Friday, April 27, 2012

Cerita minggu ini...

Agak kekalutan sepanjang minggu ini. Tiap2 hari cuba curi masa nak kelih blog, tapi apakan daya cuma sempat buka draft saja, takdan nak edit sangat pun, tu yang blog tak ber-update tu...

Ada few updates nak cerita sebagai rumusan untuk minggu ni...

Pertamanya, starting last wednesday Rafiqh and Raziqh dah dimasukkan ke sekolah. 2days before tu (monday), on the way balik dari klinik, I bawa 3R pusing2 seksyen 6 ni untuk survey tadika. Stop at few choices yang rasa berkenan di hati and made phonecalls here and there asking few questions. 1st of all, need to ask them weather they take 3 y/o students or not, cause sebolehnya nak 2R going to the same school, senang nak hantar dan ambil...

Apparently memang tak banyak tadika yang ambil students kecik2 ni, lastly mama cuma ada pilihan untuk hantar 2R ke Krista. Tak jauh pun, masih dalam kawasan perumahan yang sama. Sebenarnya kalau nak cari lagi pun boleh, kat Seri Putra nun bersepah tadika2 yang berbentuk franchise, yang obviously memang ada ambil students seawal 3y/o, cumanya jauh sikit la nak pi hantar-ambil setiap hari. Sebelum ni pun I dah survey tanya littlecaliphs, q-dess dll, dan setelah mempertimbangkan banyak faktor, akhirnya Krista menjadi pilihan...

Tak pernah dengar pun nama Krista ni sebelum ni, tapi bila guru kat situ cakap yang depa ni pun franchise so ada sedikit keyakinan lah, memandangkan biasanya tadika franchise ni ada guidelines dan silibus yang lebih terancang. Lepas consider the fees and etc. myLove pun setuju untuk hantar 2R ke situ. Makanya bermulalah rutin baru mama pi hantar dan ambil depa dan bermulalah kisah mereka ke sekolah, hihi...

Keduanya, cerita tentang bisnes mama3R. Alhamdulillah, now in progress menyiapkan 1st project for Sakura Beauty. InsyaAllah bermula bulan depan Sakura Beauty will be joining T**P***Shop, a shop with blogshop lodging concept in Kota Bharu, nama kedai dirahsiakan dulu, nanti dah launch I'll announce here, kena laa promote kan?! Tak ada apa yang hebat sangat pun, bukan buka kedai sendiri, just ambil 1 section untuk jual produk2 sendiri ni saja. Kalau nak ikutkan, stocks in hand pun selalu putus but since the owner of the shop is my junior and my sis bestfriend, so rasa happy sangat2 bila dia tawarkan offer itu, without thinking too much I just grab the chance. Maybe dengan adanya slot ni I boleh rest sikit dari terlalu tumpukan pada promotion untuk lajukan lagi bisnes sekarang. And at the same time, masa yang terluang sedikit tu nanti boleh digunakan untuk my 2nd project pulak insyaAllah...

So atas tujuan pengiklanan, I pun tempah bizcard. Tempah dari kohai(=junior), dulu sama2 kat Yamaguchi. So lepas ni kalau ada sesiapa yang berminat nak buat kad, boleh contact Zambri 013-5029791. Bukan takat kad saja, macam2 servis pun ada. Boleh klik http://www.facebook.com/ZambriPrinting for more info...



Ni hasilnya, cute tak? hehe...

Tuesday, April 24, 2012

Pening2 lalat...

Since lastweek kepala ni rasa agak kurang selesa, bukan kepala sebenarnya, to be exact kena sebut otak. Tapi kang kalau kata otak tak selesa, ada pulak kata haku mereng ka sewel pulak kan kan?! Apa2 je la, yang penting nak habaq kata ada rasa pening2 lalat gitu. Tak dapat nak kenal pasti kenapa lama sangat pening2 ni, mungkinkah sebab cuaca yang panas atau kerana badan yang juga lemau beberapa hari ni atau mungkinkah sebab spek?!

