Wednesday, June 27, 2012

Mendidik sunnah!



Aktiviti wajib 3R setiap minggu sekarang ni adalah pergi swimming. Budak2 kan, mana ada yang tak suka air, nampak ja air terus over-excited...

Al-kisahnya kami ni tinggal kat seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota, kat sini ada Club House yang menyediakan pelbagai kemudahan riadah, salah satunya adalah kolam renang. So apalagi kan, benda dah ada, guna je laa. Hajat hati nak jadi member club tapi malangnya keahlian hanya untuk mereka yang tinggal di banglo saja, kami yang duk teres ni boleh guna dengan charge bayaran RM5 setiap kali guna bagi kanak2 3tahun ke atas. Bermakna setiap minggu mama bayar RM5 saja laa, sebab Raziqh dan Raisha still free...

Tapi tu lah kan, kalau pi sorang2 bawa 3R memang bosan tahap gaban laa, kalau ada geng syok laa sikit boleh sembang, hihi. Tu yang rajin dok ajak my sis-alang atau Kak Wan(my senior zaman sekolah Naim dulu yang kebetulan tinggal dekat sini) bawa anak pi swimming. Haa sapa lagi nak join? Jom2!

Tengok dalam both pictures tu, nampak tak budak kecik montel tu? Haa tu lah my new baby(alang's son) Suhayb Al-Faqeeh namanya, masa dia lahir lupa nak upload gambarnya kat sini. Dah 6bulan dah sekarang...

InsyaAllah bila 2R dah besar sikit, nak enroll depa masuk swimming class, nakkk sangat anak2 ni pandai berenang, mempelajari salah satu sunnah Rasulullah...

Raisha @ 9months cute!


My little princess has turned 9months already, how time flies, rasa tak sempat nak catch up with the updates of her milestone, huhu. Soo sorry baby, balik Malaysia buat mama busy with soo many things, lack of pictures, lack of videos and lack of blogging, haiyaaa...

Oh btw happy 9months darling!

1. Raisha dah ada gigi, yeay! Kalau si onichan-tachi dulu umur 6bulan dah tumbuh gigi, tapi Raisha ni buat mama tunggu2, eh awat takdak gigi lagi, sampai laa awal bulan hari tu dia demam teruk, elok kebah ja demam, tengok2 dah ada 2 batang gigi yang kicik cumel di bawah. Alolololo demam nak tumbuh gigi rupanya, hehe macam2 lah! So now, she tends to bite mama whenever she has chances, luckily masa breastfeed dia tak gigit, kalau dak, mau trauma mama ni, hahaha. Dia akan gigit masa main dengan dia atau time dia saja2 boring, tiba2 ngap ja, menjerit laa mama kan, gigi memang ler halus kecik lagi tapi tajamnya humak aihhh, seriau! Kehairanan mama berganda dua apabila dia tak gigit 2R pun, depa siap sua tangan masuk mulut dia pun dia tak gigit, ish, sama macam Raziqh dulu, tak pernah gigit si Rafiqh, tau gigit mama ja, kesiannnn mama...

2.  Raisha ni pun agak meramah dan galak orangnya, dia suka kids especially those at her brothers age. Kalau bawa pi school 2R, kemain gelak menjerit2 tengok ramai budak2. Mulut tu makin riuh, Raziqh kata Raisha dah pandai cakap, ahaaa toksah dok bohong laa kan! Takat reti sebut few words saja, macam mama, kiss dan bye2...

3. Start makan sollid food ketika berusia 7bulan lebih. Bagi makan cepat sebab dia dah mengamuk2 nak makan bila tengok orang lain makan. Akibat amukannya, mama selalu jadi mangsa, tak boleh makan dengan aman, lepas tu siap kena makan sambil berdiri, hadoiii. Kalau kat rumah I boleh tahan lagi tau, tapi kalau kat restoran dia bantai melalak gitu wohohoho memang stress, end up sumbat mulut dia, haaa puas hati dia. Sekarang dia makan 3 kali sehari, breakfast-lunch-dinner. Makan tak beriya mana pun, reaction tu yang over, huh!

