Wednesday, November 24, 2010

Cerita2...

Pagi tadi dah bawa 2R ke klinik, masa sampai kat klinik sekitar pukul 10.30pagi tu tak ramai lagi pesakit tapi tak lama lepas tu punyalah ramai orang, berduyun2 pakat mai(tipu la sangat, haha), tapi hadoiii laa sesak klinik dibuatnya. I memang akan rasa rimas bila biarkan 2R terdedah dalam persekitaran orang sakit, lagipun depa dah nak sembuh dah kan, satgi tak pasai2 bawa balik penyakit lain pulak, haishhh...

Bila masuk jumpa doktor I pun explain laa apa yang patut, pungpang2 kelentong lebih-kurang, hihi, yang sebenarnya sebelum jumpa doktor lagi pun I dah tau serba sikit tentang apa yang sedang kami lalui ni sebab myLove dah google pasal penyakit ni since khamis lepas. Kira2nya dah tau dah laa apa doktor tu nak cakap, kalau tak pi pun takpa tapi sebab tertanya2 awat laa depa 2beradik ni tak sembuh betul2 lagi, tu yang pi jugak tu. Kami sebenarnya terkena sejenis virus(tak ingat namanya), it's absolutely normal to get such viruses dalam cuaca dan iklim sekarang ni. Apatah lagi kalau anak2 dihantar ke hoikuen(=nursery) atau youchien(=kindergarden), lagi mudah nak kena. Tapi depa ni bukan dapat dari situ pun, taktau mai mana entah virus ni. Takpa laa sekali-sekala Allah nak bagi sakit, hidup ni kalau tak sakit tak thrill laa kan, sakit acah2 ja, kena bersyukur jugak tu...

MyLove, me and Rafiqh kena muntah2, Rafiqh dan maknya laa paling teruk. Raziqh awalnya muntah dan kemudiannya cirit pulak. Sebab tak demam, sehari dua lepas kena virus tu badan dah mula pulih sendiri cuma rasa lemah2 badan sikit. Budak 2orang ni ja yang tak betul2 sembuh lagi, walaupun dah aktif dan dah mau makan sikit2 tapi tetap muntah dan diarrhea lagi, lepas doktor check 2R tadi, doktor kata keadaan perut depa masih belum stabil, so kena elakkan foods yang berminyak dan makanan tenusu. Memang depa pun dah kurang selera makan, nak makan japanese foods macam onigiri dan udon saja(perghhh berlagak), freshmilk pun dah lama tak minum, dok bagi minum milo semata. Doktor pun bagi laa ubat, insyaAllah sehari dua lagi elok la tu kot...

Ok, cukup2 laa cerita pasal sakit. Kita cerita pasal benda lain pulak. Minggu lepas dan minggu ni ada banyak good news among my friends...

My bestfriend Ida dah pun selamat bergelar isteri, cantik sungguh berseri2 menjadi raja sehari, tahniah buat Ida dan pasangannya Totoq, semoga Allah merahmati perkahwinan kalian! Moga mahligai cinta yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Naz pulak dah selamat melahirkan her 1st son, dah jadi mak orang dah pun makcik ni, macammana laa gamaknya gaya dia pegang baby ek, haha, teringin nak tengok, apapun tahniah buat Naz dan Bashir! Semoga baby bakal menjadi mujahid islam yang terbilang...

Seorang lagi teman blogger, Aisha pun dah selamat melahirkan puteri keduanya. Mesti comel macam kakak Aina ye, semoga baby Aida menjadi puteri yang solehah...

Tumpang merasa gembira melihat kawan2 menikmati kebahagiaan hidup...

5 comments:

Elah said...

Alahai kesiannya 2R...ingat demam biasa je tp muntah2 n cirit birit ke.Sochi no hou ga tsurai ne.Alhamdulillah dh mula elok.
Cuaca skrg ni mmg senang nk sakit...take care.

Unaizah said...

Tak lama lagi sihat la tu one whole family. Get well soon ya...

Fith said...

elah,
sou2,kalau demam biasa je no hal sgt.diorg ni demam pun aktif semacam jugak,hehe.tp kena muntah dan cirit mmg kesian laa,penat...
elah pun,take care ye.preggy lady pun mudah sakit jugak...

kak unaizah,
amin...
thanks kak!

Asmara said...

Fith, anak saya pun kene penyakit yg sama. Jangkitan dari yochien jugak, tapi yang kene kakak dan bby je. yang no. 2 sekolah sama tak kene pulak. Tapi teruk jugk la muntah2. Alhamdulilah kakaknya kene sehari je, esoknya dah ok. Baby Haqem dalam 3 hari jugk, doktor bg ubat kat kakak je. Baby dia x bagi cuma kene bg lebih minum air masak. Kami bg minum air garam (lupa nama apa ntah) beli kat farmasi. Odaijini! :)

Fith said...

Kak as,
thanks kak!
kesian anak2 kan bila sakit2 gitu,especially muntah2.alhamdulillah anak2 fith dah sihat sepenuhnya.fith masa sakit tu minum air garam,ambil garam kat dapur tu,hehe.anak2 bagi minum energy water.lps gi klinik doc ada bagi ubat,sempat makan sekali saja,lps tu nampak dah mcm sihat,stop.