Friday, September 27, 2013

Rindunya nak ke taman ~

Mama 3R ni sebenarnya bukanlah kaki sport pun, aktiviti2 lasak pun tak gemar. Cumanya suka kepada aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Sebelum kahwin dulu, bila ada masa lapang memang akan berjogging, especially masa duk UM 2 tahun preparation course, petang2 lepas habis kelas je terus salin baju dan naik bukit berjogging. Pagi2 weekends pulak akan lari pusing tasik UM, kenangan2... Masa kat Yamaguchi pun sama, petang dan weekends selalu pi jogging, kadang2 tu sorang2 je pun jadi kerja, haaa nak kata memang minat lah jogging2 ni!
 
Tapi bila dah kahwin (masa end of 2nd year), aktiviti jogging ni makin dilupakan. Sebabnya mr husband tak suka jogging, dia kata mengah, dia prefer sport macam main bola, futsal, ping pong, badminton, bowling bla3. Awal2 kahwin tu selalu jugak ajak2 dia pi jogging tapi bila asyik kena reject je so malas dah laa, aah citarasa yang berbeza, so somehow lama2 tu dah tak ber-jogging dah laa...
 
Bila Rafiqh lahir, saya dah ada geng baru untuk beriadah, yeay! Since dia 3bulan lagi dah selalu bawa Rafiqh keluar morning walk. Letak dia dalam stroller dan tolak laa sejauh mana larat nak berjalan, oh selalunya kami akan ke supermarket, hihi, jalan2 perabih duit. Jauh jugak sebab nak kena naik turun bukit, lebih kurang 30minit jarak sehala...
 
 

Ini Rafiqh, masa ni usianya sekitar 3bulan++ gitu...
 
 
Then Raziqh pulak lahir, tambah lagi geng. Selain morning walk, aktiviti paling disukai adalah pi taman, tak kiralah taman permainan atau padang yang lapang untuk riadah santai. Biasanya seminggu at least 2kali akan buat aktiviti ni. Walaupun taklah berpeluh sangat pun sebab tak laa berlari sakan tapi seronok boleh join the kids main2 bola dan kejar2 depa...



 
Ini Raziqh, masih baby lagi, masa ni myLove ada so mama pakai skirt pun no hal, tak payah nak lari2 mengejar si Rafiqh, hehe...
 
 
 


 
 
Bila balik Msia, aktiviti2 ni semua dah nalla~. Budak2 ni hanya betul2 bebas main kat laman bila balik rumah tok abah dan tok ma depa di Ipoh tu saja. Kalau kat Bukit Mahkota tu pun mama 3R jaranggg amat lepaskan depa main kat luar. Kalau bagi pun hanya dalam pagar, siap berkunci lagi pagarnya. Depa ni dok laa melangut tengok anak2 jiran tetangga tu berlari main basikal kat atas jalan. Entah laa, rasa tak sanggup nak lepas depa keluar sebab sangat risaukan keselamatan depa. Yang duk dalam pagar pun orang mai buat khianat (culik etc), inikan pulak yang bebas merayau kan, hmmm. Padahal depan rumah kami tu ada taman permainan dan padang luas. Tapi serius tak pernah berani nak bawa budak2 ni ke situ. Kebetulan pulak Bukit Mahkota ni banyak kes2 jenayah, sungguh menakutkan...
 
Bila pindah Nilai, perumahan baru kami tu ada security guard dan fully-gated juga. Dari satu sudut nampak selamat lah kan, nak2 pulak rumah kami ni di hujung jalan mati. Means tak ada kereta nak lalu-lalang sangat dan rasa lebih secure. So kami ni berkira2 laa kononnya nanti bila dah makin ramai jiran boleh laa lepaskan 3R main basikal di laman dan jalan depan rumah. Tapi tup2 kena pindah Thailand pulak, haha, angan2 tinggal kenangan...
 
