Tuesday, November 30, 2010

Masakan merapu...

Masakan merapu yang pertama ialah cucur satsumaimo(=ubi keledek). Sekarang memang tengah musim keledek makanya banyaklah stok kat rumah ni hasil pemberian orang. Orang jepun ni style makan keledek depa bakar dalam rimbunan kayu dan daun kering, baunya semerbak wangi, dan rasanya sedap woo! Obachan(=nenek) jiran sini suka bagi keledek panas2 yang baru siap dibakar, huisshhh oishiii!!!

Hari tu beberapa hari berturut2 dok dapat keledek, mula2 dapat keledek mentah, buat inti karipap beberapa kali tapi tak habis2 lagi, ni pun dok ada lagi taktau nak masak apa dah. Kemudiannya dapat keledek siap dibakar, sebab dapat 2biji saja makanya sekali 2R hadap dah habis. Tak lama lepas tu dapat sayur2 dan keledek yang dah siap dibakar lagi, kali ni dapat banyak sangat, sampai 7ketul, masa tu pulak 2R tak sihat seketul ja depa makan, hat lain2 tu mama simpan dalam fridge berhari2. Beberapa ketul tu mama preheat dengan microwave dan bagi 2R makan sebagai oyatsu(=snack) petang, selebihnya buat cucur. Nak buat cekmek molek atau keria sebenarnya tapi sebab tak rebus atau sebab tak lenyek halus betul doh kuih berketul2 tak boleh nak bentuk, jadinya kepal2 macam buat bergedel dan goreng, makan cicah dengan sos thai, sedap jugak...

Cucur ubi keledek yang rangup di luar gebu di dalam, ewah!

Masakan merapu kedua ni taktau nak buh nama apa, nak kata bergedel pun tak, nugget pun tak, bebola daging pun tak, hambaga(=hamburger) pun tak, hehe. Gara2 Rafiqh yang rajin sangat dok sebut hambaga sampai mama rasa kesiannya anak haku, dia teringin kot ek. Hambaga ni adalah sejenis masakan jepun yang pakai daging, breadcrumbs, onion bla3, satukan semua bahan2, bulatkan dan leperkan, goreng dengan minyak yang sikit, letak sos dan makan dengan nasi, masakan ni adalah kegemaran rata2 budak2 jepun, mungkin dia tau tentang foods ni dari hoikuen(=nursery) agaknya, so he keeps saying hambaga2 everytime he saw iklan foods kat tv, mostly betul pulak tu, macam kenal je. So mama pun nak buatlah konon, lagipun baru dapat ubi kentang berpuluh2 biji, tu yang meghaban hentam saja buh bahan. At last, jadi entah hapa2, the taste was okey, sedap laa jugak tapi pelik sikit sebab lembik. Maybe sebab kentang kot, kalau buat kecik2 bebola daging tu tak terasa lembik sangat isi dalam tu tapi yang I buat besar2 for me and myLove tu memang lembik sikit. Lembik2 pun licin jugaklah, hihi. Goreng saja semuanya, cuma seketul je dibuat hambaga tapi Rafiqh tak makan pun, huh!


Ok, cukuplah tu entry pasal masakan merapu...
Jumaat lepas rumah kami didatangi tamu, oh I suka sangat kalau ada orang datang bertandang. Dah agak lama jugaklah takdak orang mai so bila Fizah cakap nak datang, happy sangat! Tengahari jumaat tu pi buat parttime, on the way balik tu singgah supermarket beli bahan2 nak buat orange mousse dan mee goreng. Sampai ja kat rumah terus bersilat siapkan hidangan, elok lepas asar Fizah dan Dena sampai. Depa mai sebab nak ziarah kami yang baru sembuh dari sakit2 tempoh hari, arigatou ne! Masak pun dah lewat so mousse tak sempat beku betul2 lagi, mee pulak simple saja. Apapun seronok dapat sembang2 dan bersua muka. Haaa lepas ni sapa pulak nak mai?! hihi...

Monday, November 29, 2010

Jalan2 shopping complex...

Spent last weekends just like usual, so nothing much to story about. Sometimes honestly I do feel boring with my life, weekdays with so normal activities -> never-ending-house chores, business, parttime job, kids, out for groceries shopping and etc. When it comes to weekends, I always hope for something different, such as going out to somewhere far away, jalan2 at any new places or at least makan kat luar, tak kesahlah apapun, asalkan benda tu lain dari benda yang dok hadap hari2, bertukar angin orang kata. Kalau duk kat Malaysia, once a month boleh laa jugak nak balik kampung kan, dah duk sini memang takdak laa semua tu. Pasrah seadanya...

Pun begitu, even though weekends adalah seperti hari2 yang biasa, tetap jugak ditunggu2. Salah satu sebabnya ialah on weekends boleh jumpa Malaysian lainnya, especially the girls. Boleh sembang2 updating news bergelak ketawa bagai, memang syok! Makanya last saturday, paginya memasak untuk jualan, so petang lepas asar I minta izin myLove untuk keluar awal sikit sebab nak pi survey barang kat shopping complex jauh sikit dari rumah. Pukul 3.15 dah keluar rumah while myLove selalunya pukul 4 lebih baru keluar pi main bola kat padang kampus belakang rumah kami ni. Kali ni kami keluar dengan Ain dan Yatt, ke YouMe Town Onoda. Lama dah tak ke sana, rasanya Raziqh tak pernah jejak kaki kat situ lagi. Merayau2 makan2 sembang2 shopping2, sempat tapau mister doughnuts dan beli macam2 jenis coklat, biskut dan toys untuk 2R. Pukul 5lebih baru kami bertolak balik, dah gelap dah masa tu, hantar Yatt dan Ain balik dulu baru kami balik, dekat2 pukul 6 baru sampai rumah. Solat apa semua, then makan donat, Rafiqh suka betul mister doughnuts, selalunya tunggu time sale baru mamanya beli, hihi. Tak puas makan agaknya so dia dok asyik sebut2 nak donat, tu yang hari ni buat donat lagi, suka betul donat budak berdua ni...

Si Raziqh ni kalau letak dalam trolley ber-stereng ni je dia mau duk diam lama2, kalau tak, jangan harap ler...

Ahad kami tak ke mana pun, petangnya keluar beli barang dapur saja. Sejak semalam rasa sejuk sungguh, hari ni pun sejuk jugak, sampai menggigil dah mama. Dah sejuk2 ni mula laa malas nak buat kerja, asyik nak berlingkar dalam selimut macam ular sawa, hahaha. Anak2 pulak tak reti nak letih, tak reti tidur siang dah, perghhh mencabar betul. Mama kalau dah duk dalam selimut tu selalu rasa mengantuk nak terlelap, tapi risau pulak nak biar depa main berdua, banyak sangat projek depa ni. Projek2 tu pulak semua hat tak boleh pakai, banyak yang tak diluluskan tapi dok pulun buat jugak, haihhh memang hangpa saja nak up volume mama kan...

Donat dah kembali kembong, yeay!

Hari tu jenuh pening dok pikiaq awat laa donat/pau/roti/apam dan segala mak-neka masakan yang pakai yis tu takmau jadi elok, kempis2 takmau naik. Hati ni dok rasa2 semua tu angkara yis, sebab yis tu dah lama. Tu laa, tamak sangat, sekali beli terus hangkut yang pek besaq 500gm tu, haa memang lambat laa nak habis even rumah ni setiap minggu masak benda pakai yis. Nasib baik jugak yis lama tu tinggal sikit saja lagi, tak laa ralat sangat pun nak buang...

