Tuesday, November 9, 2010

Tsuyoshi & Takeshi

Tsuyoshi-kun turned 2years 11months old 4days ago...
Takeshi-kun turned 1year 3months old 10days ago...

Gambar 2minggu lepas, masa join Scout Jamboree punya program...

Rasa macam dah lama tak cerita pasal 2budak ni. Mula2 cerita pasal Rafiqh Tsuyoshi dulu lah...

Makin banyak cakap, mama suka sangat tanya soalan kat dia, sebab suka dengar jawapan2 innocent dia yang selalu buat mama keras perut dok gelak...

Suka nyanyi sambil main, kalau dulu suka 'bercerita' cakap sorang2 tapi sekarang obses dengan nyanyian pulak. His favourite song is sifat 20, walaupun lirik tunggang-langgang lintang-pukang tapi ok laa nak buat halwa telinga. Kalau time bersungguh2 menyanyi tu bukan takat lirik, siap dengan muzik latar pun dia balun. Wahhh berbakat kamu, mahu jadi penyanyi? Bolehhh, jadi seperti Maher Zain, hokey?!

Sangat suka memuji, mungkin cuba 'mewarisi' sifat2 orang jepun yang sangat suka memberi pujian. Walaupun ramai orang kata sifat orang jepun itu sungguh plastik lagi hipokrit tapi mama tak kesah, mama suka anak2 mama ada sifat suka memberi pujian kerana ianya lebih baik dari sikap orang melayu yang hanya tau nak mengutukkkk saja. Rafiqh suka cakap "mama kawai(=comel), kirei(=cantik), suteki(=nice)", muahahaha kembang mama bila anak puji, memang ibu2 ni huduh macammana pun tetap nampak seperti bidadari di mata anak2 kan?! Kami tak pernah ajar dia memuji tapi kami suka dengar dia pandai menghargai. Bila nampak foods akan kata "oishisou(=nampak sedap)", bila dah sudah makan akan cakap "oishikatta(=sedap)". Haa sekarang suka sebut diri sendiri sebagai "boku ikemen(=i'm handsome)", hahaha perasan! Ni gara2 ramai sangat orang dok puji2 dia laa ni, dia pun terikut2 dok sebut...

Baru mula kenal nombor 1-10, tapi kadang2 tu silap jugak, confuse barangkali so tertukar2. Cuma obviously dia dah boleh bezakan yang mana nombor, yang mana alphabet dan yang mana katakana/hiragana. Sensei(=cikgu) kat day-care pun ada cakap yang dia dah mula kenal dan boleh bezakan semua tu. Maybe I should put a little bit more effort if I want him to be able to read at early age...

At +-3years old, dia masih tak pandai nak throwing tantrums, takdak laa aksi golek2 atas lantai, mengamuk2, hentak2 kaki, guling2, menangis teruk2 dan sebagainya, which is alhamdulillah syukur amat2 cause I know I can't stay calm to handle such situations. Doa sangat2 moga Allah jadikan dia anak yang lembut hati supaya takdak aksi2 tu biar sampai besar nanti. Cuma kadang2 tu masih buat perangai menangis takdak sebab(ada sebab sebenarnya tapi tak dapat dikenalpasti). Bila tanya tak reti pulak nak bagitau, haru sungguh! Dan lagi satu bila kena marah atau kena hukum dengan mama, dia tak reti nak 'bawa diri' macam sesetengah budak yang akan jauhkan diri ala2 merajuk gitu. Makin kena marah makin dia menangis menyendel2 kat mama minta dipujuk. Oh it's soo not me laa nak pujuk2 balik once dah marah/pukul. How I wish he'll stay away from me everytime I marah2, sangat membantu untuk I calm balik dan memudahkan sesi 'kaunseling', bila both dah tenang I boleh slowtalk balik tentang apa yang berlaku. Dalam keadaan dia mendesak untuk dipujuk, we both get nothing!


Tu je kot, next, pasal Raziqh Takeshi pulak...

Dah mula nak ajuk2 orang cakap especially Rafiqh, so sekarang boleh sebut ayah, mama, tamau(takmau), nak, ten and etc.

Dah pandai pee kat toilet, so sekarang bila mandikan atau salin diaper dia, boleh suruh dia pee kat toilet. Maybe in another few months boleh start potty training kot...

Sudah masuk fasa memilih-milih makanan, nak kata fussy atau picky eater pun tak jugak sebab dia cuma buat perangai tolak certain foods tu for a week and so. Lepas tu dia ok balik, hmmm pelik. Tapi tak kesah laa, budak2 memang berfasa2 kan...

Bila diajak mengira, dia cuma tau sebut ten saja, orang baru sebut one, two, dia dah jerit tennn! Langkau habis!

Makin garang, suka2 hati je nak 'marah' orang, kalau kena marah dengan mama dia langsung tak heran, cuma dengan ayah je dia makan saman...

Ermmm tu je yang terlintas setakat ni, nanti2 laa update lagi...

12 comments:

Raudhah anje said...

samala ngn yaya pun...memilih makanan...nak makan lauk je, nasik taknak. ramai org cakap yaya dh makin slim...tapi bila dukung berat jugak..huhuhu

Fith said...

anje,
haaa betul laa,sama!hari tu dia takmau makan nasi,nak ratah lauk saja.pastu taknak nasi n lauk,nak spagetti saja,waduhhh sabaq ja kan budak2 ni.
haha,bulat je yaya tu,pipi kembong je tgk,hehe.anak dara bila makin besar slim laa kan,nanti cun!

Dinda Boutique said...

mama kawaiii!! ohh mesti comelll gleee :D! mmg kak fith kawaiii pummm :D hikhikhik

Fith said...

faeeza,
hahaha aduhhh tiba2 rasa nak pengsan,hahaha

naz said...

Mesti comel giler time rafiqh puji fith tu..dah la dlm nihongo. Cam anak jepun jek.. Kejap jek dah besar 2 org tu kan fith..

Fith said...

naz,
haha rafiqh tak comel laa,mak dia yg comel,boleh?hahaha
aah kejap je dah besar,rindu nak ada baby lagi,hihi.kalau duk dekat bleh pinjam baby naz nanti,hehe

Unaizah said...

Inilah kelebihan stay-at-home-mom, pembesaran and kebolehan anak-anak di depan mata. Kita boleh nampak satu satu everyday development diorang.

Fith said...

kak unaizah,
alhamdulillah kak,tu laa satu kelebihannya kan,hampir semua developments anak2 kita jd saksi utama,hehe...

si.ra said...

kfith, nm anak2 akak ni mmg sengaja diletakkan nm jepun ka? heheh, sj nk tau..cute! nk settle down dijepun terus ka nih?

Fith said...

siti,
aah sengaja dinamakan jepun oleh ayah depa.klau ikut mak depa ni,berkenan nama2 arab klasik sbnrnya,huhu...
uish idak ler nak settle down kat sini dik,blk jugak nanti,hehe

si.ra said...

arab klasik? ali? ibrahim? ismail? sedap gak tu..menarik sbb jarang dah org pakai..heheee
ooo nk balik jugak msia ya..boleh la jumpa di kedah nnti..8)

Fith said...

aah siti,suka nama2 gitu.yg lama2 org tak pakai dah tu.tp apakan daya,kena ambilkira pndpt en suami jugak kan,hehe
insyaAllah nanti kita jumpa ye...