Saturday, December 19, 2009

Satsumaimo

Entry kali ni pasal makanan2 berasaskan satsumaimo(=sweet potato)...

Ada lebih dari 10biji keledek lagi tergolek2 kat dapur tu, orang asyik bagi ja, tengah musim imo(=ubi) agaknya, sampai dah taktau nak masak apa dah. Memang banyak resepi kuih-muih dari keledek ni, rasanya tak laa susah pun nak membuatnya tapi nak sesuaikan dengan selera myLove tu yang payah sikit...

Kuih keria ni entah berapa kali dah buat, hari tu sampai setiap minggu buat keria, naik cemuih laa pulak, hehe.


Cucur ubi paling senang nak buat, cuma bancuh tepung, celup dan goreng. Keledek ni lemak2 manis, sangatlah sedap bila buat cucur...


First time I buat inti karipap pakai ubi keledek, selama ni buat mesti pakai ubi kentang. Mak selalu kata kalau pakai keledek inti tu lagi sedap, terbukti memang sah lagi sedap!


2hari lepas obachan(=makcik) jiran bawah ni bagi keledek bakar. Rajin betul dia bakarkan, I memang tak pernah bakar sendiri, selalunya dia laa yang akan bakar siap2 dan hantar ke rumah. Kebetulan hari tu dah pun buat minum petang, so I cuma suapkan Rafiqh makan, ubinya punyalah besar, setengah ketul tu pun tak larat nak habis. Last2 kelmarin I kupas dan panaskan dalam microwave, lenyet2 buat cekmek molek dan keria...


Inilah rupanya cekmek molek yang tak molek, hihi. Tak sempat dah nak muncungkan bujur kuih tu sebab buat kuih ni petang dekat2 myLove nak balik dah. 2R ni pulak baru bangun tidur dan buat hal. Mak depa pun kelam-kabut laa, dah laa nak pi klinik, kuih tak buat lagi, depa tak mandi lagi, semua tak siap lagi, haa tu lah padahnya tangguh2 kerja sebab malas masuk dapur yang sejuk, akhirnya main belasah ja buat bujur2, hehe.

Nak masak apa lagi ubi2 ni?!

Open your eyes - Maher Zain

Sejak pertama kali mendengar lagu dan suara Maher Zain, hati ni terus tertarik dan bagaikan jatuh cinta, errr pada lagunya saja hokey. Alunan irama dan liriknya sungguh mengasyikkan dan menyentuh perasaan... I don't really know who actually he is, tried to google more info about him but got nothing. All I know, he is a truely handsome young man who sing nasheed songs, and of course he has a lovely voice...

Here is 1 of his songs, 1 of my favourites... Best kan?!
I keep playing his songs again and over again with high hope that Rafiqh can sing those songs soon, hehehe...

Click here for the lyric of this song - Open your eyes

Friday, December 18, 2009

Salam maal hijrah

Salam maal hijrah buat semua kawan2...
Moga lembaran tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya dalam segala hal... Yang baik pada firasat kita itu belum semestinya baik untuk kita, sesungguhnya Allah lebih mengetahui, makanya berbaik sangka lah dengan apa jua yang mendatang. Think positive, insyaAllah kita akan selalu merasai nikmatnya dan indahnya kehidupan walaupun hidup penuh direntangi dugaan...

Pagi semalam 1st day snowing untuk winter tahun ni, sekejap ja turun pun. Kebetulan tengah snowing tu Rafiqh dah bangun tidur so bawa dia ke beranda dan tunjukkan yuki(=snow) kat dia, dia pun galak laa dok sebut "yaki, yaki". Nanti tunggu yuki turun lebat2 dan tebal menutup bumi boleh laa bawa dia main yuki, tapi kena belikan glove dulu, kalau ada boot hujan tu lagi syok, haha, over aih! Oh tempat kami ni snow tak lebat sangat, Yamaguchi ni terletak kat hujung pulau menghala ke bawah Jepun, taklah sesejuk kawasan atas2 nun, jaranglah nak tengok bumi putih seputih-putihnya berhari2, tapi I lebih suka macam ni, memang tak suka sangat sejuk2 dan snowing, nanti susah nak keluar rumah... Syukur amat tercampak di sini, alhamdulillah...

