Monday, November 29, 2010

Jalan2 shopping complex...

Spent last weekends just like usual, so nothing much to story about. Sometimes honestly I do feel boring with my life, weekdays with so normal activities -> never-ending-house chores, business, parttime job, kids, out for groceries shopping and etc. When it comes to weekends, I always hope for something different, such as going out to somewhere far away, jalan2 at any new places or at least makan kat luar, tak kesahlah apapun, asalkan benda tu lain dari benda yang dok hadap hari2, bertukar angin orang kata. Kalau duk kat Malaysia, once a month boleh laa jugak nak balik kampung kan, dah duk sini memang takdak laa semua tu. Pasrah seadanya...

Pun begitu, even though weekends adalah seperti hari2 yang biasa, tetap jugak ditunggu2. Salah satu sebabnya ialah on weekends boleh jumpa Malaysian lainnya, especially the girls. Boleh sembang2 updating news bergelak ketawa bagai, memang syok! Makanya last saturday, paginya memasak untuk jualan, so petang lepas asar I minta izin myLove untuk keluar awal sikit sebab nak pi survey barang kat shopping complex jauh sikit dari rumah. Pukul 3.15 dah keluar rumah while myLove selalunya pukul 4 lebih baru keluar pi main bola kat padang kampus belakang rumah kami ni. Kali ni kami keluar dengan Ain dan Yatt, ke YouMe Town Onoda. Lama dah tak ke sana, rasanya Raziqh tak pernah jejak kaki kat situ lagi. Merayau2 makan2 sembang2 shopping2, sempat tapau mister doughnuts dan beli macam2 jenis coklat, biskut dan toys untuk 2R. Pukul 5lebih baru kami bertolak balik, dah gelap dah masa tu, hantar Yatt dan Ain balik dulu baru kami balik, dekat2 pukul 6 baru sampai rumah. Solat apa semua, then makan donat, Rafiqh suka betul mister doughnuts, selalunya tunggu time sale baru mamanya beli, hihi. Tak puas makan agaknya so dia dok asyik sebut2 nak donat, tu yang hari ni buat donat lagi, suka betul donat budak berdua ni...

Si Raziqh ni kalau letak dalam trolley ber-stereng ni je dia mau duk diam lama2, kalau tak, jangan harap ler...

Ahad kami tak ke mana pun, petangnya keluar beli barang dapur saja. Sejak semalam rasa sejuk sungguh, hari ni pun sejuk jugak, sampai menggigil dah mama. Dah sejuk2 ni mula laa malas nak buat kerja, asyik nak berlingkar dalam selimut macam ular sawa, hahaha. Anak2 pulak tak reti nak letih, tak reti tidur siang dah, perghhh mencabar betul. Mama kalau dah duk dalam selimut tu selalu rasa mengantuk nak terlelap, tapi risau pulak nak biar depa main berdua, banyak sangat projek depa ni. Projek2 tu pulak semua hat tak boleh pakai, banyak yang tak diluluskan tapi dok pulun buat jugak, haihhh memang hangpa saja nak up volume mama kan...

6 comments:

Heartilyina said...

aik nampak lain muka raziqh dlm gmbr ni. nampak mcm muka dia kecut sikit. yeke? ke sebab rambut dah panjang tula nampak muka kecil. owh yelakan baru baik dari sakit adeh lupa plak. moga sihat2 ye anak2 kita semua. 2r sihat2 selalu nanti boleh round shopping complex dengan mama and naik trolley kereta selalu :D

Fith said...

ina,
aah ina,dah kurus sket,hrp2 kembali montel lps ni,huhu.
hehe kalau sihat boleh laa jln2 selalu kan,kalau tak sehat duk je laa bertapa dlm rumah.
ina camne?ihsan dah sehat?rindu giler nak baca cerita ina tau...

Siti Mariam Hussain Zaki said...

Issshh,agh kena bersyukur sgt2 dgn life skrg compare ngan klong,much more better dr klong..at least agh ada part time job,biz pas tuh boleh bwk 2r jln2,shopping brg sendiri boleh outing ngan kawan2...nk harapkan klong dpt buat semua tuh mimpi dlm mimpi je la kan..semua kena bergantung ngan abg...klong bukan menyesal ngan life skrg,klong boleh terima sbb setiap org life tak akan sama kan...bak kata org,bersyukur seadanya...;-)
Rambut raziqh perang ke?nmpk cam perang je..

Fith said...

Kaklong,
ops nampak macam merungut ye,astaghfirullah,tp tu laa kaklong,kdg2 mahukan kelainan,maybe cause i need holidays once in a blue moon,haha,mengada2 kan.
betul laa kata kaklong,life kita berbeza2 so kena bljr bersyukur dgn apa yg ada.insyaAllah lps2 ni agh akan lbh bersyukur dgn life agh skrg,huhu.

aah rambut dia perang sket,ala2 sidqiy gitu.nak kata sbb tak buh minyak,hari2 agh buh tp tetap takmau hitam.rambut dia pun sgtlah tak lebat,jarang2 ja,tak mcm rafiqh.lps abang cukur rambut dia tu kan,sampai skrg tak potong2 lagi tau.dok adjust tang tepi telinga tu saja,haaa punyalaa lambat panjang...

Unaizah said...

Fith untung sebab boleh drive. At least boleh gak gi jalan-jalan. Akak ni takut nak bawak kereta. So, nak pi mana-mana kena tunggu husband free. Kalau akak boleh drive, ish ligat berjalan rasanya...bawak anak-anak sana sini.

Fith said...

Kak unaizah,
ada pro n con jugak boleh drive ni,mcm fith ni mmg tak lekat duk rumah,merata berjalan,duit pun laju je laa kluar,haha.seronok jugak kalau sekali-sekala bergantung hrp dgn suami kan...