Wednesday, February 9, 2011
Sayounara!
Rasanya kali ni paling lama tinggalkan Nihong, all this while paling lama pun balik adalah setiap kali balik bersalin iaitu sekitar 3bulan. Bye2 nihong, mata ne!(=jumpa lagi!)
Semoga Allah permudahkan urusan perjalanan kami ini, moga anak2 behave sepanjang perjalanan, moga selamat sampai Malaysia. Doakan untuk kami jugak ye. Oh btw, mungkin blog ni tak ber-update untuk beberapa minggu. Selepas myLove takdak baru ada kelapangan barangkali. Sehingga bertemu lagi...
Weekends, isnin dan selasa yang meletihkan...
Ahad pagi settle-kan packing barang, timbang2 lagi dan tunggu pakcik takkyubin mai ambil. Selesai lunch dan barang dipos, rehat2 golek2 saja laa, dah tak ada sangat nak dibuat. Badan ni tak berapa nak sehat, nak buat kerja pun malas. Malamnya pukul 7.30 ada janji dengan kawan2 sepejabat myLove, depa nak buat soubetsukai(=majlis perpisahan) untuk myLove so depa ajak kami sekeluarga keluar dinner. Lepas dinner as usual budaya orang Jepun ni depa nak makan snack sambil berhuha-huha, punya dok menyembang sampai pukul 12 baru balik, perghhh penat! Balik tu semua tumbang, esoknya dah la nak kena bangun awal, adehhhh tsk tsk...
Isnin pukul 6 dah bangun bersiap2, nak hantar 2R pi hoikuen(=nursery) sebab kami nak pi ambil visa. Pukul 8 lebih kami dah tercegat kat hoikuen tapi sensei pulak datang lambat. Selalunya sensei dah ada kat kelas menunggu tapi pukul 8.20 baru nampak sensei, hadoiii, time nak cepat ni laa macam2 hal. Tinggalkan 2R dalam keadaan yang sangat kelam-kabut, kalut nak ligan densya(=train) pukul 8.36, memang rushing habis la. Pukul 8.25 baru keluar dari hoikuen tu, kesian Raziqh kena tinggal macam tu so dia nangis laa. Mungkin jugak sebab ayahnya ada, tu yang dia teriak tu bila tengok ayah mama blah balik. Knowing my baby, sat ja dia nangis pun, lepas tu sibuk main laa...
Mujur sempat naik densya pukul 8.36pagi tu so kami sampai Shimonoseki pukul 9.42, terus ke pejabat imigresen, pukul 11 baru settle semua urusan. Nak ke bank pulak, myLove kena buka akaun baru untuk kerja baru ni, kat situ ja ada branch so nak taknak kena buat terus. Orang bank tu kata 10minit ja boleh siap tapi hampehhhh. Kami ni dah laa plan nak kena balik dengan densya pukul 11.50, terlewat 2minit terlepaslah densya. Adehhhh, hati ni dah resah dah sebab janji nak ambil Raziqh pukul 1, risau dia tak boleh tidur without breastfeeding, all this while selain dalam kereta dia memang kena bf baru tidur. Dalam hati tak henti2 berdoa moga2 Raziqh ok. Kami naik densya pukul 12.30 yang dijadualkan sampai Ube pukul 2, pukul 1 lebih baru call sensei tanya keadaan Raziqh, sensei kata dia dah tidur dah, phewwww lega! Sebab dia tidur kami tak pi ambil 2R tapi terus ke shiyakushou(=pejabat daerah) settle-kan kerja dulu, balik rumah solat dan keluar balik untuk lunch, lapaq wooo pukul 3.30 baru lunch. Habis lunch pukul 4 baru pi ambil 2R. Raziqh bila nampak mama terus terkam, haha selalu dia bolayan je sama mama, tau pun rindu. Balik rumah dok melekat je laa, alalala kesiannn...
Semalam tengahari hantar Rafiqh ke rumah mak angkatnya Cik Nas sebab mama nak bawa Raziqh pi check up budak 1tahun 6bulan yang ramai2 tu. Pukul 1 sampai kat medical insurance centre, daftar dapat no 23, pungpang2 settle semuanya pukul 2lebih. Singgah kedi buku kejap beli buku2 2R, lepas tu baru pi ambil Rafiqh...