Bila snowing ni mula laa jadi malas nak bergerak, rasa nak duk kat ruang tamu ja, takmau pi dapur, takmau pi bilik... Haduhhh sejuk sungguh sampai ke tulang! Tapi Rafiqh ni releks ja, dia boleh tak pakai baju pun, cuma pakai diaper, hadoiii sabaq2... Budak2 memang macam ni agaknya, tahan sejuk tapi tak tahan panas, huh! Dia ni kan macam tau2 ja time ayah dia nak balik, lepas mandi petang tu terus semua taknak walhal pagi/tengahari tu ok ja, semua kena tunggu ayah buatkan, hiiii geram sungguh! Sejak dia kecik lagi I memang akan make sure dia mandi dan siap comel2 sebelum myLove balik. Of course laa nak ayah dia tengok anak2 dia comel terurus kemas bila dia balik rumah setelah penat seharian bekerja kan. Tapi lately Rafiqh dah taknak cooperate, hish lantak lah, malaih nak berperang!

Sejuk2 ni selera makan pun bertambah2. Wahhh bahaya ni, hehehe, ada terasa nak kurangkan aktiviti memasak, boleh bagi alasan tak tahan sejuk nak duk kat dapur lama2 hihi tapi bila tengok Rafiqh yang kemain lagi berselera makan, tak henti2 makan, rasa tak sampai hati laa pulak taknak masak, adoiii... Boleh ja masak tapi tak makan, tapi tak tahannn, hahaha... Haa, rabu lepas buat tepung pelita, lamaaa dah teringin nak makan, so for the 1st time buatlah sendiri. Tekstur dah elok, lembut beralun tapi malangnya taktau tang mana silap bahagian bawah yang hijau tu terpahit sikit, hadoiii terlebih letak daun pandan ka?! Nak kena sambung menuntut ilmu lagi ni, lepas tu boleh cuba sekali lagi... Walaupun bahagian bawah tu tak jadi, nasib baiklah bila makan dengan part santan tu tak terasa sangat pahitnya, so Rafiqh pulun makan berbekas2, habis dah pun petang semalam, legaaa... I memang takkan buang makanan, kalau gagal sekalipun mesti usaha dan cuba jugak makan sampai habis, sayang kan nak buang2...

Menstruate after give birth...

Whether and how much we're nursing our baby is the biggest factors in determining how soon our body will resume its menstrual cycles. Of course the timing is different for every woman, depending on our body and circumstances. Ya laa kan, semua ni bergantung pada hormon yang dikeluarkan oleh badan masing2, as badan setiap orang tu responds differently to the hormonal influences of breastfeeding...

Usually non-nursing mom might start menstruating again as soon as a month after giving birth or it could take 2 to 3months. While for nursing mom, if we're exclusively breastfeeding day and night, it can take up to 1year before we get our period back. Basically, garis panduannya ialah pada kekerapan bayi kita menyusu, the more often our baby nurses, the longer it will be before we start menstruating again. Banyak sumber jugak berpendapat, jika baby tidur baik through the night from an early age, our period will likely to return sooner, like me, hehehe. Oh yes, I got my menstruate pretty early this time, masa Rafiqh dulu after he reached 9months then only I got my period back, cause dia memang penyusu tegar siang dan malam. Bila tengok Raziqh punya style tidur malam plus kekerapan menyusu yang kurang plus tak lama pun menyusu each session, I dah agak dah I'll definitely menstruating again very soon. Nah, Raziqh baru 4bulan, hohoho...

Selalunya selepas baby dah mula belajar tidur lebih lama pada waktu malam(kurang bangun menyusu) dan mulai makan solid foods, kecenderungan ibu2 nak datang bulan balik tu akan lebih tinggi. So ibu2 sekalian, janganlah pulak terkejut dan panik bila tiba2 datang period meskipun kita menyusu eksklusif. Usahlah terpedaya dengan mitos yang mengatakan bila kita amalkan penyusuan susu ibu, kita tak akan datang bulan, kita tak subur dan tak mungkin pregnant... Semua itu bohong belaka!

Even though we're breastfeeding exclusively our baby, we must bear in mind that our body will release its 1st postpartum egg before we menstruate. So if we don't begin using birth control, we can get pregnant even before having our 1st period, haa sedar2 ja dah pregnant pun, hahaha naya2... Naya laa bagi orang2 yang tak ready nak pregnant lagi, tup2 baby baru beberapa bulan dia dah hamil balik. If we don't want to get pregnant again soo soon, then please do something to prevent it...

