Wednesday, November 3, 2010

Kenapa trial set?!

Entry ini sedikit berunsur iklan, nak promote jualan, hahaha habaq terus-terang...

Lepas buat entry tentang SK2 ni ramai lah pulak kawan2 yang minta survey-kan harga certain SK2 products bagi botol2 yang besar. InsyaAllah nanti dah siap list-nya I update ya. Mana tau kot2 murah ker kan, so boleh laa kalau ada yang nak minta I belikan. Tapi kalau tak salah, mahal jugak sebenarnya kat sini pun. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai dan terlibat secara langsung dalam penggunaan produk ini di sini(ayat berita), kalau botol2 besar tu mahal, kena beli botol kecik2(bukan trial set ye, tu kecik sangat) baru untung, haa memang betul pun, bila tengok2 tu beli botol besar 120ml dengan botol kecik2 20ml x 6, murah lagi yang 20ml x 6 tu...

Sebenar2nya takdak niat pun nak jadi dealer-tak-rasmi SK2 ni, saja suka2 ja. Nak promote lebih2 pun tak boleh, bukannya I pakai lagi pun, hehe. So, kepada sapa2 yang tunggu2 my review tu, haha taktau laa bila nak bagi review, tahun depan lah kot, arrr buleh? hihiks. Tapi nanti kot2 dah pakai tetiba bertukar jadi jelita ka, semestinya akan di-promote kaw2 punya, hohoho, tu pun kalau jelita laa, kalau ye, kalau!

Honestly I memang jenis 'buta'-kosmetik, walaupun suka untuk kelihatan cantik(well, perempuan mana laa yang tak suka cantik kan, habaq mai tengok) tapi sejujurnya tak pandai mana pun bab make-up atau penjagaan diri ni. Most likely I ni jenis ikut mood, kalau bab cuci muka dan tempek moisturizer tu memang acara wajiblah, kalau keluar rumah mesti pakai at least foundation, compact powder dan lipbalm, make-up pulak tenyeh time nak dating, pi majlis atau keluar jalan lama2 je laa. So far tak banyak pun 'benda' yang pernah dicuba, macam I kata dalam entry lepas2, ni 2nd product yang nak di-test, tu pun cuak2 berbulan2 dok pikiaq tak habis lagi...

Tu pasal laa I ketengahkan set2 percubaan ni dulu, selepas pening kepala tengok mak-datuk punyalah banyak produknya, juling mata nak memilih. Fokus utama adalah untuk pengguna2 yang baru nak cuba2, kira macam buat skin test laa, nak tengok dulu sesuai ka tak. Nanti dah confirm sesuai baru laa beli botol2 besar. Dari apa yang I tengok, trial set Malaysia barang2nya tak banyak, selalunya dalam 3-4benda ja 1 pakej. Kat Jepun ni pulak mak aih, kalau boleh semua dia nak hentam buh dalam 1 paket tu. Kalau rajin + duit berkepuk memang no hal laa, try banyak2 lepas tu nanti beli banyak2 jugak. Tapi kalau takat I ni, buat membazir duit je kot, beli 2-3benda dah lebih dari cukup. Sebab dah beli, nanti pakai je semua2 then decide nak beli yang mana, mainly cuma nak cleanser dan moisturizer je, dan 'air magik'nya lah, hihi...

Buat sapa2 yang minat nak test, beli laa trial set dulu, taklah rugi in case tak sesuai pun kan. Kulit kita mana sama dengan orang lain, so tak boleh nak main ikut2, ada orang sesuai sangat, ada jugak yang kata tak best. Kalau berminat, boleh order sebelum sabtu ni yer untuk 1st batch order, kumpul order ramai2 so that boleh cut down price lagi. Nanti2 kalau ada sapa2 nak order lagi pun boleh, anytime...

No comments: