Monday, March 28, 2011

Alahan @ mabuk

Alhamdulillah pregnancy dah pun melangkah ke trimester kedua tapi morning sickness ni belum lagi menampakkan tanda2 nak berakhir. Nama je laa morning sickness kan tapi sakitnya perghhh pagi-petang-siang-malam, non-stop...

Kali ni alahan agak hebat jugaklah kalau nak dibandingkan dengan 2 kandungan sebelum ni. Masa Rafiqh dulu mula rasa mabuk2 pada minggu ke-7 dan berakhir sekitar minggu ke-14, masa Raziqh pulak mabuk2 bermula pada minggu ke-10 dan pulih pada minggu ke-14 jugak, tapi untuk kandungan kali ni minggu ke-5 dah mula rasa tak sedap badan, mual2 dan seram sejuk je badan ni, hopefully akan berakhir secepat mungkin laa. Kalau sebelum2 ni alahan setakat mual2, muntah2, mudah penat, lenguh2 badan gitu je, tapi kali ni lebih sensitif, tak boleh salah makan dan pening2 selalu...

Tapi alhamdulillah syukur amat sangat, kali ni ber-morning sickness di Malaysia, suasana di sini banyak membantu sebenarnya, sebab tak payah masak(hehe), tak banyak kerja rumah nak dibuat, boleh rest sebaiknya, ada ramai pembantu tengok2kan 2R, fuhhhh memang nikmat yang tak terkata laa. So pregnancy kali ni even morning sickness agak teruk tapi kinda enjoy jugaklah 1st trimester-nya. Walaupun myLove tak ada di sisi nak bermanja2 mengada2 hak2 tapi takpa sabar2, nanti dia balik boleh laa nak minta dilayan kan, hihi...

Sebab dah berpengalaman menghadapi morning sickness sebelum2 ni, so kali ni dah boleh agak2 dah cara nak hadapinya. Asam2 memang tak jalan laa, lagi rasa nak muntah ada laa. Untuk elak rasa mual dan perut rasa sebu, just make sure makan benda2 ringan every 2hours, makan sikit tapi kerap2. Minum air sejuk(letak seketul 2 ais ketul) atau air panas pun boleh mengurangkan rasa nak muntah. Kurangkan makanan berminyak dan yang pedas2. Mandi air suam pun boleh buat badan rasa releks dan kurangkan rasa tak selesa. Macam2 laa caranya kan...

Oklah, next time cerita pasal check up pulak. Minggu ni best dan meriah sungguh rumah sebab kaklong dan anak2 balik Ipoh, insyaAllah kaklong tengah tunggu hari je tu nak bersalin kat sini, eiiii tak sabaq aih nak tunggu baby lahir, lama dah tak pegang baby baru lahir dan cium haruman syurga. Baru2 ni ada ikut mak pi tengok cucu baru kawan mak, eh2 baru setahun lebih tak pegang newborn tapi dah rasa kekok nak pangku baby, aisehhhh. Mohon kawan2 tolong doakan dipermudahkan kaklong bersalin...

13 comments:

norlin said...

memang kalau lagi bertambah anak lagi teruk kot morning sickness...patutla noli dulu massa yousuff rasatak best badan,,,masa haikal tak dak apa pun....pengorbanan ibukan..
semoga fith gambarre selalu....wah bestla kat malaysia, nak mengidam apa semua bolehla...hihi...tapi kalau fith mengidam sushi jepun, kena mengidam dalam mimpi dulula...
bagus jugak timing fith ni...kena time balik malaysia dan jepun pun dalam kedaan tak berapa ok untuk pregnant woman.moga selamat semua.

ida said...

fith, take care...semoga cepat sehat!

Ina said...

mmg timing baik la fith pn ada kt msia. kalau kt nihon mencabar gak nk layan diri n rmh tangga sorg diri kan. btw enjoy ur moment kay! wah dpt 2 cucu mak fith thn ni ye. moga slamat semua utk kak long fith n fith juga :)

Anonymous said...

Wahhh... Shu baru nak catch up Fith dah nak masuk 3 dah...

naz said...

Take care fith. Kem salam kat mariam..semoga selamat bersalin, insyaAllah semoga dipermudahkan...amin.

Unaizah said...

Sabar ye, adatla tu hihi. Look forward to trimester yg nak makan itu ini. Motivasi utk lalui morning sickness tu hihi. Berapa kali pregnant pun, lain pregnancy lain experiencenya. Perangai anak pun lain-lain kan...

Unknown said...

salam kak fitriah...wa3...yg ke 3..tahniah kak..:):)

Rabiatul Adawiah said...

salamn. congrats fith!!! skrg ni jarang2 sekali dpt la baca blog fith. aritu bukak je blog, fith nk blk msia. kali ni bukak2 je blog fith dh pregnant pulak. seronoknyaaaa :) :) :) moga dipermudahkan segalanya...

Fith said...

Norlin,
fith dulu masa rafiqh mmg teruk,masa raziqh alhamdulillah tak teruk sgt tp yg ke-3 ni agak hebat jugaklah,tambah pulak dah ada 2heroes kan,lg ler mudah letih sbb struggle dgn diorg lg.apapun,syukur sgt2 sbb Allah aturkan perjlnan kali ni mcm ni,at least fith ada pembantu di saat2 tgh lemah2 ni dan keadaan kat nihong yg tak stabil tu.btw take care yer...

Ida,
thanks ida.

Ina,
jazakillah atas doanya,masih tunggu baby kaklong keluar,excited dgn baby org dulu sbb giliran sndr lmbt lg,hehe.

Shu,
takpe shu,nanti boleh kejar,fith lps ni insyaAllah rest lama sikit,hehe.

Fith said...

Naz,
thanks.aminnnn moga Allah permudahkan,baby tak keluar lagi ni,kitorg dah tak sabar2 dah,hehe...

Kak unaizah,
sdg looking forward utk kembali energetic lah ni,hopefully cepat laa sehat balik.mmg stp pregnancy tu berbeza,sbb tu takleh nak predict sgt,cuma boleh berdoa je laa kan.apapun thanks...

Dini,
wsalam,thanks dear...

Biah,
wsalam,alhamdulillah rezeki tahun ni kan.btw thanks ye

Siti Mariam Hussain Zaki said...

tak pe dh tak lama ayah 2r nak balik,nnt bolehla manjee lebih2 sikit,nanti 'berkurung' dalam bilik lama2 sikit naaaa...kikikihhh....

hajar said...

congrate fith....

Fith said...

kaklong,
haha manja2 tu wajib dah,hihi.qada balik sebulan punya rindu kan...

hajar,
thanks