Tengok tajuk entry pun dah boleh agak kot apa isi kandungan entry kali ni kan. Yup, myLove dah on the way dari Holland balik Malaysia. Setelah lebih sebulan terpisah, rindu amat! I pun baru je dapat tau yang myLove confirm nak balik, tu pun isnin lepas baru betul2 confirm. Sebelum tu dah banyak kali plan tapi bertukar2, nak buat macammana kan, dia ke sana bukan makan angin tapi bertugas, kena laa faham, yer dak?!
InsyaAllah petang ni pukul 3 myLove akan sampai KLIA, abah jemput di KLIA dan hantar ke KL central, myLove balik Ipoh naik ETS je. Cadangnya nak pi jemput tapi sebab tau nak balik pun mengejut, tak sempat nak prepare. Bebenornya yang nak kena prepare tu adalah GPS, hahaha, uishhh tak reti aih nak drive jauh2 kat Malaysia ni, tambah2 lalu highway bagai, takut sesat! Hari tu dah cakap kat abanglong nak pinjam GPS tapi tak ambil lagi dari dia sebab dok sangka myLove balik on weekends, tup2 balik weekdays, kesian cik abang kena balik sendiri...
Balik kali ni pun tak lama, isnin depan dah nak kena terbang balik. MyLove kena balik Jepun dulu for few weeks dan kami kena stay Malaysia lagi, sempat laa jumpa beberapa hari. Hopefully anak2 tak buat hal laa lepas ayah diorang tiba2 hilang balik, huhu. InsyaAllah lepas settle kerja2 di Jepun, baru dia balik Malaysia semula dan kami sekeluarga ikut dia ke Holland. Moga Allah permudahkan semua urusan dan perjalanannya...
Update terbaru tentang morning sickness pulak, hmmm belum habis pun lagi even though dah pun masuk minggu ke-15. Hebat2! Cumanya dah berkurang banyaklah compare to before ni. Kalau nak buat perbandingan dengan pregnancies dulu2, time ni dah sehat walafiat dah, dah energetic balik macam orang tak pregnant dah tapi kali ni ada lagi bersisa morning sickness-nya. Memanglah setiap pregnancy tu berbeza2 dan tak dapat tak, kita akan buat sedikit perbandingan kan. Walau teruk macammana sekalipun, I'm so sure hati setiap ibu tu pasti tabah melalui waktu2 genting ni demi anak yang dikandungnya, kan kan? Sekarang ni biasanya akan rasa pening2 dan loya nak muntah bila dah lepas asar, badan pun akan rasa letih dan lemah2 time tu. Tapi pun, tetap paksa diri bangun bergerak pi jalan sana sini demi anak2...
6 comments:
Fithri,
Sebut psl GPS teringat adik Bee yg blaja kat Masir kata GPS = guna pun sesat.. ehehe
agaknya kali ni nk dpt baby girl plak kot :)
salam fith.. bestnya dpt jumpa cik abe (^o^) take care ek fith > bb girl kot kali ni (^o^)
insyaAllah makin sihat la tu tambah2 bb dpt jmpa papa balik. bb tu pn reserve genki mama utk tunggu nk g holland dlu kot hihi. bestnya nk jln2 europe. apa2pun moga sihat selamat semua n enjoy all d moments kay :D
Take your time to rest. Nanti dah gagah mcm biasa, blh la update blog. By the way, rindu gak nak tahu cite terbaru Fith sefamili.
Biah,
haha,yg tu haru laa kan,dah guna pun sesat jugak.tp mmg pun,kdg2 GPS ni pun mereng jugak,ntah ke mana2 dia pusing,sabo je laa.tp fithri mmg takleh laa drive without GPS,ketaq lutut,hihi
baby girl?aminnnn...
Murni,
uishhh best laa,hehe.
girl eh?aminnnn
Ina,
haa hrp2 gitu laa,jgn dok mabuk2 lg time nak fly jauh tu udah ler kan.apapun,kena think positive je ni,takleh ngada2 manja2 sgt,hehe.
Kak unaizah,
tu lah kak,mmg nak update tapi masih dlm fasa malas2 gitu.nanti dah sehat boleh update mcm biasa blk insyaAllah
Post a Comment