4. Seminggu ni nampak mula bergaya macam nak merangkak. Dah angkat punggung dan steady tangan menahan badan, cuma takat tu ja laa, tak bergerak ke depan mahupun ke belakang. Kalau dah start merangkak nanti, kena pi beli gate laa jawabnya, tangga tu dia dok aim lama dah, hihi...

Banyak lagi nak update ni tapi tak cukup masa, nak pi jumpa customers pulak. Nanti sambung yer...

Monday, June 18, 2012

Happy father's day!


HAPPY FATHER'S DAY!!!

Semalam bawa 3R ke Dominos Pizza, al-kisahnya 2R dah lama requested nak makan pizza. Kalau ikutkan hati ni memang malas nak layan, sebabnya kadang2 depa ni tau minta ja tapi bukan sungguh2 nak pun, cakap ikut sedap mulut saja. Lagipun few weeks ago masa balik Ipoh dah beli dah pizza untuk birthday tok abah, depa bolayan pun, tak sentuh langsung! Tup2 balik sini dok sebut2 nak makan pizza pulak. Memandangkan semalam adalah hari istimewa dan kami pun tak ada plan nak celebrate macammana, so mama ajak ayah keluar makan pizza lah. Happy laa bebudak tu kan...

Surprisingly banyak pulak depa makan, apparently they really enjoyed pizza kaya, sedap agaknya pizza yang manis ada topping banana, sebiji tu habis kat depa berdua, lepas tu makan chicken dan pizza lain jugak, perghhh baru puas hati mama haa!

Hadiah?! Hadiah dah bagi in advance a month ago...

Happy father's day sweetheart! 3Rs and me love you so so much!

Friday, June 15, 2012

Sakura Boutique

Antara seleksi hijab yang dijual di Sakura Boutique

Denim Wafa NURKASIH saiz L RM45



Juwita NURKASIH RM75



Printed Benang Hitam NURKASIH RM43


Jemput jengah fb untuk lihat koleksi2 lainnya ya...

Kenapa menyepi?!

Update kat blog ni pun dah kembali tenggelam-timbul, haisehhh...

Beberapa minggu kebelakangan ni mama 3R agak kesibukan dengan kerja2 menguruskan butik online-nya. Aah kawan2, I buka balik dah Sakura Boutique tu, now starting with facebook version dulu, maybe in future kalau menang tangan boleh buka blog/web and who knows boleh buka the real boutique pulak kan kan?! Wish me luck guys!

Hari tu masa kat Nihong yer2 je cakap kononnya nak bersara dari dunia butik2 ni hingga sampai seru, bunyi macam nak tunggu 10tahun je tapi tup2 baru 3bulan duk Malaysia ni dah buka balik. Memang ternyata cintaku pada dunia fesyen ni sangat mendalam kan, walaupun belum ada rezeki nak buka butik betul2 tu tapi tetap yakin yang langkah kecil2 ni insyaAllah akan membawa impak yang besar pada masa akan datang, ecewahhh...

So guys, sekarang seleksi tudung2 ekspres dah masuk kedai, I pilih hanya yang berkualiti baik sahaja! Hijab2 yang dijual kat kedai I tu kainnya elok2,awningnya pun sangat cantik terletak dan labuhnya menutupi dada, sangatlah sesuai untuk muslimah yang menjaga penampilan dan aurat. Walaupun harga mungkin mahal sikit tapi tetap berbaloi2!

Jom jengah Sakura Boutique, feel free to LIKE my page! Thanks in advance!
http://www.facebook.com/SakuraBoutiqueShoppe

Tuesday, May 29, 2012

Mei yang lemau

Sudah berminggu tak update blog, aisehhh, bulan ni rasa malas sangat2 nak ber-blog, kalut dengan pelbagai urusan peribadi dan bisnes, kesian sungguh kat blog ni, ish3. Sememangnya perlu diperakui bahawa susah woo nak maintain komitmen terhadap beberapa urusan kan kan?!

