Friday, March 30, 2012
Berperang dengan botol susu...
Today 30/3, my baby Raziqh Takeshi turns 2years 8months handsome! Subhanallah...
He is now no longer on bottle-feeding, we've successfully switched him from bottle to cup in past 3 days ago, hooray!
I baru je mentioned about this in my previous entry kan, hihi. Surprisingly the wean-off process was super-duper easy, it took only 1 night for us to declare "the battle is over!" and everything was okey on the very next day. Phewww, ku sangkakan susah bebenor, penat je mak dia fikir macam2 cara untuk cuba stop-kan botol ni, tapi akhirnya semua berlaku dalam keadaan yang sangat natural. The whole process memanglah berbulan2, tapi part klimaks tu yang best, sat sangat, dalam hati ni dok risau meleret2 je, penat aih nak layan...
Rafiqh dulu berjaya di-wean off from bottle before he turned 2years, prosesnya senang sangat so I thought the same thing will happen to Raziqh. Tapi ternyata apa ku sangka hanyalah imaginasi minda semata, hahaha, susah weiii! Pendekatan awal yang digunakan ialah dengan memujuk, hadoiii puas berbulan2 memujuk tapi tak jalan jugak. Kalau tengok kat dalam 1 box dalam stor tu penuh dengan cups, macam2 jenis cup dok ada, beli punya beli punya beli, hangkut macam2 fesyen macam2 style, tapi semuanya dia reject, padahal dia sendiri yang pilih, bila sampai ja timing nak minum susu dia mesti nak botol dia jugak. I know why he loves his bottle that much, dia sebenarnya suka the fact dia boleh minum sambil baring2, bersenang-lenang sambil tengok tv, sambil main atau sambil nak tidur, tu je pun!
Bila tengok dia berkeras takmau berkompromi dengan mama, I dah mula fikir cara yang lebih "keras" untuk weaning. Starting with last few weeks, I dah tak bawa his bottle everytime we go out for outing. Sah2 la dia akan minta, asal naik kereta ja nak nyusu, tapi lama-kelamaan dia dah sedikit faham yang he's not allowed to have his bottle when we're out of the house. Then, last week beberapa kali I lumur garam kat puting susu dia, dengan harapan dia akan reject tapi takkkk, muka releks langsung tak peduli, dia boleh teguk tanpa sebarang reaksi, perghhh lidah buaya kot, takdak deria rasa! Ok mama give up,garam tak laku, so next mama letak asam jawa lah pulak, eh2 sama jugak, dia tengok macam kotor je, hitam kan, dia siap pi basuh dulu, ambil kain lap, lepas tu nyonyot, grrrr fail lagi! Dalam otak dok fikir kalau lepas ni puting tu bocor, I taknak ganti dah, nanti2 dia tak boleh nak hisap dah mesti dia surrender kan, tapi masalahnya dia dah lama tak gigit puting. Pening dah taktau nak pikiaq kot hala mana...
The best part is(hagham tak best langsung sebenarnya), lately dia suka sangat baling barang2, tak kira laa toys ka, buku ka, apa2 laa, sesuka hati dia ja main baling2. I memang pantang laa perangai baling2 barang ni, selalu jugak laa dia kena cubit dan marah tapi sekejap je serik, lepas tu buat balik. Budak2 kan, lagi kita marah lagi sakan dia buat perangai, bukan boleh larang, kita kena suruh tambah, haa baling2, baling lagi, baling laa lagi, hakhakhak. Sehinggalah pada suatu hari dia start baling botol susu dia, I dah boleh rasakan, that was a good chance, my maternal instinct keep telling me that we're about to settle the problem very soon. Kemain lagi dia dok pulun hawing sana-sini, siap naik atas tangga toing baling tingkat bawah, baling ke dinding, pung-pang-pung-pang sekuat hati dia sungguh2 punya baling sambil mulut mama ni tak habis2 dok sebut "botol tu last tau, kalau pecah, no more bottle, Raziqh kena minum susu dalam cup, haa baling la baling bagi pecah". Hish sabaq ja la, tapi takpa, mama suka, dalam hati ni gigih mama doa cepat2 laa pecah botol tu. Dan akhirnya pada petang selasa yang lepas, penutup botol tu pun retak, hahahaha *gelak setan* puas hati haku!
Dalam dah retak tu pun dia berkeras lagi nak minum susu dalam botol tu. Eh takpa, mama ikutkan saja. Mula2 tu ok lagi, boleh minum, habis sebotol dia back to routine baling2 lagi, kali ni baling punya baling, pranggg pecah terus! Eh2 request susu dalam botol lagi?! Ok fine, buatkan aje, kali ni minum memang wassalam laa kan, lencun baju dia basah sebab susu tumpah, hahaha muka kawan dah bengang dah. Time ni si ayah dah balik kerja so mama ada extravaganza punya power, bergabung tenaga dengan ayahnya untuk proses perlupusan botol, kuang3. I realized this is the right time, memang kena bertegas dan sungguh2 dah, no turning back, no more u-turn, kena selesaikan misi ni sekarang! So I asked for myLove's help, kalau I sorang nak buat memang rasa tak jalan, he won't listen to me, kalau dengan ayahnya dia cuak sikit. Every now and then, we keep explaining to him that your bottle was broken-you did it-it's your fault-you have no more bottle-just choose any of the cup we have-bla3. Of course tak senang nak fahamkan dia akan hakikat tu kan, tapi sedaya upaya I cuba pujuk dan pujuk. Dia sangat marah, botol susu tu still pada tangannya cuma dia refused untuk minum sebab tumpah, dia confused taktau apa dia nak sebenarnya, sebab dia sedar dia cuma ada 1 botol tu saja(padahal ada berlambak lagi dalam simpanan mama). I ambil cup yang paling dia suka (cup cars) dan letak susu dalam tu, bu still nak tunjuk keras hati dia tu, dia rejected. Malamnya before tidur mengamuk2 laa nak botol susu, by that time I dah buang botol dia masuk tong sampah, dia pun takmau dah sebab kotor, so after like an hour of throwing his tantrums, dia redha dan pasrah untuk minum guna cup, yeay!
On the next day, dia dah lupa pada botolnya, tak minta langsung tapi sedihnya dia cuma minum 3cawan susu sepanjang hari tu, instead of 10++ bottles of milk before. Along the sad thing must comes the happy thing, right?! Without the bottle, I managed to re-schedule his foods intake, he now eats more and takes a healthy good foods. Sebelum2 ni dia spoil banyak sangat minum susu, memang over non-stop requested for milk, so that he tended to skip his meals all the time. Sebenarnya dulu I selalu marah2 bila dia asyik minta nak susu, lepas sebotol, nak sebotol lagi. And because of that, ada orang tempelak, "what's wrong with kid drinking his milk, milk is good, bla3", yes, I know milk is good, tapi tu untuk baby sajalah, kalau dah masuk peringkat usia kanak2, they need to eat a balance foods, tak boleh asyik nak sogok dengan susu, susu bukan replacement untuk makanan, ada faham?!
Alhamdulillah no more bottle-feeding means he is a real-toddler. I love the fact that he now can sit properly on his chair, joining us having our breakfast, lunch, tea and dinner all together. Mama sediakan various type of cups, macam2 style ada, just to make him enjoy his meal time. Hopefully after this he'll be able to learn adab2 di meja makan, belajar makan sendiri in proper way insyaAllah...
Mama really proud of you, baby! *clap2*
Jom ramai2 klik "LIKE"...
Straight to the point, sebenarnya I nak minta jasa baik viewers OurLoveStory yang ada akaun facebook untuk klik "like" pada page Sakura Beauty. Sekian, eh tak habis lagi...
Tak payah susah2 nak search pun, just scroll down this blog, on the right side dah ada Sakura Beauty punya page badge dah, all you have to do is just to click "like", done!
Buat masa sekarang, I lebih banyak fokus promote my business via facebook. Tak sempat2 lagi nak luangkan masa untuk update blog bisnes, kesian kat blog tu dah lama terabai. Walhal kalau nak diikutkan saban hari ramai je yang email tanya pasal SKII ni, which is obviously they get the info through that blog. So memang tak wajar sangatlah kan kalau tak ambil berat kat blog tu, ish kena pandai curi2 masa ni, nak maintain both blog bukannya mudah...
Sekarang ni bisnes tak bertumpu kepada SKII, Clinique dan barang2 kosmetik lainnya saja, ada produk baru yang I dah masukkan iaitu produk dari Shaklee, tapi yang tu bukanlah my income, my sis-Nawwal yang punya, just share page saja untuk customers network. So kalau ada yang berminat dengan Shaklee, pun boleh refer kat situ yer...
Oklah stop sini dulu, nak pi sambung buat kerja...
Thursday, March 29, 2012
"Cekelat"...
Raziqh masih in process mengenal warna, while Rafiqh of course lah dah master. Kebiasaannya Raziqh suka sangat copy statements abangnya, so last night, masa dok baring golek2 before tidur...
Rafiqh : mama, mogu2 ni warna hijau kan?! (mogu2=nama patung)
Raziqh repeated that statement...
Mama : aah, hijau!
Rafiqh : mama, ayah pakai baju coklat kan?!
Again, Raziqh repeated that statement...
Mama : aah coklat kot! (gelap, tak nampak)
Suddenly, Raziqh sambung...
Raziqh : ayah pakai baju cekelat, Lajiq pakai baju kelopok, onichan pakai baju ais-kelim, mama pakai baju kek...
Mama : hahaha... *adehhh lawak hapa laa hang buat tengah2 malam ni*
Alaaahai anakku, ter-confuse antara warna dan makanan, cantik pulak tu susun junkfoods LOL...

Jom ber-meitai lah pulak...
Dari sejak melahirkan Rafiqh sampai laa sekarang, minat terhadap babywearing ni tak pernah pudar. Macam2 jenis babywearing gear dah dicuba, nak beli semua memang tak mampu la kan, mengarut pun yer jugak, so beli la mana yang mampu dan rasa2 macam akan guna lama, haa baru ler berbaloi2, yer dak?!
Ni gambar 2bulan lepas kot, masa ni baru berjinak2 belajar pakai meitai, masih terkial2 lagi nak guna. And as usual, tak take time pun nak mahir, after few trials, dah terer dah. Yang pasti, bawa baby dalam meitai ni lain laa rasanya dari bawa baby guna soft carrier. Sangat best!
I bought this meitai long time before I pregnant with Raisha, masa tu dah terasa nak ada baby kecik lagi, tu yang gatai pi beli tu, hihi. Meitai ni I beli dari kawan kat Malaysia, boleh ja nak minta mak pos ke Nihong tapi saja ja suruh mak simpankan sebab takdak mood langsung nak babywearing si tua Raziqh dengan meitai ni, hakhak. Simpan punya simpan, tunggu punya tunggu,at last masa untuk menggayakannya pun tiba...
Peminat2 babywearing ni sure tau yang meitai adalah antara natural baby carrier yang quite pricy. Dah lama dah I minat dengan meitai tapi selalu tengok kat websites, harganya cecah ratus2, ish tak tergamak nak beli. Until 1 day, jumpa yang ni, jenama "palm&pond" yang harganya just nice mampu-milik, around RM60 saja. Walaupun ianya brand dari Thailand, but from my observation, it has a good quality, jahitan dan fabrik yang bagus, design kainnya pun cantik2, worth to buy...
Kalau baca forum/website babywearing ni, banyak yang tulis meitai sesuai digunakan untuk newborn, tapi I tak berani lah pulak nak babywearing baby kecik dalam tu, sebabnya baby kena berada dalam posisi duduk. So I tunggu sehingga tengkuk Raisha cukup kuat dan dia nampak selesa untuk duduk lama baru start ber-meitai. Memang pada awalnya rasa agak leceh nak wrap baby in meitai, nak pegang baby lagi, nak selempang kainnya yang berjela tu lagi, berbelit2 habis bersimpang-siur tangan dibuatnya tapi it's ok, practise makes perfect! Gerenti lah, we're able to handle it alone, in just few minutes, taraaa, done!
