Tuesday, January 12, 2010

Combi Ninna Nanna

Sejak Raziqh deman+selsema+batuk tempoh hari, dia sangat meragam, langsung taknak dibaringkan atas tilam atau letak dalam walker mahupun duduk atas bumbo-sofa, 24/7 asyik nak melekat kat mama, haiyooo, fehning2. Masa tu I betul2 desperate untuk babywearing(bw-ing) Raziqh dalam rumah sebab satu hapa kerja pun tak boleh nak buat, berselerak-tarak rumah ni, so I told myLove that I really need the back-carrier(bc) bw so that I'll be able to carry him while doing housechores. Actually I even tried wearing him using both of my ring-slings tapi ya Allah, tak senang jugak nak buat kerja, memanglah mulut dia diam, syok sangatlah dikendong tapi tangan dan kaki tu ligat kemain nak capai segala mak-neka perkakas. Cuba jugak back-carrying him guna aprica ring-sling tu tapi kedudukannya tak stable langsung, senget-benget anak haku, hish takut aih, naya ja kalau jatuh. Fikir punya fikir, hmmm tak boleh jadi ni, kena beli jugak bc tu, only then I bought(using myLove's money of course, ahaks) the 2-shouldered-back-carrier style babywearing gear, bertambah lagi koleksi bw gear momma, hihi...

Kebetulan pulak before tu I memang dok usha bw ergo dengan kak Oja dan kak Oja siap bagi web yang tengah buat promotion new year bw ergo, waduhhh sungguh tertarik, murah2 sungguh tapi bila consider diri ni mainly nak pakai dalam rumah je, pejam2kan laa mata dan padam2kan laa nafsu ni, hehe. Survey punya survey, sebab masa dah suntuk I fokus lebih pada brand combi dan aprica saja, so last2 terjumpa kat yahoo auction, harganya ok, condition pun ok walaupun 2nd hand, jenama combi dan nampak selesa. MyLove pun belikan dan dah pun sampai minggu lepas...

Combi ninna nanna pA-138 series is a genetic single soft-carrier that can be used for cradling, cuddling and back-carrying, boleh digunakan untuk newborn sehinggalah budak2 berusia 30bulan(14.9kgs). Untuk posisi baring ie. cradling(macam dalam gambar di bawah-kanan), it's suitable for newborn until the baby has developed the neck muscle which is around 4months old. For cuddling and back-carrying position pulak, bilamana baby sudah boleh kontrol pergerakan lehernya, haa dah boleh laa nak bawa baby dalam posisi duduk ni...

Sekarang ni, walaupun Raziqh dah tak demam tapi dia masih selsema dan sedikit batuk, so still ada masanya dia buat hal, haa kalau sibuk dengan kerja2 rumah, I cuma perlu susukan Raziqh sampai kenyang dulu then letak dia dalam bw ni, hah galas dia sambil memasak, mengemas, membasuh-menyidai-melipat baju, sambil mandikan Rafiqh pun boleh, wohohoho best sangat sebab tak perlu berebut2 terkejar2 nak buat itu ini dek kerana kasihan dengar dia melalak. Raziqh nampak sangat selesa duk dalam tu, and he even fells asleep on his own... Nanti dia dah betul2 sihat bolehlah nak kurangkan wearing dia dalam rumah, cause actually I tak berapa suka sangat kendong anak dalam rumah, lebih prefer tengok dia main sendiri2 atau main dengan onichan...

Though I thought of using this bc only at home at the first place, but last night I went out off to supermarket while back-carrying him, ahahaha. Rasa best laa pulak kan and I guess I should back-carrying him everytime we're out for shopping groceries, senanglah nak angkut barang, hihi. Bila nak keluar jalan2 pulak, I boleh pakai ring-sling...

