Set2 yang dibawa masuk tempoh hari dah pun berjaya dijual habis. Hari tu cuma bawa masuk 3jenis set dengan kuantiti yang terhad, ramai pulak yang tanya pasal set2 atau single bottle lainnya so sekarang I nak buka order untuk sesiapa yang berminat nak beli, tak kesah laa set ka single bottle ka, meh2 sila order...
Pre-order ni dibuka sehingga 12 jun ni. Kalau berminat, meh laa order cepat2 yer...
I dah masukkan 4sets baru jugak, diberi nama "mini pack", dengan harga yang ditawarkan serendah RM100 1 set. Mana nak dapat?!
So guys, jom cuci mata kat blog satu lagi -> http://ols-sakuraboutique.blogspot.com
Kalau berminat sila laa email arukassfan@yahoo.com /msg di fb yer...
Tuesday, May 31, 2011
Separuh perjalanan
Stop sat cerita pasal Holland, nak bagi laluan pada cerita pregnancy pulak...
Alhamdulillah kandungan ke-3 ni dah masuk 22minggu, dah selamat melalui separuh pertama perjalanannya, another 18weeks to go insyaAllah...
Check ups...
So far so good, semua results check up setakat ni baik2, kesihatan mama ok, baby pun sihat dan bergerak aktif sepanjang masa. Cumanya check ups kali ni agak kelam-kabut sikit, sebabnya rasa macam banyak langkau2 ikut sempat. 1st check up buat kat Nihong, 2nd 3rd and 4rd buat kat Malaysia, dan ketiga2nya di klinik/hospital yang berbeza. Next check up suppose kena buat kat sini, gynae pun advised suruh buat at least sekali untuk pantau keadaan baby but sadly not sure yet nak buat macammana sebab taktau prosedur kesihatan kat sini, takpa laa nanti try tanya orang laa kot. Kalau susah2 sangat memang tawakal je laa tak pi check up, balik nanti terus pi klinik. Haa hari tu janji nak cerita pasal check ups ni in detail dalam entry khas kan, hihi, tak cerita2 pun lagi, dok tangguh2 nanti tak ingat info baru padan muka sendiri, dah laa diri tu ada masalah ingatan, hish *bebel kat diri sendiri*...
Alahan...
Alahan dah berkurang banyak compared to awal2 pregnant hari tu, alhamdulillah laa kan, dah rasa more energetic sekarang ni. Tapi pregnancy kali ni I rasa memang unik sikit sebab alahan tak pergi sepenuhnya, I still boleh rasa mabuk2 terhadap benda2 tertentu. Kalau salah makan pun still akan muntah, yang mana semua ni tak pernah dialami ketika pregnant sebelum2 ni. Tak kesah laa, takat alah sikit2 ni masih boleh tahan lagi. Bagi orang yang pernah alah dengan teruknya mesti rasa alahan2 kecil ni simple je nak handle, hehe...
Pregnancy ni jugak sangat alah pada japanese food, baguih kan?! Dia pun tau susah nak dapat makanan jepun kat Malaysia so awai2 dah tolak. Hari tu memang ada bawa balik banyak stok bahan mentah japanese foods, tapi bawa balik saja laa, masaknya idak pun. Last2 mak bising awat tak masak bagi anak2 makan, bukan ceq takmau masak mak oii, ceq tak tahan bau, rasa nak muntah, tapi dah sebab budak2 ni nak makan, masak jugak laa tapi sambil tutup hidung, boleh?!
Mengidam...
Part ni paling best. Kali ni memang gila2 sungguh melayan rasa mengidam, almaklumlah duk kat Malaysia kan, nak makan apa pun senang dapat, sebut ja teringin nak apa, ramai tukang yang melayan, hihi. Tapi mujur jugak laa duk dengan mak, dalam duk ngidam itu ini tu pun pemakanan masih berjaya dijaga, mak ada sebagai "pemantau" yang kawal pemakanan I, kalau tak, haruih dah gemuk-gedempol kot, kuang3. So kenaikan berat kali ni agak slow berbanding dulu2, most probably sebab mabuk yang berlarutan dan pemakanan yang dijaga(makan benda yang sehat2 saja). Berat cuma naik 2kg saja dari berat sebelum preggy walaupun baby dah 20weeks, kira bagus laa tu kan?! *clap2 untuk diri sendiri* Harapnya berjaya laa control kenaikan berat ni sehingga bersalin nanti...
Kali ni obviously sangat suka makan buah, stok buah kat rumah mak pulak memang berlambak2, dalam sehari asyik makan berjenis2 buah. Awal2 pregnant hari tu tekak ni teringin nak makan belimbing, buah ni memang mustahil nak dapat kat Jepun(area kami tinggal), habaq laa kat abah mak yang kalau ada belimbing tolong belikan. Niatnya suruh beli sekali tu saja laa, tapi abah mak pi bantai beli setiap minggu, haa hambik hang, jenuh nak telan, mujoq tak cemuih2. Same goes to buat kedondong, hat ni pun tahap sewel jugak, haha...
Kali ni selera makan sangat cenderung kepada western foods, pantang ada peluang mesti nak tala makan benda2 tu. Sangatlah suka makan ayam, kalau dulu2 time pregnant mesti terasa nak makan masakan selera kampung dan ikan2 saja. Lojik laa kot sebab dulu2 kat Jepun banyak makan ayam, jarang2 jumpa ikan so bila pregnant selera tu lari sikit. Kat rumah mak pulak menu utama adalah ikan, ayam2 ni seminggu sekali pun payah, tu yang asyik rasa nak makan ayam pulak. Lagi bagus makan ikan dari ayam kan, so kira balance laa kot...
Sakit2 kehamilan...
Awal2 preggy hari tu selalu sakit kat bahagian pinggang kat area tulang belakang. Tak boleh baring atas carpet/lantai, nanti akan rasa tulang tu macam berselisih bila nak ubah posisi badan. Pernah rasa macam ni masa 1st pregnancy dulu, tapi masa tu kat bahagian pinggul. Before datang sini hari tu sempat laa pi jumpa bidan minta urutkan, alhamdulillah sekali urut dah lega, sekarang dah tak sakit dah...
Hilang sakit pinggang, sakit lain pulak bertandang. Sekarang selalu sakit area bawah perut. Ni I tau pasai apa, budak2 2orang ni laa, dok bergusti dengan mak depa sampai naik senak dibuatnya. Tak larat nak larang dah, kalau main sikit2 no hal laa, tapi kalau dah 2orang belasah mama sorang, tambah pulak hat yang di dalam pun kemain lagi bergerak pusing2, huih tak tahannn, last2 bagi depa "ketam" se-das dua, yang dalam je selamat tak dapat "ketam", hahaha. Sebelum2 ni depa kurang sikit melasak sebab ramai tukang layan berkuntau kat rumah mak, ni dah takdak sapa nak tala, mak depa laa jadi mangsa. Dan biasanya rasa sakit2 ni datang bila dah petang2, mungkin sebab badan dah penat kot...
Oklah, cukup laa takat ni dulu...

Monday, May 30, 2011
Sekitar luar rumah
Home sweet home
Company myLove sewakan rumah ala2 chalet untuk kami selama kat sini, agak unik kawasan perumahan ni sebab dikelilingi ladang buah dan ladang ternakan lembu, kuda, keldai dan kambing biri2. Kat belakang rumah ni pulak ada tasik. Rumah ni tak laa besar mana pun, lebih kurang macam rumah kami kat Nihong jugak tapi dah cukup selesa laa buat kami anak-beranak...
Ruang tamu menghadap tasik, boleh laa bebudak ni tengok itik2 dan burung2...
Kehidupan baru
Hari ni 1st day myLove kembali bekerja kat company sini, hari tu sebulan dia datang training sorang2 untuk pekerja baru, lepas tu balik Nihong sebulan then sekarang datang balik 2bulan untuk training for project pulak. Merasa jugak laa nak ikut datang jejak kaki kat Europe ni. Jadinya hari ni tinggal laa kami 3beranak saja kat rumah ni. Hisashiburi setelah sekian lama tak duk bertiga je, hihi, dah 3bulan lebih dok bermaharajalela kat Malaysia ditemani ahli keluarga, but now back to my 'real life'. So sekarang segala tugas isteri dan ibu tu kembali disandang 100%, no more chances nak ngelat2 ie. takdak siapa dah nak tolong, every single thing kena buat sendiri. Tapi takpa, I'm always happy with my life, mengisi ruang hidup dengan kepelbagaian situasi itu sememangnya menyeronokkan...
Selama duk Malaysia memang tugas memasak tu tak buat sangat, selalunya cuma tolong2 mak sediakan bahan2 nak masak dan kemas2, mak yang akan masak, best! Tambah2 masa dok mabuk2 tu kan, syiok aih makan masakan orang. La ni dah start masak balik, alah masak simple2 saja pun, bahan2 yang ada kat sini terhad so tak boleh laa nak beriya masak itu ini *alasan*. Pagi tadi buatkan nasi goreng sebagai bento(=lunch pack) myLove. Kalau masa kat Nihong dulu, menu nasi goreng ni memang myLove tak berkenan, dia mesti prefer masakkan nasi putih dan lauk-pauk tapi katanya selama kat sini tiap2 hari buat nasi goreng pun ok, sebabnya lunch hour depa cuma setengah jam saja. I ok aje, lagi senang buat nasi goreng, hehe, cuma perlu pelbagaikan jenis saja. Untuk dinner masak laa nasi putih dan lauk-pauk macam biasa...
Tadi pagi masa si ayah bersiap nak pi kerja, si kecik berdua ni dah tak senang duduk dah, depa ingat pak depa nak pi jalan2 kot. Hamboi2 mentang2 laa kerja hangpa berjalan ja lately, tiap2 hari nak keluar berjalan, banyak cantik! Bila diterang2 kata ayah nak pi kerja, si Rafiqh tu ok laa dia boleh faham tapi si Raziqh tu alahai mulut dia saja kata "ayah shigoto(=kerja)" tapi otak tak proses kot input tu, so melalak laa dia bila si ayah keluar, hahaha sabaq ja laa...
Sat lagi pulak sambung. Nak masukkan gambar2 kat sini kalau sempat...

Sunday, May 29, 2011
Siang menanti malam...
Hari ni hari ke-4 kat sini, alhamdulillah rasa macam dah makin ok dan boleh sesuaikan diri, especially dari segi nak mengurus dan meng-adjust masa. Kat Jepun, walaupun negara 4musim, bila summer dan winter tu tempoh masa siang dan malam tak 'lari' jauh sangat kalau nak banding dengan 2musim lagi tu. Still plus minus 12jam jugaklah, ala2 macam Malaysia je rasa, so waktu solat pun agak konsisten. Tapi kat sini, humak aih, susah aih nak cakap, memang terasa sangat2 berbeza, terkial2 jugak laa...
Disebabkan sekarang ni summer, waktu siang jadi sangatlah panjangggg, almost 17hours, means malam cuma 7jam saja. Subuh masuk pukul 3 lebih, pukul 4.30pagi dah cerah dah. Nak menunggu gelap tu jenuh berchinta, pukul 9.30 baru nak senja. Isyak pulak dekat2 pukul 12 tengah malam baru masuk, hahaha hiruk-pikuk jadinya jadual hidupku...
Setibanya kami kat sini, sebab tau nak kena 'hidup' lama kat Holland ni, bukan takat seminggu 2 je so the 1st thing yang I paling concern ialah nak set-kan masa tidur budak2 ni. Selepas beberapa hari bertungkus-lumus melayan kerenah dan mood depa, hari ni nampak depa dah makin selesa, dah ada timing untuk tidur siang dan malam dah. Kalau dak, hish dua2 asyik buat perangai je laa, dah laa mak depa pun dok tingtong2 lagi, hangin jugak dibuatnya...
Cumanya sekarang masih tak berjaya buat depa bangun tidur lambat. Kalau kat Jepun/Malaysia depa bangun pukul 6.30pagi tapi kat sini sebelum pukul 5 lagi depa dah terjaga. Bunyi kicauan burung kat sini kuat sungguh, rasa macam bela burung setaman ja kat sebelah rumah ni. Tu yang buat budak2 ni tak boleh nak tidur kot. Raziqh masih lagi tidur siang, sebab bangun awal amat makanya sekitar pukul 9pagi dah ulit2 dia supaya dia tidur. Rafiqh dah jarang tidur siang, kalau penat sangat atau bosan baru laa dia terlelap. Tidur malam pulak setakat ni tak sempat masuk maghrib lagi depa dah tertidur, bukan takat budak2 ni saja, mak budak pun sama jugak, haha. Kalau nak tunggu malam baru nak lelap memang haru jugaklah. Pukul 10malam baru nak beransur suram, kelam-kabut dibuatnya kalau kerja2 yang biasa dibuat malam kat Jepun/Malaysia nak dibuat malam jugak kat sini, betul tak?!
Seawal pukul 6 petang I dah prepare dinner, pukul 7 dah siap makan. Kemudiannya mandikan anak2 dan terus baring2 depan tv sampai terlelap which is sekitar pukul 8 kami dah padam. Dah terbiasa sangat tidur awal, tapi maybe lepas2 ni I boleh adjust bagi tidur lambat sikit, budak2 ni je bagi tidur awal, aman dunia! Dah tidur awal sangat, tak sempat2 nak solat dulu, kena laa bangun berkali2 untuk solat maghrib dan kemudiannya isyak pulak. Nampak gaya lepas ni kena set alarm untuk bangun solat isyak dan subuh laa. Kalau tak, haruih terlajak tak solat nanti...
Macam ni rupanya rasa bila siang terlampau panjang, ni baru laa sungguh2 siang menanti malam...

Saturday, May 28, 2011
Bersiaran dari bumi Belanda
Alhamdulillah kami sekeluarga dah pun selamat sampai di Belanda 2 hari lepas. Naik flight pukul 11.15malam hari rabu(25hb mei) dari KLIA dan tiba di Amsterdam Airport Schiphol pukul 5.30pagi hari khamis(26hb mei), ish kalau kira nampak macam sat sangat laa duk dalam flight kan, 6jam gitu ja tapi hakikatnya 13jam merentas benua. Itu adalah pengalaman pertama buat I dan anak2 naik flight berbelas2 jam. Berdebar2 dan risau tu toksah cakap laa kan, takut sungguh 2R ni buat hal. Sejak lebih sebulan sebelumnya dok selalu2 pesan supaya depa behave dalam flight, kalau boleh nak depa tidur 10jam dan tolong laa jangan membuang, hahaha. Alhamdulillah memang depa betul2 tidur 10jam dan tak membuang, perghhh lega! 3jam saja laa nak kena entertain depa tapi 3jam tu pun dah penat dah, hadoiii, patutnya kena pesan suruh depa tidur 12jam, keh3. Luckily hari tu perjalanan kami waktu malam, langsung tak jumpa siang, memang cun2 masa untuk depa tidur tapi balik ke Malaysia nanti perjalanan kami waktu siang, fuhhh tak dapat nak bayangkan, apapun think positive, moga dipermudahkan jugak nanti...
Setibanya kat Amsterdam Airport kami naik train pulak menuju ke tempat tinggal kami sekarang ni. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam saja tapi sebab ada masalah train kami sampai ke Tiel sekitar pukul 9 lebih, fehnat! Kat stesyen rakan2 sekerja myLove dah pun menunggu, angkut barang2 dan bawa kami ke tempat penginapan ie rumah sewa company...
Sampai kat rumah terus kemas2 rumah dan barang. Badan sudah kepenatan dan otak pun dah tingtong dek jetlag. Hari khamis tu dihabiskan dengan rehat2 kat rumah saja. The next day baru laa keluar jalan2 tengok kawasan sekitar Tiel ni...
Sekarang ni tengah summer, tapi sejuk macam spring je rasa, mungkin sebab kawasan ni penuh dengan ladang kot, so angin bertiup kuat dan suhu pun di bawah 20 darjah celcuis, nyaman sungguh. So bila duk dalam rumah still kena on heater siang dan malam...
Gambar tak ambil lagi, nanti2 lah ye I upload. Lama lagi nak duk sini, 2bulan lebih lagi insyaAllah so slowly laa nak bergambar dan sebagainya...

Monday, May 16, 2011
Menghitung hari...
Memang sah laa sat saja mood rajin tu bertandang, lepas tu jadi malas balik, ish3. Hari tu beriya meng-update, lepas tu terus sunyi-sepi kan, haparaaa...
Sekarang ni Malaysia tengah kemarau agaknya, kat Ipoh ni dah agak lama tak hujan. Kalau tak, sejak kami balik hari tu almost setiap hari mesti hujan. Dengar kata area selatan nun dilanda jerebu, jaga kesihatan ye kawan2. Musim2 panas berjerebu ni mudah sangatlah ditimpa sakit especially bagi orang2 yang berisiko tinggi ie. ibu2 hamil, bayi2, kanak2, orang yang berpenyakit dan warga emas. Eh tapi, bukan laa nak kata sebab kemarau jadi malas nak update blog, takdak kena mengena aih...
Back to the title, ya2, kami sekarang tengah menghitung hari. Menanti si ayah 2R pulang dari Nihong, kesian budak2 tu, dah rindu sangat kat ayah depa. Mak budak toksah cerita laa kan, rindu yang amat! Harap2 jadual kali ni tak ditunda lagi laa, moga semuanya berjalan sepertimana yang dah dirancang, aminnn...
Oklah, tu ja nak cerita. Esok2 kalau rajin I update lagi eh, nak pi buat pau pulak, tata...
Wednesday, May 4, 2011
SK-II Single bottle for medium size
Kalau ada yang berminat nak cuba SK-II tapi taknak beli yang set2 tu so sekarang kami ada tawaran istimewa buat anda. Anda boleh beli single bottle medium size dari kami, stok sememangnya sangat terhad, ada 1 atau 2 botol saja yang available untuk setiap produk, so 1st comes 1st serve...
FT cleanser 20g RM30
FT clear lotion 20ml RM50
FT clear lotion 40ml RM90
FT essence 30ml RM90
FT lift emulsion 30g RM115
Skin signature 15g RM120
Postage charge for each parcel RM6...
Kenangan part 2
Sambungan dari entry yang lepas...
Budak 2orang ni seronok laa kot bila balik Malaysia, kawasan dalam rumah lapang, luar rumah pun lapang, melasak laa jawabnya pagi petang siang malam. Aktiviti wajib depa kalau cuaca cerah ialah main kat luar. Habis kawasan rumah ni depa tawaf pi mai pi mai. Kadang2 tu naik risau jugak kalau tak nampak kelibat depa bermain, especially si Raziqh tu lah yang paling tak boleh percaya, uihhh banyak sangat aih 'kerja' dia. Baru2 ni belikan dia selipar baru yang ada bunyi tot tet tot tet tu, haa baru lega sikit, eh lega banyak. Sebabnya senang nak trace dia pi mana, dok sebatu pun dah boleh dengar bunyi selipar tot tet dia tu...
Ni gambar terbaru Rafiqh dan Raziqh. Rafiqh esok genap laa 3tahun 5bulan. Raziqh pulak dah pun 1tahun 9bulan. Dah big boy dah dua2 orang. Nanti2 I update perkembangan terbaru depa pulak yer...
Sepanjang bulan mac dan april, rumah mak ni memang meriah sentiasa. Apa tak nya, kaklong dan anak2nya balik tinggal kat Ipoh sebab menunggu hari nak bersalin. 2R ada geng laa nak main, 2R + 2S = 4heroes ni dah cukup dah untuk buat havoc, penat nak melayan...
29 mac adalah hari lahir my youngest brother - adik. So kami pakat2 buat celebration lagi walaupun before tu dah celebrate ramai2, seronok jugak melayan sambutan2 ni especially bila ada ramai budak2 ni, happy tengok depa gembira. 28hb tu keluar belikan kek untuk potong petang tu, then the next day keluar makan Radix fried chicken pulak. Selamat ulangtahun kelahiran ke-11 paksu! We all love u...
Tuesday, May 3, 2011
Sedih
Amboi2, nampak macam rajin je kan I update blog lately?! Taktau laa sampai bila nak bertahan kerajinan ku ini tapi harap2 boleh maintain lah ya. Btw sekarang ni tengah cuti golden weeks kat Jepun, so agak2 apa kena mengena cuti kat Jepun tu dengan I kat Malaysia ni?! Dah kalau sana cuti means myLove pun tengah cuti2 laa kan, dah dia cuti makanya 24/7 laa dia online, tu pasai laa I pun rajin jugak online, nak spend masa bersembang2 dengannya, boleh video call sekali, dah alang2 dok online tu boleh laa selit2 meng-update blog kan, haa itulah kesahnya...
Kalau hari myLove kerja, malam2 ja boleh online. Selalunya lepas maghrib tu terus tidurkan 2R, baru laa mak depa boleh bersenang-lenang depan laptop. Tapi pun, selalunya mak depa dah tertidur sekali, hihi, bangun pun mamai2 ber-chatting. Kiranya time weekdays memang jarang laa si ayah dapat tengok anak2nya via webcam. Tunggu weekends saja laa, tu pun tengok sat2 saja, bebudak ni takat tengok gitu2 saja pun, excited habis laa tengok ayah depa kat skrin tapi sat tu ja laa. Dah cemuih depa blah pi sambung main pulak. Budak2 kan, tak faham sangat pun lagi agaknya...
Kalau ikutkan perancangan awal, sepatutnya semalam kami 1 family dah pun naik flight ke Belanda tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, dari hanya 3minggu myLove balik Nihong dah injak masa jadi sebulan lebih dia kena duk kat sana. Tiket flight dah di-postponed ke hujung bulan ni, hopefully schedule kerja myLove dah takdak delay dah, amin. Sedih?! Awat dakkkk, sedih wooo. Sebelum ni sebulan lebih jugak dia kat Belanda nun, balik sini 5hari saja dah kena terbang balik Nihong, tak sempat nak melepas rindu, dah terpisah semula. Tapi nak buat macammana kan, dia pi bekerja, kalau I rasa sedih, dia pun sedih jugak, at least I ada 2budak kecik ni menemani diri, while he's all alone, lagi kesian. Makanya pendam2 laa kesedihan tu, kontrol2 laa gelodak hati ni, idak perlu laa nak meraung cerita kat 1 dunia akan kesedihan dan rindu yang ditanggung kan, kuang3. Orang lain tengok I, depa nampak I releks saja, macam tak terkesan langsung dengan apa yang berlaku sekarang, nampak happy saja. Hadoiii, persoalannya perlu ka I mengeluh-kesah pada sesuatu ketentuan dan perancangan yang Allah dah tetapkan, dan paling utama kami sendiri yang memilih jalan ini untuk masa depan kami?! Perlu ka I nak cerita yang I menangis, tak boleh tidur lena, bla3 kat semua orang?! Rasanya tak perlu kot kan. Banyak lagi benda lain nak fikir, anak2 pun nak kena entertain, kerja2 kat sini pun banyak nak kena uruskan, fuhhhh...
Apapun, moga perjalanan hidup kami di sini dan dia di sana dipermudahkan, moga diberi ketabahan dan diberi kelapangan hati dalam setiap urusan. Sungguh, sebuah perpisahan itu menyakitkan tapi melihat setiap perkara dari sudut yang positif dan menitip redha, insyaAllah segalanya akan disusuli rahmah dan barakah yang berpanjangan. Moga perpisahan ini membuka ruang2 muhasabah buat kami, membina titian kasih yang lebih utuh dan memperkuatkan rasa cinta yang ada demi sebuah rumahtangga yang bahagia...
Monday, May 2, 2011
SK-II Best ker?!
EDITED -
Nak bagi reviews berkenaan produk2 SK-II lah pulak. Selalu sangat orang tanya "best ker SK-II? Berkesan? Betul2 boleh jadi cantik ka?". I selalu jawab "semuanya bergantung pada kesesuaian kulit wajah jugak, nak guarantee 100% pasti berkesan tu memang tak boleh laa, sebab ada setengah orang kena pilih produk2 yang mahal untuk maintain kecantikan dan penjagaan wajahnya tapi ada jugak orang yang cuma memerlukan produk2 yang biasa murah2 saja, kulit kita masing2 tak sama. Kalau tanya I, sure I cakap I suka SK-II, sesuai dengan I so that's why I berani jual kan"...
I sebenarnya baru saja berkenal-kenalan dengan SK-II ni, bagi yang dah lama baca blog ni sure tahu kan, tak sampai 6bulan pun lagi. Sebulan sebelum try produk ni, muka ni agak bermasalah dengan banyaknya jerawat, taktau pasai apa, maybe hormon imbalance kot. Sangat merimaskan, merisaukan dan menyampah hokey dengan jerawat2 ni, sebabnya parut tompok2 hitam yang terkesan tu mengambil masa yang agak lama untuk lenyap sepenuhnya...
Lepas try produk2 SK-II, 1st few weeks tu jerawat dah makin berkurang. Walaupun ada jugak jerawat baru yang naik tapi I just ignored ja, benda baru nak cuba memang take time sikit untuk berinteraksi dengan kulit. Tak lama lepas tu kami balik Malaysia, I ada jumpa seorang kenalan yang bekerja di sebuah pusat kecantikan. Sembang2 tentang pakej2 kecantikan yang ada, termasuk rawatan wajah, urutan badan, mandi lulur, sauna dan sebagainya. Teruja nak try sebab dah lama sangat tak buat semua tu, so dia cadangkan I buat rawatan laser pada wajah untuk buang kesan2 parut jerawat yang ada. Honestly I ni agak pesimis sikit bila masuk bab rawatan2 macam ni, takut dan risau pada kesan sampingan. Tapi bila dengar saranan dia tu memang hati ni tertarik jugak, hihi. Cuma bila balik rumah dan fikir2 lagi, ish taknak lah cuba, just nak buat rawatan wajah biasa saja. Berbulan2 punya dok tangguh punya tangguh nak pi buat rawatan, takdak masa punya pasal, beberapa hari lepas jumpa dia semula, and guess what, tiba2 dia kata, "eh tak payah laa buat laser(memang takmau pun, haha), muka dah nampak ok dah, parut dah berkurang, you pakai apa?". Jawapannya "SK-II"...
Padahal sepanjang duk kat Malaysia ni, I taklah begitu konsisten dengan pemakaian SK-II ni, tambah2 pulak dok mabuk kan, memang takdak mood aih nak tempek itu ini kat muka. I cuma guna cleanser sahaja setiap hari, selebihnya time rajin tu pakai laa clear lotion, essence dan pelembap(lift emulsion/sign signature). Dengan hanya menggunakan beberapa produk ni saja, I dah rasa sangat berpuas hati dengan kesannya. Rasanya tak perlu laa nak guna banyak sangat produk yang ditawarkan, cuma perlu pilih produk yang paling basic dan kemudiannya kena laa konsisten menggunakannya yer...
Masalah utama I sejak duk Jepun ialah setiap kali balik Malaysia I akan berhadapan dengan masalah jerawat yang sangat sukar nak dikawal. Rasanya mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, kat Malaysia ni panas sentiasa, kulit mudah berpeluh2 dan berminyak, pemakanan pun yer jugak, so ended up setiap kali balik Malaysia, kulit ni sangatlah rasa tak best. Tapi berbeza dengan balik kali ni, obvious sangat rasa, setakat balik ni dah 3bulan kat sini, takdak lagi jerawat yang muncul. Kulit pun dah tak berminyak, kalau dulu2 kena cuci muka 3kali sehari sekarang ni sekali sehari pun no hal. Jadi betullah, SK-II membantu kulit wajah mengekalkan kelembapan dan pH-nya untuk berada pada tahap paling optimum...
Ada jugak customers yang tanya, kenapa bila dia try SK-II, akan ada jerawat2 kecil yang tumbuh? Ok girls, all I can say, MAYBE sebab kita selalu push kulit kita untuk terima produk baru ni. Ya laa kan, dah beli mahai2 mesti tak sabaq2 nak tempek serba-serbi produk tu, kalau beli 9barang, habis 9 tu semua nak buh sekali hadap, dan awal2 tu mesti ikut sebijik2 kaedah pemakaian seperti yang disarankan kan, nak cepat tengok hasil punya pasai, hihi, akibatnya ada sesetengah orang kulitnya akan bertindak-balas ke arah yang kurang menyenangkan. So my advice, janganlah gopoh ye kawan2 dalam mencuba produk2 baru ni, jangan bagi tekanan pada kulit kita untuk mula membina keserasian, slowly insyaAllah hasilnya akan dapat kita lihat nanti...
Nak iklan pulak, bagi sesiapa yang berminat nak beli single bottle medium size SK-II ni, boleh contact me via sms ke 011-19095475 atau email arukassfan@yahoo.com atau facebook. Very limited stock...
Sunday, May 1, 2011
Kenangan part 1
Sekejap je masa berlalu, dah pun masuk bulan 5. Maknanya dah nak masuk 3bulan kami kat Malaysia. Sejak balik Malaysia ni, memang agak lemau laa bab update-mengupdate blog ni. Alasannya sibuk lah, morning sickness lah, takdak mood lah, ish macam2lah, kalau disenarai tak muat ruang ni kot, hihi. Banyak sebenarnya yang telah berlaku sepanjang kami kat sini, rasa rugi pun ye jugak sebab tak coretkan kat sini semua kenangan2 tu, so sementara otak ni masih ingat sikit2 pada apa yang telah berlaku, mai laa nak tulis secara rambang...
10/2 balik ke Malaysia, stay Ipoh 2hari je, sabtu 12/2 kami ke KL, the next day balik Melaka. Duk di Melaka sampai laa 24/2, kemudiannya balik Ipoh semula. Petang 26/2 kami ke rumah abang myLove kat Kajang sebab myLove naik flight ke Holland malamnya. Bermula 27/2 tu kami anak-beranak melepak di Ipoh saja laa...
Ada 1 weekends pada bulan mac yang lepas(tak ingat tarikh), semua adik-beradik I balik dan berkumpul kat rumah abah mak, seronok, meriah sungguh2. Walaupun dok mabuk tak hingat time tu, dalam dok tingtong2 mereng tu pun still boleh rasa enjoy dapat berkumpul semua 6beradik, campur ipar-duai dan anak2 saudara. Hari sabtu malam kami keluar makan beramai2 kat Pakeeza Restaurant, family dinner ni adalah acara wajib bila berkumpul. Gambar yillek laa, nak makan pun terkedu2 tak lalu, ni nak ambil gambar pulak, memang tak ah! Hari ahad tengahari tu masak ramai2, as usual chef2 unggul(kaklong dan alang) tunjuk skill memasak, chef-tak-berapa-nak-unggul(haku lah tu) duk tepi2 tengok aje yer, hakhakhak. Macam2 masak, dah macam nak raya pulak. I pulak try test buat maki-zushi, hasilnya not bad laa for the 1st timer kan, memang rupa tak cun tapi rasanya boleh tahan, 2R laa yang pulun makan. Tak payah terkejut laa ye, even though dah 9tahun duk nihong, memang tak pernah sekali pun buat sushi hokey, slowly kena belajar dah laa kan, nanti senang nak jamu anak2 yang bertekak jepun ni. Lepas lunch beramai2, petangnya kami buat birthday celebration untuk abanglong(3/3), kaklong(1/2), alang(18/2), ateh(21/2) dan adik (29/3), haa buat sekali harung 5 orang, jimat! Beli kek aiskrim kat baskin robin dan lepas makan aiskrim, keluar kat laman untuk ber-bbq pulak, bakar daging dan ayam, best! Dah kenyang perut, buka kolam plastik pulak, bagi budak2 kecik ni berendam, satu kawasan perumahan bukit ni boleh dengar pekikan budak2 ni, havoc gila, haha. Hmmm, bila pulak laa nak dapat berkumpul semua2 macam ni lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)