Alkisahnya selasa minggu lepas, cik kak Raisha ni dengan lemah-lembutnya menepis spek mata mama, entah macammana boleh pulak patah skru spek tu, wassalammm lah jawabnya. Nasib baik ada spare lagi spek lama so just guna je la yang lama tu sementara tunggu nak pi kedai spek untuk baiki. Tapi, spek lama tu memang hat zaman tok tonggek punya lama, buat masa masih bergelar student di tahun ke-2, perghhh ada kot 8tahun dah, hahaha. Walaupun dah lama sangat tapi masih baik lagi keadaannya, disebabkan ianya frameless I pakai time keluar2 jalan saja. Cumanya sekarang bila pakai 24/7 ni mungkin sebab tak cukup power kot, tu yang dok rasa pening2. Ermmm mungkin spek lah puncanya kot. Minggu ni kena curi masa jugak2, nak kena pi kedai spek ni...

Weekends minggu lepas, kami balik Ipoh. Seronok laa dapat balik kampung kan, tapi badan pulak spoil tak sihat. Jumaat lepas tak semena2 boleh pulak demam. Anak2 masa tu masih ok, so depa meligat as usual while mama ni dah terbaring kelesuan. Tapi dek kerana semangat happy nak balik kampung tu, pulun jugak laa vacuum dan mop lantai tingkat atas dan bawah. Kemas2 rumah dan petangnya buat nasi goreng. Malam tu lepas maghrib bertolak balik Ipoh. Sampai sana pukul 10lebih, Raziqh pulak demam. Raziqh ni kalau demam pun macam tak demam, melompat sakan jugak, selalunya I just bagi paracetamol dan monitor suhu badannya saja, on-off turun-naik, biasanya selepas 24hours dia akan ok. Sabtu tu dia dah kembali sihat, alhamdulillah...

Selesai si Raziqh, giliran Raisha pulak. Badan start panas malam ahad tu. Ni 1st time dia demam, merengek2 je la. Pagi semalam bangun dari tidur suhu badan dah normal, tapi sebab dia ada kahak I bawa jugak dia ke klinik. Doktor kata dia ok, cuma kena monitor kahak tu saja, tengoklah sehari dua lagi kena pergi check lagi...

Sekarang ni rasa lega sikit sebab kereta dah ada. Masing2 dah ada kereta sendiri so senang nak manage kerja. I pun dah tak payah tunggu myLove kalau ada urusan atau apa2 hal, boleh buat sendiri dah. Kalau nak harapkan dia je, memang bertangguh2 semuanya, asyik sibuk memanjang. Hohoho sekarang kena prektis drive balik, after almost 7months tak drive. Drive kat Malaysia dengan kat Nihong memang 180 darjah berbeza, apatah lagi kalau drive sendirian dengan 3budak ni pulak, hihi kelakar! Nanti2 laa kita sambung cerita pasal driving ni, need tips from other mommies too!     

Wednesday, April 18, 2012

Rutin harian...

I ni sebenarnya dok berhutang 1 entry dengan seorang kawan lama(well, you know who you are, even your email pun Fith tak sempat nak balas lagi, soo sorry dear!)...

Dia requested untuk I tulis tentang rutin harian di rumah bersama anak2, nak suruh I story-mory-glory macammana I buat kerja kat rumah sambil menguruskan 3 kanak2 ribena masam ni, hehe...

Waduh2, segan aih nak cerita, tak laa terurus sempurna sentiasa, ada masanya tu tunggang-langgang lintang-pukang jugak kami ni anak-beranak. Tambah2 lagi masa awal2 pindah balik sini, memang rasa janggal dan tak menang tangan dibuatnya, tapi alhamdulillah, setelah lebih sebulan membina hidup di rumah baru ni, I dah boleh 'bergerak' dalam pace yang semakin teratur. Untuk entry kali ni, meh nak cerita tentang life kami yang semasa lah yer, since that 2R tu belum pi sekolah lagi(huhu), kehidupan seharian berlegar dengan urusan dalam rumah sahaja...