For me, meitai is such a very versatile, stylish, trendy, beautiful and elegent babywearing. It's very light, portable, easy to use and can be easily folded away into our bag...
Babywearing is great for us and for our baby, so go on - lets bond together, explore and enjoy this precious time!
Monday, March 26, 2012
Raisha oh Raisha
My lovely princess Raisha Misaki has turned 6months young on last 16th march, yeay! Kejap saja dah 6bulan. Meh nak update cerita tentang Raisha pulak...
Cik kak kecik ni memang laa anak mama, takmau sangat dengan orang even dengan ayahnya pun, semua nak mamaaa je, phewww penat! Most of the times mesti demand mama pegang,yang mama ni nak masak, nak menyapu, nak mengelap, nak membasuh, nak mandi, nak makan, semua payah dibuatnya. Adehhh, layankan je laa, walaupun kadang2 tu geram laa jugak, hehe...
Sekarang dah cekap meniarap, dah boleh bergerak mengunjur ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan, bergolek merata2. Duduk pun dah makin stabil, bila mama nak buat kerja kat dapur, mama letak dia dalam walker, kaki pun dah makin kuat untuk tolak walker tu bergerak. Tapi Raisha masih lagi tak boleh control movement walker so selalu laa berakhir dengan dia masuk celah2 mana entah dan kemudiannya melalak sebab tak nampak kelibat mama, hihi. Kalau mama nak buat kerja sambil duduk, letak je dia dalam bumbo sofa, dia suka laa boleh join tengok mama buat kerja. Tangan pun dah pandai grab and hold things, boleh laa bagi dia pegang toys untuk alih perhatiannya dari mama...
She likes Rafiqh-onichan, but not Raziqh-onichan, hahaha. Part ni tak dapek den nak nolong haa. Cukup anti dengan Raziqh, Raziqh lalu tepi dia pun dia dah melalak, sampai tahap tu laa punya dia tak suka, kuang3. So sila bayangkan kalau Raziqh mai tidur sebelah dia ka, mai usik2 dia ka, hadoiii bingit telinga mama ni menahan panahan suaranya yang merdu itu. Kalau Rafiqh ok, in fact Rafiqh cakap je dia dah ketawa mengekek2, wahhh kemain lagi ceria kalau main dengan Rafiqh, kalau Raziqh, hancusss!
Dah 6bulan, biasanya kalau ikut budaya kita, mak2 dah kalut dah nak bagi anak tu makan, kan?! Sebaliknya Raisha belum lagi, dia masih lagi exclusively on breastfeeding. Kenapa? Cause I'm not ready yet, haa tuh dia, bukan si anak yang tak ready, mak dia pulok ngaku tak ready, hek! Banyak faktor yang mendorong kepada keinginan nak lewatkan Raisha mula makan solid foods ni, Raziqh dulu pun start makan lepas 9bulan gitu, so I rasa biar lah dia juga mendapat khasiat susu ibu secukupnya terlebih dahulu...
Friday, March 23, 2012
Cerita tentang RT dan RT...
RT yang pertama adalah Rafiqh Tsuyoshi...
Kini dah pun berusia 4tahun 3bulan, alhamdulillah perkembangan tumbesarannya on track, baik fizikal mahupun mental, so far mama tak nampak sebarang kekurangan, cukup semuanya, syukur alhamdulillah...
Nakal? Ermmm kalau tak nakal tu tak namanya boboy laa kan, so have to admit dia ni kadang2 nakal laa jugak, but still masih terkawal. Lagipun dia dah besar kan, dah boleh faham bila diajak 'berbincang' tentang sesuatu so most of the times senang saja nak minta dia beri kerjasama. And for sure, macam kanak2 seusia dia, sometimes kena pretend layan dia as he is an adult just like us...