Sekarang ni kat Pattaya, alhamdulillah sini lebih selamat compare to Msia. Dok selidik soal2 tanya jiran2 dan Malaysian yang dah lama menetap kat sini, semua kata Pattaya ni aman dan selamat dari jenayah pelik2. Makanya mama 3R sekarang dah kembali ber-morning walk. Awal2 hari tu bawa 3R, tapi sekarang Rafiqh dan Raziqh kan dah sekolah, peneman mama hanyalah mokcik Raisha. Dok sorong laa dia dengan stroller jalan2 waktu pagi seminggu at least 2 kali. Seronok! Banyak faedahnya morning walk ni, selain untuk membina stamina diri sendiri yang tengah preggy ni, ia bagus untuk anak2 jugak. Anak2 akan lebih tahan lasak dan berdisiplin. Berpanas dan berhujan, mereka berjalan berpeluh2, insyaAllah badan akan lebih sihat dan dayatahan penyakit lebih baik. Sejak kecik lagi, kalau takat kena jemur dan kena air hujan tu depa ni memang dah tak heran dah, susah sangat laa nak selsema atau demam lepas tu alhamdulillah. Dan memang depa akan lebih berdisiplin bila keluar morning walk ni. Jalan tepi jalanraya yang banyak kereta, sorang duk dalam stroller, sorang pegang stroller sebelah kanan, sorang sebelah kiri dan mama tolak stroller dari belakang, depa jadi lebih aware terhadap keselamatan diri dan boleh protect each other. Sepanjang jalan tu Rafiqh dan Raziqh takkan lepaskan stroller, jalan elok tak laju sangat dan tak slow sangat. Oh yang paling penting, suka bila berbual2 sepanjang jalan, banyakkkk benda boleh disembangkan. Haa dan yang paling3 penting sekali, jalan tu destinasinya MESTI pi kedai ya, sebab nanti boleh laa depa paw mama, syiok sangatlah depa!   
 
InsyaAllah lepas2 ni nak try cari taman2 yang best untuk bawa depa ni beriadah hujung minggu. Kat sini sebenarnya sangat dekat dengan pantai, alangkah bestnya kalau boleh bawa anak2 main tepi pantai on weekends. Teringat dulu2 masa duk Kuantan, almost everyweek pi teluk Chempedak duduk tepi pantai main pasir, makan buah sambil tengok orang main layang2/berenang. Balik Malaysia nanti nak buat lesen antarabangsa lah, nak harapkan ayah 3R yang bawa memang tak laa kan, dia bukan minat bersiar2 ni, nanti kalau dah ada lesen boleh laa drive sendiri dengan 4R (ecewahhhh verangan!)...
 

Bakul bento ~



Dekat 2minggu tak update blog, entah apa yang disibukkan sangat tu pun taktau laa...
InsyaAllah hari ni kalau sempat boleh post beberapa entries sekaligus...

Untuk entry kali ni, cerita tentang bakul bento saja ~~~

Masa pergi daftarkan 2R ke GIS sebulan yang lalu, kami dibawa melawat ke kelas2 2R dan kawasan2 sekitar sekolah, termasuklah ditunjukkan juga tempat di mana mereka akan makan, bermain dan menghabiskan banyak masa. Ketika melawat ke tempat makan tu, nampak laa bakul2 dan beg2 berisi bento tersusun penuh atas meja. Tertarik sangat sebab nampak kemas teratur, rasa macam nak prepare something like that juga untuk both Rafiqh dan Raziqh tapi bila dah balik rumah dan sediakan bento untuk depa, tiba2 rasa macam bakul/beg tu tak perlu. Sebabnya bekas2 bento tu mama dah susun elok2 dan muat2 je dalam beg sekolah depa...

Sehinggalah khamis lepas, teacher Raziqh kirimkan note dalam "communication book" meminta supaya kami sediakan bakul/beg bento untuk Raziqh. Ianya bagi memudahkan pihak guru2 nak manage food intake dia, senang kot sebab nampak jelas apa yang dia bawa. Tambahan pulak, sebenarnya beg sekolah dia tu kecik aje. Walaupun tak bawa buku2 sekolah selain communication book tu saja, dia tetap kena bawa balik buku dari library dan kadang2 kena bawa kelengkapan untuk swimming session, which is bila semua ni masuk beg, masa nak pi sekolah tu takpa la, cantik elok mak dia susun, tapi bila dia balik rumah humak aiiiih dah jadi tunggang-terbalik macam hapa ja, hahaha budak bertuah...