Bermula dengan bulan ni, myLove dah mula keluar kerja outstation. Syiok laa dia rata berjalan tengok negara orang. Rezeki laa tu kan, moga makin menyerlah dalam membina kerjaya, mana tau tak lama lagi dapat promotion naik pangkat, perghhh. Makanya sekarang ni I dah mula membiasakan diri untuk selalu ditinggal2kan sendirian dengan 3R. Alhamdulillah rasanya dah semakin boleh menyesuaikan diri dah, takdak dah rasa takut2 macam 1st time kena tinggal hari tu, sampai tidur pun tak lena, hihi, penakut sungguh!

3R macam biasa saja, nanti laa update latest story tentang depa in next entry...

Tinggal 2hari saja lagi dah nak habis bulan 5, sekejap ja dah nak masuk setengah tahun. Sekarang dah rejab, lepas tu syaaban, kiranya tak lama dah laa nak menjemput ramadhan, seronok rasa insyaAllah tahun ni berpuasa di Malaysia bersama keluarga...

Oklah, sat lagi nak sambung update entry yang tertangguh... Daa~~~

   

Wednesday, May 9, 2012

Menabunglah kawan2!


2R suka menabung!
Ah ok, pernyataan itu propa semata, the truth is depa suka lipat duit kecik2 lepas tu pulun sumbat masuk dalam tabung, hah tu yang sebenar2nya, hehe...

Sebelum2 ni depa cuma menabung dari duit yang mama bagi setiap hari, tapi kebelakangan ni depa dah up grade aktiviti depa menjadi "mari mencari duit dan buh dalam tabung", tau pulak isi duit ja, kalau isi sekali kertas2 uihhhh cepat sungguh laa tabung tu penuh, kekeke. Tapi pun, habisss licin duit dalam purse mama depa korek, baguih dok ada, tabung tu pulak jenis tak boleh buka, haaa double bagus kan?!

Tengahari tadi balik dari sekolah depa, mama ni kelam-kelibut sediakan lunch bla3 terlupalah nak angkat beg letak atas, sedar2 ja tengok depa dok pekheja dah purse mama, elok laa sangat, baru ja tadi pi keluarkan duit, la ni dah nala, yillek!

Dan petang tadi, depa dah bosan lepas habis buat homework, depa ajak keluar pi kedai. Amboi2 banyak cantik,buat2 lupa pulak, baru ja tadi hangpa dah perabih duit mama, lepas tu ada hati nak ajak pi kedai lagi...
"Duit takdak dah laa, tunggu ayah balik, ajak ayah lah!" mama dah bengang...
Rafiqh: Alah, mama boleh pi ambik duit kat tempat isi minyak tu (read: ATM petronas)
Mama: Hamboiii ingat petronas tu ayah punya ka?!
Raziqh: Eh, bukan eh?!

Hahaha, boleh pulak dia jawab macam tu, haku sekeh jugak budak kecik ni sat lagi...

Monday, May 7, 2012

Cik kak bermata boolat!


Saja ja nak letak latest picture of Raisha. 2minggu kebelakangan ni dah makin mahir mengunjur, bertambah laa kerja mama nak kena monitor dia selalu2. Dan bertambah tak senang mama nak guna laptop sebab dia mesti datang kacau, adehhh...

Ni gambar semalam, Rafiqh beriya minta pakaikan adiknya tudung sebab dia nak snap picture. Tapi semua gambar2 dia tu mama enterframe, tak boleh nak post di fb, last2 minta si ayah tolong pegangkan, mama snap gambar. Comel sungguh anak solehah ayah dan mama ni berhijab, hihi...

Friday, May 4, 2012

Ittekimasu~~~



Wahhh seminggu ni langsung tak sempat nak update blog, busy lah sangat kan?!
No, not too busy actually, cumanya cause this is the 2nd week 2R ke school, so all of us tengah berusaha adjust timing for our new daily schedule, itu saja...

