Look at his eyes, menjegil kemain lagi. Mata yang sepet kena buka luas2 untuk dia puas melihat dunia, habis kerut2 dahi tu, haha...
Unlike Rafiqh, Raziqh ni lambat sikit nak reti senyum. My mom kata dia sombong, muka serius je, hehe. dah habis tempoh berpantang baru laa pandai nak response senyum2 bila diagah. And lately he loves to "talk" when someone talks to him, dah pandai "agoo agoo" dah...
Kesian Raziqh, tiap2 hari kena cepuk dengan onichan(=abang)... Jarang sangat dia nangis, kalau sakit sungguh2 baru dia meraung tapi kejap je laa. Sabar je laa yer dik, tunggu beberapa bulan je lagi, lepas ni bergasak laa korang berdua ek... Yang si Rafiqh ni pun satu hal jugak, jeles ker hapa ker tak tau laa. Kalau orang lain pegang adiknya, tak laa dia kacau sangat tapi kalau I yang pegang, memang nahas laa si adik tu dia kerjakan. Yang geram tu elok si adik tu nak tidur je, gedebuk dia lepuk, dah terjaga balik si kecik tu, dah tu kena laa I tidurkan semula. Bila laa nak habis kerja tidurkan dia kan, asyik bangun-tidur-bangun-tidur, haiyaaa... Bila mak depa dah naik angin, memang kena laa si abang tu...
Raziqh ni bukan jenis kuat nyusu. Minum main2 je, ala2 macam nak lepaskan haus je. Naik bosan pulak menyusukan dia, kejap je dah stop so kadang2 tu I akan biarkan dia betul2 lapar baru I breastfeed dia, haa termengah2 dia hisap, haha hambik! Dari apa yang I tahu, biasanya baby yang di-breastfeed ni selalu terlentok tidur semasa proses menyusu, lama2 jadi habit nak tidur je mesti nak menyoyot macam si Rafqih dulu2, tapi berbeza dengan Raziqh ni, dia tak suka "bergantung". Jarang sangat dia menyusu sampai tertidur, biasanya dia akan tidur lepas dah selesai minum... So that kalau dia dah betul2 mengantuk lepas menyusu I just put him in his cot, let him sleeps by himself...
Budak kecik ni pun jenis yang susah nak menangis. Bila lapar, panas atau rimas diapers basah dia hanya akan bunyi oh-eh-oh-eh je, kalau I biar tak layan dia baru dia menangis. Kat rumah mak, I dan adik2 suka usik dia, biarkan je dia hingga dia nangis sebab syok dengar dia nangis, mahal sangat suara tu ek...