Hari ni tak ke mana2 dah, nak rehat2 kat rumah saja. Pagi tadi dah settle buang sampah. Sat lagi nak vacuum rumah dan kemas rumah. Malam ni dah nak berangkat dah...
Sunday, February 6, 2011
Settle dah packing!
Alhamdulillah dah siap pos dah barang2 ni ke kuukou(=airport), before naik flight nanti just pi ambil barang dan check in saja. Phewww lapang otak bila dah siap pos barang2 ni, selagi tak pos, selagi tu dok rasa macam tak selesai lagi mengemas, serabut! Tengahari tadi orang takyuubin(=poslaju) mai ambil barang...
Friday, February 4, 2011
Alhamdulillah part 2 - Jom2 balik Malaysia!
Finally visa yang ditunggu2 dah pun siap, ambil masa 2minggu lebih jugaklah, sedikit lewat due to ada dokumen yang tang part nama tu tak lengkap, so depa takmau proses, minta dihantar balik pulak, aiseh banyak songeh betul laa imigresen ni, cincai2 tak boleh ka?! Apapun, alhamdulillah semuanya dah settle, dapat panjangkan tempoh untuk 3tahun lagi kot(tak pi ambil pun lagi, isnin ni baru nak pi), lega aih...
Bila visa dah siap, boleh laa beli tiket balik Malaysia. MyLove dah survey sejak seminggu dua yang lalu. InsyaAllah kami akan balik pada khamis 10hb ni, flight dari Kansai Airport naik MAS. Penat dan tensyen sungguh semalam mencari tiket. Nasib baik jugaklah hantar 2R pi hoikuen(=nursery) semalam, bolehlah mama tumpu kepada pencarian tiket, kalau depa ada, memang double triple laa stress mama, nak cakap phone pun tak senang...
Mula2 kami plan kali ni nak balik dari Fukuoka Airport, nak naik Singapore Airlines, takdak dah flight MAS dari Fukuoka. Tak kesah pun kena transit sat, sebab nak elak long journey nak ke Kansai nun, amat2 penat nak travel dari Ube ke Osaka. Tapi melilau cari tiket tak jumpa2. Full book dah semua flight yang berkaitan dengan negara2 orang mata sepet ni, Korea ka China ka Vietnam ka semua2 habis! Taktau la pulak seluruh dunia menyambut chinese new year, hahaha bengong sungguh, ingatkan cina Malaysia ja celebrate minggu ni, haa tuh dia, sampai tara tu punya taktau, patut laa semua tiket not available. Dah penat call sana call sini, last2 decided untuk tengok flight MAS kat Kansai sajalah. Yang tiket murah2 semua dah habis, yang mahal je ada. MyLove dah nak balik sangat2 dah, so beli je laa mana yang ada. Alhamdulillah urusan tiket pun dah settle, esok lusa sampai la kot tiketnya, yeay!
Kami akan ke Osaka rabu malam dengan shinkansen, bermalam di hotel. Esok paginya baru ke airport. Cara ni taklah penat sangat. Bila dah ada anak2 ni, memang kena consider depa je laa. Teringin jugak nak naik feri dari sini terus ke Osaka tapi feri jalan pukul 5.30petang, myLove pulak sampai rabu tu dok kerja lagi, memang tak sempat laa nak ligan feri tu. Takpa, maybe next time boleh try naik feri pulak...
Seronoknya nak balik Malaysia, dah setahun lebih tak balik, rindu kat abah mak abanglong&family dan adik2, rindu nak jumpa saudara-mara dan kawan2 jugak. So far takdak specific plan lagi nak pi mana nanti, ikut je laa myLove punya planning, dia yang nak bercuti kan, cuma ada beberapa tempat nak ajak dia bawa the kids pergi, just for fun. Moga2 cuti kali ni ayah 2R boleh spend banyak quality time with the kids, as he'll be far away from us in a month insyaAllah, the kids surely will be missing him so much. Kalau kat nihong ni asyik kerja3, balik rumah dok hadap laptop tak habis2, so balik Malaysia ni nanti guna laa peluang yang ada untuk family pulak kan, hehe...