All in all, so far so good, alhamdulillah both 2R give a very good feedback and cooperate well with momma, thanks boys! *muahxxx*

Rabu minggu lepas was the 1st day pergi school, memang both nangis bila mama tinggal. 2nd and 3rd day Rafiqh sorang je yang nangis while Raziqh maintain cool, haha. That was their 1st week at school, ada drama sikit, I dah boleh agak semua tu akan berlaku, all I can do is berlapang hati and think positive. Untuk 1st 3days tu I tunggu almost 1 hour++, lepak kat sekolah tu untuk observe the environment and help them to mix with others. As of the 1st step, I have to introduce them to their new teachers, new school and new friends, lepas nampak depa dah leka, mama cabut, hihi. Teacher depa bagitau yang depa nangis tak lama pun, after few minutes terus ok balik...

Ada setengah budak, depa boleh terima suasana baru tu dengan cepat, especially for those yang mak2 bekerja, sebab depa sejak kecil dah terbiasa ditinggalkan. Tapi ada setengah budak, they need some time to build trust with others, nak2 kalau depa ni jenis yang tak pernah berenggang dari mak sejak kecik lagi kan. Kita as mother janganlah culture shock terlebih pulak kan, tetiba nak down dan stress sebab anak takmau pi sekolah, haha, sabaq2! Anak2 ni hati mereka terikat dengan hati kita, kalau kita positif pada sesuatu, automatically depa akan response ke arah yang positif jugak. So 1st of all, build a good relationship with their teachers and their friends, insyaAllah semuanya akan ok nanti!

So minggu ni no more drama, mama hantar sampai depan gate saja, salam2-kiss2-hugs-bye2, mama dah boleh balik dengan happy. Cumanya hampir setiap hari selepas ambil depa dari school kena bawa pi singgah kedai sat, bagi upah sebab depa behave kat school. Hopefully I tak spoil them dengan upah2 ni, rasanya nextweek dah boleh stop kot, takut jadi habit pulak kan. Since now nampak depa dah enjoy, so the next step is to give them rewards, dah lama depa minta baju cars, boleh laa kot belikan sekarang...

Nak hantar pi school tu dah tak jadi masalah tapi 1 je masalah yang tinggal sekarang iaitu nak letak si Raziqh tu dalam kelas dia, hehe. Kat sekolah depa ni ada 3 kelas - kelas untuk kanak2 3 & 4 y/o, kelas untuk 5 y/o dan kelas 6 y/o. Kelas 3 & 4 y/o tu students tak sampai 10orang pun, comel2 semuanya. Lastweek Raziqh memang langsung takmau masuk kelas tu, mungkin sebab kelas tu kecik atau mungkin sebab suasana pembelajaran yang dia still tak boleh nak terima, so teacher letak dia dalam kelas budak 5 y/o, sekali dengan Rafiqh. Menurut teacher depa ni, duluuuu untuk kelas budak2 kecik tu sistemnya more to playschool tapi mak bapak komplen anak2 depa tak pandai lah pulak, so sekarang teacher kena laa pulun mengajar, menjadikan suasana kelas tu tertumpu pada pembelajaran. Raziqh baru 2tahun 9bulan, I tak expect dia untuk pandai membaca sekarang. Hantar dia pergi school, tujuannya untuk dia belajar berkomunikasi, berdisiplin, enjoy berkawan sambil belajar sikit2. Cause all this while, before pergi school lagi dia dah kenal huruf and even boleh tulis A and etc lagi, without sesiapa ajar. So I tak ada intention nak push dia, in fact Rafiqh pun tak. Biar depa belajar slowly and steady, cause I'm so sure bila tiba waktunya depa akan mahir jugak nanti. Atas sebab tu bila discuss dengan teacher depa, I minta supaya bagi Raziqh masa untuk dia sendiri willingly masuk kelas dia, as long as dia tak ganggu kelas 5 y/o tu. Teacher kata dia ok, tak ganggu orang dan yang paling penting sekarang dah boleh diajak duduk dan fokus buat kerja. Maybe in another 2weeks dah boleh letak dalam kelas dia insyaAllah...  

