Thursday, November 4, 2010

Se-le-se-ma

Selsema sebenarnya, hehe...

Semalam public holiday kat sini, sempena bunka no hi(=culture day), myLove cuti. Kami tak ke mana pun, paginya lepas breakfast keluar kejap beli barang2 dapur, lepas tu lepak ja kat rumah sebab I tak berapa sihat. Isnin lepas temankan myLove tukar bateri keretanya lepas dia balik kerja. Sekarang ni pukul 5 dah maghrib, masa kami turun tu dah gelap gelita dan sejuk toksah habaq laa kan, dah sebab gelap kena laa turun tolong pegangkan torchlight myLove nak buat kerja. I pulak perasan kebal cuma pakai sweater nipis selapis saja, tak pakai socks pun, dan lebih2 ngokngek lagi anak2 pun turun lengkang-kangkung pakai sweater nipis saja, sungguh ampeh mak hangpa! Dalam hati dah risau dah, habis laa anak2 haku selsema batuk demam lepas ni, huhu, tapi sangkaan tu meleset bilamana anak2 tu steady ja, sebaliknya mak pak depa yang kiok, hahaha...

Malam tu dah rasa ala2 kureng dah, macam nak selsema, tapi dasar ketegaq takmau jugak2 telan ubat. Esoknya selasa hidung dah berair, lepas breakfast makan madu, lepas lunch telan panadol sebijik. Petangnya muka dah rasa sebam kebas2. Jadinya malam tu masak nasi ayam sebab nak makan sup ayam. Kami kat rumah ni kalau kurang sihat terus makan sup ayam, konon2 nak bagi extra energy laa, hihi. Telan limau 2biji, se-mug hot cocoa dan tanpa makan ubat terus masuk tidur. Pagi semalam bangun makin teruk selsema, pening kepala dan muka rasa sakit, suap semua sekali makan madu, tengahari buat sup ayam lagi. Lepas lunch ada rasa macam nak demam, baring berbungkus selimut tepi heater sambil tengok tv konon2 nak rehat2 nak tidur kejap tapi memang tak ah, budak 2orang ni kalau tak tidur jangan mimpi ler mama nak lelap sekejap pun. Petangnya myLove keluar belikan ubat, sebelum tidur dah telan, alhamdulillah pagi ni rasa ok dah...

Dalam tak berapa sehat tu, petang semalam buat roti puri lagi, ni 2nd time lah ni, again, tak jadi! hahaha hampeh! Satgi nak menuntut balik laa dengan my sil-kaklong, tang mana lagi yang tak kena, nak kena baiki lagi. Rasa dah okey, rupa dah comel, tapi takmau gelembung, kempeh je. Cuma better laa dari 1st time dulu sebab kali ni hasilnya gebu lembut. Buat 12biji, 2R makan sorang 2biji, suka betul, siap cicah kari lagi si Raziqh tu, hihi. Next time kena buat lagi, senang je nak buat, cuma kena prektis banyak kali untuk mahir. Resepi roti puri ni ada kat link resepi corner kat sebelah yer...

6 comments:

kew_chop said...

odaijini mama 2R. kami anak beranak minggu lepas kena. anak2 bila ada simptom selsema terus bwk clinic takut melarat jadik batuk pulak. tapi umi jek eksyen takmo mkn ubat.. hihi..

Fith said...

murni,
thanks...
tu lah,mmg dah musim kan,kena extra hati2 dah skrg.tak suka sgt anak2 tak sehat,nanti kita yg penat,huhu.

amir said...

sy pun smlm masak sup sebab rasa sakit tekak n sakit kepala nak demam.huhu.arini igt nak ponteng ja lab tapi sedar2 dah ada kat lab skrg ni.eh boleh lak cmtu.tak best btoi demam time2 busy cmni.eh takpa,sakit tu boleh hapuskan dosa kecil.btoi ka dak ntah.btoi kot

Fith said...

amir,
alaaa kesiannn...
ada 1 ubat yg agak power(tp of course sembuh atas kuasa Allah),kakfith telan sebiji ja dah hilang selsema.pi beli kat farmasi "paburon capsul S",tp ni utk selsema ja.ada demam tu beli yg lain,hehe.odaijini!

Unaizah said...

Dah sihat ke? Take care of yourself. Harap-harap budak 2 org tu tak jangkit la.

Fith said...

Kak unaizah,
thanks kak,alhamdulillah dah sehat.budak 2org tu nampak ok lagi,hrp2 tak jangkit lah...