Wednesday, February 2, 2011
I think I need rest!
Minggu ni masih lagi dalam fasa mengemas rumah, packing barang dan settle-kan beberapa urusan. Bab mengemas dah ok rasanya, tinggal sikit2 lagi nak final touch. Barang pun dah almost 80% siap packing, wahhh awal giler kan?! Ok, that's me! I hate last minute punya kerja, nanti itu tinggal, ini tinggal, haru! Kalau balik sat takat 2minggu no hal, tapi kalau balik lama, takkan segala benda nak hangkut beli kan, hehe. Sejak dah tau nak balik Malaysia, I dah mula buat list dah, apa nak beli, apa nak bawa balik, serba-serbi masuk list. And lastweek dah keluarkan beg2, cari kotak dan campak2 apa yang nak bawa balik dalam tu, dekat2 nak pos ke airport nanti baru susun betul2. Kalau susun sekarang pun, esok lusa I punggah susun balik, haha gila sungguh, suka sangat susun barang ni pun susah jugak kan?!
Oleh kerana merasakan yang badan ni perlukan sedikit rehat, I pun dah stop untuk menjual, minggu ni takdak jualan foods lagilah jawabnya, huhu. InsyaAllah nanti balik sini boleh on semula. Weekends ni nak tumpu pada preparation nak balik...
Bila rasa badan dah lenguh2, mula la dok terbayang2 sedapnya laahai kalau balik mengurut nanti, hihi. Ni acara wajib ni, nak kena pi saloon, nak pi body and face treatment, pi mengurut, uishhh syiok!
1year 6months check up
Malangnya kami mungkin tak boleh join check up 'jemaah' tu, tak sempat rasanya, mungkin masa tu dah ada kat Malaysia. So I called pihak houken senta untuk tanya, depa kata takpa tapi depa minta buat check up tu once dah balik sini semula nanti, before Raziqh turns 2years old. But still untuk check up dengan paed kena pi buat. Makanya semalam I bawa Raziqh untuk 18months check up with paed. Sekaligus ambil injection mana2 yang masih tak cukup lagi tu, Rafiqh kena cucuk JE while Raziqh kena DPT final jab. Cucuk siap2 sebab dah nak keluar dari nihong, so senang...
Petang pukul 2.30 sampai kat klinik, memang sengaja pilih buat appoinment petang2 dengan harapan klinik lengang tapi seperti biasa setiap isnin mesti ramai orang. Kami tunggu hampir setengah jam jugaklah. Sampai2 tu bagi kad klinik, kad insuran, kad rawatan, buku laporan kesihatan dan buku check up, kemudiannya isi beberapa borang dan ambil suhu badan both 2R. Sementara tunggu giliran dipanggil, nurse datang check Raziqh, beratnya cuma 8.8kg sahaja, haha ringan sungguh! Tinggi tak ingat la pulak, malas nak refer buku aih. Untuk ujian IQ, dalam satu kertas ada dilukis 6benda(train, shoes, dog, juice, car, 1 lagi apa entah, tak ingat) ditunjukkan pada kanak2 tu, nurse akan sebut benda tu dan minta budak untuk tunjuk, luckily Raziqh boleh tunjuk 3benda yang diarahkan, good boy!
Kemudiannya masuk jumpa paed, lepas check sana sini, test mata dan telinga, paed tanya beberapa soalan, bila masuk bab breastfeeding, doc tanya "Takeshi-kun dah tak minum breastmilk kan?", bila I jawab "no, he's still on breastfeeding", doc terkejut, haha, kat sini biasanya budak2 hanya menyusu hingga 1 year old. But since doc tak komen apa2 so anggap ja la dia tak bantah, hihi. All in all, semuanya alhamdulillah normal, tumbesaran yang baik dan memberangsangkan. Moga membesar dengan sihat dan sejahtera ya duhai anak...