Lastweek, masa lunch I sembang2 dengan 2R, tanya tentang school depa. Rafiqh bagitau yang Raziqh tu sibuk je duk dalam kelas Rafiqh, tak reti2 nak masuk kelas sendiri, haha(dia rimas sebab Raziqh dapat tumpuan). So I pun tanya laa Raziqh, kenapa takmau masuk kelas Raziqh? Ni jawapan dia : "Sebab Raziqh hebat lah! Raziqh hebat tau boleh duk dalam kelas onichan", haha dia merasakan dirinya hebat boleh masuk kelas budak2 besaq, and guess what, their teacher told me that he's the one who control the class, terus berlagak macam ketua kelas hokey! Oh No! Sabaq je laa budak kecik ni, anak sapa taktau, hakhakhak...

Friday, April 27, 2012

Cerita minggu ini...

Agak kekalutan sepanjang minggu ini. Tiap2 hari cuba curi masa nak kelih blog, tapi apakan daya cuma sempat buka draft saja, takdan nak edit sangat pun, tu yang blog tak ber-update tu...

Ada few updates nak cerita sebagai rumusan untuk minggu ni...

Pertamanya, starting last wednesday Rafiqh and Raziqh dah dimasukkan ke sekolah. 2days before tu (monday), on the way balik dari klinik, I bawa 3R pusing2 seksyen 6 ni untuk survey tadika. Stop at few choices yang rasa berkenan di hati and made phonecalls here and there asking few questions. 1st of all, need to ask them weather they take 3 y/o students or not, cause sebolehnya nak 2R going to the same school, senang nak hantar dan ambil...

Apparently memang tak banyak tadika yang ambil students kecik2 ni, lastly mama cuma ada pilihan untuk hantar 2R ke Krista. Tak jauh pun, masih dalam kawasan perumahan yang sama. Sebenarnya kalau nak cari lagi pun boleh, kat Seri Putra nun bersepah tadika2 yang berbentuk franchise, yang obviously memang ada ambil students seawal 3y/o, cumanya jauh sikit la nak pi hantar-ambil setiap hari. Sebelum ni pun I dah survey tanya littlecaliphs, q-dess dll, dan setelah mempertimbangkan banyak faktor, akhirnya Krista menjadi pilihan...

Tak pernah dengar pun nama Krista ni sebelum ni, tapi bila guru kat situ cakap yang depa ni pun franchise so ada sedikit keyakinan lah, memandangkan biasanya tadika franchise ni ada guidelines dan silibus yang lebih terancang. Lepas consider the fees and etc. myLove pun setuju untuk hantar 2R ke situ. Makanya bermulalah rutin baru mama pi hantar dan ambil depa dan bermulalah kisah mereka ke sekolah, hihi...

Keduanya, cerita tentang bisnes mama3R. Alhamdulillah, now in progress menyiapkan 1st project for Sakura Beauty. InsyaAllah bermula bulan depan Sakura Beauty will be joining T**P***Shop, a shop with blogshop lodging concept in Kota Bharu, nama kedai dirahsiakan dulu, nanti dah launch I'll announce here, kena laa promote kan?! Tak ada apa yang hebat sangat pun, bukan buka kedai sendiri, just ambil 1 section untuk jual produk2 sendiri ni saja. Kalau nak ikutkan, stocks in hand pun selalu putus but since the owner of the shop is my junior and my sis bestfriend, so rasa happy sangat2 bila dia tawarkan offer itu, without thinking too much I just grab the chance. Maybe dengan adanya slot ni I boleh rest sikit dari terlalu tumpukan pada promotion untuk lajukan lagi bisnes sekarang. And at the same time, masa yang terluang sedikit tu nanti boleh digunakan untuk my 2nd project pulak insyaAllah...

So atas tujuan pengiklanan, I pun tempah bizcard. Tempah dari kohai(=junior), dulu sama2 kat Yamaguchi. So lepas ni kalau ada sesiapa yang berminat nak buat kad, boleh contact Zambri 013-5029791. Bukan takat kad saja, macam2 servis pun ada. Boleh klik http://www.facebook.com/ZambriPrinting for more info...



Ni hasilnya, cute tak? hehe...