Weekends lepas ayah 3R kurang sihat so kami tak ke mana2, dok terperap dalam rumah saja. Makanya bakul tu tak terbeli lah, sehingga hari selasa baru mama keluar pi cari. Beli bekas bertutup kecik comel tapi bila balik rumah dan cuba susun bekas2 bento-nya, adoiiii laaa tak muat lah pulak! At last bekas tu adik Raisha ambil buat harta dia (dia pegang bekas tu dalam gambar di atas). Onichan-tachi ni balik sekolah nampak je bekas tu dah happy tapi bila mama kata tak boleh guna yang ni sebab tak cukup besar, dua2 frust, hihi. Ok, the next day mama keluar lagi mencari bakul bertutup, terpaksalah jalan jauh sikit pergi kedai barang2 plastik ni sebab kedai yang terdekat tak banyak choice, tak best! Alhamdulillah mujur dapat apa yang dihajati. So sejak semalam depa dah start bawa bakul2 ni ke sekolah, seronok laa kan sebab dah sama dengan kawan2 yang lain...

Dan sejak ber-bakul ini jugak, depa especially Rafiqh dah start requested untuk tambah menu bento lagi, dia minta letakkan yogurt drink yang kotak kecik2 tu dan extra cookies, hamboi2 yang banyak2 mama bagi tu tak cukup lagi ka?! Sakan sungguh, pi belajar ka pi makan?!

Friday, September 13, 2013

Bento!

 
 

 
 

 
 
                                                                            
 
 
 
Bento untuk seminggu ini...
 
Bagi kanak2 yang masih under foundation classes (2-5tahun) dan primary year 1-3, diwajibkan mak bapak sediakan makanan dari rumah. Mereka akan makan di tempat khas di sekitar kelas sambil dipantau teachers dan teacher's assistants. Bagi students year 4 ke atas, boleh laa anak2 ini pi makan di kantin. Pun begitu, disebabkan kita muslim dan sekolah ni tak sediakan muslim foods, makanya nanti2 pun tetap juga 2R kena bawa foods sendiri dari rumah...
 
Disebabkan sesi persekolahan yang panjang, pihak sekolah minta bekalkan 3 bekas makanan untuk anak2, 2 sesi snacks dan 1 lunch. Pagi2 ada sesi snack pertama, setakat ni bagi depa bawa roti, nugget atau cucur saja, bekalkan juga freshmilk. Untuk lunch, sediakan makanan berat macam nasi, mee, spagetti etc. Menu lunch ni kena rotate ikut selera depa, supaya depa mau makan sampai habis. Snack yang kedua biasanya bagi yang ringan2 saja, kek/biskut dan selitkan buah2. Dalam menu harian ni diwajibkan untuk letak sayur dan buah, nak bagi seimbang nutrisinya. Soal depa nak makan atau tak, yang tu terpulang laa kan. Macam Rafiqh ni dia suka sayur tapi buah agak picky sikit, banyak songeh. Raziqh pulak suka almost semua jenis buah tapi sayur memang takmau, ikut mood dia, kadang2 ok ja makan carrot, potato dan timun tapi kadang2 takmau langsung. 2 selera yang berbeza, hehe. Kadang2 agak susah nak pujuk depa untuk makan sayur dan buah ni, tapi so far kat sekolah depa makan juga even tak suka, mungkin sebab tengok budak2 lain makan kot...
 
Nak sediakan foods ni tak susah sangat rasanya, sebab jumlahnya sikit2 je. Bangun pukul 5, pukul 5.45 dah settle siapkan semuanya. In between tu sempat mandi dan solat lagi, means tak ambil masa pun kan?! Tapi nak dapatkan idea untuk rotate makanan tu agak mencabar. Setakat ni dok survey kat internet ja contoh2 bento yang boleh ditiru untuk 2R bawa pi sekolah. Selebihnya dok dengar depa cerita kawan2 makan apa kat sekolah, selalunya depa akan request benda yang sama. Lebih mudah sebenarnya masak ikut apa yang depa minta, sebab for sure esoknya bangun pagi tu terus happy melompat2 tengok mama masak ikut request depa. Nampak gayanya lepas ni kena rajin laa tanya dan tengok orang buat bento anak2, kena kreatif lebih sikit. Tengah berkira2 juga nak merajinkan diri buat kuih frozen macam donat, karipap, keria etc, sebab depa ni suka sangat laa benda2 tu semua. Nanti ye anak2, minggu depan mama panaskan enjin, hihihi...
 