Nugget ayam


Atas permintaan my bestfriend-Elah, ni resepi nugget...
Resepi ni tak ada sukatan tepat, main agak2 je ok.

mince chicken
tepung gandum (sikit saja)
garam
mayonis
serbuk lada hitam/putih
* rempah masala/tandori
* oregano

note: * ialah optional, boleh je nak letak atau tak

Untuk bahan salut:
telur dipukul bersama secubit garam
breadcrumbs

Cara2:
- satukan semua bahan2 dan gaul sebati
- buat bulat2 dan leperkan
- celup dalam telur dan salut dengan breadcrumbs, goreng hingga kekuningan

Wednesday, December 16, 2009

Postpartum hair loss

Kita selalu dengar orang2 tua kata lepas bersalin rambut kita akan banyak gugur sebab baby kita main air liur kan?! Takdak kaitan pun sebenarnya. Secara kebetulan ja tu, teori2 ni terhasil dari pemerhatian orang2 tua, iaitu bilamana rata2 baby yang berusia 2-3bulan mula main air liur sendiri rambut ibu2 pun mulai gugur. I sekarang sedang berhadapan masalah rambut gugur...

In the 1st few months after giving birth, many new moms are surprised to find themselves shedding more hair than usual. No need to panic, it's perfectly normal! InsyaAllah takkan botak lah, in fact slowly our hair should be back to normal by our baby's 1st birthday!

Normally, 85 to 95% of our hair is growing while the other 5 to 15% is in a resting stage. After the resting period, this hair falls out, selalunya rambut ni gugur ketika kita sikat rambut atau mandi/shampoo, dan rambut2 ni akan diganti dengan rambut2 yang baru... An average woman shed about 100 hairs a day, tuh dia, banyak kan?!

During pregnancy, increased levels of estrogen prolong the growing stage, there are fewer hairs in resting stage so that berkuranglah rambut kita yang gugur. That's why ibu2 hamil selalu rasa rambutnya lebih lebat dan cantik ketika pregnant berbanding ketika tak pregnant, ada yang sangka rambutnya tumbuh lebat tapi yang sebenarnya rambut yang gugur tu yang berkurang...

After giving birth, estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Makanya berguguranlah rambut itu saban hari, huhu. Tapi takpa, this unusual shedding will taper off and our hair will be back to its pre-pregnancy thickness in about 6 to 12months after give birth...

Nothing we can do to stop our hair from falling out, but a short-cut-hairstyle can be easier for us to take care of. Luckily I went to cut my hair short since I was pregnant, walaupun kalau ikut pantang-larang orang tua tak boleh potong rambut masa hamil, takut nanti tali pusat baby putus lah hapa lah, but I can't stand the long hair any longer. Plus I don't believe on such that pantang and mak pun tak tegah, so I headed to hair-saloon and got my hair cut, puas hati dapat potong pendek, siap cuci dan massage bagai, cost me only RM12, murah nak mampuih! This is my 1st time potong pendek rambut lepas kahwin, myLove suka so next time nak maintain pendek saja. Bila ada anak kecik ni, masa untuk belai2 rambut dah tak ada dah... Tambah pulak dengan gugur2 ni, naik rimas tengok rambut penuh berterabur merata2...

Coffee choco muffins

Ina-mamaIhsan requested letakkan resepi...

Resepi muffin ni dari Yani-myResepi, I memang suka sangat cuba resepi2 Yani, thank you so much for sharing!

2 sudu besar instant coffee
70 ml susu segar
50 gm butter
50 gm gula
1 biji telur
150 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
65 gm milk chocolate - diracik kecil2 (I letak 40 gm sahaja)

- campurkan coffee dengan susu segar untuk jadikan coffee milk
- ayak tepung bersama baking powder
- panaskan oven 180 darjah
- pukul butter hingga lembut, masukkan gula dan pukul hingga putih
- masukkan telur sedikit demi sedikit
- masukkan tepung berselang-seli coffee milk dan pukul sebati
- masukkan choco dan kacau rata
- isikan dalam muffin cup 3/4 penuh dan bakar 25 minit 180 darjah (I bakar 15 minit saja)

Selamat mencuba !

Muffins for neighbours...

Projek masakan semalam ialah baking muffins dan buat nugget, muffins tu buat 2 adunan, dapat laa 22biji. Masa birthday Rafiqh hari tu memang kami berniat nak agih2 muffins untuk jiran2 tapi sebab kelam-kabut buat persiapan petang tu dan siap decorate muffins pun dah lewat, jadinya tak sempat pun nak hantar kat jiran2. So semalam kami cover balik hasrat tertunggak tu...

Lagipun hari tu I rasa tak puas makan muffins, sempat rasa serba satu ja, kali ni buat banyak sikit bolehlah simpan untuk breakfast pagi tadi sekali, hihi. Buat coffee choco muffins, sangat wangi dan mengasyikkan bau aroma kopi ni!

Pagi semalam si kecik ni bangun pukul 9lebih, lepas siap semua kerja2 rumah dan uruskan dia baru laa adun bahan2 muffin, tapi sempat bakar 8biji ja dia dah uhek uhek, stop kejap tidurkan 2R then sambung bakar balik. Pukul 12 lebih dah siap bakar kesemuanya. Pukul 3petang putar whip cream dan hias muffins, lepas tu I keluar dengan Rafiqh ke rumah jiran2 menghantar muffins ni. Hari tu masa party I decorate muffins ni guna choc ganache, this time guna whip cream pulak, perghhh I memang suka laa whip cream ni, choc ganache pun sedap jugak...

Kalau kat Jepun ni, I tengok mostly kek di-decorate pakai whip/fresh cream, tak macam Malaysia yang lebih suka pakai buttercream. I prefer whip/fresh cream most cause rasa cream-nya lebih ringan dan kurang manis compared to buttercream yang cepat muak, tapi of course lah dengan whip/fresh cream tu tak boleh nak hias secantik guna buttercream kan, tapi kalau takat rupa ja cantik, rasanya hampeh, nak buat hapa, kan kan?! Hehehe, sesuka hati ja kutuk kek orang, macam laa terer sangat buat kek, hek!
Coffee Choco Muffins
Whip cream... Yang tak dihias tu biasalah, mesti laa untuk Rafiqh kan... Tapi Rafiqh pun tak bodoh aih, dia lagi minat nak makan yang ada topping putih2 tu, he thought it's ice-cream, dok laa sebut "aikim, aikim", hahaha, terpaksa laa mak dia suap jugak. Nak suap no hal, nak makan sendiri NO NO NO, satgi habis satu rumah berlemoih...
Choco ganache... Yang ni gambar muffins untuk party hari tu...

Petangnya buat nugget pulak, dah lama myLove cakap nak makan nugget. Dan dah lama dah beli mince chicken tapi tak terbuat, so petang semalam gagahkan jugak diri buat. Rafiqh pun suka nugget tapi semalam makan seketul ja, tu pun tak habis, dah dia pi bantai muffins 2biji dah sebelum tu, kenyang laa. Takpa2, minggu depan mama buat lagi ok...
Sabtu lepas jiran datang bagi kimuchi, katanya dia buat sendiri. Ni 2nd time I makan real kimuchi, kalau pes kimuchi yang makan dengan nabe tu pernah laa makan, yang tu sedap. 1st time makan kimuchi ni dulu masa pi lunch kat rumah profesor, time tu tengah mabuk2 pregnant-kan Raziqh so bila makan tu rasa yucks tak sedap! Kali ni makan rasa best laa jugak, makan dengan nasi buat lauk tambahan, tapi pedasnya tuh dia aih, berasap mulut! Yang peliknya Rafiqh boleh pulak makan, sambil makan sambil buat muka pedas+tak sedap, hahaha... Punya laa banyak dia bagi, yang nak telan tu I sorang ja, haa jenuh laa, errr boleh makan dengan apa lagi kimuchi ni yer?!
p/s: Cik Nas peminat drama korea, nak kimuchi? Meh arr datang ambil kat rumah kakfith ek.
Semalam pulak jiran datang bagi potato-sarada... Memang my favourite ni, dia selalu bagi banyak2 especially bila nak dekat new year ni. Senang je kan nak buat benda ni? Tapi tak pernah rasa nak buat pun, tapi kena belajar laa, nanti2 balik Malaysia boleh buat sendiri...