Bangun pagi pukul 5.45, terus mandi dan ready untuk solat subuh. Selalunya by this time si Raisha dah bangun dah, lepas solat terus bawa Raisha turun ke dapur untuk buat breakfast, mood dia pagi2 ni baik aje, so boleh laa letak kejap dalam walker sementara mama pi-mai-pi-mai buat kerja, dalam 20minit gitu breakfast pun ready. Simple je makan pagi kami, sediakan telur setengah masak, roti dan air. Sekarang ni myLove dah tak bawa bento(=bekal) dah, ofis dia ada buffet lunch setiap hari, leeegaaa aih, haha, kalau dak, harus laa kena bangun pukul 5 masak nasi. Sementara tunggu myLove bersiap, on tv al-hijrah dulu tengok ustaz Don, hihi. Lepas tu breakfast sama2, pukul 7.20 myLove pi kerja, I naik atas untuk kemas bilik dan mandikan anak2. Settle semua kerja kat atas, turun ke dapur on-kan washing machine dan layan anak2 breakfast pulak...

Lepas breakfast, time anak2 tengok tv, on tv9 ajak depa tengok rancangan 'adik & al-quran' dan 'belajar bahasa arab', sambil2 tu depa main laa, apa lagi kan kerja depa?! Mama pulak sambil2 tengok tv tu boleh laa on komputer buat kerja, nyusu dan tidurkan Raisha. Dalam pukul 10 lebih time for snack, bagi depa makan buah atau biskut atau apa2 yang ringan. Settle je sidai baju, Raisha pun bangun, masa untuk mengemas rumah. 2R akan dikerah untuk simpan toys, time mood baik depa willingly bangun simpan tanpa perlukan suara pekikan mama dan kekerasan, keh3, time mood tak baik, faham2 sendiri laa mama terpaksa mengganas, kah3. Kenapa simpan toys? Sebab mama kena vacuum rumah dan mop lantai, 2 acara wajib tiap2 hari kena buat! Hadoiii laa, penat weiii rumah sekangkang kera ni pun haku dah penat! Nak kata perfectionist sangat pun tak jugak, cincai-bocai type of person saja sebenarnya tapi tak tahan betul tengok rumah bersepah dan ada habuk/sampah. Mau takmau, larat tak larat mesti vacuum dan mop jugak. Siap kerja tu barulah boleh sediakan lunch pulak, pukul 12++ makan sama2, menu sangatlah ringkas, spagetti/makaroni/nasi/bihun/mee bla3...

Siap lunch, bawa 3R naik atas, mandikan depa dan salin2 apa yang patut, bagi depa layan ipad sekejap sementara mama performs solat. Dalam pukul 2 gitu get them ready for evening nap. Off tv, off laptop, off semuanya dan golek2 sampai depa semua tertidur. Next, mama punya me-time, bukan untuk rehat2 yer tapi untuk bekerja dengan aman...

Biasanya pukul 5 depa akan bangun, siapkan minum petang pulak, sambil2 tengok depa makan, pungpang2 mama masak untuk dinner, sambil2 tu jugak mama kutip kain baju kat luar. Habis kerja tu boleh la duk sat tengok tv sambil tangan melipat baju. Kalau cuaca elok, bagi depa keluar main lari2 kat luar sekejap. Dekat2 pukul 7 mandikan anak2 dan mama pun boleh mandi, itupun kalau mood cik kak kecik ni baik, hehe...

Ayah depa balik kerja pukul 7lebih biasanya. Selepas selesai solat maghrib kami akan dinner sama2, ni la masa yang sangat ditunggu2, after 1 tiring and busy day, bila dapat duduk 5orang bercerita-bersembang-buat lawak-bergaduh, ish seronok lah! Walaupun berkecah dapur bising melayan depa ni, tapi I sebenarnya happy. Pernah terbaca somewhere mengatakan time makan bersama ni laa masanya untuk kita mengenali personaliti anak2, so time makan2 ni kita kena beri tumpuan pada anak2, layan depa makan, dengar depa bercakap walaupun banyaknya merepek saja, takpa, layannn, jangan dok asyik sibuk dengan handphone lah, facebook lah, laptop lah, tv lah. Habis je kemas dapur, masa untuk melayan tv sambil sambung buat kerja lagi. Pukul 10 sediakan anak2 untuk tidur. Lepas depa tidur, kalau larat, mama sambung buat kerja lagi, kalau dak, wassalam ler jawabnya...

Setakat 2R tak sekolah lagi ni, beginilah rutin harian kami. Nanti depa dah pi sekolah, for sure makin sibuklah mama...

