Sunday, September 6, 2009

Puasa

Bila dah mula boleh puasa, baru laa syok nak cerita pasal bulan ramadhan ni. 9 hari pertama ramadhan I tak dapat nak puasa, elok je sebulan usia Raziqh I dah boleh berpuasa, tapi ni pun belum tentu lagi boleh habis terus, entah2 ada berlubang lagi lepas2 ni. Apapun, syukur la kan, dapat jugak rasa nikmat puasa di bulan ramadhan tahun ni, dan rasanya tak banyak kot nak kena ganti nanti...

Puasa kali ni adalah puasa pertama berjauhan dari myLove sejak kami bergelar suami isteri. Tahun lepas pun banyak hari tak berbuka dan bersahur bersama sebab myLove sibuk dengan kerja, balik lewat atau outstation, tapi tahun ni paling sadis laa sebab sebulan terus. Sedih tu memang tak boleh nak elak dah, terkenang2 dia kat sana, makan minum dia mesti ala kadar je, sayu pulak hati ni bila fikir2. Untuk tak menambahkan rasa bersalah, I memang jarang sangat tanya tentang juadah berbuka dan sahur dia. MyLove sendiri pun tak pernah nak bercerita apalagi nak merungut atau bernada sedih setiap kali kami bersembang/chatting, sekurang2nya emosi ni tak laa terganggu sangat. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa kan, sekarang ni masing2 dok hitung hari je, as for me of course laa hitung hari nak balik sana...

Apapun, dalam dok bersedih tu ada jugak kegembiraannya. Setelah lebih 6tahun tak berpeluang berpuasa dengan keluarga, tahun ni Allah beri I sebulan penuh untuk habiskan ramadhan dengan my own family, ni peluang yang jarang2 orang dah kahwin dapat, kan? So I sangat bersyukur, entah bila pulak dapat nikmati detik2 macam ni...

Puasa kat Malaysia ni nikmatnya pada makanan laa kan? Mewah sungguh, macam2 hidangan ada. Tapi memandangkan I masih dalam pantang, berbuka dan bersahur tak laa menarik sangat pun. Makanan yang boleh dimakan tu terlalu limited, ulang2 lauk yang sama. Tengok je laa orang lain makan best2, tapi tak apa jumaat ni dah habis pantang, sempat lagi nak merasa apa2 yang teringin tu, hihi...

Bercakap pasal puasa, kat rumah ni my family jenis yang berbuka mesti makan nasi, lepas terawih baru jamah kuih-muih. Masa sahur pulak, selalunya cuma abah je makan nasi, yang lain2 semua jenis makan ringan2 je. Bila I dah kahwin, myLove ni lain pulak caranya. Masa berbuka still sama, dia makan nasi, cuma part sahur tu dia tetap nak nasi. Awal2 kahwin dulu memang terasa sukar laa jugak, so kena laa biasa2kan diri bangun awal dan siapkan lauk pauk, haa sekarang dah terbiasa, tak ada masalah dah laa...

Ramadhan tahun lepas I menyusukan Rafiqh, masa tu Rafiqh dah pun 9bulan, dah makan solid foods selain susu ibu, so tak terasa sangat pun bezanya dengan ramadhan sebelum2 tu. In fact, berbuka dan bersahur pun sama je macam biasa. Untuk bersahur cukup dengan segelas susu, roti dan buah kurma. Cumanya tahun lepas I banyakkan minum air dan makan buah kurma sebagai sumber tenaga untuk menyusukan Rafiqh. Berbeza dengan tahun ni bila menyusukan anak secara eksklusif, diet pemakanan memang kena beri lebih perhatian. Jadinya tahun ni I bersahur dengan nasi, sekeping roti, kurma, segelas susu dan bergelas2 air masak. Kalau tak makan tu semua nanti mula laa otak ni dok fikir eh cukup ker susu ni, mula laa dok risau kot2 anak kelaparan. Padahal cukup je susu ni insyaAllah, saja je ter-over fikir...

Ramadhan kali ni pun terawih timbul tenggelam. Sejak jadi ibu ni memang tak berpeluang nak penuhkan terawih setiap malam. Bila anak betul2 mood baik baru laa boleh nak solat sunat. Tahun ni lagi laa, 2 anak dah, bila seorang tidur seorang pulak bangun, macam tu laa selalu2... Tadarus pun sama jugak. Setakat nak khatam sekali tu boleh laa nak paksa2, nama kata nak ulang khatam berkali2 macam dulu2 tu memang tak kesampaian laa...

Walau apa sekalipun, semoga ibadah2 di bulan mulia ini diberkati Allah...
Nanti cerita pasal raya pulak yer...

3 comments:

Ina said...

fith, kiter ada sama2 dgn hubby pn sedih jugak tgk dia. sbb kiter berpantang xposer n kdg2 xmenang tgn layan kerenah newborn lg xsempat nk tgk hubby. hubby pn sama xcukup tdo. siang nk g keje plak. hubby sahur n buka poser sorg2 je slalu. mkn pn msk sndiri smbil msk utk kiter. lauk sempoi sungguh. kesian tgk dia xrasa meriah poser thn ni. sure dia xsbr tggu kiter hbs temph berpantang hehe.

hanny said...

nasib baik sorang masih baby lagi. tak reti nak ke sana ke mari. cuma dia nangis lapar jerlah kan.. kalau dah besar boleh lari, hah..get ready jerlah...:)

Fith said...

Ina,
kesiannya hubby ina.ini laa cabaran jadi ibu dan bapa kan?takper,sabar je,nanti2 ina n hubby akan terbiasa dgn "jadual" baru tu.enjoy every moment okey.
take care dear...

Kak Hanny,
haa tu laa kan,ni baru sorg tu terbaring.nanti dua2 dah aktif ligat,kena berguru dgn kak hanny laa,hehe...