Wednesday, April 20, 2011

Update carca marba

Banyak sungguh benda nak update tapi sebab tak dak masa nak bercerita panjang so mai laa nak tulis in points saja. Ada beberapa draft entries dah sebenarnya, tak sempat nak perabih tulis saja, nanti2 laa bila ada mood tu boleh publish banyak2 terus eh. So kali ni cuma dapat bagi cerita2 pendek sajalah, kira ok la kan, at least blog ni tak laa sunyi sepi sangat, ada laa jugak ceritanya...

1. Baby baru abanglong&kaklong tu namanya Siti Syadza Damia. Ramai aih yang tanya, haa baru boleh hebah secara rasmi selepas papa dan mamanya dah umumkan. Kami panggil 'baby pinky' kat dia, sebab baju seluar mitton socks serba-serbi pink, sekali dengan mukanya pun pink, hehe. Putih merah orangnya, gebusss...

2. Pregnancy dah masuk minggu ke-17, alhamdulillah morning sickness dah makin berkurang. Dah tak rasa loya2 cuma still akan muntah bila tersalah makan. Pening2 masih ada, almost setiap hari terpaksa berdepan dengan rasa pening ni, walaupun bukanlah pening yang nyut2 sampai kena baring tu tapi tetap jugak pening2 ringan ni mengganggu urusan harian...

3. Ada lebih kurang seminggu lebih je lagi kami kat Malaysia. 2mei nanti dah nak berangkat ke Holland. Maybe nanti kat sana banyak laa masa terluang, boleh update banyak2 kot, hihi...

4. Perkembangan SK-II pulak. Sejak balik Malaysia ni ramai sungguh yang bertanya pasal nak membeli produk SK-II, atas sebab tu I dah beli beberapa set sebagai ready stock yang insyaAllah akan tiba di Malaysia sekitar awal mei nanti. I akan tulis entry khas berkenaan set2 ni nanti, so kalau berminat boleh contact yer...

2 comments:

Ina said...

alhamdulillah makin ok ye. nnt g holland sejuk kan skrg ni? makin ok la kot. kiter kalau panas2 masa pregnant lg pening n loya segala hihi. papepun take care ye n moga slamat semua :)

Fith said...

ina,
hrp2 macam tu laa kan.pergi nanti pun time summer tapi tak panas mcm nihong kot.
u 2,take care