...

converse pas cher, burberry outlet, michael kors outlet online, hollister pas cher, timberland pas cher, michael kors outlet online, michael kors outlet online, hogan outlet, kate spade, nike tn, true religion outlet, nike air max uk, michael kors, true religion jeans, uggs outlet, nike air max, nike free uk, north face, ray ban uk, north face uk, true religion outlet, nike blazer pas cher, true religion outlet, michael kors, uggs outlet, abercrombie and fitch uk, lululemon canada, vans pas cher, sac vanessa bruno, nike air max uk, michael kors outlet, michael kors outlet, ray ban pas cher, michael kors outlet, oakley pas cher, nike roshe run uk, polo lacoste, nike air force, ralph lauren uk, coach purses, coach outlet, guess pas cher, new balance, hollister uk, coach outlet store online, sac hermes, burberry handbags, replica handbags