Baru2 ni pi beli yis lagi, kali ni pun beli pek besaq jugak, tak serik2 tu, hihi, bukan apa, lebih berbaloi beli yang besaq terus, murah, harap2 kali ni sempat laa perabih kat kuih, jangan laa perabih kat tong sampah lagi, huhu. Takpa2, nanti boleh offer kat mana2 kohai(=junior) kot2 ada yang nak...

Makanya pagi ni test laa buat donat pakai yis baru ni, walla menjadi pun donat ku, yatta ne! Memang dah agak dah, ni bukan sebab cuaca/musim yang sejuk ni kuih2 tu takmau naik, sebabnya I ni kalau time musim2 sejuk I memang akan buat roti atau donat awal pagi, tunggu petang2 baru goreng. Sesejuk tara mana pun memang doh tu akan naik jugak nanti, kalau takmau naik jugak2 contohnya macam kalau tengah snowing tu haa baru penaik doh pakai oven suhu 40darjah celcius tu. Dah sah laa yis lama tu dah mati, takmau aktif dah, tu pasal laa kuih-muih ku huduh2 semuanya. Lepas ni nak try buat roti puri(lagi), selagi tak berjaya jadi cun selagi tu takkan stop buat, hohoho. Puas hati tengok donat2 ni naik kembong elok walaupun baru 2jam siap terap, tu yang tak sabaq terus goreng lepas lunch tadi, takut pulak kalau biaq lama2 nanti meletop pulak donat2 ni, hahaha boleh ka macam tu?! Haa ni baru syiok nak kembali me-roti...


Donat2 yang baru saja siap digoreng, sedia untuk di-frozen...

Sunday, November 28, 2010

Adik,kemas!

Rafiqh sekarang dah boleh berlagak jadi taiko besaq dalam rumah, ewwahhh era kegemilangan membuli adik sudah bermula, dah pandai dah suruh adik buat itu ini untuk dia, dan adik pun elok ja pasrah menurut kata, alah tu pun sebab adik tak faham apa2 lagi kan, tunggu sikit hari lagi, jangan harap ler!

Antaranya, la ni aktiviti mengemas omocha(=toys) adalah tugasan si Raziqh, Rafiqh bertanggungjawab sebagai pemantau saja. Most of the times kalau suruh dia mengemas memang dia willingly kemas semua toys yang dia punggah dan akan dibantu oleh Raziqh, tapi lately ada masanya dia refuse untuk kemas, I know why, sebab bukan dia yang sepahkan tapi Raziqh yang kecah2kan mainan tu, mungkin dia pun 'penat' asyik dia je yang kena menyimpan, so bila suruh kemas sekarang dah pandai nak mengelak, dia akan jawab "ni adik yang buat", haaa tuh dia! Tak kata kat dia laa kan, mama pun geram jugak kat adik tu sebab selalu elok lepas onichan kemas adiknya sengaja punggai balik, huihhh mama pun tensyen tengok, ni kan pulak dia yang penat tonggeng2, mesti takmau simpan dah...

Bila kena mood takmau tolong kemas apa yang adik sepahkan tu, kalau suruh jugak dia simpan nanti dia akan panggil adik, "adik, katazukete, zenbu katazukete ne!(=adik, kemas, kemas semua ye!)". Dan lumrah la kan, apalah yang boleh diharapkan dengan budak 1tahun 3bulan ni, kalau suruh kemas, dia kemas apa yang dia nampak sekitar dia saja laa, makanya Rafiqh akan pegang raga atau plastik atau apa2 bekas sambil tunjuk kat adik kutip sini sana situ sampai licin cuci calat, part ni paling comel, suka sangat tengok aksi depa, sorang tukang tunjuk sorang tukang kutip! Nanti dah siap, onichan pun puji2 adik, sebijik macam apa orang duk kata kat dia, adik pun sengih2 macam laa faham, eh memang dia faham laa kot kan...

Thursday, November 25, 2010

Raya haji kami...

Raya kali ni pun ala kadar saja, mulanya myLove kata dia tak cuti tapi tiba2 hari selasa tu dah balik rumah baru bagitau esoknya dia sengaja ambil cuti pulak, nak buat surprise pun agak2 laa kan, memang tak masak apa2 special pun untuk hari raya tu, sapa suruh habaq last minute kan(alasan, padahal yang sebenaqnya pemalaih! hehe). Malam raya tu kami dinner nasi ayam saja, haa malam tu laa Raziqh mula muntah2 non-stop, ingatkan dia salah makan ka tak sedap badan ka, walaupun agak pelik laa jugak sebab badan tak panas pun tapi muntah2...

Pagi raya tu dia muntah sekali lepas minum freshmilk sebelum kami pi solat sunat raya. Dah berbelah-bagi dah nak pi ka tak, takut dia muntah kat dewan pulak tapi gamble ja laa pi, sebab semua dah ready. Tak ramai pun jemaah yang hadir, students ramai yang ada kelas kot, tapi alhamdulillah meriah laa jugak. Lepas solat sunat tu ada makan2 sikit, kami bawa kek oren, biskut raya dan popia goreng. Rafiqh masih batuk2 dan selsema, Raziqh pulak kurang sihat makanya dua2 tak melasak sangat, duk diam ja, mujur Raziqh tak muntah walaupun dia pulun makan bihun, pizza dan kek, phewww lega! Pukul 10 lebih kami bersurai, balik rumah layan movie dan drama melayu, hihi...

My heroes...

Tengahari tu kami lunch simple je, takdak mood nak masak juadah raya memandangkan Raziqh kurang sihat. Lepas lunch, masak nasi empit dan cucuk2 ayam untuk buat sate, petang lepas asar baru bakar sate. Bakar dalam rumah atas dapur gas tu saja, senang! Kuah sate pakai yang segera, hari tu mak kirim berlambak2. Kuah sate segera ni ada banyak jenis rupanya, sejak dulu dok makan jenama JM(Jamilah Mansor Enterprise) memang sedap laa, Ipoh mali maa, tapi baru2 ni test yang lain sebab orang bagi, jenama adabi ka hapa entah, tak berapa sedap. Kalau ada yang segera ni senang, takat nak makan sikit2 untuk sate atau cicah cucur tu boleh bancuh saja, kot kalau nak makan dengan nasi empit haa berbaloi laa nak masak pun kan...


Habis laa cerita sehari raya kami...
Khamis tu myLove dah kerja semula tapi jumaat dia cuti balik sebab tak sihat...

Hari sabtu malam ada majlis makan2 sempena raya, buat style pot luck gabung sekali dengan Indonesian, meriah! Penuh meja dengan hidangan masakan pelbagai juadah. Kami bawa nasi empit, kuah kacang ayam dan biskut2 raya, tu saja yang sempat dibuat. Kalau ikut plan nak buat mousse dan puding jugak tapi tak berdaya dah nak berdiri lama2 untuk masak, bawa ja laa apa yang ada. Gambar tak sempat nak ambil sebab dok kalut dengan Raziqh yang takmau duk sangat, sejak tak sihat tu dia dah tak berapa mau dengan orang lain, melekat dengan mamanya saja. Sebab masing2 pun tak berapa sihat, keadaan tempat jamuan pun sesak, 2R nampak kurang selesa walaupun semangat nak main tu ada so pukul 9lebih kami dah minta diri nak balik. Balik rumah layan movie lagi kemudiannya semua tidur. Sambutan2 raya yang simple tapi tetap seronok...

Wednesday, November 24, 2010

Cerita2...

Pagi tadi dah bawa 2R ke klinik, masa sampai kat klinik sekitar pukul 10.30pagi tu tak ramai lagi pesakit tapi tak lama lepas tu punyalah ramai orang, berduyun2 pakat mai(tipu la sangat, haha), tapi hadoiii laa sesak klinik dibuatnya. I memang akan rasa rimas bila biarkan 2R terdedah dalam persekitaran orang sakit, lagipun depa dah nak sembuh dah kan, satgi tak pasai2 bawa balik penyakit lain pulak, haishhh...

