Monday, May 2, 2011

SK-II Best ker?!

EDITED -

Nak bagi reviews berkenaan produk2 SK-II lah pulak. Selalu sangat orang tanya "best ker SK-II? Berkesan? Betul2 boleh jadi cantik ka?". I selalu jawab "semuanya bergantung pada kesesuaian kulit wajah jugak, nak guarantee 100% pasti berkesan tu memang tak boleh laa, sebab ada setengah orang kena pilih produk2 yang mahal untuk maintain kecantikan dan penjagaan wajahnya tapi ada jugak orang yang cuma memerlukan produk2 yang biasa murah2 saja, kulit kita masing2 tak sama. Kalau tanya I, sure I cakap I suka SK-II, sesuai dengan I so that's why I berani jual kan"...

I sebenarnya baru saja berkenal-kenalan dengan SK-II ni, bagi yang dah lama baca blog ni sure tahu kan, tak sampai 6bulan pun lagi. Sebulan sebelum try produk ni, muka ni agak bermasalah dengan banyaknya jerawat, taktau pasai apa, maybe hormon imbalance kot. Sangat merimaskan, merisaukan dan menyampah hokey dengan jerawat2 ni, sebabnya parut tompok2 hitam yang terkesan tu mengambil masa yang agak lama untuk lenyap sepenuhnya...

Lepas try produk2 SK-II, 1st few weeks tu jerawat dah makin berkurang. Walaupun ada jugak jerawat baru yang naik tapi I just ignored ja, benda baru nak cuba memang take time sikit untuk berinteraksi dengan kulit. Tak lama lepas tu kami balik Malaysia, I ada jumpa seorang kenalan yang bekerja di sebuah pusat kecantikan. Sembang2 tentang pakej2 kecantikan yang ada, termasuk rawatan wajah, urutan badan, mandi lulur, sauna dan sebagainya. Teruja nak try sebab dah lama sangat tak buat semua tu, so dia cadangkan I buat rawatan laser pada wajah untuk buang kesan2 parut jerawat yang ada. Honestly I ni agak pesimis sikit bila masuk bab rawatan2 macam ni, takut dan risau pada kesan sampingan. Tapi bila dengar saranan dia tu memang hati ni tertarik jugak, hihi. Cuma bila balik rumah dan fikir2 lagi, ish taknak lah cuba, just nak buat rawatan wajah biasa saja. Berbulan2 punya dok tangguh punya tangguh nak pi buat rawatan, takdak masa punya pasal, beberapa hari lepas jumpa dia semula, and guess what, tiba2 dia kata, "eh tak payah laa buat laser(memang takmau pun, haha), muka dah nampak ok dah, parut dah berkurang, you pakai apa?". Jawapannya "SK-II"...

Padahal sepanjang duk kat Malaysia ni, I taklah begitu konsisten dengan pemakaian SK-II ni, tambah2 pulak dok mabuk kan, memang takdak mood aih nak tempek itu ini kat muka. I cuma guna cleanser sahaja setiap hari, selebihnya time rajin tu pakai laa clear lotion, essence dan pelembap(lift emulsion/sign signature). Dengan hanya menggunakan beberapa produk ni saja, I dah rasa sangat berpuas hati dengan kesannya. Rasanya tak perlu laa nak guna banyak sangat produk yang ditawarkan, cuma perlu pilih produk yang paling basic dan kemudiannya kena laa konsisten menggunakannya yer...

Masalah utama I sejak duk Jepun ialah setiap kali balik Malaysia I akan berhadapan dengan masalah jerawat yang sangat sukar nak dikawal. Rasanya mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, kat Malaysia ni panas sentiasa, kulit mudah berpeluh2 dan berminyak, pemakanan pun yer jugak, so ended up setiap kali balik Malaysia, kulit ni sangatlah rasa tak best. Tapi berbeza dengan balik kali ni, obvious sangat rasa, setakat balik ni dah 3bulan kat sini, takdak lagi jerawat yang muncul. Kulit pun dah tak berminyak, kalau dulu2 kena cuci muka 3kali sehari sekarang ni sekali sehari pun no hal. Jadi betullah, SK-II membantu kulit wajah mengekalkan kelembapan dan pH-nya untuk berada pada tahap paling optimum...

Ada jugak customers yang tanya, kenapa bila dia try SK-II, akan ada jerawat2 kecil yang tumbuh? Ok girls, all I can say, MAYBE sebab kita selalu push kulit kita untuk terima produk baru ni. Ya laa kan, dah beli mahai2 mesti tak sabaq2 nak tempek serba-serbi produk tu, kalau beli 9barang, habis 9 tu semua nak buh sekali hadap, dan awal2 tu mesti ikut sebijik2 kaedah pemakaian seperti yang disarankan kan, nak cepat tengok hasil punya pasai, hihi, akibatnya ada sesetengah orang kulitnya akan bertindak-balas ke arah yang kurang menyenangkan. So my advice, janganlah gopoh ye kawan2 dalam mencuba produk2 baru ni, jangan bagi tekanan pada kulit kita untuk mula membina keserasian, slowly insyaAllah hasilnya akan dapat kita lihat nanti...

Nak iklan pulak, bagi sesiapa yang berminat nak beli single bottle medium size SK-II ni, boleh contact me via sms ke 011-19095475 atau email arukassfan@yahoo.com atau facebook. Very limited stock...

6 comments:

Anonymous said...

jual sk-II ke?

wawa pucca said...

akak
sy nak let go sk2 sy dgn harga sgt murah
sbb tak sesuai bila pakai.
naik jerawat terok


email me
azwawahab86@gmail.com

Unknown said...

kak..saya pakai set skII seminggu je..pastu naik jerawat batu kat dahi..tension betul coz sebelum pakai muka saya licin n takde satu jerawat pun..macam mana ni..nak teruskan atau stop SKII?

Anonymous said...

Saya baru je pkai skii dlm 5 buln.mslh sy kuli brjeragt slps bsalin.msa bru pkai mmg jrawt naik kt muka sdgkan muka sy x pnah ada jrwt.tp bila teruskan jg pkai muka dh jd licin.jragat pn dh pudar.

Unknown said...

Sis pkai sk ii yg mne ... basic pnye ke ...

Unknown said...

Sy pon dh gune sk2 hmpir 2thun.. awal2 dulu memng jd naik jerawat skit muke.. rupenya sbb FTE tu nk balancekn balik hormon.. nsb baik ms tu terus jugk pkai.. skrg kulit sy suami dh pujii.. hihi xrugi cube.. sy ada try bli dr ig jugk skrg ni.. xsgka dia jual product ori murah.. sy dh tnyer d counter.. ori ig @sk2_atiey_hah jual.. lbh jimat dh sy skrg.. hihi