Tuesday, May 31, 2011

Separuh perjalanan

Stop sat cerita pasal Holland, nak bagi laluan pada cerita pregnancy pulak...

Alhamdulillah kandungan ke-3 ni dah masuk 22minggu, dah selamat melalui separuh pertama perjalanannya, another 18weeks to go insyaAllah...

Check ups...
So far so good, semua results check up setakat ni baik2, kesihatan mama ok, baby pun sihat dan bergerak aktif sepanjang masa. Cumanya check ups kali ni agak kelam-kabut sikit, sebabnya rasa macam banyak langkau2 ikut sempat. 1st check up buat kat Nihong, 2nd 3rd and 4rd buat kat Malaysia, dan ketiga2nya di klinik/hospital yang berbeza. Next check up suppose kena buat kat sini, gynae pun advised suruh buat at least sekali untuk pantau keadaan baby but sadly not sure yet nak buat macammana sebab taktau prosedur kesihatan kat sini, takpa laa nanti try tanya orang laa kot. Kalau susah2 sangat memang tawakal je laa tak pi check up, balik nanti terus pi klinik. Haa hari tu janji nak cerita pasal check ups ni in detail dalam entry khas kan, hihi, tak cerita2 pun lagi, dok tangguh2 nanti tak ingat info baru padan muka sendiri, dah laa diri tu ada masalah ingatan, hish *bebel kat diri sendiri*...

Alahan...
Alahan dah berkurang banyak compared to awal2 pregnant hari tu, alhamdulillah laa kan, dah rasa more energetic sekarang ni. Tapi pregnancy kali ni I rasa memang unik sikit sebab alahan tak pergi sepenuhnya, I still boleh rasa mabuk2 terhadap benda2 tertentu. Kalau salah makan pun still akan muntah, yang mana semua ni tak pernah dialami ketika pregnant sebelum2 ni. Tak kesah laa, takat alah sikit2 ni masih boleh tahan lagi. Bagi orang yang pernah alah dengan teruknya mesti rasa alahan2 kecil ni simple je nak handle, hehe...

Pregnancy ni jugak sangat alah pada japanese food, baguih kan?! Dia pun tau susah nak dapat makanan jepun kat Malaysia so awai2 dah tolak. Hari tu memang ada bawa balik banyak stok bahan mentah japanese foods, tapi bawa balik saja laa, masaknya idak pun. Last2 mak bising awat tak masak bagi anak2 makan, bukan ceq takmau masak mak oii, ceq tak tahan bau, rasa nak muntah, tapi dah sebab budak2 ni nak makan, masak jugak laa tapi sambil tutup hidung, boleh?!

Mengidam...
Part ni paling best. Kali ni memang gila2 sungguh melayan rasa mengidam, almaklumlah duk kat Malaysia kan, nak makan apa pun senang dapat, sebut ja teringin nak apa, ramai tukang yang melayan, hihi. Tapi mujur jugak laa duk dengan mak, dalam duk ngidam itu ini tu pun pemakanan masih berjaya dijaga, mak ada sebagai "pemantau" yang kawal pemakanan I, kalau tak, haruih dah gemuk-gedempol kot, kuang3. So kenaikan berat kali ni agak slow berbanding dulu2, most probably sebab mabuk yang berlarutan dan pemakanan yang dijaga(makan benda yang sehat2 saja). Berat cuma naik 2kg saja dari berat sebelum preggy walaupun baby dah 20weeks, kira bagus laa tu kan?! *clap2 untuk diri sendiri* Harapnya berjaya laa control kenaikan berat ni sehingga bersalin nanti...

Kali ni obviously sangat suka makan buah, stok buah kat rumah mak pulak memang berlambak2, dalam sehari asyik makan berjenis2 buah. Awal2 pregnant hari tu tekak ni teringin nak makan belimbing, buah ni memang mustahil nak dapat kat Jepun(area kami tinggal), habaq laa kat abah mak yang kalau ada belimbing tolong belikan. Niatnya suruh beli sekali tu saja laa, tapi abah mak pi bantai beli setiap minggu, haa hambik hang, jenuh nak telan, mujoq tak cemuih2. Same goes to buat kedondong, hat ni pun tahap sewel jugak, haha...

Kali ni selera makan sangat cenderung kepada western foods, pantang ada peluang mesti nak tala makan benda2 tu. Sangatlah suka makan ayam, kalau dulu2 time pregnant mesti terasa nak makan masakan selera kampung dan ikan2 saja. Lojik laa kot sebab dulu2 kat Jepun banyak makan ayam, jarang2 jumpa ikan so bila pregnant selera tu lari sikit. Kat rumah mak pulak menu utama adalah ikan, ayam2 ni seminggu sekali pun payah, tu yang asyik rasa nak makan ayam pulak. Lagi bagus makan ikan dari ayam kan, so kira balance laa kot...

Sakit2 kehamilan...
Awal2 preggy hari tu selalu sakit kat bahagian pinggang kat area tulang belakang. Tak boleh baring atas carpet/lantai, nanti akan rasa tulang tu macam berselisih bila nak ubah posisi badan. Pernah rasa macam ni masa 1st pregnancy dulu, tapi masa tu kat bahagian pinggul. Before datang sini hari tu sempat laa pi jumpa bidan minta urutkan, alhamdulillah sekali urut dah lega, sekarang dah tak sakit dah...

Hilang sakit pinggang, sakit lain pulak bertandang. Sekarang selalu sakit area bawah perut. Ni I tau pasai apa, budak2 2orang ni laa, dok bergusti dengan mak depa sampai naik senak dibuatnya. Tak larat nak larang dah, kalau main sikit2 no hal laa, tapi kalau dah 2orang belasah mama sorang, tambah pulak hat yang di dalam pun kemain lagi bergerak pusing2, huih tak tahannn, last2 bagi depa "ketam" se-das dua, yang dalam je selamat tak dapat "ketam", hahaha. Sebelum2 ni depa kurang sikit melasak sebab ramai tukang layan berkuntau kat rumah mak, ni dah takdak sapa nak tala, mak depa laa jadi mangsa. Dan biasanya rasa sakit2 ni datang bila dah petang2, mungkin sebab badan dah penat kot...

Oklah, cukup laa takat ni dulu...

6 comments:

Unknown said...

haha, fith, tini dulu pregnant second asyik nak makan pizza & subway je..skali kuar gegurl! kuat makan plak tu..hihihi..

Fith said...

Tini,
uish ye ker?tp fith taktau pun lg ni boy/girl,hehe.tp anak fith yg 2nd tu pun kuat mkn jugak,skrg ni kalah si abg,cuma badan je takmau besar...

Ija Zambry said...

haha nakai nye budak 2 orang tu. take care fith. jgn lasak2 sangat k.

Fith said...

kak ija,
uihhh agak nakal jugak laa,hehe.
thanks kak,u 2 take care

Ina said...

tu dia fith dh start marathon xsempat2 nk baca entry2 fith hihi. tp bagusla dh lama rindu nk baca citer fith.

kali ni akachan pn tau mama dia nk g holland. apa brg nk makan japanese food. harusla nk mkn western hihi.

si raziqh muka dh sebijik muka anak nihonjin. makin bujur muka. tp menten ensem mcm onichan dia jugak. akachan nnt muka mcm mat saleh plak kot hihi :D

Fith said...

ina,
tgh takde benda nak buat,update blog aje laa kejenye,hehe...

haha budget nak jd mat saleh la pulak baby ni yer.high maintenance tul nak mkn western2 aje,haha...

sorg melayu,sorg jepun,sorg mat saleh,uih good combination tu,hahaha