Thursday, September 12, 2013

Garden International School (GIS)


Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 Rafiqh dan Raziqh pi sekolah...

1st day bangun tidur depa agak terpinga2, mama kata "toksah dok buat blur aih, hari ni kan 1st day nak pi sekolah". Bab sekolah memang tak ada toleransi yer anak2. Suka/tak suka, rajin/malas, sekolah tetap kena pi. Mama kecik2 dulu kalau demam sikit2 pun tokma perambat pi sekolah, takdak chance laa nak lepak-ing kat rumah. So hangpa pun akan dikerah sedemikian rupa, belajarlah hidup dalam kesukaran, semoga jadi insan yang kenal pada erti sebenar kehidupan...

Gambar atas tu adalah gambar hari pertama, Rafiqh belum pakai uniform sebab bajunya di-alter pihak sekolah. Saiz kecik dah tak ada, beli yang besar so kena potonglah sikit. All I can say is 1st day was awesome! Apa yang mama risaukan alhamdulillah tak berlaku. Mama sebenarnya sedikit gusar kalau2 Rafiqh takmau naik van, selalu kan before ni pergi-balik mama yang berhantar-berjemput. Malam tu memang tak lelap tidur memikirkan hal anak2. Tapi syukur sangat2 dia tak buat hal. Both willingly naik van dan nampak happy memulakan rutin baru. Balik pun sangatlah riang-ria, subhanallah mama speechless, gembiranya tak terkata...

Same goes to 2nd, 3rd and 4th day, so far so good. Bangun pagi pun tak ada masalah, macam dulu2 jugak depa akan bangun sendiri dan Rafiqh selalunya tak payah suruh dia akan terus pi mandi dan bersiap. Kalau ikut timing mama, pukul 5.50 baru nak kejutkan tapi setakat ni depa bangun lebih awal dari tu. Pukul 6.30 dah kena keluar tunggu van kat luar, biasanya pukul 6.40 van akan sampai. Sekolah depa ni jauhhhhh~~~ lebih kurang 40minit perjalanan, haa jauh kan?!

Sesi persekolahan bermula pada pukul 8.30pagi, Raziqh habis sekolah pukul 2petang tapi kena tunggu abangnya yang habis pukul 3.10petang. Sementara tunggu Rafiqh habis kelas, dia akan dijaga oleh pentadbiran sekolah, kira macam extra day-care, of course ada extra charge lah kan...

Biasanya sampai rumah dah pukul 4.30petang. Rest sekejap then ustazah pulak datang untuk sesi mengaji iqra dan belajar fardhu ain. Malamnya pukul 8 dah tidur...

Monday, September 9, 2013

1st routine check up

Alhamdulillah semalam settle sudah our 1st routine check up for this pregnancy. Sungguh kekalutan, dari hari pertama dapat tahu positif pregnant, life dah jadi hectic. Mana dengan baru pindah rumah, mana dengan prepare barang ayah nak pi Thai, mana dengan Rafiqh Raziqh baru tukar sekolah, bisnes ELKEN mama yang makin kencang, diserang mabuk2 lagi, ramadhan pulak menjelma, last2 sempat pergi klinik 2 kali sahaja...

Sebenarnya jalan cerita macammana boleh ter-pregnant ni pun dah kelam-kabut, haha. Lawak laa pulak bila difikirkan. Dengan 3 pregnancies sebelum ni, memang semua dah well-planned, cantik punya rancang dan Allah beri kemudahan untuk kami. So memang dah get ready secara fizikal dan mental lah. Tapi kali ni Allah bagi surprised, dalam dok kalut dengan urusan pindah randah Bukit Mahkota ke Nilai, dengan myLove yang ulang-alik Melaka almost every weekends (jenguk fil yang sakit), tiba2 dapat tau kena transfer pulak, tup2 aiks positif pregnant?!