Bila masuk jumpa doktor I pun explain laa apa yang patut, pungpang2 kelentong lebih-kurang, hihi, yang sebenarnya sebelum jumpa doktor lagi pun I dah tau serba sikit tentang apa yang sedang kami lalui ni sebab myLove dah google pasal penyakit ni since khamis lepas. Kira2nya dah tau dah laa apa doktor tu nak cakap, kalau tak pi pun takpa tapi sebab tertanya2 awat laa depa 2beradik ni tak sembuh betul2 lagi, tu yang pi jugak tu. Kami sebenarnya terkena sejenis virus(tak ingat namanya), it's absolutely normal to get such viruses dalam cuaca dan iklim sekarang ni. Apatah lagi kalau anak2 dihantar ke hoikuen(=nursery) atau youchien(=kindergarden), lagi mudah nak kena. Tapi depa ni bukan dapat dari situ pun, taktau mai mana entah virus ni. Takpa laa sekali-sekala Allah nak bagi sakit, hidup ni kalau tak sakit tak thrill laa kan, sakit acah2 ja, kena bersyukur jugak tu...

MyLove, me and Rafiqh kena muntah2, Rafiqh dan maknya laa paling teruk. Raziqh awalnya muntah dan kemudiannya cirit pulak. Sebab tak demam, sehari dua lepas kena virus tu badan dah mula pulih sendiri cuma rasa lemah2 badan sikit. Budak 2orang ni ja yang tak betul2 sembuh lagi, walaupun dah aktif dan dah mau makan sikit2 tapi tetap muntah dan diarrhea lagi, lepas doktor check 2R tadi, doktor kata keadaan perut depa masih belum stabil, so kena elakkan foods yang berminyak dan makanan tenusu. Memang depa pun dah kurang selera makan, nak makan japanese foods macam onigiri dan udon saja(perghhh berlagak), freshmilk pun dah lama tak minum, dok bagi minum milo semata. Doktor pun bagi laa ubat, insyaAllah sehari dua lagi elok la tu kot...

Ok, cukup2 laa cerita pasal sakit. Kita cerita pasal benda lain pulak. Minggu lepas dan minggu ni ada banyak good news among my friends...

My bestfriend Ida dah pun selamat bergelar isteri, cantik sungguh berseri2 menjadi raja sehari, tahniah buat Ida dan pasangannya Totoq, semoga Allah merahmati perkahwinan kalian! Moga mahligai cinta yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Naz pulak dah selamat melahirkan her 1st son, dah jadi mak orang dah pun makcik ni, macammana laa gamaknya gaya dia pegang baby ek, haha, teringin nak tengok, apapun tahniah buat Naz dan Bashir! Semoga baby bakal menjadi mujahid islam yang terbilang...

Seorang lagi teman blogger, Aisha pun dah selamat melahirkan puteri keduanya. Mesti comel macam kakak Aina ye, semoga baby Aida menjadi puteri yang solehah...

Tumpang merasa gembira melihat kawan2 menikmati kebahagiaan hidup...

Biskut raya haji...

Entry yang dah basi, tapi nak publish jugak sebab nak letak resepi2 baru untuk rujukan masa akan datang. Start buat biskut untuk raya haji ni sejak hari jumaat, 4hari sebelum raya. Macam biasa mula dengan choc chips cookies dulu, biskut wajib buat setiap kali raya. Buat 1 adunan saja, so dapat laa 2balang kecik ni. Resepi biskut ni dah ada kat list ye...



Kemudiannya hari ahad buat biskut oat, ni 1st time cuba buat sebab stok quaker oat tengah banyak sekarang ni. Resepi ambil dari myResepi, terima kasih buat tuan empunya resepi rrozie17. Plan asal nak salut atau lorekkan biskut ni dengan chocolate tapi atas sebab2 kesihatan dan kekangan masa, tak terbuat pun, makanya biskut ni togel je laa. Tapi takpa, rasanya sedap, lemak2 manis, sangat gebu!


Bahan2:
200 gm oat - kisar halus
100 gm gula halus (I pakai 80gm saja)
200 gm tepung gandum
200 gm minyak sapi - dicairkan (I letak 160ml minyak sarada)
secubit garam

kuning telur - untuk hiasan
kepingan oat - untuk hiasan

Cara2:
- gaulkan semua bahan kering
- masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul hingga boleh membentuk doh
- canaikan dan terap, sapukan kuning telur dan tabur kepingan oat
- bakar pada suhu 180darjah selama 20-25minit(I bakar 10minit saja)


Hari isnin buat samperit, pakai resepi biasa dok guna. Selasa pulak buat biskut kacang/mazola, pun guna resepi lama jugak. Ok cukuplah tu, 4jenis saja yang sempat digodek untuk raya kali ni. Ikutkan hati ni lepas raya tu nak la buat sejenis dua lagi, bolehlah bawa banyak sikit untuk majlis jamuan raya tapi dah sebab tak sihat, cukup2 laa tu. Bawa2 laa menyimpan semangat tu, tunggu nanti tahun depan pulak laa, kot kalau nak pulun buat biskut raya lagi, hehe...



Oh ye, selasa sehari sebelum raya tu jugak ada buat kek oren, kan hari tu cakap saki-baki oren yang bergolek2 tu nak buat kek, haa jadi pun kek oren. Cilok resepi kat myResepi jugak, credit to junjs11.


Bahan2:
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (I tambah sendiri)
1/2 sudu teh garam (I tak letak)
175 gm butter
175 gm gula halus (I letak 150gm saja)
3 biji telur
2 sudu besar freshmilk
1-2 sudu kecil parutan kulit lemon (I tak letak)
jus dari 1 biji oren (I guna 3biji limau saiz kecil)

Cara2:
- ayak tepung, baking powder, soda dan garam
- pukul butter bersama gula hingga kembang
- masukkan telur satu persatu
- masukkan tepung, parutan kulit lemon, freshmilk dan jus oren, pukul sebati
- bakar pada suhu 180darjah selama 30-60minit (bergantung pada oven)


Kek dan biskut2 ni sempat diagih2 kepada jiran tetangga serba sikit dan dibawa ke majlis solat sunat hari raya pagi rabu tu. Cerita sambutan raya nanti I tulis dalam entry akan datang yer...

Rindu tak?!

Dah seminggu blog ni terabai kan, lamanya tak ada proper update, rindu nak berblog, korang pun rindu tak? haha. Sebenarnya I dah sihat lama dah tapi anak2 yang masih tak berapa betul2 lagi sihatnya, tu yang takdak masa sangat nak hadap laptop ni. Dan lagi sejak tumbang sakit2 dek virus hari tu, semacam dapat penyakit pakej pulak, terkena virus MALAS sama. Malas serba-serbi, semua benda takdak mood nak buat, adehhh bahaya sungguh ni. Ni pun masih bersaki-baki lagi rasa malas ni, nak kena pulun merajinkan diri balik laa ni, yosh gambarimasu!

Rafiqh dan Raziqh masih belum fully recover lagi. Sat lagi nak bawa pi klinik. Sepanjang depa sakit2 ni memang tak pijak lagi klinik due to mama pun tak sihat sama so tak larat nak keluar, bila mama dah sihat, time klinik buka tengok depa macam ok dah tapi tiba2 malam muntah2 dan diarrhea balik, bila nak pi klinik, hujan lah, klinik tutup lah, macam2. Bertangguh2 sampai la ni tak pi lagi...