Penat jugak sebenarnya walaupun cuma bertitle surirumah. Apatah lagi bagi yang bekerja di rumah kan?! Being a mother is all about multitasking and time-management. Kalau tak betul2 beri komitmen pada rumahtangga dan kerja kita, memang haru-biru laa jawabnya, both are important, 1 side is our priority of life and another 1 is minat atau sumber income. Manusia ni hidup untuk memenuhi kehendak dan keperluan, kedua2nya sama penting untuk keharmonian fizikal, mental dan rohani, so kena laa pandai2 balance-kan, kalau tak dapat nak balance, redhakan je laa, di situ pasti besar ganjaran pahalanya...

Personally pada pandangan I, dalam mengurus anak2 ni yang paling utama ialah kita kena set timing untuk mereka, sejak kecik lagi kena train supaya depa faham adanya disiplin masa dalam rumah. Supaya mudah bagi kita mengurus masa. Kena paksa anak2 untuk ikut schedule kita, bukan kita meleweh2 ikut timing depa. Sebabnya kalau anak sorang takpa laa, kalau mai 3-4orang, pengsan woo nak ikut cakap depa ja, hiks. Tapi kalau kadang2 tu kena ikut timing depa tu takpa laa, sekali-sekala kan, bertolak-ansur lah...

Tu saja kot nak cerita...

Monday, April 16, 2012

Raisha @ 7months!


MasyaAllah, dah 7bulan dah si kecik ni. Kecik molek ja anak dara kami ni, bila dukung dia rasa macam pegang budak 4bulan, tapi lenguh jugak tangan ni, sebab dia tak reti langsung duk diam, adehhh nampak dah tu 'bakat' nak jadi aktif macam onichan-tachi dia tu, hehe...

Raisha sekarang has becomes extremely clingy, phewww. Kalau before ni still boleh tolerate lagi dengan part clingy ni tapi sekarang hadoiiilaa memang dah lebih2 dah, kalau kena time mood tak baik tu huihhh jangan laa pi letak, dia akan up volume melalak dia, bingit telinga mama ni tau. Teringat time dengan Rafiqh dulu, sama jugak macam ni, semua nak dengan mama je, tapi takpa laa, dulu dia sorang ja nak dilayan, ulit pi mai pi mai pun takdak benda nak stress. Sekarang ni mana dengan 2 orang tu lagi, dengan bisnes lagi, dengan housechores lagi, gedebak-gedebuk hmmm sabaq je laa dik oii mama ni melayan, apatah lagi bila mengenangkan yang lambat lagi nak tambah baby, makanya tekunlah mama beri extra perhatian buat kamu yer...

Mengunjur tak terer sangat pun lagi, tapi dah makin laju maju ke depan. Rasa macam baru ja letak kat sebelah, sedar2 sat lagi tengok eh2 dah pi jauh dah, tangan tu pun kemain lagi, sama naik dengan onichan-tachi mengecah rumah. Haa la ni dah ada 3budak tukang buat selerak rumah, baguih2, berjemaah itu lebih afdhal, hahaha...

Raisha dah pandai dah nak join Rafiqh dan Raziqh main sama2, especially bila depa main kereta, blocks atau masak2, comel sangat tengok dia join sekali. Tunggu besar sikit nanti boleh laa beli set masak2, beli mainan girlish pulak, ni asyik dok main mainan boys saja, tak syiok kan adik kan?!

Milestone paling besar untuk bulan ini ialah Raisha dah start makan! Kalau ikutkan mama, nak lambatkan lagi, sehingga 8 @ 9 bulan tapi apakan daya, dia nampak macam desperate sangat nak makan, so bagi je laa. Nak kata breastmilk tak banyak pun tak jugak, since I ambil milk booster ni memang terasa laa bezanya penghasilan susu tu tapi mungkin dah tak tahan kot tengok orang lain makan, dia pun mengamuk2 nak jugak. So far dah start dengan plain bubur dan puree, seems like she really enjoy the taste, good!

Happy 7months young dear, love you!