Macammana boleh tau pregnant?! Alkisahnya lepas dah pindah rumah tu, badan ni rasa sakit2 lah kan, yer laa berminggu2 dok buat kerja berat kemas barang dan punggah barang, menyental rumah baru dan rumah lama lagi, and I did it all by my own self ok. Encik suami busy sangat ulang-alik ke Melaka, kalau harap nak tunggu dia, entah bila laa nak pindah, baik buat sendiri, sakit mata jugak dok tengok rumah bersepah, memang nak cepat2 clear-kan rumah. Bila dah settle pindah tu, kebetulan my sis - alang nak datang rumah, so kami plan nak panggil orang datang mengurut lah. Beberapa hari sebelum tarikh mengurut tu badan dah semakin rasa tak sedap, serba tak kena. Tapi sedaya-upaya dok abaikan, dok kata dalam hati maybe sebab nak period kot, atau maybe sebab cuaca yang ketika tu Malaysia teruk dilanda jerebu, atau maybe sebab stress dan penat melampau kot. Yang peliknya bukan sahaja badan rasa kurang sihat malah datang pulak rasa mual dan pening2, sebiji macam simpton kehamilan. Mama 3R ni pulak jenis tak tanda hari2 period so memang tak boleh lah nak detect bila last period, hehe. Bila dah beberapa kali ter-uwek2, myLove dah sangsi dah. Mula laa dok usik2 kata pregnant lagi kot, perghhhh sungguh seriau terasa! At last, bagitau laa kat alang, alang suruh buat UPT(urine pregnancy test) terus sebab nak mengurut kan, bahaya kalau tiba2 betul2 pregnant. Malam sebelum esoknya nak mengurut tu kami keluar pi beli UPT kit. Balik rumah terus test, resultnya "+ve". Speechless! Tarikh buat UPT 20 jun!

So, 1st time ke klinik adalah selepas beberapa hari buat UPT, 26 jun. Pergi klinik hanya untuk confirm-kan pregnancy, check kehadiran janin dalam rahim dan nak dapatkan EDD. Buat ultrasound, doc boleh detect kehadiran janin dan dari saiznya doc bagi anggaran pregnancy sekitar 5weeks. Due date maybe mid february. 2nd time ke klinik adalah pada hari ke-5 puasa, sekadar nak tengok development baby dan dapatkan beberapa nasihat. Lepas dari tu memang tak sempat2 dah nak pi klinik, sehingga laa dah sampai Pattaya ni...

Check up semalam di Bangkok Hospital Pattaya, bahagian women health. Pergi sabtu tenghari tapi gynae yang kami nak tu tak bertugas, so buat appoinment the next day. Awal2 pagi pukul 8.45 appoinment-nya, bertemu Dr Ratana, seorang wanita berbangsa mix India barangkali, dia boleh bertutur english. Dr Ratana ni jiran sebelah rumah kami - Ayu yang rekemenkan. Ayu dah 2kali bersalin dengan doktor ni, memang terkenal among Msians...

Check blood pressure, alhamdulillah normal. Berat sekarang 47.9kg sahaja, perghhh...
Ambil urine dan blood test juga. Then buat ultrasound untuk tengok perkembangan baby. Alhamdulillah dah sempurna sifatnya. Ultrasound kat sini sangatlah detail, depa check every single thing, mengagumkan! Memang kalah Jepun dan Malaysia, sangat2 terperinci!

Jumpa doc pukul 9, pukul 11 baru settled. Next appoinment lagi 4minggu... 

Friday, September 6, 2013

Pelaburan emas adalah pelaburan jangkamasa yang panjang...

... Pelaburan emas adalah antara pelaburan yang paling MUDAH dan berisiko RENDAH.Apa yang lebih penting ialah PULANGAN yang LUMAYAN untuk jangka masa yang panjang!

