Malangnya kami mungkin tak boleh join check up 'jemaah' tu, tak sempat rasanya, mungkin masa tu dah ada kat Malaysia. So I called pihak houken senta untuk tanya, depa kata takpa tapi depa minta buat check up tu once dah balik sini semula nanti, before Raziqh turns 2years old. But still untuk check up dengan paed kena pi buat. Makanya semalam I bawa Raziqh untuk 18months check up with paed. Sekaligus ambil injection mana2 yang masih tak cukup lagi tu, Rafiqh kena cucuk JE while Raziqh kena DPT final jab. Cucuk siap2 sebab dah nak keluar dari nihong, so senang...
Petang pukul 2.30 sampai kat klinik, memang sengaja pilih buat appoinment petang2 dengan harapan klinik lengang tapi seperti biasa setiap isnin mesti ramai orang. Kami tunggu hampir setengah jam jugaklah. Sampai2 tu bagi kad klinik, kad insuran, kad rawatan, buku laporan kesihatan dan buku check up, kemudiannya isi beberapa borang dan ambil suhu badan both 2R. Sementara tunggu giliran dipanggil, nurse datang check Raziqh, beratnya cuma 8.8kg sahaja, haha ringan sungguh! Tinggi tak ingat la pulak, malas nak refer buku aih. Untuk ujian IQ, dalam satu kertas ada dilukis 6benda(train, shoes, dog, juice, car, 1 lagi apa entah, tak ingat) ditunjukkan pada kanak2 tu, nurse akan sebut benda tu dan minta budak untuk tunjuk, luckily Raziqh boleh tunjuk 3benda yang diarahkan, good boy!
Kemudiannya masuk jumpa paed, lepas check sana sini, test mata dan telinga, paed tanya beberapa soalan, bila masuk bab breastfeeding, doc tanya "Takeshi-kun dah tak minum breastmilk kan?", bila I jawab "no, he's still on breastfeeding", doc terkejut, haha, kat sini biasanya budak2 hanya menyusu hingga 1 year old. But since doc tak komen apa2 so anggap ja la dia tak bantah, hihi. All in all, semuanya alhamdulillah normal, tumbesaran yang baik dan memberangsangkan. Moga membesar dengan sihat dan sejahtera ya duhai anak...
Masa untuk injection pulak, as usual Raziqh memang maintain saja, sejak baby sampai sekarang tak pernah pun nangis setiap kali kena cucuk, tak sakit kot ek, hehe. Bila tiba time Rafiqh, mama sedikit berdebar2, sebab dah laaaamaaaa dia tak kena cucuk, setahun lebih dah kot. Kali ni sebab mama dukung si Raziqh so dia naik duduk sendiri atas kerusi depan doc, sambil2 sembang dengan doc and nurses, doc check dia, bila tiba giliran nak dicucuk, doc minta tangan kiri dan dia hulur sambil mata dok tengok kat jarum. Nasib baik dia tak menggelupur atau tolak tangan doc, selesai ja kena cucuk baru dia cakap "itai, itai, itai(=sakit)", hahaha kesian. Selesai semuanya kami pi beli barang dulu sebelum balik. Sampai ja kat rumah dua2 pengsan tidur, penat sangat kot, takpun 'mabuk' sebab kena cucuk, hihi...
4 comments:
Ala siannya budak-budak tu kena cucuk. Takpe...nak jadi stronger. Alamak, Raziqh 1 thn setengah 8.8kg...baby Irfan last gi check 3 bln dah 7kg. Aduh, nampak gaya Irfan ikut saiz si kakak la hahaha. Anak-anak Fith kecik comel sebab mak bapak pun saiz kecik. Akak ni baka mamak - tinggi and agam. Blame it on the genetics hihihi.... Apa-apapun asalkan diorang sihat je.
Kak unaizah,
itulah kecik sungguh.si abang dulu tak laa kecik gini,hehe.mkn byk pun tak gemuk2,byk membuang dan byk bergerak agaknya.tp takpe laa,asalkan sihat kan.kang besar2 mak dia melelong pulak nak dukung,hehe...
tp suka sgt tgk anak2 yg tembam mcm anak akak,mesti syok dpt gomoi2 kan,hihi
owh... kecik comey je si adik ni rupanya.. sama
kes cam sofea hani lah.. 11 bln 6.8kg... tiap kali jmpe doktor mama die kene lecture.. hahaha.. but the last doc yang i pegi tu die ok.. die ckp mmg baby yang fully breastfed ni kecik sket..
yati,
itulah kecik bebenor.stgh doc tu tak kesah,selagi diorg masih dlm kategori normal,tp stgh doc tu cerewet,hehe,tadah je la telinga kan...
Post a Comment