Raziqh awal2 kena hari tu dia muntah2, habis muntah dia diarrhea pulak, tak teruk sangat laa sebab cuma 2kali ja membuang dalam sehari, tak macam orang diarrhea sangat pun. Sampai petang semalam dia masih poop cair, tu yang nak pi tanya doktor tu apa laa yang tak kena sebenarnya. Si Rafiqh pulak dia cuma muntah2 dan muntah dan muntah. Paling teruk masa petang dan malam khamis tu, non-stop muntah sampai langsung tak boleh tidur, kesian sungguh tengok. Semalam muntah sekali, taktau sebab salah makan ka atau pasaipa, nak kena pi klinik jugak ni, kenapa laa agaknya...

Sekarang ni memang musim virus merebak, macam2 jenis penyakit ada. Lepas ni kena extra careful especially dalam penjagaan rumah dan kebersihan anak2. Kesian tengok depa sakit2 macam tu, habis seghoh kurus dah anak2 haku, huhu...

Friday, November 19, 2010

Tumbang

Kami sekeluarga pada saat ni sedang diuji dengan terkena jangkitan virus-hapa-entah, huhu. Semua dah tumbang satu persatu, makanya sehingga keadaan kembali pulih blog ni tak ber-update lah ye. Mohon doakan kami cepat sembuh, especially my babies Rafiqh and Raziqh...

Take care guys...

Tuesday, November 16, 2010

Salam eid adha !!!

Di kesempatan ini, kami sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban buat semua viewers OurLoveStory. Mohon ampun dan maaf seandainya ada tersalah kata tersilap bahasa selama tuan rumah ni dok merapu meghaban kat blog tak berfaedah ini...

Yang duk kat Malaysia tu hamboi2 mesti meriah makan daging korban kan, syioknya...
Yang duk merantau tu takat boleh melangut ja laa hari2 raya ni, haha, takpa2, kita serupaaa... Jangan sedih2, kita beraya laa 'cara' kita, alah macam tak biasa, hehe...

Akhir kata, meh tengok 2budak selebet tengah 'panas enjin' sebelum nak lena beradu...

Si kecik Takeshi sedang melayan iPhone, khusyuk kemain, agak2 dia tengok apa? hahaha...

EID MUBARAK !

Monday, November 15, 2010

Macam2 cerita...

Hari ni pagi2 lagi dah bawa 2R keluar, mula2 pi isi minyak kereta, kemudian ke klinik kanak2 sebab Rafiqh demam dan batuk2, lepas tu pi beli barang sikit, pi post office dan singgah kombini sebelum balik rumah, phewww...

Rafiqh tiba2 ja batuk2 petang jumaat lepas, before keluar ikut mama pi buat chousa(=survey) kawasan tu dia okey ja, masa tengah dok jalan2 tu dia batuk non-stop. Mula2 tu ingat dia mengada2 je, haha rupa2nya memang gatal tekak agaknya. Bukan lama pun keluar buat chousa tu, dalam setengah jam gitu saja pun. Kalau ikutkan memang takmau keluar hari jumaat tu sebab nak buat biskut raya 2-3jenis tapi orang ofis tempat I baito(=parttime) call tanya pasal chousa, baru teringat yang benda tu tak siap lagi. Sempat buat choc chips cookies sejenis saja, petang tu pukul 3 bawa 2R keluar. Malamnya Rafiqh mula demam, myLove kata sekarang Jepun dilanda jerebu yang datang dari China, ooo patut laa asyik kelam mendung ja hari tu, jerebu rupanya(tak ingat dah berapa lama tak 'layan' berita, dok kalut ke benda lain, hehe)...

Sabtu pagi tu keluar pi beli barang dapur dan ke Uniclo nak beli baju budak2 ni. Balik dari beli barang tu 2R dah kepenatan, tidur dari pukul 1 sampai dekat pukul 5 baru bangun. Dah laa depa tidur tu before sempat lunch so bangun2 tu memang tahap kebulur dah kot, makan banyak tak hingat. Semalam tak keluar pun, paginya mama sibuk menggodek biskut oat, ayah pulak mengelap perabot2 dan vacuum rumah, melepak ja seharian kat rumah...

Tadi ke klinik macam biasalah, hari isnin mesti penuh pesakit. Mungkin sebab on weekends klinik tutup, jadinya semua terkam bawa anak2 pi klinik hari isnin laa kan, tu yang ramai orang tu. Pun begitu kami tak laa tunggu lama sangat pun, kalau lama pun budak2 ni bukan kesah pun, pi klinik macam pi playground, happy kemain. Rafiqh dah lebih setahun tak batuk, masa balik bersalinkan Raziqh last year tu memang dia selalu demam dan batuk, 3bulan duk Malaysia, sebulan ja kot dia betul2 sihat, lagi 2bulan tu on-off demam laa batuk laa selsema laa, haihhh, paed sana kata sebab cuaca atau udara Malaysia yang kurang bersih, so Rafiqh bertindakbalas, ermmm mungkin jugak kot. Sejak balik sini dia dah tak batuk2, demam dan selsema tu biasalah. Ni bila batuk2 alahai kesian sungguh tengok, especially time nak tidur, macam tak lena je sebab terganggu dek batuk2. Batuk tu berkahak, tapi sebab tak reti nak buang kahak tu dia asyik batuk2 non-stop. Sebelum tidur I cuma sapukan vicks dan tinggikan kedudukan kepalanya. Dok bagi dia makan ubat beli kat farmasi dan madu 2kali sehari. Semalam dia batuk2 dan I paksa dia muntahkan kahaknya tu, keluar banyak. Tadi masa doktor check pun katanya paru2 dia clear, means selsema/batuk ringan saja, alhamdulillah. Raziqh so far masih bertahan, takdak tanda2 nak demam atau selsema atau batuk lagi...

Dah alang2 pi ambil ubat untuk Rafiqh tu tanyakan sekali tentang cucuk MR untuk si Raziqh, nak buat appointment sebenarnya tapi nurse tu kata boleh ja kalau nak cucuk terus, haa baguih sangat la tu, takdak kerja aih nak ulang pi banyak2 kali. Makanya Raziqh pun dicucuk laa tadi, releks ja kena cucuk, muka maintain. Kalau Rafiqh dulu setiap kali doktor nak check dia pun dia mesti tolak2 tangan doktor, dia tak suka body contact(perasan jepun!) tapi Raziqh ni memang jenis tak heran kat orang, doktor boleh main2 lagi dengan dia...

Hari ni pulun buat samperit pulak, esok nak buat biskut mazola, cukup laa 4jenis tu untuk raya haji ni, nak bagi kat jiran2 sikit dan jamu kohai2(=juniors) yang tak sempat 'merasa' biskut raya puasa hari tu. Memandangkan lusa raya, even myLove tak cuti pun nak kena jugak masak special menu, esok banyak laa benda nak kena buat. Kalau rajin esok update lagi, entry biskut raya menyusul nanti2 yer, hihiks...

Quick update

Banyak cerita nak tulis tapi tak berkesempatan nak duduk lama2 hadap blog ni, nanti laa petang2 kalau sempat boleh update lagi...

Sekarang kat sini tengah musim limau, macam2 jenis, masam manis tawaq hebiaq semua ada. I sejak dulu2 lagi memang tak berapa suka sangat makan limau, kalau oren sunkist atau limau yang manis2 tu suka laa, hehe. Dalam rumah ni Rafiqh sorang ja kot yang suka limau, myLove nak kata tak suka pun tak, nak kata suka sangat pun tak, kalau ada tu dia makan laa. Raziqh memang out lah, dia tak suka sangat, sama macam mama. Kami memang jarang amat beli limau, kalau ada stok tu maknanya orang bagi la tu, selalunya jiran tetangga ni yang suka mai bagi. Haa ni tengah berlambak2 limau dalam fridge, takat Rafiqh makan sebiji dua sehari memang tak habis, jadinya kena laa masak buat kek ka hapa ka....