MUDAH - kita hanya perlu beli dan simpan (sama seperti menyimpan wang tunai dalam akaun2 bank,bezanya hanya kini kita menyimpan logam,bukan note kertas)

RISIKO yang RENDAH - harga emas meningkat pada setiap tahun,tidak seperti pelaburan saham dan lainnya yang memerlukan kita sentiasa alert dengan naik turun nilai pasaran,emas memberi jaminan yang lebih baik

KEUNTUNGAN LUMAYAN - purata kenaikan harga emas adalah 18 - 25% setahun! ...



Soalan paling lazim orang yang baru berjinak2 nak membeli emas ni akan tanya ialah "berapa keuntungan tahunan yer?" Soalan ni pakar emas pun susah nak jawab sebenarnya. Sebabnya memang tidak pernah ada satu garis panduan untuk dijadikan jaminan. Pun begitu, commonly saya akan jawab "Pelaburan emas akan jadi menguntungkan untuk mereka yang nak melabur dalam jangkamasa yang panjang, kalau nak pelaburan jangkamasa pendek, kita ada banyak pilihan lain, termasuk meletak sejumlah amaun dalam akaun bank, selepas setahun akan dapat dividen/faedahnya"...

So 1st of all kita kena faham kenapa kita pilih emas untuk melabur. Nilai emas adalah kalis inflasi, ia akan meningkat dari masa ke masa. Jika hari ini kita simpan RM100k dalam akaun, untuk 10 tahun akan datang "nilai"nya akan susut mungkin jadi RM50k sahaja. Ops, jangan salah faham yer, kita bercakap soal NILAI bukan AMAUN. Berbeza dengan emas, nilainya bertambah2. Contohnya pada zaman Rasulullah dahulu seekor kambing dijual dengan harga 1 dinar, dan hari ni harga kambing masih lagi 1 dinar (+-RM700). 10tahun akan datang harga masih 1 dinar tapi nilai dinar pada ketika itu mungkin dah RM2000++, so nampak tak, yang 1 dinar tu tak berubah tapi "nilaian"nya jadi makin tinggi...

Kalau macam tu, siapa sebenarnya orang yang patut get involve in gold investment ini? Atau dalam situasi/keadaan yang bagaimana gold investment ni akan jadi berbaloi2?! Kupasannya in next entry, jeng3!

Kenapa melabur?!



Kebelakangan ni kat facebook ramai sungguh orang dok post video dan status berkenaan "kemerosotan nilai RM yang semakin parah". Hakikatnya sama ada kita sedar ataupun tidak, memang nilai duit akan susut setiap tahun. Buktinya, cuba kita buat perbandingan nilai RM50 beberapa tahun yang lalu (apa yang kita mampu beli) dengan nilainya sekarang, banyak bezanya kan?! Duit/matawang ni kot2 mana pun tetap akan mengalami inflasi dan kemerosotan nilai. Sebab tu lah kalau kita lihat orang yang bijak pandai, depa tak "menyimpan" matawang sebaliknya depa guna "matawang" yang ada untuk jana pelaburan...

Pelaburan ni luas definisinya. Dari sekecil2 hingga sebesar2 amaun. Ada yang melabur dengan aset2 hartanah, ada yang rolling duit dengan saham, ada yang beli emas/perak, ish banyak lagi lah! Beza pelaburan2 ni ialah kita boleh pilih nak keuntungan jangkamasa singkat, ataupun nak keuntungan jangkasama panjang, kemudiannya kita kena analisis risikonya...

Sebelum2 ni saya banyak fokus kepada menyimpan duit dalam akaun atau membeli insurans sahaja. Lain2 pelaburan nalla, zero! Sehinggalah awal tahun 2011, kami balik cuti2 Msia dan masa tu jumpa kawan2 mr husband yang rata2 dok bercerita perihal gold investment. Bila dok dengar2 tu ish rasa tertarik lah pulak. So mulalah buat research dan tanya pakar emas. 2 bulan di Holland, hampir setiap hari dok baca pasal pelaburan emas. Finally lepas discussed dengan myLove, I decided nak involved. Balik ja Msia terus pi beli emas dari Public Gold, bermula dengan gold bar 10g, duit hasil dari keuntungan bisnes. Lama2 jadi ketagih dan seronok, beli lagi dan lagi. Sehingga laa pada suatu hari tergerak hati ni nak jadi dealer pulak. Korek laa segala duit yang ada kumpul2 jadi RM20k dan beli emas untuk melayakkan diri jadi dealer...