Bagi I, bezanya bc dengan ring-sling ni ialah lagi senang nak buat housechores bila guna bc, tangan lebih bebas bergerak dan tak payah risau keselamatan baby sangat. Dari segi penggunaan dalam jangkamasa yang lama pulak, beban pada bahu terasa berkurang sebabnya bc ni kita guna both bahu sedangkan ring-sling tu kita guna satu sahaja.

Apapun, I suka both laa, dua2 ada kebaikan dan kekurangan, yang penting kita sendiri kena bijak untuk sesuaikan penggunaannya dengan masa dan keadaan, pasti hasilnya berbaloi-baloi lah! 'Alah membeli menang memakai' youuuu! ehehehe...

Nanti I upload gambar kami pakai bc ni hokey...

Monday, January 11, 2010

Constipation @ sembelit

Raziqh dah beberapa hari tak poop, haihhh...
Nasib baiklah dah ada pengalaman handle situasi ni dengan Rafiqh dulu, so this time taklah gelabah. Oh actually this is not the 1st time, in fact dah banyak kali pun si Raziqh ni skip berhari2 tak 'membuang', taktau for what reason this happen, so now I cuma perlu monitor keadaan dia saja, without any other symptoms such as vomiting, swollen tummy and etc., insyaAllah tak apa2 laa...

Masa Rafiqh kecik dulu, pernah dia tak 'membuang' selama hampir seminggu, masa tu dia fully-breastfed. Memanglah risau kan sebab sejak lahir dia memang jenis yang membuang at least sekali sehari. Then we googled the infos in baby's websites and went to meet his paed and asked him directly regarding this problem. The doctor told us(and we got the same answer from the websites) that for fully-breastfed baby, a week seems to be normal for not having his bowel movement...

Actually there's no such thing as normal number of bowel movements per day, bila dan berapa kerap our baby moves his bowels can depend on when and what he eats, his level of activity and how rapidly his body digests food. Constipation occurs when stool backs up in the intestines, either delaying bowel movements or making them hard for our baby to pass. Our baby may be constipated if any of the following is the case:
- his stolls are hard and dry or have blood in them
- 3 or more days have passed since his last bowel movement
- he shows persistent discomfort when moving his bowels

Penyebab utama constipation boleh dilihat pada sumber pemakanan bayi kita. Jika bayi kita fully breastfeed, so constipation is rare, but still it's possible to happen. We have to refer our baby's doctor if his stools are hard, dry and painful. Tapi kalau dia nampak ok dan bila membuang dia tak tunjukkan reaksi yang dia sakit dll, tak perlulah risau... Kalau risau, jumpa doktor, habis cerita!

Bagi bayi yang hanya diberi minum formula milk pulak, berkemungkinan the particular brand he's drinking may not agree with him. Switching brands may help to solve the problem.

Selain itu, constipation can also be caused by dehydration. Kekurangan air dalam badan menyukarkan bowel movements, so giving our baby more fluids can help. If our baby is already eating solid foods, try giving him prune or pear juice(but not citrus fruits' juices-oranges,lemons etc. until our baby reaches 1).

Aside from making changes to his diet, here are a few more tricks for getting bowels back on track:
- wiggle his legs in a gentle pedaling motion while he's lying on his back
- gently but firmly massage his belly below his navel. If we feel a firm area, keep a steady pressure there for a few moments

Hopefully Raziqh tak apa2 lah, since he's still fully breastfeed so nothing much I could do about his diet(I do eat and drink lots of water, orange and etc.), all I can do now is to massage him 2times in a day.

Owh Raziqh, sila poop setiap hari, buleh?!
Edited: yer dik, sila poopoo setiap hari sebab mama tak tahan lah bila berhari2 Raziqh tak poop, sekali buang perghhhh mama pengsan! Punyalah banyak dan tobat busuk tak hingat! hakhakhak

Sunday, January 10, 2010

Lastweek

Minggu lepas agak kurang mood memasak sebab tak larat+anak2 meragam+sendiri pun kurang sihat...

