Thursday, October 6, 2011

3 weeks


Hari ni Raisha dah berusia 3minggu. Alhamdulillah masih dalam mood baik, tidur je siang dan malam, tak banyak kerenah, tak reti lagi nak meghap, cumanya lately dia sangat suka diriba, kalau sapa2 riba dia, sure dia lentok tertidur, tapi bila letak je dalam cot atau atas katil mata terus terbuka luas. Tapi mama as usual memang tak layan, dalam pantang ni memang laa banyak sikit masa nak mengulit dia, tapi nanti dah habis pantang mama kena tunggang-terbalik semula dengan tugasan harian, so better jangan biasakan dia, nanti tak terlayan pulak kot kan, hehe...


Wajahnya pun dah berubah sikit, but still tak tau dia nak iras siapa, nanti dah habis pantang baru tau kot. Memang lazimnya budak2 ni berubah2 wajahnya. Awal2 lahir hari tu memang sebijik macam Raziqh, sekarang ni rasa macam dah lain. Cuma bila orang datang melawat tu kebanyakannya kata muka macam Raziqh, tak kesah lah macam sapa pun, Raisha tetap comel di mata mama...


Rambut Raisha masih tak bercukur lagi, dok tunggu paklongnya balik Ipoh untuk cukurkan. 2R dulu pun paklong depa yang botakkan, tapi kali ni paklong busy kerja, tak sempat2 nak balik. Tengoklah isnin ni,kalau paklong tak dapat, paklang pun ok jugak, kebetulannya paklang dan maklang nak balik Ipoh isnin ni, boleh kot nak request paklang cukurkan si Raisha ni...


2hari lepas nurse datang rumah check baby, berat Raisha masa tu baru 3.4kg, alahaiiii nak oi, dah 3minggu tapi baru naik 400g, rasa macam sikit la pulak, tapi normal kot untuk anak perempuan kan. Kalau si abang2nya dulu, umur sebulan dah cecah 5kg. Nextweek nak bawa Raisha ke klinik untuk cucuk 1bulan, rasanya masa tu nanti beratnya tak sampai 4kg pun, ish kecik sungguh. Nampak montel tang pipinya saja, tapi takpa laa, asalkan membesar sihat, dari segi penyusuan memang kuat jugak menyusu, kalah si Raziqh masa kecik2 dulu...

2 comments:

Ina said...

Eh mcm mana boleh terlepas entry2 Fith ni. Xperasan plak Fith ada update. Anyway aah la kita pun terpk muka Raisha mula2 lahoir mcm Raziqh. Tp muka yg ni dh nmpk mcm Rafiqh plak hihi. Makin sibuk la Fith lepas ni layan 3R. Apa2 pun moga sihat2 sentiasa Fith dan anak2 :D

Unknown said...

fith, nampak tembam je dia..comey..mata bollattt..