Alhamdulillah penglibatan menjadi dealer PG ni bukan setakat buat duit "jual-beli" emas malah membolehkan saya berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan kawan2 especially golongan ibu2 tentang macammana cara pelaburan emas ni berlangsung. Ramai orang kita ni tau emas adalah pelaburan yang bagus, low risk dan high return tapi ramai yang tak tahu dari mana nak mula. InsyaAllah nanti dalam entry2 selanjutnya saya akan ceritakan apa faedahnya menyimpan emas ni...

Sekolah


Finally... After like 2months berjimba-ria, the kids(read: Rafiqh & Raziqh) will going to school starting this coming monday insyaAllah, alhamdulillah ala kulli hal...

Kami dapat tahu kena pindah Thai sekitar awal jun, my other half decided untuk pergi dulu then lepas dah settle down baru kami join, which is around after raya. Dia pergi end of june, so starting july 2R dah tak ke sekolah lagi. A week before ramadhan kami balik Ipoh, plan asalnya selama peninggalan myLove, I nak gerakkan bisnes ELKEN, nak buat tour ke utara untuk bisnes sharing and such tapi Allah ada perancangan lain untuk kami, ter-preggy lah pulak, so mulalah episod mabuk2 yang membataskan pergerakan. Tambah pulak puasa, memang flat terus. Makanya melepak je laa kat Ipoh sehingga raya...

Budak2 ni happy laa tak ke sekolah, awal2 tu I thought nak buat home-schooling je kat rumah till end of this year, lepas tu baru nak hantar both masuk sekolah kat sini. Silibus dan buku2 semua dah dapat dari teachers depa tapi nak mulakan tu alaaaahai, bercinta! I'm totally takdak bakat jadi cikgu, garang dan tak sabar, plus the kids sangat banyak auta, seriously rasa sangat down. Talked to mr husband and he said, no worry lah, hantar ja depa ke sekolah right after sampai sini nanti, ingatkan dia bergurau, rupanya tak, hahaha. Dia dah survey tentang persekolahan 2R, tak payah tunggu awal tahun depan, la ni dah boleh start dah. Phewwww lega laaa, tak boleh nak bayangkan life for another few months dengan depa ada kat rumah, tak buat apa2 hanya tengok tv-main-ipad-makan-tidur-bla3, fehning!

Selama kat sini, company akan tanggung kesemua yuran etc persekolahan anak2, bermula umur anak itu 4tahun. Luckily Raziqh dah 4tahun so bolehlah hantar both masuk sekolah yang sama. Kalau tak, haru laa jugak, risau Rafiqh refuses takmau pi sekolah sebab Raziqh takdak...

Alkisahnya 2 hari lepas, kami dah ke sekolah baru depa untuk urusan pendaftaran, melawat persekitaran sekolah dan beli baju2 sekolah. Alhamdulillah settled! Sejak lastweek lagi depa dah excited nak ke sekolah, dalam kereta ok lagi tapi elok sampai ja kat parking tu Rafiqh dah start buat drama, haha, nangis! Si Raziqh releks ja, dia pulak syahdu lebih2. Tapi lepas dah bawa melawat sekolah, tengok kelas dan kawan2nya, tengok padang dan swimming pool, dia nampak dah calm down dan kembali excited. Bila tanya2 pun nampak dia dah ok. Suasana baru kan, of course akan ambil sedikit masa untuk dia adapt dan belajar untuk selesa. Biasanya depa ni tak ambil masa yang lama untuk serasi, in 3 days dah boleh cope with the new environment insyaAllah. Moga Allah permudahkan, moga Allah beri laluan yang terbaik untuk anak2 ini...