Hari isnin buat orange yogurt cream. Resepi diambil dari myResepi.
Kalau ikut resepi asal, kena guna orange juice tapi disebabkan kat rumah ni tak ada, so I bland buah limau sebiji dengan sedikit air. Limau tu pulak sangatlah manis so I kurangkan gula, letak separuh dari sukatan asal. Sedap, masam2 manis, ala2 kombinasi yogurt and ice cream, best! Rafiqh pun suka(apa laa yang dia tak suka kan, semua suka, hihi), kebetulan pulak masa tu dia pun kurang sihat, kurang selera nak makan, bila bagi yogurt cream ni laju je dia telan...

Bahan2:
100 ml jus minuman oren
250 gm plain yogurt
60 gm gula halus
2 sudu besar air panas
1 1/2 sudu kecil gelatin
100 ml fresh cream/whip cream

Cara2:
- masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau hingga gelatin cair, masukkan ke dalam jus oren
- campurkan yogurt dan gula halus dan masukkan ke dalam adunan jus oren tadi
- masukkan cream, kacau sebati
- masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam fridge 3-4jam

Hari rabu buat choco mousse brownies ni, untuk brownies tu pakai 1 adunan penuh tapi untuk mousse tu I cuma buat half ja, sebab apa? sebab whip cream cuma ada 100ml(baki buat yogurt cream). Dah tak sabar2 nak makan, mousse tu belum cukup beku lagi I dah potong, haha, tengoklah hasil gambar tu, cair lagi, hohoho. Sedapnyaaa time sejuk2 dan selera makan kurang ni dapat pulak jamah kek 'aiskrim', walla!
Petang khamis tu sebab ada tamu nak datang rumah, my juniors-Fizah dan Dena, I cuma buat banana yogurt muffin dan keledek goreng. Banana yogurt muffin ni fail sebenarnya, hihi. Adunan butter dan gula tu dipukul tak cukup kembang, so agak padat sikit muffin ni, huhu. Lain kali nak try buat lagi...

Jumaat tu pagi2 dah buat vanila choc chips muffin ni, sebabnya nak bagi kat junior-Nas yang tolong temankan I dan anak2 ke shiyakushou(=pejabat daerah).
Petang tu rasa malas nak makan nasi dah untuk dinner so sms myLove tanya dia boleh tak kalau I buat bihun goreng saja, dia kata ok, so for the first time I tried masak bihun goreng singapore ni. Ermmm not bad laa, tak pedas kan, Rafiqh pun makan banyak. Goreng jugak ayam berempah, yummy! Petang tu obachan jiran sini bagi my favourite-potato sarada lagi, perghhh heaven! Banyak jugaklah dia bagi kali ni, alhamdulillah, memang sedap sangat potato sarada dia tu...

Saturday, January 9, 2010

Breastfeeding in public

Semua gambar entry ni dicilok dari yahoo_images

What's wrong with 'nursing in public'?!
I just can't understand why some mommies should feel nervous, worry, afraid, shy or whatnot to breastfeed(bf) their baby out in public. 'Masalah' ni bukan takat bangsa melayu ja terjebak but nursing in public is tends to be controversial to everyone in this world! Lets talk about this topic dalam skop yang lebih kecil, lets focus on our culture...

I heard that some of us getting the negative comments and nasty looks when breastfeeding in public. Kasihan kan? Nak bagi anak susu pun orang mengata. Mungkinlah ramai yang memandang negatif perbuatan menyusu anak di khalayak ni sebab nampak macam tak senonoh. Oh please lah! Apa yang tak senonohnya bila seorang ibu memberi makan anaknya dari susu yang tercipta khas untuk bayi tu oleh Allah? Yang paling penting, ibu tu tak laa bodoh-piang nak tayang semuanya, sah2 laa dia cover kan. Ada yang kata "ish walaupun dah tutup nanti tetap jugak orang yang tengok tu fikir bukan2", hadoi laa cik jijah oii, lantak pi laa dia nak fikir apa pun, kalau semua benda yang orang fikir tu kita nak ambilkira, nak menapak satu langkah pun kita takkan mampu, dok laa tang situ tak maju2! Orang2 yang suka komen dan pandang sinis tu lagilah 40ribu juta kali bangang, dari hangpa sibuk2 kutuk ibu yang menyusu anak, baik hangpa pi kutuk pi sound perempuan2 seksi tak-tentu-hala-punca tu! Akai ada ka?! Oh adaaa tapi buh tang kepala lutut, ermmm patut laa... Ok2, pi dok main jauh2, shuh shuhhh...