Tuesday, December 15, 2009

Weekends dan cerita Rafiqh & Raziqh...

Sabtu lepas macam biasa kami tak ke mana pun, petangnya myLove main bola, 2R ni pulak tidur. Malamnya untuk dinner masak steak dan chicken wing berempah...


Ahad tu I bangun awal sebab nak kena join gotong-royong penghuni apato ni. Gotong-royong ni acara bulanan(ahad minggu pertama/kedua), dah lama dah tak join, since bulan 10 2007 sebab balik Malaysia nak bersalin, then balik sini konon2nya nak tunggu Rafiqh besar sikit baru nak join balik tapi elok Rafiqh dah besar I pregnant pulak, tangguh punya tangguh hingga laa 2bulan lepas baru join balik. Kalau ikut hati memang nak tunggu Raziqh besar sikit, mudah nak tinggalkan dengan myLove tapi disebabkan mulai tahun depan kami jadi ketua blok so nak tak nak kena start biasakan balik berkomunikasi dengan penghuni blok dan belajar sikit2 buat kerja. Bulan lepas turun gotong-royong pukul 8pagi bawa Rafiqh, tak pasai2 dia selsema, taktau sebab sejuk ka atau sebab berjangkit. Ahad lepas serba salah dibuatnya samada nak bawa dia ka tak, takut selsema lagi, huhu, tapi kalau nak tinggalkan kasihan kat dia, risau jugak myLove tak boleh kontrol 2R ni, fikir punya fikir last2 decide bawa dia. Before tu macam biasa laa, mesti kena warning dulu dan berkali2 ingatkan supaya jangan nakal, jangan main jauh2 dari mama, jangan kacau barang2 orang, jangan kacau orang bla bla bla. Disebabkan dia dengar cakap, well-behaved, so next time boleh bawa turun lagi. Sepanjang dok buat kerja, dia main lari2 sana sini, jatuh tergolek2, pi bercakap dengan obachan(=makcik/nenek) dan ojichan(=pakcik/atuk), tapi bila orang tanya nama ka umur ka adik mana ka, hagham dia tak jawab pun, dia buat muka blur dia, cet! Nak kata tak kacau langsung tu tipu laa kan, dia sibuk laa jugak nak pegang itu ini tapi I suruh dia kutip daun2 kering masuk plastik sampah, jadinya dia dok pulun kutip daun2 tu ja laa...

Petangnya lepas asar kami ke Fuji Grand, jalan2 tengok orang. Punya laa ramai umat manusia, sebab ada sale dan point 10bai laa kot. Shopping sikit2 lepas tu lepak2 makan soft cream, yummy! Pukul 6 terus kelam kabut balik, takut tak sempat solat maghrib, sekarang ni 6.30 dah isyak dah... Rafiqh suka kemain boleh keluar, mamanya pun suka jugak, hihi. Rasa release tensyen seminggu dok terperap dalam rumah tu. Antara barang yang dibeli ialah drawing pad dan crayon untuk Rafiqh. Sejak semalam asyik laa Rafiqh dok melukis mewarna. Baguih jugak, tak laa dia kacau mama buat kerja, hohoho...
Sedikit update tentang 2R:-

1. Sejak jadi abang, Rafiqh ni banyak jugaklah berubah, antara yang ketara ialah dia dah tak berminat dengan baby orang. Kalau dulu setiap kali tengok baby, dia akan excited tapi sekarang baby orang dia dah tak pandang dah, jeling2 gitu ja. Mungkin bagi dia "alah, saya pun dah ada baby dah...". Oh tapi, he still over excited bila jumpa budak2 baya dia, sangat suka nak bercakap dan bermain dengan budak2...

2. Sejak adik lahir dan kami balik sini, Rafiqh makin rapat dengan ayahnya. Bukan takat rapat ja, manja dan sangatlah mengada2 bila ayahnya ada. Dulu tak pun, dulu semuanya mama, memang anak mak lah! Tapi la ni hadoi, gerammm, tahap mengada2 tu kadang2 buat mak-nya meroyan! Bukan jeles hokey, baguih laa dia baik dengan ayahnya, sikit sebanyak ringan laa kerja mama kan, tapi bila time mama nak deal dengan dia(read: salin diaper, pakaikan baju, tidurkan dll) tu semua dia buat juai mahai, huiiiih rasa macam nak ja pelangkong kepala dia. Bila ayah takdak, baik laa pulak, elok ja perangai tu...

