Tuesday, May 3, 2011

Sedih

Amboi2, nampak macam rajin je kan I update blog lately?! Taktau laa sampai bila nak bertahan kerajinan ku ini tapi harap2 boleh maintain lah ya. Btw sekarang ni tengah cuti golden weeks kat Jepun, so agak2 apa kena mengena cuti kat Jepun tu dengan I kat Malaysia ni?! Dah kalau sana cuti means myLove pun tengah cuti2 laa kan, dah dia cuti makanya 24/7 laa dia online, tu pasai laa I pun rajin jugak online, nak spend masa bersembang2 dengannya, boleh video call sekali, dah alang2 dok online tu boleh laa selit2 meng-update blog kan, haa itulah kesahnya...

Kalau hari myLove kerja, malam2 ja boleh online. Selalunya lepas maghrib tu terus tidurkan 2R, baru laa mak depa boleh bersenang-lenang depan laptop. Tapi pun, selalunya mak depa dah tertidur sekali, hihi, bangun pun mamai2 ber-chatting. Kiranya time weekdays memang jarang laa si ayah dapat tengok anak2nya via webcam. Tunggu weekends saja laa, tu pun tengok sat2 saja, bebudak ni takat tengok gitu2 saja pun, excited habis laa tengok ayah depa kat skrin tapi sat tu ja laa. Dah cemuih depa blah pi sambung main pulak. Budak2 kan, tak faham sangat pun lagi agaknya...

Kalau ikutkan perancangan awal, sepatutnya semalam kami 1 family dah pun naik flight ke Belanda tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, dari hanya 3minggu myLove balik Nihong dah injak masa jadi sebulan lebih dia kena duk kat sana. Tiket flight dah di-postponed ke hujung bulan ni, hopefully schedule kerja myLove dah takdak delay dah, amin. Sedih?! Awat dakkkk, sedih wooo. Sebelum ni sebulan lebih jugak dia kat Belanda nun, balik sini 5hari saja dah kena terbang balik Nihong, tak sempat nak melepas rindu, dah terpisah semula. Tapi nak buat macammana kan, dia pi bekerja, kalau I rasa sedih, dia pun sedih jugak, at least I ada 2budak kecik ni menemani diri, while he's all alone, lagi kesian. Makanya pendam2 laa kesedihan tu, kontrol2 laa gelodak hati ni, idak perlu laa nak meraung cerita kat 1 dunia akan kesedihan dan rindu yang ditanggung kan, kuang3. Orang lain tengok I, depa nampak I releks saja, macam tak terkesan langsung dengan apa yang berlaku sekarang, nampak happy saja. Hadoiii, persoalannya perlu ka I mengeluh-kesah pada sesuatu ketentuan dan perancangan yang Allah dah tetapkan, dan paling utama kami sendiri yang memilih jalan ini untuk masa depan kami?! Perlu ka I nak cerita yang I menangis, tak boleh tidur lena, bla3 kat semua orang?! Rasanya tak perlu kot kan. Banyak lagi benda lain nak fikir, anak2 pun nak kena entertain, kerja2 kat sini pun banyak nak kena uruskan, fuhhhh...

Apapun, moga perjalanan hidup kami di sini dan dia di sana dipermudahkan, moga diberi ketabahan dan diberi kelapangan hati dalam setiap urusan. Sungguh, sebuah perpisahan itu menyakitkan tapi melihat setiap perkara dari sudut yang positif dan menitip redha, insyaAllah segalanya akan disusuli rahmah dan barakah yang berpanjangan. Moga perpisahan ini membuka ruang2 muhasabah buat kami, membina titian kasih yang lebih utuh dan memperkuatkan rasa cinta yang ada demi sebuah rumahtangga yang bahagia...

4 comments:

Me said...

Salam fith..

Lama x meninggalkan jejak, padahal selalu melawat.. Hehe.. Bwk2 bersabar ek.. Yati paham sgt perasaan tu, ye la, kitorang mmg long distance sejak dari dulu lagi.. Tapi selagi ada perasaan rindu tu, bagus.. Yang bahayanye bila mula terasa selesa dok berasingan..

Heartilyina said...

sesekali berjauhan ni best jugak. mcm kami ritu boleh reflect balik n tgk balik mana kekurangan n kelebihan diri masing2 selama ni etc. tp tula kdg2 bila sorg2 tu part nk menahan diri bersabar dgn perkara negatif tu la mencabar. nk tanak kena kuat. seb baik ada ihsan. sibuk entertain dia xsempat nk melayan perasaan sndiri hihi. nway fith pun gambatte. moga xde dah postpone2 lepas ni :)

mysara said...

fith, mai pon dah boleh rasa sedihnya nnti kena duk nihon 6bulan tanpa budak2 tu...sunyi nya!! bapak budak tatau lagi ada rezeki ke tak nk dtg...lagi la bertambah sedey...tp xnak la pk lagi...huhuh..apa2 pon,semoga perpisahan fith ni terselit seribu kebahagiaan ;)

Fith said...

Yati,
sama laaa kita.fith pun tak sempat2 nak tinggal komen,padahal dok tgk je blog yati tu.si kecik tu pun dah besar kan...
betul tu,mmg bahaya bila dah mula rasa seronok n selesa sendirian kan...

Ina,
aah mmg boleh buat kita berfikir blk tentang rumahtangga kita selama ni.byk jugak hikmahnya sbnrnya,esp dlm memperbaiki hubungan dan menyemarakkan kehanyatan cinta tu balik,hihi.

Mai,
alahai sedih pulak bila dgr,moga2 stapak pun dpt sambung study.6bulan tu lama jugak,tambah pulak nak berjauhan dgn anak2 kan,adehhh tak boleh nak bayangkan.
moga dipermudahkan dan diberi jalan yang terbaik buat mai n family