Dah nak masuk sebulan dah usia si kecik ni, tapi mak dia baru terhegeh2 nak publish gambar2 awalnya...
Ini rupa Raisha selepas beberapa jam dilahirkan, petang 16 september. Kelahirannya disambut meriah dengan kehadiran tok abah, tokma, paklong & family dan paksu...
Day 2 - Pagi tu tok abah datang bawa breakfast, tengahari datang bawa bubur dan petang lepas asar semua datang tengok mama dan baby. Mai sat saja tapi tu pun mama dah pening dah, haru sungguh anakku si Raziqh tu, tak duk diam sesaat pun, haisehhh baik laa hang pi balik cepat2, hahaha.
Kalau ikutkan, mama dan baby dah boleh keluar dah hari ni tapi sengaja pilih nak duk 3hari 2malam, sebabnya masa duk kat hospital ni je laa masa untuk mama rest sepenuhnya, once dah jejak kaki balik rumah, takdak laa chance nak baring2 berehat dah. So sepanjang hari mama just habiskan masa berehat sendirian, ulit2 si kecik, baca majalah dan tengok tv, syok woo!!!
Day 3 - Ayah sampai dari Nihong malam sebelumnya, awal2 pagi dah datang hospital, tengok baby gegirl-nya, sambil tu teman mama kat hospital, 2R ikut tok abah balik, takmau aih nak duk hospital dengan ayah dan mama. Depa lagi syok balik rumah sebab sepupu-sepapat depa Syafiy, Sidqiy dan Syadza ada kat rumah. Hari ke-3 tu mama dan baby dah discharged, yeay, dah boleh balik rumah dah...
Day 4 - Rafiqh onichan dan Raziqh onichan sayang sangat kat adik Raisha...
Saturday, October 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hihi gelihati tgk pic tu. comel je. muka mcm kucing nk terkam ikan. seb baik babycot tu tinggi kalau tak sure abang2 dh join raisha. seronok ye fith tgk abg2 sayang adik :)
Post a Comment