Tuesday, April 10, 2012

Raisha & car-seat

Raisha baru je belajar duduk dalam car-seat, sebelum2 ni pernah laa letak tapi kejap2 saja sebab masa tu kami tak install lagi car-seat yang proper untuk dia. Kat Malaysia ni kami cuma ada 2 car-seat, 1 tu junior seat(yang cuma ada tempat duduk, without tempat sandar tu), 1 lagi normal car-seat yang sesuai untuk newborn-toddler. Tapi both digunakan oleh Rafiqh dan Raziqh so Raisha tak ada laa. Bila barang2 dari Nihong dah selamat sampai barulah kami ada 4 car-seats. Car-seat yang sebelum ni Raziqh dok guna tu kami bagi pada Raisha, yang junior-seat dari Nihong bagi kat Raziqh. Bermakna sekarang, kami cuma install 1 car-seat dalam kereta, 2R cuma pakai seat kecik tu saja, nak jimat space punya pasal. Ya la kan, dah kalau semua nak install complete car-seat, jenuh arr, kena suruh ayah beli estima laa kot(haha alasan, padahal memang gedik dah nak beli estima ni)...

Seperti 2R masa baby dulu, Raisha pun pada awalnya refused untuk duduk dalam car-seat. Yer la kan, nampak mama duk sebelah/belakang, memang laa dia demand dipangku. Walaupun kesian tengok dia menangis tapi kena bertegas sikit demi kebaikan dia. So selama beberapa hari nak biasakan dia duduk dalam car-seat tu, biar je laa dia melalak. Selagi tak ada keperluan nak angkat, memang terpaksa pekakkan telinga je laa. Sambil2 tu cuba entertain dia dan distract perhatian dia kepada benda2 sekeliling. Car-seat Raisha ni tak ada handle atas yang boleh letak hanging toys, so terpaksa laa letak toys kat sebelah2 dia saja, pepandai sendiri laa ambil main...

Proses nak training duduk dalam car-seat ni tak ambil masa pun, alhamdulillah hanya selepas beberapa kali kena paksa duk dalam tu, akhirnya dia sendiri akan pasrah dan terbiasa. So sekarang dah tak ada problem untuk letak dia dalam car-seat. Disebabkan sekarang I belum drive lagi, so masuk je kereta terus breasfeed dia, bila dia dah kenyang dan lali2 tu bolehlah letak dan pasang buckle. Nanti bila dah drive sendiri, kena laa breastfeed siap2 before masuk kereta. Macam babies lain jugak, once dah kenyang dan selesa, tak sampai 5minit letak, dia dengan sendirinya akan terlelap...

Monday, April 9, 2012

Masalah...

Ejaannya 'masalah' tapi sebutannya 'masa-alah', kan?!

Pada suatu petang yang hening, seperti biasa Rafiqh dan Raziqh bermain kereta. Taktau laa apa jenis permainan depa, yang pastinya Raziqh jadi tukang bawa kereta sementara Rafiqh berdiri jauh dihadapan sambil terjerit2 memberi arahan...

Rafiqh : Raziqh, jalan straight, lepas tu pusing kanan...
(Raziqh terpusing arah kiri)
Rafiqh : Onichan cakap pusing kanan lah!
(Raziqh pusing arah kanan)
Rafiqh : Laaa jalan straight laaa, lepas tu pusing kanan! *nada bengang*
(Raziqh jalan straight, then pusing kanan)
Rafiqh : Ish apa masa-alahnya ni? Pusing kanan laa, kaa-nan! Itu pun tak faham2 lagi ke? *penuh emosi kemarahan*
Raziqh : Onichan ni, masa-alah betul laaa. Masa-alah apanya lagi, kanan kanan kanan! Tak habis2 masa-alah!

Hahahaha, hambik hang! Berjujuk2 masa-alah yang keluaq!

Mama yang sejak tadi dok jadi penonton akhirnya terpaksa bersuara...

Mama : Haaa laaa, MASA-ALAHnya hangpa dua2 pun 2 x 5, tok guru dengan anak murid sama saja, dua2 tak kenai kiri dengan kanan. Boleh dak main tak payah guna kiri kanan kiri kanan, pening laa mama...

Raziqh : Itu lah! Apa yang susah sangat?! Masa-lah sungguh!!!

Eh2 budak kecik ni, tak habis2 lagi masa-alah dia...
LOL *gelak guling2 macam tenggiling*

Friday, April 6, 2012

I love u, Nihong!

Dah balik Malaysia dah pun, tapi dok tak habis2 lagi obses dengan Nihong, haha, jangan laa marah, mai nak cerita!