Memanglah kita ada pilihan, boleh ja nak bagi susu ibu through bottle feeding tapi I guess ramai ibu yang rasa benda ni leceh. I ni fulltime housewife yang 100% direct feeding my baby, 1 of reasons why I love bf is because I don't have to bring segala-mak-nenek perkakas susu baby bila outing, so apakehalnya sebab nak jaga 'mulut' dan 'pandangan' orang I nak kena menyusahkan diri sendiri. Lagipun I tak rasa ibu2 bekerja yang buat ebm(express breastmilk) kat baby depa tu pun akan bawa those ebm everytime outing, betul tak?

I tak pernah rasa malu nak menyusu anak kat public. Masa Rafiqh kecil2 dulu, I only used shawl and brooch to cover my boobs. I've nursed him pretty much everywhere, kat hospital/ofis kerajaan, dalam kereta/bas/train/kapal terbang, dalam supermarket, kat taman, kat bus-stop/train station/airport, kat dewan, kat majlis2, kat mana2 sajalah! I simply bf him anywhere anytime he wished to have his milk. Only after I got pregnant to Raziqh, I've sewn my own nursing cover and I'm so proud to use it. Alhamdulillah so far selama dok menyusu ni baik kat Malaysia mahupun kat Jepun, I tak pernah lagi dengar orang komen negatif(depan I laa) atau menerima pandangan sinis orang, kalau takat pandangan pelik sebab pakai nursing cover tu biasalah!

I tak kesah pun menyusu baby sambil berdiri dan berjalan. Yup, menyusu sambil shopping pun pernah, letak anak dalam sling then cover with nursing cover, haa simple kan? Pernah sekali tu keluar shopping dengan my sis-alang kat Jusco, sebab kesuntukan masa dan banyak lagi barang nak shopping so I decided to bf him sambil membeli-belah, seriously ramai sungguh orang tengok, mesti depa fikir minah ni mereng ka hapa pakai apron dalam shopping complex, haha. Bila tanya alang, "angah nampak pelik ka?" Alang kata "aah, maybe sebab orang taktau angah dok nyusu kot, tak nampak Raziqh pun", both of us gelak2, owh patut laa, then I keluarkan kaki Raziqh, barulah ada makcik2 tegur "dok nyusu ker?", hehe...

Walaupun dunia sekarang ni dah makin prihatin dengan 'natural parenting' dimana kat kebanyakan airport, shopping complex yada2 dah disediakan "baby room" yang provide nursing room, tapi tetap tak semua tempat ada. Kalau takat supermarket kecik2 biasanya tak ada, kat restaurant pun tak ada, so takkan nak biar anak melalak lapar then suruh dia sabar tunggu balik rumah baru nak nyusu pulak kan?! Buatlah apa saja untuk menyusukan si anak, kalau ada budget lebih bolehlah beli nursing cover, sangatlah memudahkan! Straight to the point, I nak promote nursing cover(nc) ja sebenarnya, hakhakhak, tapi mukhadimahnya punyalah melalut panjang berjela! Eh 'promote' here tak bermakna yang I ada jual nc hokey, cuma nak maklumkan kat ibu/bakal ibu yang mungkin berasa was2 atau serba-salah nak menyusu kat public, kini kita dah ada alternatif untuk itu...