3 jenis limau yang bergolek2 dalam fridge...

Jumaat lepas buat orange mousse ni, hias bagi comel2 kengkonon nak bagi 2R makan, tapi depa tak makan sangat pun, takat separuh cup tu ja sekali makan, tak pernah habis. Awat taktau, kalau mousse lain tu suka je, tapi oren mousse macam kureng sikit, tak masam pun, manis sedap jugak, hmmm pelik sungguh!


Baki2 limau lainnya tu nak try buat kek pulak. Sebelum2 ni suka buat muffins, tapi nak jugak try buat kek pakai limau fresh ni. Bercakap pasal muffins, dah lama tak tayang muffins yang duk buat, hari tu buat muffins pakai pumpkin lah pakai sweat potato lah, nanti buat entry khas pasal muffins pulak laa ye...

Friday, November 12, 2010

Seleksi hijab buat muslimah di Jepun!

Gambar2 kat bawah ni adalah antara seleksi hijab yang I jual untuk pasaran Jepun.

Harga antara 1000-1500yen, postage adalah PERCUMA ke seluruh Jepun!

Ada banyak lagi sebenarnya, jemput ke my facebook untuk tengok2 ye. Selain hijab2 ekspres ni, nanti I akan masukkan seleksi hijab2 biasa(4segi) dan selendang jugak insyaAllah...


Thursday, November 11, 2010

Sale - Pitera Essense Set !



The 'Pitera Essense Set' contains:
FT essense 75 ml
FT clear lotion 40 ml
FT mask 1 piece
Original SK2 cotton 30 pieces

FT = facial treatment

Retail price was RM360++ (exclude postage), but I sell this for RM320 only, free postage from Japan to Malaysia...

This set is available until 31st december only!!!

Send me an email for any question and order! arukassfan@yahoo.com

Promotion - SK2 trial set !!!

Sticky mode - please scroll down for latest entry...

As promised, meh nak cerita pasal SK2 trial set ni. Sebagai permulaan, let me introduce 3 packages first - lets name it set A, B and C...

Oh tapi kan, actually I don't know how much is the price of trial set in Malaysia, could be it's much more cheaper than what I offer here, since nilai yen sekarang ni sangatlah tinggi, cecah RM3.80++ untuk tukaran 100yen(nilai biasa adalah RM3 saja). However, I did surveyed the price in few websites(Malaysia) and found that their prices are quite high too. But of course ada jugak sellers yang jual dengan harga yang murah giler2, rasa macam tak lojik pun ye jugak tapi takkan laa benda2 tu tiruan pulak kan, ermmm wondering from where they get it, China?! hahaha... So guys, sapa2 yang tahu harga pasaran terkini untuk barang2 ni, please kindly inform me ye, thanks in advance!

Btw, seandainya memang ada yang berminat nak beli from me and let say I get order more than 4sets sekaligus, boleh cut down RM15-20 lagi for each set sebab boleh dapat shipping within Japan(store-me) free, yup FYI I beli through internet. And the price also will change depends on currency, if more than RM3.80 for 100yen, I'll count it as RM3.80 but if lower than that, I'll calculate it again okey, so boleh dapat lagi murah laa...



SET A RM230 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM292 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing oil - 11 ml
2. FT cleansing gel - 5 gm
3. FT cleanser - 6 gm
4. FT clear lotion - 10 ml
5. FT essence - 10 ml
6. Whitening source derm definition - 4.7 ml
7. FT repair C (moisturizer) - 2 ml
8. Skin signature - 2.5 gm
9. Facial lift emulsion - 10 gm

FT = facial treatment


SET B RM260 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM304 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence -10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Skin signature - 2.5gm x 2

FT = facial treatment



SET C RM280 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM323 (exclude shipping store-me & me-Msia)


1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Skin signature - 2.5gm x 2
7. Signs eye mask - 1 piece

FT = facial treatment


Feel free to email me at arukassfan@yahoo.com for order or any question, thank you!

Eh2 raya?!

Astaghfirullah, I langsung tak sedar yang idil adha dah dekat dah, rabu depan kan?! Soo many things took place in this few weeks which make me totally forget to ask mak about raya korban. Hari tu dah tanya bila raya tapi sebab tak tanda kat kalender so lupa balik. That's my problem, kurang memori! Last monday call mak pun tak sembang dengan mak, due to mak sibuk dengan weekly maid yang mai bersihkan rumah, so sembang dengan alang je masa tu. And now mak ada kat Seremban(rumah abah) pulak, nextweek pulak laa kot nak call mak. As usual, raya haji ni bukanlah meriah sangat, so tak ramai orang akan perkatakan tentangnya, luckily ada blogger yang tulis tentang balik kampung and such, baru tersedar, huhu...

Not sure how we're going to celebrate this coming eid. Jatuh on weekdays, myLove lately balik awal je tapi semalam katanya banyak kerja so taktau laa dia boleh dan nak ambil cuti ka tak. I pun tak tanya lagi, entah2 dia pun taktau rabu depan raya, haha. Takpa laa, kalau busy dan tak boleh cuti, tak payah laa cuti, bukan ada apa2 pun nak dibuat on that day, sini mana ada korban2 ni, hehe...

Walau macammana sempoi pun eid celebration kami, yang pasti I akan masak menu2 yang sedikit special laa. Ni tengah dok fikir lagi nak masak apa agaknya ye, ermmm, tapi kalau ikut hati ni macam2 nak masak, hihi...

As for now, macam yang dah kami bincangkan dulu raya ni kami tak buat open house, sebab cadangnya nanti nak gabung terus dengan birthday party Rafiqh insyaAllah. Sekarang ni just tunggu 'jemputan' jamuan raya dari pihak kohaitachi(=juniors) aje laa. Eh tapi kalau ada yang nak mai beraya, jemput laa datang ye, jangan malu jangan segan!

Death by chocolate cake

Ni antara resepi kek yang dah berzaman terperuk kat list resepi yang di-bookmark, jumpa kat myResepi tak ingat dah kurun bila. Bertangguh2 nak buat walaupun dah berkali2 dok buka baca sampai dah boleh hafal pun resepinya! Beberapa bulan lepas, kaklong ada tayang kat fp-nya kek coklatnya yang humak aih nampak sungguh2 sedap, bila kelih2 resepinya haaa sama resepi yang ni, bookmark lagi, hampeh kan, bookmark je lebih, buatnya tak pun! At last, ni sungguh2 at last ni, sampai seru jugak akhirnya. Taraaaaa death by chocolate cake, sinfull chocolatey super-yummilicious! Okey, I know rupanya tak cun langsung! Balik2 hias dengan choc rice, hadoiii bohsan! Nanti laa nak pi rembat bahan2 untuk decorate kek banyak2 kat 100yen shop!


Kek ni dibuat selasa lepas, baru jumaat hari tu buat kek coklat kan, ni buat lagi, haaa tu pasal laa tak kurus2, keh3. Sebenar2nya, kek jumaat lepas tu yang cun di-topping coklat tu kami cuma makan 1/4 saja, baki 3/4 tu bawa pi himeyamasai, menjamu adik2 kat sana makan. Budak kecik 2orang ni suka sangat laa kalau dapat makan kek2 ber-topping ni tapi mama yang kurang nak bagi makan, kesian kat depa kena makan kek kosong saja. Kali ni buat sebab nak bagi kat anak2 jiran, nak pulangkan tupperware kohai(=junior) dan nak jamu anak2 laa...