2hari lepas, I was about to transfer money from my account in Japan to someone, cause nak beli new stocks SK-II dan lain2, so login as usual but suddenly kena masuk security page yang nak kena isi one-time password lah pulak. Ni kes lama sangat tak login lah ni, last time login adalah awal feb yang silam, adehhh. Sepatutnya ia bukanlah masalah besaq pun, one-time password tu depa akan hantar tru email, login email-dapat password-isi-settle! Tapi yang menjadikan benda kecik ni masalah yang SUPER besar itu adalah kerana I dah lupa email mana yang I guna masa buka akaun dulu, hahaha sungguh mengong! I sendiri pun taktau berapa banyak email yang I ada, memang banyak gila, so apalagi, pulun cheq, jangan tak pulun, kena laa pi login satu persatu tapi hampehhh tak jumpa pun, huhu. Penat dah pikiaq so my last solution adalah untuk call service counter bank tu yang berada nun jauh kat Nihong...

Masalah lagi, takkan nak call direct kan, paghok laa bil nanti, kena laa pakai credit skype so dengan penuh kesabaran I tunggu myLove balik kerja, nak pinjam kredit dia, cause unfortunately my skype account has no credit, haiyaaa! Lepas myLove balik I pun pinjam laa akaun dia, tapi malangnya kredit ada 100yen je, hahaha haru sungguh. Dail, berjaya disambungkan panggilan tapi sebab terlampau stress, panik dan serabut, I tak dapat nak faham apa mesin tu cakap, lepas 2 kali dail, I ended up putuskan call dan gave up! hahaha. Malas dah nak berpening2, baik haku tidoq, esok masih ada, duit dalam bank tu pun tak ke mana, eccehhh *macam juta2 je duit hang noo!*...

Next day ie semalam, cari info on how to buy skype credit from Malaysia. Macam2 cara dah cuba tapi semuanya gagal, cara paling mudah adalah dengan menggunakan kad kredit tapi kami memang tak apply lagi kad kredit. I ada paypal tapi baru je withdraw duit dalam tu, duit tarak, so ingatkan nak top-up laa tapi paypal ni pun satu hal jugak, cuma valid untuk RHB bank je, adehhh buntu! Try pakai debit card, problem jugak, hadoi2 laaa. Pi-mai-pi-mai semua tak jalan, last2 minta my kohai(=junior) kat Nihong nun tolong belikan kredit dari kombini(=convenience store). Cepat pulak tu dia pi beli, terus register masuk akaun dan taraaaa boleh guna la-la tu jugak, perghhh lega! Thank you Mas!

I pun terus call UFJ bank, ish berbelit2 lidah nak cakap nihonggo, baru beberapa bulan balik kan, nasib baik masih berjaya control kejanggalanku itu, yang paling penting staff tu faham, hihi. Tapi atas sebab2 security, dia tak boleh proceed bantu I on the spot. Dia cakap dia akan call balik esoknya, hadoiii...

Sorry to say, kalau kat Malaysia ni I dah banyak kali dah terkena, in fact memang sentiasa jadi pun, bila depa cakap they'll return our call, tak payah laa mimpi depa akan call. Ayat tu just nak sedapkan hati kita atau lebih tepat lagi adalah untuk 'lepaskan' diri depa dari handle kerja tu. Sejak balik Malaysia yang baru 2bulan ni, benda ni memang dah jadi common dengan I so bila orang UFJ tu kata nak return call on the next day tu, somehow I jadi was2 pulak, takut depa tak call. But since she can't do anything to help me, even though I dah try desak dan pujuk, so takpa lah, pasrah!

Pagi tadi, I dah almost terlupa dah pasal call tu, keitai(=handphone) tertinggal kat atas, masa dok entertained 2R having their breakfast tiba2 teringat, terus naik atas dan elok sampai depan keitai, it's ringing, kat skrin terpapar UNKNOWN, angkat dengan penuh keyakinan sebut "moshi2", hakhak, nasib baik betul, kalau dak, malu I!

Taktau macammana nak describe, I love Nihong so so much, simply just because of all these simple reasons! They always take serious with their job and never break their promise. Tapi kita bangsa melayu dan mengaku islam pulak tu, langsung selamba badak ja bila bercakap, takdak nak pikiaq 2kali especially bila berjanji. Senang ja, kalau rasa tak boleh nak buat, jangan bagi harapan kat orang. Sakit hati haku tak habis lagi dengan orang MITI, dengan orang projek perumahan, dengan orang awam, haishhh sabaq2...