Masa untuk injection pulak, as usual Raziqh memang maintain saja, sejak baby sampai sekarang tak pernah pun nangis setiap kali kena cucuk, tak sakit kot ek, hehe. Bila tiba time Rafiqh, mama sedikit berdebar2, sebab dah laaaamaaaa dia tak kena cucuk, setahun lebih dah kot. Kali ni sebab mama dukung si Raziqh so dia naik duduk sendiri atas kerusi depan doc, sambil2 sembang dengan doc and nurses, doc check dia, bila tiba giliran nak dicucuk, doc minta tangan kiri dan dia hulur sambil mata dok tengok kat jarum. Nasib baik dia tak menggelupur atau tolak tangan doc, selesai ja kena cucuk baru dia cakap "itai, itai, itai(=sakit)", hahaha kesian. Selesai semuanya kami pi beli barang dulu sebelum balik. Sampai ja kat rumah dua2 pengsan tidur, penat sangat kot, takpun 'mabuk' sebab kena cucuk, hihi...
Tuesday, February 1, 2011
Nak order SK-II ?!
Kalau tak pun, kena tunggu lagi another few months baru I akan kembali beroperasi semula. Kalau ikut perancangan, we'll be away from Japan in about 4months. Awal jun baru balik sini semula insyaAllah. In the meantime, I terpaksa tutup dulu my online shop buat sementara, huhu(sedih!). Hari tu ada jugak terfikir nak bagi bisnes ni orang lain uruskan, kesian kat customers yang nak membeli dan kesian kat ejen2 kena hold bisnes, but then bila fikir2 balik, personally I rasa bisnes ni ada good future, kalau betul2 serius buat, boleh dapat pulangan yang hebat. Atas sebab tu I batalkan hasrat nak pass this business to others, balik nanti sambunglah balik, cause most probably by that time I dah 'hilang' banyak parttime job dah. Bolehlah concentrate dengan bisnes ni nanti insyaAllah. Untuk ejen2 dan bakal ejen, soo sorry for this inconvenience, insyaAllah ada rezeki kita berurusan lagi...
Buat sesiapa yang berminat nak beli dan nak cut cost around RM20 for each set, boleh order dan buat payment dulu, nanti I dah sampai Malaysia baru I pos, so boleh jimat duit postage kan. Tapi kena tunggu 2minggu gitu laa yer...
Untuk sebarang pertanyaan, sila email -> arukassfan@yahoo.com
Alhamdulillah part 1 - Berhenti kerja & kerja baru !
MyLove semalam dah officially berhenti dari company tempat dia bekerja selama ni, dah hantar dah surat perletakan jawatan. Walaupun aksi 'tarik-tali' pujuk-memujuk masih ada tapi dia dah bulat hati nak berhenti. Setelah hampir 6tahun berkhidmat kat situ, at last mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas mendapat tawaran yang insyaAllah lebih baik untuk masa depan family kami...
Selepas ni, bermula 1/3 nanti insyaAllah myLove akan masuk company baru. Kali ni betul2 berubah angin, cari pengalaman baru dengan bekerja bukan lagi dengan nihongjin(=orang jepun), tetapi dengan mat saleh lah pulak. Of course cara bekerja, sistem dll semuanya akan berbeza dengan apa yang dilalui sebelum ni. Company ni berpusat di Holland, tapi idak ler kami pindah pi sana, kami still duk Jepun lagi sebab myLove akan bekerja menjaga branch kat sini iaitu di Shimonoseki...
Bertitik-tolak dari pertukaran kerja inilah kami nak balik Malaysia untuk bercuti. InsyaAllah kali ni nak balik lama, I dan anak2 laa yang bercuti lama, myLove tak kot, sebab awal bulan 3 dah mula masuk company baru, kena pi kenshuu(=training) pulak. Tarikh bila nak balik tu belum tau lagi, sekitar minggu depan mungkin, hopefully visa siap by this week. Ok, cerita nak balik Malaysia ni sambung entry lain lah yer...
Moga2 kerjaya myLove makin bertambah maju dan menyerlah dalam company baru ni nanti. Semoga bertambah2 rahmat dan keberkahan untuk keluarga kami. Awal 2011 telah membuka lembaran yang baik, alhamdulillah...