Friday, February 4, 2011

Alhamdulillah part 2 - Jom2 balik Malaysia!

MyLove dari dulu2 lagi selalu cakap kalau dia dapat tukar kerja, dia nak balik rest kat Malaysia dalam sebulan sebelum mulakan kerja baru. Nak refresh badan dan minda katanya, mencari semangat baru sebelum kembali bertungkus-lumus membina kerjaya, alhamdulillah diberi kesempatan ini untuk dia balik berehat lama(tak lama mana pun kot, 2minggu je pun, hihi)...

Finally visa yang ditunggu2 dah pun siap, ambil masa 2minggu lebih jugaklah, sedikit lewat due to ada dokumen yang tang part nama tu tak lengkap, so depa takmau proses, minta dihantar balik pulak, aiseh banyak songeh betul laa imigresen ni, cincai2 tak boleh ka?! Apapun, alhamdulillah semuanya dah settle, dapat panjangkan tempoh untuk 3tahun lagi kot(tak pi ambil pun lagi, isnin ni baru nak pi), lega aih...

Bila visa dah siap, boleh laa beli tiket balik Malaysia. MyLove dah survey sejak seminggu dua yang lalu. InsyaAllah kami akan balik pada khamis 10hb ni, flight dari Kansai Airport naik MAS. Penat dan tensyen sungguh semalam mencari tiket. Nasib baik jugaklah hantar 2R pi hoikuen(=nursery) semalam, bolehlah mama tumpu kepada pencarian tiket, kalau depa ada, memang double triple laa stress mama, nak cakap phone pun tak senang...

Mula2 kami plan kali ni nak balik dari Fukuoka Airport, nak naik Singapore Airlines, takdak dah flight MAS dari Fukuoka. Tak kesah pun kena transit sat, sebab nak elak long journey nak ke Kansai nun, amat2 penat nak travel dari Ube ke Osaka. Tapi melilau cari tiket tak jumpa2. Full book dah semua flight yang berkaitan dengan negara2 orang mata sepet ni, Korea ka China ka Vietnam ka semua2 habis! Taktau la pulak seluruh dunia menyambut chinese new year, hahaha bengong sungguh, ingatkan cina Malaysia ja celebrate minggu ni, haa tuh dia, sampai tara tu punya taktau, patut laa semua tiket not available. Dah penat call sana call sini, last2 decided untuk tengok flight MAS kat Kansai sajalah. Yang tiket murah2 semua dah habis, yang mahal je ada. MyLove dah nak balik sangat2 dah, so beli je laa mana yang ada. Alhamdulillah urusan tiket pun dah settle, esok lusa sampai la kot tiketnya, yeay!

Kami akan ke Osaka rabu malam dengan shinkansen, bermalam di hotel. Esok paginya baru ke airport. Cara ni taklah penat sangat. Bila dah ada anak2 ni, memang kena consider depa je laa. Teringin jugak nak naik feri dari sini terus ke Osaka tapi feri jalan pukul 5.30petang, myLove pulak sampai rabu tu dok kerja lagi, memang tak sempat laa nak ligan feri tu. Takpa, maybe next time boleh try naik feri pulak...

Seronoknya nak balik Malaysia, dah setahun lebih tak balik, rindu kat abah mak abanglong&family dan adik2, rindu nak jumpa saudara-mara dan kawan2 jugak. So far takdak specific plan lagi nak pi mana nanti, ikut je laa myLove punya planning, dia yang nak bercuti kan, cuma ada beberapa tempat nak ajak dia bawa the kids pergi, just for fun. Moga2 cuti kali ni ayah 2R boleh spend banyak quality time with the kids, as he'll be far away from us in a month insyaAllah, the kids surely will be missing him so much. Kalau kat nihong ni asyik kerja3, balik rumah dok hadap laptop tak habis2, so balik Malaysia ni nanti guna laa peluang yang ada untuk family pulak kan, hehe...

9 comments:

Asmara said...

Fith, selamat bercuti2 dan berehat2 di Malaysia. Moga selamat pergi dan balik nnti. Selamat jugak menikmati juadah masakan org lain. hehe.. jgn lupa berurut jugak. Urut tangan bidan kampung lagi best. hihi..

Lady Caca said...

kak fith gi la pulau2 kak fith keh3

Fith said...

Kak As,
arigatou!
tu laa,mmg nak rehat2 dan cuti2 msia,hehe.rasa dah penat bertahun tak 'cuti',blk msia boleh rest badan dan minda.nak blk mengurut tu yg pntg,dah lenguh2 hbs sendi ni,byk sgt angkat brg berat...

Akmal,
tgh plan nak bercuti gak ni.tp ninja ler cutinya kejap amat,hehe

ummuharithasif said...

fith,wah..bestnya nk blk mesia...lama gak blk tu,cuti sakan la nnti,hehe...mesti family kat sni xsbar menanti kpulangan fith skluarga...kalau dtg kuantan,roger2 la kitaorg ;)

Unknown said...

wah bestnyer blk bercuti...kita pun rindu nk blk msia juga..btw selamat bercuti yer..:)

Fith said...

Wan,
aah best laa,rindu sudah,hehe.insyaALlah kalau gi kuantan,fith cari wan n family laa nanti yer...

Nieza,
thanks.tu la kan,sekali-sekala dpt balik,seronok sungguh.nanti ada peluang nieza blk laa,raya ni ker kan...

::NaS:: said...

alaaa kak fith takde ke time soubet nnt..tak best la takde riuh rendah 2R tu nnti..

eh,boleh ye naik feri dari sini pi osaka? kat mana port? bape jam? ish nak tanya byk2 je rasa,teringin pulak nak naik feri.hehe

btw, slamat pulang kak fith! nas akan menyusul 14 feb ni.hihihi

Fith said...

Nas,
aah tak de time soubet,hihi.

aah ada feri,naik kat moji port,naik pukul 5.30petang sampai osaka daitai pukul 5.30pagi gitu jugak.haa try laa naik,best kot...

eh b4 tu,jgn lupa eh janji kita selasa ni,keh3

::NaS:: said...

orait~ tak lupa punya.tanoshimi! ;)