Alhamdulillah settle dah problem, boleh dah akses akaun, lega sungguh!

Tu ja nak cerita, hehe. Yang sebenarnya, saya(tetiba pakai saya) kecewa dengan sikap orang kita, sungguh2 punya kecewa. Awat laa kita tak boleh bersikap telus dan ikhlas dalam bekerja?!

Dua?!

Setiap kali ulit2 Raisha, I selalu cakap "ni baby mama ni, eiii awat laa comel sangat, sayanggg baby mama, ni last baby mama ni, lepas ni lambat lagi nak kiss dan hugs baby", saja cakap kuat2 supaya 2R dengar, nak bagi depa jeles dan nak tengok reaksi depa jugak sebenarnya, hihi...

Selalunya depa bolayan ja, malas nak layan mak depa kot. Tapi semalam, tengah dok ulang-tayang dialog memuja adik Raisha, tiba2 Rafiqh menyampuk...

Rafiqh : alah takpa mama, nanti boleh pi ambik lagi baby kat hospital... (bagi dia, baby boleh dibeli di hospital)...

Mama : aah tapi lambat lagi laa nak pi ambik tu. Kena tunggu Raisha besaq sikit...

Rafiqh : takpa mama, nanti ambik 2 orang terus, sorang ayah pegang, sorang mama pegang, ada baby banyak2 besttt...

Mama : 2 baby tu kembar ka? haha, nanti mama tak larat jaga, Rafiqh tolong jaga ok?!

Rafiqh : alah, kan mama boleh dukung Raisha ngan Suhayb, mesti boleh punya!

Perghhh ayat, sangat positif! hahaha, tak tahannn...
Aminnn... Mana tau Allah nak bagi baby kembar pulak nanti kan?! Walaupun kurang yakin dengan diri sendiri tapi rezeki jangan ditolak, yer dak?!

*Suhayb is my sis's son, cousin 3R yang muda 3bulan dari Raisha. Selalu dia datang sini I akan riba both Raisha dan Suhayb, Rafiqh suka sangat tengok, maybe dari situ dia wish nak ada adik kembar kot, hehe...

Tiba2 cakap pasal baby, oh nope, I'm not pregnant of course! InsyaAllah bukan dalam masa terdekat ni, muehehehe...

Wednesday, April 4, 2012

IMFEEN 1st gathering 2012

Seronok!

Ahad yang lepas, kami tak ke mana2, kerana menunggu kehadiran tetamu2 istimewa. 5 of IMFEEN (Elah je tak dapat join sebab masih kat Nihong) berkumpul di rumah kami. Buat plan nak gathering ni secara tak sengaja, lebih kurang 2minggu lepas. Happy sangat dapat bertemu lagi, especially dengan Ida yang dah bertahun tak jumpa, rasanya last time jumpa Ida masa berpantangkan Rafiqh kot, means dah dekat 5tahun laa. Sekarang Ida pun dah kahwin and soon to be a mommy!

Untuk gathering kali ni kami pilih untuk buat pot luck style. Hajatnya nak jemput depa mai lunch tapi memandangkan momma 3R masih tak menang tangan nak sediakan foods so kami buat minum petang tapi sebab nak sembang lama, jemput mai awal, pukul 2! Momma 3R cuma masak mee goreng, makaroni tomato sauce(menu for kids) dan karipap saja. Thanks to Ida and Mai yang bawakan kek...

Puas laa boleh berborak lama, update latest info itu ini, suasana pun santai je sebab buat kat rumah sendiri, hihi. Kalau buat kat outdoor memang tak sempat nak sembang sangat, mata ni tak boleh lepas pandang dengan budak 2orang tu. Sebab tu I prefer kalau orang nak jumpa kami, meh laa datang rumah, senang!

Selain IMFEEN, petang tu kami juga didatangi oleh kohai(=junior) Yamadai Zambri dan kawannya. Lewat petang tu my sis-alang & family dan abah pun datang jugak. Seronok sangat setiap minggu ada tamu...

InsyaAllah end of this month Elah balik bercuti, boleh laa kita gathering lagi yer.