Monday, November 15, 2010

Macam2 cerita...

Hari ni pagi2 lagi dah bawa 2R keluar, mula2 pi isi minyak kereta, kemudian ke klinik kanak2 sebab Rafiqh demam dan batuk2, lepas tu pi beli barang sikit, pi post office dan singgah kombini sebelum balik rumah, phewww...

Rafiqh tiba2 ja batuk2 petang jumaat lepas, before keluar ikut mama pi buat chousa(=survey) kawasan tu dia okey ja, masa tengah dok jalan2 tu dia batuk non-stop. Mula2 tu ingat dia mengada2 je, haha rupa2nya memang gatal tekak agaknya. Bukan lama pun keluar buat chousa tu, dalam setengah jam gitu saja pun. Kalau ikutkan memang takmau keluar hari jumaat tu sebab nak buat biskut raya 2-3jenis tapi orang ofis tempat I baito(=parttime) call tanya pasal chousa, baru teringat yang benda tu tak siap lagi. Sempat buat choc chips cookies sejenis saja, petang tu pukul 3 bawa 2R keluar. Malamnya Rafiqh mula demam, myLove kata sekarang Jepun dilanda jerebu yang datang dari China, ooo patut laa asyik kelam mendung ja hari tu, jerebu rupanya(tak ingat dah berapa lama tak 'layan' berita, dok kalut ke benda lain, hehe)...

Sabtu pagi tu keluar pi beli barang dapur dan ke Uniclo nak beli baju budak2 ni. Balik dari beli barang tu 2R dah kepenatan, tidur dari pukul 1 sampai dekat pukul 5 baru bangun. Dah laa depa tidur tu before sempat lunch so bangun2 tu memang tahap kebulur dah kot, makan banyak tak hingat. Semalam tak keluar pun, paginya mama sibuk menggodek biskut oat, ayah pulak mengelap perabot2 dan vacuum rumah, melepak ja seharian kat rumah...

Tadi ke klinik macam biasalah, hari isnin mesti penuh pesakit. Mungkin sebab on weekends klinik tutup, jadinya semua terkam bawa anak2 pi klinik hari isnin laa kan, tu yang ramai orang tu. Pun begitu kami tak laa tunggu lama sangat pun, kalau lama pun budak2 ni bukan kesah pun, pi klinik macam pi playground, happy kemain. Rafiqh dah lebih setahun tak batuk, masa balik bersalinkan Raziqh last year tu memang dia selalu demam dan batuk, 3bulan duk Malaysia, sebulan ja kot dia betul2 sihat, lagi 2bulan tu on-off demam laa batuk laa selsema laa, haihhh, paed sana kata sebab cuaca atau udara Malaysia yang kurang bersih, so Rafiqh bertindakbalas, ermmm mungkin jugak kot. Sejak balik sini dia dah tak batuk2, demam dan selsema tu biasalah. Ni bila batuk2 alahai kesian sungguh tengok, especially time nak tidur, macam tak lena je sebab terganggu dek batuk2. Batuk tu berkahak, tapi sebab tak reti nak buang kahak tu dia asyik batuk2 non-stop. Sebelum tidur I cuma sapukan vicks dan tinggikan kedudukan kepalanya. Dok bagi dia makan ubat beli kat farmasi dan madu 2kali sehari. Semalam dia batuk2 dan I paksa dia muntahkan kahaknya tu, keluar banyak. Tadi masa doktor check pun katanya paru2 dia clear, means selsema/batuk ringan saja, alhamdulillah. Raziqh so far masih bertahan, takdak tanda2 nak demam atau selsema atau batuk lagi...

Dah alang2 pi ambil ubat untuk Rafiqh tu tanyakan sekali tentang cucuk MR untuk si Raziqh, nak buat appointment sebenarnya tapi nurse tu kata boleh ja kalau nak cucuk terus, haa baguih sangat la tu, takdak kerja aih nak ulang pi banyak2 kali. Makanya Raziqh pun dicucuk laa tadi, releks ja kena cucuk, muka maintain. Kalau Rafiqh dulu setiap kali doktor nak check dia pun dia mesti tolak2 tangan doktor, dia tak suka body contact(perasan jepun!) tapi Raziqh ni memang jenis tak heran kat orang, doktor boleh main2 lagi dengan dia...

Hari ni pulun buat samperit pulak, esok nak buat biskut mazola, cukup laa 4jenis tu untuk raya haji ni, nak bagi kat jiran2 sikit dan jamu kohai2(=juniors) yang tak sempat 'merasa' biskut raya puasa hari tu. Memandangkan lusa raya, even myLove tak cuti pun nak kena jugak masak special menu, esok banyak laa benda nak kena buat. Kalau rajin esok update lagi, entry biskut raya menyusul nanti2 yer, hihiks...

2 comments:

kew_chop said...

tadi pun pegi clinic nak suntik kimi tapi sebab ramai sgt org derang soh wat opp dtg esok. aisehhh esok pagi kena pegi lagi, malas nak kuar pepagi sgt sekarang sejuk bangat. kalo dah kul 11 lebih tu baru syok nak kuar. odaijini onichan..

Fith said...

murni,
ooo kimi pun nak cucuk ye,klau klinik fith pergi tu mmg kena buat appointment dulu b4 pi cucuk.mmg tak suka pi klinik hari isnin,mesti penuh.
aah betul2,malas kan nak kluar awal pagi,sejukkk...
btw thanks aunty murni!