Sejak kami balik Malaysia ni, entah berapa puluh orang dah yang sangkakan Rafiqh ni girl, hahaha. Gara2 rambutnya yang panjang lah ni. Tapi dulu2 masa rambut pendek pun selalu jugak orang tersalah sangka, mungkin sebab raut wajah dan air mukanya yang lembut kot. Serius rasa lawak tak hingat, sampai tak larat nak perbetulkan dah, so sekarang kalau orang yang tak dikenali kata dia girl kami buat derk je laa, iyakan saja, cuma kalau orang tu kami kenal baru laa explain cakap dia sebenarnya a boy, hadoiii...
InsyaAllah bulan depan dia akan mula bersekolah, lama dah tak pi sekolah, taktau macammana reaksi dia nanti. Sekarang ni tiap2 hari dok cakap kat dia yang dia akan pi sekolah, dia nampak ok, hopefully dia boleh sesuaikan diri untuk kembali bersekolah dan enjoy...
RT nombor 2 adalah Raziqh Takeshi, si hero kecik ni pi mana pun semua orang dok gelar dia ninja jepun, phewww...
Kini berusia 2tahun 7bulan...
Nakal? Hmmm toksah cakap. Memang sekarang tengah peak time kot bagi budak seusia dia ni untuk meligat dan buat perangai, perghhh sabaq ja laa *urut2 dada*. Kalau tak cukup sabaq, satu taman ni boleh bergegar dengaq mak depa ni bertempik. La ni mak depa cukup control suara, marah2 manja gitu, sambil ketap2 gigi, ala2 macam tarzan kawal pitching suara, takut haiwan semua lari, hakhakhak. Dan bak kata ayah 3R, kalau mama tak control suara nanti mama glamour laa kat sini, grrr perli laa tu, huh! Raziqh sekarang selalu menguji kesabaran mama, celik2 mata pagi2 buta tu dah spoil-kan mood mama, huhu, kesian tau kat mama, kadang2 sampai rasa frust dengan diri sendiri. Tapi selalu mama pujuk2 jugak hati ni, katakan yang semua ni hanya sementara saja, nanti bila Raziqh dah besar sikit, dia pun akan behave macam Rafiqh onichan jugak. Oh Tuhan, tolonglah makbulkan prasangka baik seorang ibu ini, aminnn...
Raziqh belum mula potty training lagi, insyaAllah soon, same goes to bottle weaning, seriously have to work hard on both issues. Unlike Rafiqh, I dapat rasakan Raziqh ni agak sukar nak diajak berkompromi. Susah sungguh berkomunikasi dengan orang terlebih pandai bercakap ni, kita cakap gini dia balas gitu, kita kata lagu ni, dia putaq lagu tu, huihhh 4hari 4malam tak habis cerita dia, sabaq2!
Raziqh pun sebolehnya nak hantar ke sekolah, masih mencari sekolah yang sesuai. Dia ni pun taktau lagi macammana reaksinya nak ke sekolah. ish tak sabaq aih nak tengok depa pakai baju sekolah, hihi, mesti comel...
Gambar kat atas tu dua2 pakai jubah siap berserban, thanks to tok abah dan tokma hadiahkan baju untuk 3R. Rafiqh suka sangat, simpan elok2 dalam laci bajunya. Hakikatnya both 2R tak sabar dah nak ikut ayah pi masjid/surau, nak ikut berjemaah. InsyaAllah nanti ayah bawa ye, tapi kena bawa sorang2, tak boleh bawa 2 sekaligus, haru-biru nanti...
Thursday, March 22, 2012
Rumah baru
Akhirnya... Mama3R kembali bersiaran, insyaAllah akan kembali aktif berblog laa lepas ni. Perghhh rindu!
Taktau nak start cerita dari mana, lama sangat menyepi, banyak benda yang dah terjadi, blank pulak otak ni nak mula mengarang, ala2 macam dah hilang skill gitu sebab lama sangat tak meghaban (ecceh, skill lah sangattt), so nanti2 laa, slowly cerita one by one. Untuk entry kali ni, nak warwarkan latest update about my family and about me myself...
Dah sebulan lebih dah kami balik Malaysia for good, alhamdulillah almost 90% dah settle down, tinggal sikit saja lagi nak touch up here and there to make our life here more comfortable and colourful!
