Wednesday, February 2, 2011

I think I need rest!

Rasanya I ni dah terlampau over bekerja lately hingga tak sedar yang badan ni bukan laa muda lagi(bunyi macam dah tua sangatlah pulak, hak3). Kebelakangan ni selalu rasa tak sedap badan, bila siang buat kerja macam orang taktau penat, bila malam elok lepas isyak ja badan dah tak larat nak bangun, mata pun kuyu mengantuk tak hingat, bahana pulun sangat semua benda nak buat sendiri. Bila badan dah penat, malam2 tu ala2 mamai ja bila terjaga, kalau bernasib baik, bolehlah dapat quality sleep through the night, tapi ada masanya si kecik ni tak boleh nak tidur elok, sejuk ka hapa ka taktau laa, makanya tidur maknya pun terganggu samalah, sabaq ja laa. Siang2 jangan kata nak lelap, nak baring sat pun tak sempat, haa tuh dia...

Minggu ni masih lagi dalam fasa mengemas rumah, packing barang dan settle-kan beberapa urusan. Bab mengemas dah ok rasanya, tinggal sikit2 lagi nak final touch. Barang pun dah almost 80% siap packing, wahhh awal giler kan?! Ok, that's me! I hate last minute punya kerja, nanti itu tinggal, ini tinggal, haru! Kalau balik sat takat 2minggu no hal, tapi kalau balik lama, takkan segala benda nak hangkut beli kan, hehe. Sejak dah tau nak balik Malaysia, I dah mula buat list dah, apa nak beli, apa nak bawa balik, serba-serbi masuk list. And lastweek dah keluarkan beg2, cari kotak dan campak2 apa yang nak bawa balik dalam tu, dekat2 nak pos ke airport nanti baru susun betul2. Kalau susun sekarang pun, esok lusa I punggah susun balik, haha gila sungguh, suka sangat susun barang ni pun susah jugak kan?!

Oleh kerana merasakan yang badan ni perlukan sedikit rehat, I pun dah stop untuk menjual, minggu ni takdak jualan foods lagilah jawabnya, huhu. InsyaAllah nanti balik sini boleh on semula. Weekends ni nak tumpu pada preparation nak balik...

Bila rasa badan dah lenguh2, mula la dok terbayang2 sedapnya laahai kalau balik mengurut nanti, hihi. Ni acara wajib ni, nak kena pi saloon, nak pi body and face treatment, pi mengurut, uishhh syiok!

2 comments:

Unaizah said...

Tu la kan dah tak sedap badan, keja kuat sangat. Keja keja jugak, kesihatan kena ingat. Kalau sakit, sape yg susah... Anyway, semangat tul Fith nak balik Malaysia. Bukan selalu ye dik hihihi. Ayuh, buat list apa yg nak buat and nak makan.

Fith said...

kak unaizah,
hehe tu la kan,semangat sgt nak blk.
haa list nak makan tu pun dah siap dah,waduhhh membelon laa jawabnya pasni,haha...