Sunday, May 1, 2011

Kenangan part 1

Sekejap je masa berlalu, dah pun masuk bulan 5. Maknanya dah nak masuk 3bulan kami kat Malaysia. Sejak balik Malaysia ni, memang agak lemau laa bab update-mengupdate blog ni. Alasannya sibuk lah, morning sickness lah, takdak mood lah, ish macam2lah, kalau disenarai tak muat ruang ni kot, hihi. Banyak sebenarnya yang telah berlaku sepanjang kami kat sini, rasa rugi pun ye jugak sebab tak coretkan kat sini semua kenangan2 tu, so sementara otak ni masih ingat sikit2 pada apa yang telah berlaku, mai laa nak tulis secara rambang...

10/2 balik ke Malaysia, stay Ipoh 2hari je, sabtu 12/2 kami ke KL, the next day balik Melaka. Duk di Melaka sampai laa 24/2, kemudiannya balik Ipoh semula. Petang 26/2 kami ke rumah abang myLove kat Kajang sebab myLove naik flight ke Holland malamnya. Bermula 27/2 tu kami anak-beranak melepak di Ipoh saja laa...

Ada 1 weekends pada bulan mac yang lepas(tak ingat tarikh), semua adik-beradik I balik dan berkumpul kat rumah abah mak, seronok, meriah sungguh2. Walaupun dok mabuk tak hingat time tu, dalam dok tingtong2 mereng tu pun still boleh rasa enjoy dapat berkumpul semua 6beradik, campur ipar-duai dan anak2 saudara. Hari sabtu malam kami keluar makan beramai2 kat Pakeeza Restaurant, family dinner ni adalah acara wajib bila berkumpul. Gambar yillek laa, nak makan pun terkedu2 tak lalu, ni nak ambil gambar pulak, memang tak ah! Hari ahad tengahari tu masak ramai2, as usual chef2 unggul(kaklong dan alang) tunjuk skill memasak, chef-tak-berapa-nak-unggul(haku lah tu) duk tepi2 tengok aje yer, hakhakhak. Macam2 masak, dah macam nak raya pulak. I pulak try test buat maki-zushi, hasilnya not bad laa for the 1st timer kan, memang rupa tak cun tapi rasanya boleh tahan, 2R laa yang pulun makan. Tak payah terkejut laa ye, even though dah 9tahun duk nihong, memang tak pernah sekali pun buat sushi hokey, slowly kena belajar dah laa kan, nanti senang nak jamu anak2 yang bertekak jepun ni. Lepas lunch beramai2, petangnya kami buat birthday celebration untuk abanglong(3/3), kaklong(1/2), alang(18/2), ateh(21/2) dan adik (29/3), haa buat sekali harung 5 orang, jimat! Beli kek aiskrim kat baskin robin dan lepas makan aiskrim, keluar kat laman untuk ber-bbq pulak, bakar daging dan ayam, best! Dah kenyang perut, buka kolam plastik pulak, bagi budak2 kecik ni berendam, satu kawasan perumahan bukit ni boleh dengar pekikan budak2 ni, havoc gila, haha. Hmmm, bila pulak laa nak dapat berkumpul semua2 macam ni lagi...

2 comments:

Heartilyina said...

bestnya berkumpul ramai2 1 family kan. tambah2 kalau adik beradik ramai, ada ipar duai n anak2 buah bagai haruslah happening. kiter ritu blk lama pn xjmpa sorg adik ni sbb dia dok jauh n ada urusan.

Unaizah said...

Family gathering / get together memang best gilerkan...! Tambah if ada yg sekepala.