Kek
Bahan2:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan gula halus (I letak 1 1/2 cawan saja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu
1 cawan minyak/butter cair
1 cawan air panas (I letak 1/2 cawan saja)

Cara2:
- panaskan oven pada suhu 180darjah celcius
- ayak tepung + koko + baking powder + soda bikarbonat
- pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila
- masukkan susu dan minyak, kacau sebati
- masukkan bahan yang diayak, gaul dengan cara kaup balik
- masukkan air panas, kacau sebati
- bakar pada suhu 180 selama 45minit

Ganache
Bahan2:
2 cawan non-dairy whip cream
500 gm cooking choc
1/8 cawan golden syrup/madu

Cara2:
- dalam mangkuk kecil, didihkan whip cream
- bila dah didih padamkan api, masukkan cooking choc dan kacau sebati
- tambahkan golden syrup
- ambil 1 cawan choc(untuk choc whip cream) dan bakinya simpan dalam fridge(untuk ganache)

Choc whip cream
Bahan2:
1 cawan non-dairy whip cream
1 cawan choc (dari step ganache tadi)

Cara2:
- pukul whip cream hingga muncul sift peak
- tuangkan choc ganache dan kacau sebati

** kek yang dah siap dimasak disejukkan, kemudian dipotong tengah2
** sapukan dengan choc whip cream dan lapikkan dengan kek yang separuh lagi
** sapu whip cream keseluruh permukaan kek, simpan dalam fridge +- 30minit
** keluarkan kek, tuang choc ganache yang kita simpan dalam fridge tadi ke atas permukaan kek, ratakan dan simpan dalam fridge +- 30minit lagi sebelum dihidang

Memang agak renyah nak buat kek ni, banyak sangat step-nya kan, tapi takpa, sangat puas hati, sedap amat! Rafiqh tunggu tengok mama buat kek ni especially part nak decorate tu, dia memang minat habis, sambil tepuk2 tangan puji mama sugoi(=hebat), mama sugoi puluh2 kali, haha, tang mana yang sugoi pun taktau laa. Mama memang elergic sikit buat kerja kalau 2budak ni ada dekat2, ragu2 dan tak percaya, takut depa tertepis kek ka hapa ka, hat yang kecik tu paling tak boleh percaya, suka cucuk2, quality check ek?!

1 adunan kek ni I bahagikan kepada 2 loyang - 1 besar 1 kecik. Decorate both sama, yang besar untuk bagi2 kat orang dan yang kecik untuk santapan kami 3beranak. Kalau tengok bahan2 kek ni memang sangatlah penuh dengan coklat, that's why sedap kot, tapi kalorinya pun 'sedap' laa jugak, hehe. Takpa2 tak buat dah dalam masa terdekat ni, hahaha. Gambar kek yang dah dipotong kat atas tu tak sempat beku lagi whip cream dan ganache-nya, tak sabar sangat dah nak jamu 2R makan so terus potong. Nampak berair2 lagi macam aiskrim kan?! So for those yang suka kek coklat dan ada special day nak diraikan, boleh laa try kek ni, oosusume(=recommend)!

Wednesday, November 10, 2010

Ciri2 blog yang saya suka...

Tetiba tak pasal2 terasa nak ciri2-kan blog yang disuka dengan tak suka, hokey2 saya masih sedar diri ye, blog ni pun taklah baguih tara mana sangat, dan lagi, macam laa orang lain tu kesah pun kan saya suka ka tak suka ka blog depa, kuang3. Tapi tak kira, nak tulis jugak!

Setiap antara kita mesti akan ada 'rasa' blog ni best bla3, blog ni kureng bla3 dan sebagainya, kan kan? Haa mesti ada sebab untuk setiap rasa tu kan kan?! Bukan nak cerita tentang apa yang bersangkut-paut dengan isi penulisan blog tu ye, cuma perkara2 luarannya saja, harap maklum!

1. Suka blog yang simple, tak terlalu banyak 'bahan', tak terlampau padat so that bila klik blog tu terus cepat je load page-nya, takdak laa sangkut2 dan hang2, jenuh berkurun tunggu nak load habis. Blog2 macam ni selalunya I takkan masuk dah...

2. Suka blog yang takdak iklan2 berbentuk web, adehhh tak reti nak guna istilah IT yang sesuai(haha graduan komputer engineering tetiba mengaku taktau istilah IT, nasib laa pensyarah hang tak baca blog hang, kalau tak, free2 hang kena sekeh!). Nak habaq kata bila buka blog tu takdak keluar web2 lain yang menyemak skrin jenuh nak kena padam satu2, huihhh fehnat! Iklan2 lain pun sama jugak, tau laa sekarang semua tu dibayar tapi agak2 laa nak buh pun, jangan laa sampai crowded dengan iklan semata, sampai nak baca isi blog pun jenuh nak bertepis...

3. Suka blog yang template-nya simple, yang tak sakit mata bila nak baca isi blog. Kalau boleh template dengan font colour tu biar laa kontra habis, tak ler nyilau ceq yang rabun ni nak kelih satu2. Font size pun kalau boleh pilih yang normal laa, jangan laa kecik cinonet macam tulisan anak semut, rumah ceq takdak kanta pembesar nak suluh2, hahaha...

4. Suka blog yang isinya tersusun cantik, mudah nak scroll down semua columns atau bahagian yang disediakan, teratur elok semuanya ikut prioriti supaya takdak laa shoutbox lepas nunnnnn jauh kat bawah. Memang laa kalau boleh segala mak-neka benda nak letak dalam blog, almaklum laa blog tu kan ibarat 'rumah' kita, nak hias laa cantik2, tapi agak2 laa kan nak berhias pun, jangan laa sampai nampak macam hutan tinggal pulak...

5. Suka blog yang comment box-nya adalah pop-up window, means bila klik 'comments' akan muncul kotak kecik tu, rasanya yang jenis ni lagi senang dan cepat nak komen sebab tak perlu tunggu load page baru. Bertambah2 suka kalau tak perlu buat word verification and confirmation bla3, kalau takat 1 stage je(verification tu) ok lagi, tapi ada sesetengah tu humak aih ber-stage2, haha malas sebenarnya nak tunggu2, tu pasal kadang2 malas nak komen kat certains blog tu, takat baca2 then blah. Bila rasa betul2 nak komen baru komen, padahal I ni jenis yang suka tinggal jejak sebenarnya...

Okey, cukuplah tu kot. Ni cuma secebis dari pendapat saya, anda pulak macammana?!

Tuesday, November 9, 2010

Tsuyoshi & Takeshi

Tsuyoshi-kun turned 2years 11months old 4days ago...
Takeshi-kun turned 1year 3months old 10days ago...

Gambar 2minggu lepas, masa join Scout Jamboree punya program...

Rasa macam dah lama tak cerita pasal 2budak ni. Mula2 cerita pasal Rafiqh Tsuyoshi dulu lah...

Makin banyak cakap, mama suka sangat tanya soalan kat dia, sebab suka dengar jawapan2 innocent dia yang selalu buat mama keras perut dok gelak...

Suka nyanyi sambil main, kalau dulu suka 'bercerita' cakap sorang2 tapi sekarang obses dengan nyanyian pulak. His favourite song is sifat 20, walaupun lirik tunggang-langgang lintang-pukang tapi ok laa nak buat halwa telinga. Kalau time bersungguh2 menyanyi tu bukan takat lirik, siap dengan muzik latar pun dia balun. Wahhh berbakat kamu, mahu jadi penyanyi? Bolehhh, jadi seperti Maher Zain, hokey?!