So nama sekolah 2R adalah Garden International School (GIS). Ada yang tanya kenapa hantar ke sekolah international, tak hantar ke sekolah siam biasa saja. Hehe actually I pun taktau the reason. Maybe sebab Msian kat sini semua hantar anak2 ke situ kot, so mudah nak buat reference dan mudah 2R nak adapt. Then mungkin sebab nak depa bagus dalam english. Kalau hantar sekolah siam, semestinya depa akan mahir berbahasa Thai tapi memikirkan yang nanti balik Msia depa lebih memerlukan english so rasanya masuk internetional school ni pilihan yang tepat. Lagipun FREE kan, kalau sendiri yang nak hantar, ermmmm rasanya tak kot, tak mampu aih. Ambil je laa peluang ni untuk bagi depa involve dengan international environment, bergaul dengan pelbagai jenis manusia, insyaAllah didoakan GIS ni bakal menyumbang kepada pembentukan sikap2 positif dan pembangunan sahsiah terpuji dalam diri anak2 ini...

Monday, September 2, 2013



Tadi belek2 album di facebook, terjumpa gambar ni. Tersenyum2 mama sendirian...
Lukisan ni adalah hasil tangan Rafiqh bulan november tahun lepas...

Lepas ambil dia dari sekolah, teacher dia tanya :

"
Teacher 2R:fith,u expecting lg?
Mama:hah?!ish xde laa.nampak gemuk ek?
Teacher 2R:eh x!ni cuba tgk drawing rafiqh ni
Mama:hahaha.rafiqh,awat terlebih orang ni?!


No Rafiqh, just not yet!
"

"..." adalah apa yang mama tulis di facebook, ramai yang komen memberi telahan yang Rafiqh nak adik lagi, hihi.

Memang Rafiqh suka budak2, walaupun dia bukan reti nak layan main2 mengasuh sangat pun. Sejak baby lagi, obviously nampak dia berminat dengan budak2 especially baby. Masa duk Malaysia dulu banyak kali jugaklah my sis - alang hantar anaknya Suhayb untuk di-babysit. Depa memang happy sangat kalau Suhayb ada, Raisha ja yang unhappy, haha jeles you! Rafiqh selalu suruh mama riba/dukung both Raisha dan Suhayb, then dia requested nak adik 2 orang (=twins) phewww tak tertanggung rasanya masa tu bila dengar dia merepek gitu. At that time, kami langsung tak berhasrat nak tambah anak lagi, memang serius sungguh2 nak jarakkan Raisha dengan next anak pada jarak bertahun2, errr berapa tahun pun tak decide habis lagi, tuptup aiks lekat balik. Rezeki Rafiqh lah kot yer, doanya termakbul, hehehe...

Hello september!

Melangkah ke bulan baru...
Apa yang menariknya untuk bulan ini adalah 16hb nanti ulangtahun kelahiran anakanda Raisha. Itu sahaja rasanya. Tak decide lagi nak sambut macammana, niatnya nak buat simple birthday celebration tapi dok fikir2 pasal kek, kat mana nak cari pulak kan, hmmm...

Birthday Raziqh pun tak sambut lagi, sebab masa tu tengah ramadhan. So maybe kalau jadi birthday party tu nak buat untuk tiga2 orang sekaligus. Tengoklah dulu macammana yer anak2, kalau takde birthday party sekalipun nanti kita ajak ayah celebrate sama2 kita aja dulu. Then slowly mama makes a plan for something special okey...

Sebenarnya ada banyakkkk benda nak tulis kat blog ni, tapi kadang2 tu mood terganggu dek mabuk2 yang belum habis ini. Kat sini bila masuk tengahari dan petang je panasnya subhanallah membahang. Almost setiap hari akan rasa sakit kepala, so biasanya lepas lunch, masa dihabiskan untuk golek2 dalam bilik, on-off aircond sambil layan anak2 tengok tv. Lepas asar kena mandi bagi badan segar dulu then baru terkocoh2 nak sediakan dinner, angkat baju dari jemuran, lipat dan simpan baju2, kemas2 rumah dan tunggu ustaz ustazah datang untuk sesi iqra dan fardu ain Rafiqh dan Raziqh...

Oklah nanti sambung lagi...