Ada kawan2 tanya, "tak lemas ka baby duk dalam tu?", jawapannya "Oh tidak!". NC yang dijual di pasaran pastinya ada part ala2 dawai lembut(sorry I taktau term-nya) kat bahagian atas kain tu, so ianya membentuk separa bulatan bila kita pakai dimana ianya membuka ruang udara di situ, kita pun boleh intai wajah baby, in fact baby pun boleh kerling2 mama-nya while nursing(macam dalam gambar kat bawah ni), sooo cute, no?!

Bagi yang duk di Malaysia, banyak ja online shop yang jual nc ni, salah satunya ialah KedaiChomel. Bagi yang duk kat Jepun ni pulak, boleh survey kat yahooshopping @ yahooauction etc.

Go go breastfeeding!!!

Friday, January 8, 2010

Tsuyoshi-kun @ 2years 1month

Wahhh dah ada angka 2 dah kat awal usia dia, besar dah onichan yer...

Banyak sangat nak cerita kalau nak update satu2 pasal dia, dah banyak benda dia boleh buat, most of the times dia berjaya buat kami kagum dengannya, tiba2 mak bapak dia kandou(feeling) lebih2, kes oyabaka lah ni, haha... Untuk entry kali ni, I highlight 2points sajalah!

Yang pasti Rafiqh sekarang makin petah berkata2, dah pandai bagi dan jawab salam bila sampai rumah. Sekarang tengah ajar dia on how to greet people, say "assalammualaikum" to muslims and "ohaiyo gozaimasu/konnichiwa/konbanwa" to japanese. Aisatsu(=greeting) ni salah satu budaya jepun, sangatlah beradab dan bersopan-santun, cute sangat tengok budak2 pandai aisatsu orang. Bercakap words lain2 tu banyak dah yang dia boleh sebut, tak sabar pulak nak tunggu dia pandai 'berbual', mesti meriah rumah ni bersoal-jawab dengan dia, hihi...

Kalau dalam entry milestone dia sebelum ni I mentioned about his new bad habit of throwing tantrums and I did promised to write about it, tak sempat nak habis tulis lagi I guess dia dah slow down perangai mengamuk dia tu dah, alhamdulillah really lega yang amat sangat. You guys mesti tau kan betapa seksanya nak layan kerenah amukan anak2 ni, boleh naik meroyan dan separuh gila mak bapak kalau tak cukup sabar nak tackle perangai mengamuk ni, tapi syukur amat sangat he has stopped driving me nuts!

I know its perfectly normal for toddlers at his age to throw tantrums cause that's how they express their feelings, but still I don't agree with the idea of just let them do whatever they want to do whenever they're unhappy. Expressing emotions is healthy, even when they aren't happy ones. Their feelings are transparent, it's soo tempting if we want to keep things happy for them at all times. And it's also important for them to experience emotions like sadness, frustration, anger yada2 so that they can learn to cope better with their future life. So I believe we as parents have the right and responsibility to guide and teach them the proper ways on how to express their emotions. Whether we like it or not, we have to let them know that it's okey to be unhappy sometimes, it's okey to have such the negative emotions cause it's simply part of life. For example, mereka mungkin mengamuk kerana berasa "oh hidup ni tak adil" bila their mom pays more attention to their little siblings, so we have to label their feelings "you got all my attention when you was a baby, you can't get the same attention all the times, yes life is not always fair, we have to learn to tolerate with each others bla3" and tell them that they're not the only ones who feel such that feeling, kita adults pun ada masanya rasa kecewa, rasa sedih, rasa marah etc. etc... Somehow slowly mereka akan faham 'lumrahnya' bad emotions dan belajar mengatasinya in their own better ways...

Ada jugak ibubapa yang merasakan membiarkan anak2 melepaskan amarah/emosi mereka dengan cara mereka tersendiri adalah tindakan paling mudah dan baik. Ok fine kalau dia takat ngamuk dalam rumah ja, what if kalau kat public pun dia buat hal, tak sakit jiwa ka? Kita pun tak suka tengok anak orang buat hal kan, takkan kita assume orang suka tengok perangai anak kita? heh! Yes, I have to admit I'm not a good momma, yang boleh tengok ja anak buat perangai, yang boleh sengih ja layan segala mak-nenek kehendak anak, yang berlapang hati bila anak baling hawing barang, hempas2 badan, gedegung-gedegang pintu, jerit2 pukul2 I or whatnot, oh its soo not me! Seriously hari tu memang I tensyen sangat2, apa tak nya, even for a very tiny simple thing pun dia boleh mengamuk tak-tentu-hala-punca, serabut sungguh kepala otak ni. Sekarang ni I think he learns his lesson lah! After what he did and we did, may be dia dah tak berani nak tunjuk perangai tu lagi... Though he still tak boleh 'luahkan' apa perasaan dia, I still tak faham kenapa kadang2 tiba2 dia moody, but somehow lately dia boleh calm down in other ways, legaaa no more 'drama'...

So Rafiqh onichan, please behave, your momma sometimes could turn to be a monster!!!

That's all for now, selamat berhari minggu!

Thursday, January 7, 2010

Quick update

Alhamdulillah Rafiqh dah pulih dari demam, tinggal nak clear-kan selsema dan batuk, mujurlah keduanya di tahap biasa2 je, as long as tak jejaskan selera makan dan mood main dia, nothing to worry about, insyaAllah.

On the other hand, Raziqh masih demam, masih selsema, masih batuk dan makin meragam especially at night, huhu. Kasihan kat dia, semalam kena marah dan mama ignore tangisannya selepas puas berhempas-pulas cuba macam2 cara nak hentikan tangisan dia tapi gagal. Mama dah penat sangat plus sedikit kurang sihat menambahkan rasa tak tahan bila dengar dia merengek. Gomen ne(sorry) baby...

Semalam I pulak rasa tak sihat, sakit tekak dan rasa macam nak selsema, lepas dinner cepat2 makan ubat dan tidur seawal 9malam. Terjaga beberapa kali tengah malam tadi melayan kerenah Raziqh membuatkan badan rasa lebih letih dan tak bermaya. Bangun pagi tadi rasa blur2 dan pening lalat. Dah la sejuk nak mampuih, hadoiii malas sungguh nak bangun. So lepas breakfast, without fikir panjang I terus telan 2biji bufferin dan sebiji ubat selsema, tak tau laa boleh ka tak main bantai makan terus 2 tu tapi hentam saja lah! Alhamdulillah tengahari ni rasa ok dah, tak jadi nak batuk dan selsema, fuhhh lega. Kena maintain makan ubat laa supaya tak jatuh sakit insyaAllah...

Oh ya, 2hari lepas genap usia Rafiqh 2tahun 1bulan, ish dah 2tahun lebih dah dia... Makin banyak yang dia belajar dari hari ke hari, kami sangatlah kagum dengan perkembangan dia setiap hari, hehe. Nantilah kalau ada masa I update entry khas untuk dia. Petang ni ada tetamu nak datang rumah, so nak kena pi sediakan minum petang sikit... Jyaaa(bye)...

Tuesday, January 5, 2010

Cuti new year

- Rabu -
Lepak2 kat rumah aje, cuaca kat luar pun sejuk semacam. Pagi tu buat donat untuk minum petang...
- Khamis -
Dari pagi yuki(=snow) turun dengan lebatnya, sejuk sungguh. Tapi disebabkan matahari memancar terik, kami pun ambil keputusan untuk keluar...

Lepas solat zuhur kami keluar ke Kojima, myLove nak survey barang, penat laa jugak merayau dalam kedai tu cause I kena jadi "bayang2" Rafiqh, ikut ja bontot dia ke mana dia pergi, dah laa mengendong adik yang macam biasalah, aktiviti wajib dia tak lain tak bukan tidur dalam sling tu. Jenuh nak ligan dia yang sakan berlari ke hulu ke hilir, eh tapi I bukan ikut dekat2 pun, asalkan nampak kelibat dia ja, kat sini bukan macam Malaysia, insyaAllah selamat hehehe. Rafiqh pun trick je lebih, habis2 jauh dia lari pun, nanti dia pusing balik cari ayah dia. Dia buat macam games "mari mencari ayah" laa pulak, siap belek muka orang dulu untuk confirm-kan dia tak salah orang, hahaha yer laa kan, musim2 sejuk ni most lelaki pakai jacket hitam, so dia confuse.

Bila tengok Rafiqh dah lalok mengantuk, myLove pun ajak balik. Sebelum tu kami singgah makan sushi. Dah lama tak makan sushi kat kedai, sejak Raziqh lahir ni kami tak pernah gaishoku(=makan luar) lagi. Teringin sangat nak makan udon tapi kena tunggu Raziqh besar sikitlah, boleh je nak buat kat rumah tapi of course 'rasa' tu tak sama kan, hohoho... Masa makan sushi tu pun Raziqh ni taknak duk diam, mana dengan nak suap si Rafiqh lagi, hadoi tak menang tangan nak kontrol 2budak. Sebulan 2 lagi insyaAllah Raziqh dah boleh duduk without support, bolehlah buh dia duduk dan makan dengan amannya, hihi...

- Jumaat -
New year kami sambut kat rumah je. Tengahari tu adun double-choco-donat, petangnya goreng dan celup chocolate, perghhh meleleh air liur, hahaha.

- Sabtu -
Simpan sikit donat semalam untuk goreng buat breakfast. Nikmatnya pagi2 dapat makan macam ni, wohohoho tak fikir diet dah time ni...

jari Rafiqh yang dah tak sabar nak makan...

- Ahad -
Tengahari tu keluar pi beli barang dapur. Balik rumah buat pizza dan sup cendawan, yummy!

Awalnya I cadang nak ajak myLove bawa budak2 ni jalan2 tapi bila tengok myLove yang kurang sihat, spent masa kat rumah je laa, huhu... Hari ni myLove still cuti lagi, insyaAllah esok boleh pi kerja dah kot. 2R ni demam masih on off, masih batuk dan selsema, harapnya cepatlah sembuh. Banyak plan nak masak menu2 baru tapi susahlah dengan Raziqh yang langsung takmau berenggang ni, rasa macam nak gantung ja dia kat belakang ni, hehe. Semalam memasak sambil pakai sling tapi susah sebab dia gagau semua benda, bahaya la kan. InsyaAllah esok lusa sihat la kot...

Monday, January 4, 2010

2R demam

Kami baru je balik dari klinik kanak2, ambil ubat untuk 2R. Sekarang ni I tengah menaip sebelah tangan sambil meriba si Raziqh yang tengah tidur. Hadoi fehnat laa mama macam ni, average masa dia nak duk bawah cuma 5minit ja, memang langsung tak sempat nak buat apa2 dia dah teriak. Kalau nangis sikit2 tahan la jugak, ni dak aih, dia buka volume paling kuat sekali, siap merambu2 airmata dan ada esak2 lagi, hadoiiii adik ni, drama sungguh! Kalau bagi ayahnya pegang pun, sekejap ja dia behave, lepas tu dia melalak macam hapa ja, mama ambil ja automatik diam, heeee geram tau budak ni! Rafiqh pulak macam biasalah, sakit dengan sehat takdak beza pun, nakal serupa tu jugaklah, kena marah dan cubit macam biasa, hakhakhak.

Ni gambar2 kat klinik tadi, sempat lagi mama snap, ahaks...

Klinik kanak2 kat Jepun ni sangatlah cantik, eh semua klinik kat sini pun cantik sebenarnya. Very baby&child-friendly tau, mungkin sebab tu Rafiqh sangat suka pi klinik. Sampai2 ja terus terkam main itu ini, nurse tak panggil dia pun, dia dah "hait hait"("ya ya"), penyibuk sungguh...

Ni Raziqh yang moody, sangat cranky dan clingy, huhu... Seksa jugak nak bagi dia makan ubat, ubat kat sini semua jenis serbuk so kena larutkan dalam air dulu. Untuk Rafiqh no problem sangat since ubat tu boleh campur dalam susu atau makanan dia tapi Raziqh ni alahai kesian sungguh, dia kena minum dari dalam botol susu so dia takmau telan, habis diluah2...
Adik kena makan ubat tau, moga cepat2 sembuh yer dik...

Not feeling well

Not me, but my dear 3heroes, hohoho...

Cuti panjang ni tak ke mana pun, keluar 2kali je - on 31st dec ke Kojima(kedai jual barang elektrik) and yesterday off to supermarket to buy groceries. MyLove tak sihat sejak rabu, sakit tekak dan batuk. Semalam start demam, so hari ni terpaksa ambil cuti lagi. Raziqh pulak mula batuk2 petang semalam and get worst last night, pagi ni macam ada hingus sikit. Langsung tak nak diletak, suruh pegang je, hadoiiii. Rafiqh sebelum ni nampak ok ja, cuma malam semalam taknak makan nasi tapi demands nak makan biskut. Lepas dah tidur, duk tak duk tiba2 tengah2 malam terjaga dan I pegang badannya panas, myLove basahkan kain dan lapkan seluruh badan dan kepala Rafiqh, tengah tepuk2 suruh tidur, tiba2 muntah, habis tilam dan selimut, haiyooo... Nasib baik jugaklah semalam both 2R tidur ok, as usual mama jaga Raziqh while ayah jaga Rafiqh. I terbangun beberapa kali menyusukan Raziqh dan nampak myLove dok lap badan Rafiqh. Lately mama pun kerap tidur mati, dah tak sedar kalau Rafiqh bangun, kasihan ayah tak sehat pun kena jaga Rafiqh jugak, huhu...

Pagi tadi ayahnya check suhu badan Rafiqh 39darjah, terus sumbat ubat ikut bontot, sekarang dah turun suhunya. Nampak gaya petang ni nak kena bawa 2R ke klinik lah!

Ada banyak nak update sebenarnya tapi kena tunggu sampai both 2R sihat sikit, especially si adik ni yang asyik meragam, onichan no hal, demam pun cerdas macam sehat walafiat.

Moga semua cepat kembali pulih seperti sediakala, amin...

Friday, January 1, 2010

Lembaran baru 2010

あけましておめでとうございます(akemashite omedetou gozaimasu) !!!
Happy New Year !!!

2009 telah pun berlalu pergi...
2009 menitip banyak memori indah dalam kisah hidup ini...

Keluarga kecil kami menyambut kehadiran ahli baru, Raziqh Takeshi yang sungguh2 menambah seri dengan kekek tawa dan teriak tangisnya, alhamdulillah...

Keluarga besar pulak, abah mak dan adik2 dah pun berpindah rumah menginap di kediaman milik sendiri di Puncak Meru, Ipoh. InsyaAllah kami akan jadi orang Perak lah lepas ni, kini Ipoh dah jadi 'kampung' buat anak2 kami. Selain tu, kami jugak menerima kehadiran orang baru yang menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami, seronok dapat adik ipar - Shahril @ abanglang, bertambah besarlah keluarga ni, alhamdulillah...

Selalunya saban tahun, setiap kali menantikan hadirnya tahun baru, pastinya ada perancangan yang dinanti2 untuk dilaksanakan. Contohnya 2007 untuk grad dan kelahiran Rafiqh, 2008 untuk menyambut my family datang bercuti ke sini, 2009 untuk pulang bercuti ke Malaysia dan melahirkan Raziqh... Tapi tahun ni terasa 'sunyi', terasa 'kosong'... Agaknya apa lah peristiwa2 yang bakal mengisi diari tahun 2010 ini ya, rasa sungguh tertunggu2...

Kami ourlovestory's family ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 buat semua pembaca blog ini. Semoga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya dalam segala hal...