Sunday, May 29, 2011

Siang menanti malam...

Hari ni hari ke-4 kat sini, alhamdulillah rasa macam dah makin ok dan boleh sesuaikan diri, especially dari segi nak mengurus dan meng-adjust masa. Kat Jepun, walaupun negara 4musim, bila summer dan winter tu tempoh masa siang dan malam tak 'lari' jauh sangat kalau nak banding dengan 2musim lagi tu. Still plus minus 12jam jugaklah, ala2 macam Malaysia je rasa, so waktu solat pun agak konsisten. Tapi kat sini, humak aih, susah aih nak cakap, memang terasa sangat2 berbeza, terkial2 jugak laa...

Disebabkan sekarang ni summer, waktu siang jadi sangatlah panjangggg, almost 17hours, means malam cuma 7jam saja. Subuh masuk pukul 3 lebih, pukul 4.30pagi dah cerah dah. Nak menunggu gelap tu jenuh berchinta, pukul 9.30 baru nak senja. Isyak pulak dekat2 pukul 12 tengah malam baru masuk, hahaha hiruk-pikuk jadinya jadual hidupku...

Setibanya kami kat sini, sebab tau nak kena 'hidup' lama kat Holland ni, bukan takat seminggu 2 je so the 1st thing yang I paling concern ialah nak set-kan masa tidur budak2 ni. Selepas beberapa hari bertungkus-lumus melayan kerenah dan mood depa, hari ni nampak depa dah makin selesa, dah ada timing untuk tidur siang dan malam dah. Kalau dak, hish dua2 asyik buat perangai je laa, dah laa mak depa pun dok tingtong2 lagi, hangin jugak dibuatnya...

Cumanya sekarang masih tak berjaya buat depa bangun tidur lambat. Kalau kat Jepun/Malaysia depa bangun pukul 6.30pagi tapi kat sini sebelum pukul 5 lagi depa dah terjaga. Bunyi kicauan burung kat sini kuat sungguh, rasa macam bela burung setaman ja kat sebelah rumah ni. Tu yang buat budak2 ni tak boleh nak tidur kot. Raziqh masih lagi tidur siang, sebab bangun awal amat makanya sekitar pukul 9pagi dah ulit2 dia supaya dia tidur. Rafiqh dah jarang tidur siang, kalau penat sangat atau bosan baru laa dia terlelap. Tidur malam pulak setakat ni tak sempat masuk maghrib lagi depa dah tertidur, bukan takat budak2 ni saja, mak budak pun sama jugak, haha. Kalau nak tunggu malam baru nak lelap memang haru jugaklah. Pukul 10malam baru nak beransur suram, kelam-kabut dibuatnya kalau kerja2 yang biasa dibuat malam kat Jepun/Malaysia nak dibuat malam jugak kat sini, betul tak?!

Seawal pukul 6 petang I dah prepare dinner, pukul 7 dah siap makan. Kemudiannya mandikan anak2 dan terus baring2 depan tv sampai terlelap which is sekitar pukul 8 kami dah padam. Dah terbiasa sangat tidur awal, tapi maybe lepas2 ni I boleh adjust bagi tidur lambat sikit, budak2 ni je bagi tidur awal, aman dunia! Dah tidur awal sangat, tak sempat2 nak solat dulu, kena laa bangun berkali2 untuk solat maghrib dan kemudiannya isyak pulak. Nampak gaya lepas ni kena set alarm untuk bangun solat isyak dan subuh laa. Kalau tak, haruih terlajak tak solat nanti...

Macam ni rupanya rasa bila siang terlampau panjang, ni baru laa sungguh2 siang menanti malam...

10 comments:

hanny said...

hehe.. gambare Fith and take care ok!

Fith said...

kak hanny,
gambarimasu!u 2,take care

Kuazue Mohamad said...

tudia... jenuh aaaiiihhh no nak tunggu malam.. kalau dua hero cik azue.. mampuih la nak suruh tido.. depa nanti kata.. hari duk siang.. duk ralit main la... jenuh gak nak adjust no.. kalu dah besa... lama2 oklah no... tapi beh gak noo duk baca cerita org nie..

Anonymous said...

Goodluck Fith,
Lama ke kat sana?

Unknown said...

Fith, taksempat nakjumpa haritu..malam baru sampai umah..anyway kak ila da bagi da duit tu..wah, di tempat baru, nak dapat baby baru..best2!

Dinda Boutique said...

mak uuiiihhh 17jam!! yg 8 jam ni pun rs letih nak nunggu.ni plak 17! hehe.uplodd laa gmborrr.hak3. btw brp lame kat sane ha?

Fith said...

Kuazue,
anak2 fith mmg biasa tido awal,lepas maghrib depa dah lelap.so mai sini pun boleh adjust lg laa,tp mmg jenuh laa kalau nak tunggu malam baru nak tidoq,haru,yg penat tu mak depa ni.budak2 ni aktif kemain,hehe...

Anonymous,
thanks,tak lama sgt pun,dlm 2bulan lebih saja...

Fith said...

Tini,
itu lah tak sempat nak jumpa,fith pun takde laa lama sgt kat sana,b4 maghrib dah balik sbb dah kepenatan.insyaAllah nexttime kita jumpa yer...
btw thanks ye utk barut n bekung tu.kalau nanti nak order lg,fith inform yer...

Faeeza,
ok2,nanti kakfith upload eh.
tak lama pun,2bulan lebih je...

Ina said...

kalo kter ni pun jadual harian bergantung jugak dgn waktu siang mlm ni. dkt holland nmpknya xleh pakai la rutin ni hihi. xbest jugak ye kalau siang pjg sgt. dh nk msk tdo tp cerah lagi. kalau bulan puasa mmg laa kena sabar byk2 haha :D

Fith said...

ina,
exactly!mmg takleh pakai rutin ikut siang mlm dah,kena ikut jam pulak,hehe.
haa tu laa,hrp2 tak kena puasa kat sini,jenuh laa nak tunggu pukul 10 baru buka puasa,huhu.