Sebaik saja jijak kaki kat bumi Malaysia ni, perghhh panas! Hahaha, kami sampai pukul 11 malam, naik AirAsia so landed kat LCCT, kena laa turun tangga plane tu berjalan kaki masuk airport. Walaupun malam tapi bahangnya tetap laa terasa. Dengan baju yang agak tebal, yer laa, kat Jepun tengah winter, plus dalam flight takdak blanket bagai so memang siap pakai baju berlapis2 lengkap berjeket lagi, hambikkk hang, menitik2 peluh weiii. Mujur laa prosedur tak makan masa lama, beg pun tak payah tunggu lama2, so kami terus boleh keluar dengan senang hati, abah dah tunggu kat luar, letak barang2 dalam kereta, then off back to Seremban. Malam tu tidur kat rumah abah, esok paginya kami panggil teksi dan terus ke stesyen KTM, naik ETS balik Ipoh. Sampai Ipoh pukul 2 lebih, ateh mai jemput. Rehat 2 hari saja kat Ipoh, kemas2 barang, terus balik Seremban semula, memang agak tergesa2 sebab kami ada misi yang lebih penting untuk diselesaikan iaitu nak mencari rumah!
Setelah bertungkus-lumus berminggu-minggu jenuh melilau rata cari rumah, at last jumpa jugak rumah yang berkenan di hati. Sebelum nak cari rumah untuk disewa ni, of course laa ada beberapa points yang kami dah highlight-kan untuk jadi kriteria2 utama dalam pemilihan rumah. Antaranya nak sewa murah(budget dalam RM600-800), nak kawasan kejiranan melayu, nak ada pengawal, sebolehnya nak yang setingkat saja, tak kesah teres/semi-d/banglo as long as boleh park 2 kereta, nak dekat dengan tempat kerja myLove dll. Kami mulakan misi memburu rumah sewa ni dengan kawasan Nilai Impian, lepas tu pi Nilai Spring, pi desa Jati laa, desa Kasia laa, desa Cempaka laa, desa Kolej laa, huishhh habis semua jenis desa kami masuk-keluaq, pendek kata seluruh ceruk Nilai tu kami merayap, sampai terer laa segala-mala jalan kat sana, sebut ja nama tempat, map Nilai tu dah key-in dalam otak dah,cewah! Kat area Nilai ni, rumah yang berkenan tu ada tapi rate sewa mahai sangat, tak patut padan langsung! Lepas dah rasa macam takdak dah rumah nak tengok kat Nilai tu, kami pun mula keluar dari area Nilai, masuk laa ke sempadan Salak Tinggi dan Bukit Mahkota pulak. Area Bandar Seri Putra pun kami sempat usha jugak tapi tak menahan dengan sewa yang mahal nak mampus tu, terus tak pi dah, hahaha. Melilau punya melilau, last2 baru dapat info yang kawan sama batch myLove nak cari penyewa untuk rumahnya di Bukit Mahkota. Tak tunggu dah, terus contact dan pi tengok rumah. Arghhh memang berkenan, bincang punya bincang, kettei(=confirm) terus nak rumah dia. Memang rezeki kami laa, rumah ni sangat menepati kehendak. Cuma 1 ja tak best, rumah ni 2tingkat, adehhh jenuh laa mama naik-turun tangga, kurus laa mama lepas ni, hihi...
Dalam erti kata lain, kami sekarang menetap di Bukit Mahkota laa, ianya dalam daerah Kajang, Selangor. Dekat je dengan Nilai, ikut jalan belakang myLove berulang pi kerja dalam 10minit gitu ja, tak payah bayar tol, takdak kesesakan lalu-lintas, pi balik kerja aman damai! Dah masuk minggu kedua dah kami menghuni rumah ni, alhamdulillah selesa. So buat sementara waktu, di sini laa kami akan mulakan hidup baru di negara sendiri ni. InsyaAllah kalau ada rezeki dalam masa terdekat ni nak beli rumah sendiri. Tengah survey kawasan lagi, sapa2 ada info projek perumahan best2, roger2 lah kami, hehehe...

Subscribe to:
Posts (Atom)