Sabtu lepas petangnya kami ke klinik, habis urusan kat klinik terus hantar myLove balik sebab dia nak pi main bola, then bawa 2R pi sambung shopping lagi, ada sikit lagi barang yang nak dibeli sebelum nak pos barang esoknya. Melilau beberapa tempat, kemudiannya singgah rumah kohaitachi(=juniors) sembang2 makan keropok dan sebelum balik rumah kami pi tapau sushi dulu untuk dinner, hihi. Keluar beberapa jam je tapi penatnya tak terkata. 2R penat berlari, mak depa penat meligan. Malam tu semua tidur awal, siap boleh ngigau2 lagi, haa memang penat sangat la tu kan...
Ahad pagi settle-kan packing barang, timbang2 lagi dan tunggu pakcik takkyubin mai ambil. Selesai lunch dan barang dipos, rehat2 golek2 saja laa, dah tak ada sangat nak dibuat. Badan ni tak berapa nak sehat, nak buat kerja pun malas. Malamnya pukul 7.30 ada janji dengan kawan2 sepejabat myLove, depa nak buat soubetsukai(=majlis perpisahan) untuk myLove so depa ajak kami sekeluarga keluar dinner. Lepas dinner as usual budaya orang Jepun ni depa nak makan snack sambil berhuha-huha, punya dok menyembang sampai pukul 12 baru balik, perghhh penat! Balik tu semua tumbang, esoknya dah la nak kena bangun awal, adehhhh tsk tsk...
Isnin pukul 6 dah bangun bersiap2, nak hantar 2R pi hoikuen(=nursery) sebab kami nak pi ambil visa. Pukul 8 lebih kami dah tercegat kat hoikuen tapi sensei pulak datang lambat. Selalunya sensei dah ada kat kelas menunggu tapi pukul 8.20 baru nampak sensei, hadoiii, time nak cepat ni laa macam2 hal. Tinggalkan 2R dalam keadaan yang sangat kelam-kabut, kalut nak ligan densya(=train) pukul 8.36, memang rushing habis la. Pukul 8.25 baru keluar dari hoikuen tu, kesian Raziqh kena tinggal macam tu so dia nangis laa. Mungkin jugak sebab ayahnya ada, tu yang dia teriak tu bila tengok ayah mama blah balik. Knowing my baby, sat ja dia nangis pun, lepas tu sibuk main laa...
Mujur sempat naik densya pukul 8.36pagi tu so kami sampai Shimonoseki pukul 9.42, terus ke pejabat imigresen, pukul 11 baru settle semua urusan. Nak ke bank pulak, myLove kena buka akaun baru untuk kerja baru ni, kat situ ja ada branch so nak taknak kena buat terus. Orang bank tu kata 10minit ja boleh siap tapi hampehhhh. Kami ni dah laa plan nak kena balik dengan densya pukul 11.50, terlewat 2minit terlepaslah densya. Adehhhh, hati ni dah resah dah sebab janji nak ambil Raziqh pukul 1, risau dia tak boleh tidur without breastfeeding, all this while selain dalam kereta dia memang kena bf baru tidur. Dalam hati tak henti2 berdoa moga2 Raziqh ok. Kami naik densya pukul 12.30 yang dijadualkan sampai Ube pukul 2, pukul 1 lebih baru call sensei tanya keadaan Raziqh, sensei kata dia dah tidur dah, phewwww lega! Sebab dia tidur kami tak pi ambil 2R tapi terus ke shiyakushou(=pejabat daerah) settle-kan kerja dulu, balik rumah solat dan keluar balik untuk lunch, lapaq wooo pukul 3.30 baru lunch. Habis lunch pukul 4 baru pi ambil 2R. Raziqh bila nampak mama terus terkam, haha selalu dia bolayan je sama mama, tau pun rindu. Balik rumah dok melekat je laa, alalala kesiannn...
Semalam tengahari hantar Rafiqh ke rumah mak angkatnya Cik Nas sebab mama nak bawa Raziqh pi check up budak 1tahun 6bulan yang ramai2 tu. Pukul 1 sampai kat medical insurance centre, daftar dapat no 23, pungpang2 settle semuanya pukul 2lebih. Singgah kedi buku kejap beli buku2 2R, lepas tu baru pi ambil Rafiqh...
Hari ni tak ke mana2 dah, nak rehat2 kat rumah saja. Pagi tadi dah settle buang sampah. Sat lagi nak vacuum rumah dan kemas rumah. Malam ni dah nak berangkat dah...
Wednesday, February 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment