Thursday, September 17, 2009

Raya oh raya!

Tinggal beberapa hari je lagi sebelum menjelangnya syawal... Bermakna tinggal beberapa hari je lagi kami di sini, jumaat depan kami dah nak berangkat balik ke Jepun. Sekejap je rasa, pejam celik pejam celik, dah 3bulan kami di sini...

Seronoknya raya tahun ni ialah setelah lebih 5kali beraya di perantauan dan sekali di Melaka, akhirnya I berpeluang menyambut raya bersama keluarga tercinta. Tahun ni semua adik beradik I akan berkumpul meraikan hari kemenangan ni, syoknya... I really miss my family, apalagi dalam suasana berkumpul semuanya, teringat balik kisah zaman kanak2 dulu, alahai syahdunya...

Tapi dalam seronok2 tu terselit jugak kesedihan... Buat pertama kalinya setelah bergelar isteri, I akan beraya tanpa myLove di sisi. Atas tuntutan kerja, myLove tak dapat pulang sebelum hari raya sebaliknya hanya akan pulang pada raya ke-3, itu pun tak lama, sekadar balik nak ambil kami je. Menangis laa jugak masa tau hal tu, marah dan geram tapi tak tau marah dan geram pada siapa sebenarnya. Dalam hal ni I tak boleh salahkan myLove. Memang plan awalnya dia akan pulang ke sini beberapa hari sebelum raya tapi masa tu myLove tak book tiket pun lagi sebab nak kena tengok jadual kerja sebelum ambil cuti. Berkebetulan pulak bulan ni dan bulan 10 myLove sangat sibuk, ada projek baru yang dia kendalikan dan dateline kerja tu dekat2 raya. Akhirnya bila nak book tiket, full dah, haiyaaa... Nak taknak, terpaksa laa I terima hakikat ni... Cukup2, malas dah nak cerita benda2 sedih ni...

Ok2, jom cerita pasal raya...
Sejak habis pantang jumaat lepas, hampir setiap hari I bawa Raziqh beronggeng, keluar shopping laa apa lagi. Sebenarnya risau jugak nak bawa baby keluar selalu memandangkan Malaysia sekarang ni tengah hot dengan influenza H1N1 ni, tapi banyak2kan berdoa dan mohon dari Allah, minta dilindungi dan dijauhkan dari wabak2 penyakit ni... Berbalik cerita pasal shopping, selesai dah semua persiapan, dalam beberapa hari berbaki ni I dah mula sibuk nak kemas2 barang untuk balik kampung beraya dan untuk pulang ke Jepun...

Tahun ni macam tahun2 lepas jugak, kuih raya buat sendiri. Bestnya tahun ni kami buat ramai2, selalunya I buat seorang diri je. Buat 5 jenis kuih raya- samperit, choc chips, chipsmore delight, oreo delight dan cornflakes madu. Sejenis lagi buat kerepek gunting... Masa kecil2 dulu, kalau buat kuih raya ni selalu jugak laa kami adik beradik bergaduh, hehe, tapi bila dah besar2 ni dah tak ada nak gaduh2 lagi dah, masing2 dah tau tugas sendiri. Disebabkan I ada 2babies untuk di-handle, so I ambil part membancuh adunan. My sis- alang pulak jadi tukang canai dan terap, ateh pulak tukang jaga oven, so senang laa, bila ada senggang masa yang free tu, I akan join untuk terap atau susun kuih dalam balang. Nanti I tunjuk gambar2 kuih yer...

Baju2 raya semua dah settle. Kalau sebelum2 ni I tak ambil kesah sangat bab baju raya, kadang2 ada kadang2 tak ada langsung, tapi tahun ni memang preparation tu lebih sikit. Yer laa kan, raya kat Malaysia, mana laa boleh taram ikut suka hati je, yer dak? So tahun ni I tempah 2 pasang baju dan beli 1 ready made. Untuk myLove I ada belikan jugak, untuk anak2 I belikan beberapa pasang...

Raya nanti kami akan beraya di Ipoh dulu, then lepas solat raya kami balik Kedah. InsyaAllah lepas ambil myLove di airport nanti, kami akan pulang beraya ke Melaka...

3 comments:

kew_chop said...

tula kami tak balik raya pun sebab husband bz gler time neh kan. ni sabtu pun keje, huwaa...

Ina said...

bestnya fith ramai adik beradik pompuan mmg meriah kn wat persiapan raya. kiter adik2 sumer laki. meriah gak tp xsama la meriahnya tuh. meriah bab lain la plak. ni dh bape thn sian mak kiter xde geng la dh kiter dok jauh hehe.

Fith said...

Murni,
takper murni,at least boleh cium tangan suami tercinta di pagi raya,hehe...

Ina,
aah adik beradik ramai mmg syok,meriah gitu.tu yg nak anak ramai gak tu,hehe.
insyaAllah nanti2 ada rezeki balik laa ina beraya dgn family.ada baby lagi,sure best kan...