Sangat suka memuji, mungkin cuba 'mewarisi' sifat2 orang jepun yang sangat suka memberi pujian. Walaupun ramai orang kata sifat orang jepun itu sungguh plastik lagi hipokrit tapi mama tak kesah, mama suka anak2 mama ada sifat suka memberi pujian kerana ianya lebih baik dari sikap orang melayu yang hanya tau nak mengutukkkk saja. Rafiqh suka cakap "mama kawai(=comel), kirei(=cantik), suteki(=nice)", muahahaha kembang mama bila anak puji, memang ibu2 ni huduh macammana pun tetap nampak seperti bidadari di mata anak2 kan?! Kami tak pernah ajar dia memuji tapi kami suka dengar dia pandai menghargai. Bila nampak foods akan kata "oishisou(=nampak sedap)", bila dah sudah makan akan cakap "oishikatta(=sedap)". Haa sekarang suka sebut diri sendiri sebagai "boku ikemen(=i'm handsome)", hahaha perasan! Ni gara2 ramai sangat orang dok puji2 dia laa ni, dia pun terikut2 dok sebut...

Baru mula kenal nombor 1-10, tapi kadang2 tu silap jugak, confuse barangkali so tertukar2. Cuma obviously dia dah boleh bezakan yang mana nombor, yang mana alphabet dan yang mana katakana/hiragana. Sensei(=cikgu) kat day-care pun ada cakap yang dia dah mula kenal dan boleh bezakan semua tu. Maybe I should put a little bit more effort if I want him to be able to read at early age...

At +-3years old, dia masih tak pandai nak throwing tantrums, takdak laa aksi golek2 atas lantai, mengamuk2, hentak2 kaki, guling2, menangis teruk2 dan sebagainya, which is alhamdulillah syukur amat2 cause I know I can't stay calm to handle such situations. Doa sangat2 moga Allah jadikan dia anak yang lembut hati supaya takdak aksi2 tu biar sampai besar nanti. Cuma kadang2 tu masih buat perangai menangis takdak sebab(ada sebab sebenarnya tapi tak dapat dikenalpasti). Bila tanya tak reti pulak nak bagitau, haru sungguh! Dan lagi satu bila kena marah atau kena hukum dengan mama, dia tak reti nak 'bawa diri' macam sesetengah budak yang akan jauhkan diri ala2 merajuk gitu. Makin kena marah makin dia menangis menyendel2 kat mama minta dipujuk. Oh it's soo not me laa nak pujuk2 balik once dah marah/pukul. How I wish he'll stay away from me everytime I marah2, sangat membantu untuk I calm balik dan memudahkan sesi 'kaunseling', bila both dah tenang I boleh slowtalk balik tentang apa yang berlaku. Dalam keadaan dia mendesak untuk dipujuk, we both get nothing!


Tu je kot, next, pasal Raziqh Takeshi pulak...

Dah mula nak ajuk2 orang cakap especially Rafiqh, so sekarang boleh sebut ayah, mama, tamau(takmau), nak, ten and etc.

Dah pandai pee kat toilet, so sekarang bila mandikan atau salin diaper dia, boleh suruh dia pee kat toilet. Maybe in another few months boleh start potty training kot...

Sudah masuk fasa memilih-milih makanan, nak kata fussy atau picky eater pun tak jugak sebab dia cuma buat perangai tolak certain foods tu for a week and so. Lepas tu dia ok balik, hmmm pelik. Tapi tak kesah laa, budak2 memang berfasa2 kan...

Bila diajak mengira, dia cuma tau sebut ten saja, orang baru sebut one, two, dia dah jerit tennn! Langkau habis!

Makin garang, suka2 hati je nak 'marah' orang, kalau kena marah dengan mama dia langsung tak heran, cuma dengan ayah je dia makan saman...

Ermmm tu je yang terlintas setakat ni, nanti2 laa update lagi...

Monday, November 8, 2010

Puding karamel lapis coklat, mee ladna dan cucur jagung

Puding karamel lapis coklat

Resepi asalnya di sini, thanks Rossitamz @ myResepi. I dah ubah resepi ni, so kalau nak tengok yang ori sila refer link atas ye...

This is the 3rd version of caramel pudding I ever made. 1st dulu yang ala2 cheese cake, 2nd yang original resepi and this one mix with cocoa powder. All in all, I think the best is the combination with cheese, love it to the max! Tapi yang ni pun okey jugak, sedap! Buat pagi tadi, petang dah licin, 2R yang pulun makan, mama sempat rasa beberapa sudu saja, tak sampai hati pulak nak makan bila tengok anak2 bersungguh2 minta disuap...

Kalau tengok nama puding tu 'berlapis' kan tapi puding I buat takdak laa lapis2 pun, malas aih nak ulang buat banyak2 kali, hihi.

Bahan2:
(Karamel)
5 sudu besar gula
4 sudu air

(Puding)
6 biji telur
10 sudu besar gula halus
700 ml susu segar
beberapa titik esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko

Cara2:
(karamel)
- masukkan gula dan 2sudu besar air ke dalam periuk, masak hingga gula keperangan, masukkan baki air dan tutup api
- cepat2 tuang dalam loyang

(puding)
- panaskan susu dan esen vanila hingga suam
- pukul telur bersama gula hingga sebati
- masukkan susu tadi sikit2 dan kacau rata
- bahagikan adunan kepada 2, 1 bahagian dicampur serbuk koko dan kacau sebati, tapis adunan jika berketul
- masukkan 3/4 cawan adunan tanpa koko ke dalam loyang, bakar/kukus hingga masak
- ulang2 berselang-seli, bila dah siap masak, sejukkan sebelum keluarkan dari loyang



Mee ladna

Dinner kami untuk hari sabtu lepas ialah mee ladna. Balik dari himeyamasai tu sampai rumah pukul 5.30malam(yup, dah malam dah, maghrib sekarang pukul 5.17), terus breastfeed si Raziqh, kesian dia, dekat 6jam 'puasa', hahaha. Sekarang dia dah tak kesah kalau tak dapat menyusu kat luar, as long as before keluar tu dia dah minum puas2, then in between jalan2 tu bagi dia makan dan minum dengan cukup, he'll be fine even without breastfeeding session. Senang kan?! Alhamdulillah. But still setiap kali outing mama kena consider baju yang dipakai adalah bf-friendly, just in case. Lepas dia dah kenyang menyusu, buat kerja itu ini, then masakkan dinner. Masa beli bahan2 nak masak tu cadangnya nak buat mee bandung tapi bila tengok blog kaklong, terus tukar plan. Makna kata resepi ni dicilok dari blog kaklong laa, thank you! Cumanya kaklong pakai kueh teow, I pakai mee, and as usual ada tambah-tolak sikit bahan2 ikut apa yang ada dalam rumah ni...

Mula2 kena masak versi anak2, lebih kurang macam buat untuk kami makan cuma tumis guna mayonis dan tak letak cili padi dan sos cili, yang lain2 tu sama saja. Untuk budak2 ni selalunya bahan2nya dipotong kecik2 cinonet, sesuai laa dengan mulut depa kan...


Rafiqh dan Raziqh punya...


Rupanya kurang cantik, tapi rasanya, best!

Sedap mee ladna ni rupanya, ala2 chinese style gitu...

Bahan2:
minyak untuk menumis
bawang putih - diracik
bawang besar - dimayang
mee kuning
ayam boneless - potong kecil
udang
fishcake
chikuwa
cili padi
carrot
tomato
kobis
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili
garam
gula
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
2 bij telur

Cara2:
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
- masukkan isi ayam, udang, fishcake, chikuwa, lobak merah, tomato dan cili padi. Tambah air
- masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula
- bila rasa dah okey, masukkan mee
- angkat mee, tinggalkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan kobis, bila dah agak likat masukkan telur
- bila telur dah masak/setengah masak, curahkan kuah atas mee tadi
Tomato dan cili sos tu I pandai2 sendiri tambah. Untuk resepi asal, boleh refer sini okey...


Cucur jagung

Buat cucur jagung ni semalam, untuk minum petang. Cucur jagung ni lebih kurang macam adik-beradik cucur udang, cucur ikan bilis dll laa kan, my favourite!


Bahan2:
tepung gandum
jagung - tin/frozen/fresh
bawang besar
telur
sedikit freshmilk
serbuk kunyit
garam
gula

Cara2:
- bancuh semua bahan dengan air suam hingga adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat, elok2 boleh jemput dengan tangan ja
- panaskan minyak dan goreng hingga agak garing, angkat dan hidangkan


Cucur ni I suka makan dengan kuah kacang, yummeh! Makan dengan sos thai pun sedap jugak. Dulu2 kalau buat suka letak udang kering atau ikan bilis sikit tapi sekarang sebab Raziqh suka makan, untuk elakkan dia tercekik I tak letak, kalau rajin I akan blend halus udang kering/ikan bilis tu sebelum campur dalam adunan. Boleh jugak letak daun kucai dan sebagainya...

Yeay, dapat jam dan cincin!

Ops it's not me, but the kids, tengok kat bawah!

jam dan cincin adik!


jam dan cincin abang!


cantik tak?! hahaha...

Semalam kami tak ke mana, pagi2 tu mama ada souji(=gotong-royong), selalunya bawa Rafiqh tapi sebab dia bangun lambat so tinggal je dua2 orang kat ayah. Dah lama tak souji, sekali kena buat kerja terus habis sakit badan, hahaha hampeh! Sejam lebih je pun, tapi dah cukup rasa penat. Tambah pulak, bila naik atas bukan boleh duduk rehat pun, berkejar2 buat kerja non-stop, lagi laa bertambah2 penat kan. Mata yang mengantuk pun tak dapat nak layan, sesaat pun tak sempat lelap, cuma dapat baring sekejap untuk meluruskan pinggang...

Petangnya hajat hati nak pi Ube matsuri(=Ube festival) tapi sebab sakit2 kaki jadi malas nak keluar. Sat lagi petang2 sikit nak bawa 2R jalan2, kesian kat depa ni asyik melepak kat rumah...

Dah sebab semalam tak pi mana, bosan2 taktau nak buat apa, main laa dengan 2R. Mula2 main lukis2 atas buku, dah cemuih conteng buku mama pun conteng anak2. Dah banyak kali dah dok conteng2 depa macam ni cuma kali ni ja terfikir nak ambil gambar, hehe. Kadang2 tu Raziqh siap terconteng mukanya sekali, lepas tu keluar pi jalan2 dengan muka berlemuih, haha. Bila si ayah tengok anak2nya berconteng, ayah depa kata "ish3, ni tengok tangan budak2 ni", hahaha dia taktau pun tu kerja mama sebenarnya, Rafiqh pun jawab "mama laa ni", kah3. Cover laa tu takut ayah marah, nak salahkan mama pulak, padahal memang depa suka pun mama lukis2 gitu, hihi...

Himeyamasai

Sabtu lepas bawa 2R pi himeyamasai(=festival puteri gunung) kat kampus induk Yamaguchi Daigaku(=universiti) di Yamaguchi-shi. Most of Malaysian students yang dihantar ke sini adalah pelajar2 bidang engineering, so masa 1st year je study kat kampus induk, masuk je 2nd year sampai grad semua akan pindah ke Ube-shi, kampus engineering, kat Ube jugak ada kampus medic. Shi ni lebih kurang macam daerah laa. Jarak antara Yamaguchi dengan Ube kalau naik kereta ikut jalan biasa(bukan highway) ambil masa dekat 1jam...

Setiap tahun memang ada festival macam ni tapi sebelum2 ni dibuat masa natsu(=summer) bulan 7, dipanggil tanabatasai. Tapi tahun ni pihak dai(=universiti) buat bulan 11 pulak. Setelah sekian lama Malaysian tak join berjual2 kat acara2 macam ni tahun ni PAMY(Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi) ambil bahagian. Tu sebab kami pi, sebab ada Malaysian buka gerai kan, ala2 nak bagi sokongan laa, padahal pi menyibuk je sebenarnya, hehe...

MyLove kerja on that day, paginya dah minta izin sekali lagi untuk bawa 2R ke sana. Makanya pagi tu settle-kan semua kerja, walaupun mulanya tu agak berbelah-bagi nak pi ka tak due to takdak sapa nak teman, semua girls busy, nak drive alone for 1 hour tu rasa kinchou(=berdebar2) sikit, Raziqh lah puncanya, takut dia tetiba restless. Sebelum2 ni kalau drive jauh2 mesti ada babysitter, dengan Rafiqh dulu boleh dikatakan tiap2 minggu ulang-alik pi Yamaguchi berdua dan dia releks ja, si Raziqh ni unpredictable sikit, kadang2 okey kadang2 k.o! Tapi bila fikir2 sebab dah janji nak jumpa kakHanny, so pi jugak laa...

Lepas zuhur kami bertolak, alhamdulillah Raziqh okey, cuma dekat2 nak sampai tu dia uhek2 jugak laa sebab jam, kereta tak bergerak dia cemuih, pasangkan iPhone baru dia diam. Kami pi YouMe Town shopping complex dulu, pi HardOff kedai 2nd hand nak cari barang. Dah penat pusing2 merayau, beli yogurt drinks dan dorayaki bagi 2R makan dan minum dulu sebelum pi dai...

Dah lama tak masuk dai, natsukashii(=nostalgia)! Terus teringat2 kenangan zaman jadi gakusei(=student) dulu2. Rindunya kat kak G, kak Siti, Ida, Lieza, Yanti, Yati, Dyana, Tini, Jue, ish ramailah lagi, sob2. Yamadai dah banyak berubah, bangunan semua dah baru2, takdak dah bangunan lama yang buruk2 dulu. Pintu masuk pun dah cantik sangat, semua nampak canggih. Kami park kereta agak jauh, letak Raziqh dalam stroller dan bagi senbe sekeping suruh makan, so that dia duk diam2. Sambil jalan masuk tu cakap kat 2R, "dulu2 ayah dan mama belajar kat sini tau, ayah dan mama 1st time jumpa pun kat sini", hahaha mula laa nak jiwang!

Kami tak jalan2 sangat pun tengok gerai lain, melepak kat gerai budak2 Malaysia je. Pihak Yamadai ni terlampau tegas dan cerewet sikit bab jualan makan2 ni so proposal awal nak jual kuih2 tak diluluskan, terpaksa laa depa jual keropok saja. Tapi takpa, ni pun dah dikira satu permulaan yang baik, insyaAllah tahun2 depan boleh menjual lagi sebab dah ada pengalaman. Lepas ni boleh tambah2kan menu lagi kan. Depa start menjual pukul 12tengahari, dalam pukul 4 lebih dah habis jualan, bagus kan?! hehe. Cumanya rasa sabishii(=sunyi) laa sebab tak ramai pun Malaysian yang mai, ada kot dalam 10orang saja yang hadir, yang lain2 sibuk sangat agaknya...

Rafiqh dah lama tak dapat duk dalam stroller-nya, sekali dapat duk terus takmau bangun, duk laa dalam tu diam2 tengok orang pi mai pi mai. Si adik tak payah cakap laa kan, sesaat tak diam, jepun2 tu pulak dok gelak2 tengok gelagat dia, lagi laa dia show off perangai, gaya buat show pulak...

gerai Malaysia, cantik kan?!

2R yang terpaksa berbaik2 dengan abang2, sebab kakak2 tak mai, Mas dan Tirah pulak sibuk 'bekerja', tak sempat nak layan sangat...

Berkalung2 tahniah buat semua tenaga kerja gerai, otsukaresamadeshita!