3. Kalau dengan adik tu, hamboi kemain lagi sayangnya. Adik buat apa pun, tendang2, tarik baju/rambut dia pun, boleh lagi gelak terkekek2, suka kemain laa ingat adik tu bagi response kat dia. Tak sakit kot, syok laa, sikit hari lagi adik buh penampaq ka cakar ka gigit ka hapa ka, haa entah2 time tu adik pun dia 'kelepiaq ikut dan' dia... Barang2 dia pun tak kedekut laa lagi, semua nak bagi adik. Dia pun dah faham, mana2 barang lama dia yang dah diberi pada adik(stroller, baby-sofa dll) adalah milik adik, so kalau adik nak guna dia tak kesah pun, tapi kalau adik tak guna, dia laa ghabat(=panjat) naik... Hari tu nak bawa 2R jalan2 kami bawa keluar stroller merah, dia terus terkam, ingatkan dia yang nak naik, rupa2nya tak, dia tepuk2 sebut "adik adik adik" sambil tunjuk2 adik, owh pandai pun, tau pun mama nak buh adik, hehehe...

4. Rafiqh dah faham dah kalau orang sebut kata nak ambil adik dia. Kalau mood tak baik tu, jangan laa dok usik2 adik dia, dia serang naya ja. Siap hentak2 kaki, menangis, pukul2 orang dan tarik2 baju adik. Marah sangat kalau orang nak ambil adik dia. Ni semua gara2 my junior-Iza yang kuat benor ngusik dia, dia macam dah was2 nak bagi orang pegang adik dia...

5. 2-3hari selepas 2nd birthday dia, Rafiqh dah stop bottle-feeding sepenuhnya, yay! Rasa macam senang sangat nak stop-kan dia pakai botol, lega amat2. Selalu dok dengar orang cerita budak yang nyusu botol ni susah nak wean, tu yang jadi risau tu. Alhamdulillah, no more bottle-feeding for Rafiqh...

6. Raziqh dah makin aktif meniarap. Kalau onichan takdak, buh atas tilam ja dia pusing. Berpusing 2-3kali, sedar2 dah tergolek jatuh atas carpet. Onichan sangatlah pengacau, bila tengok adik mengiring, saja2 tolong tolak/tarik adik bagi meniarap/terlentang balik, kesian adik tu.

7. Raziqh ni pun kalau bagi ayah jaga, mengada2 kemain lagi. Taktau laa kenapa, suka sangat merap suruh ayah dukung. Kalau duk dengan mama, elok ja boleh main sorang2 atas bouncer tu tengok mama buat kerja. Bila ayah mengasuh ja suka nak buat perangai, mama nak buat kerja pun tak senang tau...

Budak kecik ni selalu dipanggil "sepet" oleh abangnya, hihi...

Monday, December 14, 2009

Cookies minggu ini...

Hahaha, rasa lawak laa pulak bila ada kawan2 yang dok tegur "kerajinan" mak 2R ni menggodek biskut saban minggu. Ishhh bukannya rajin pun, dah ada orang nak makan, kena laa buat, yer dak?! Rasanya tiap kali tulis entry pasal biskut ni I memang tak pernah miss untuk mentioned tentang Rafiqh yang sangat suka makan biskut, kan? Seriously dia memang "hantu" biskut, selagi tak licin sebalang tu, selagi tu laa dia dok ulang2 minta nak makan. Tapi I tak laa bagi setiap kali dia minta, biasanya I akan bagi dia makan biskut ni pagi around 9am++(sebab dia breakfast awal, around 7am), then petang lepas lunch at around 3pm++ sekali lagi makan biskut sebagai oyatsu(=snack). Kalau nak angkut beli memang jenuh laa, sini bukan macam Malaysia yang ada jual biskut dalam tong boleh timbang2 kat kedai2 runcit tu kan. Kalau ada jual yang jenis gitu, memang mak depa ni tak payah buat dah laa, hehe. Kadang2 ada jugak kami belikan biskut2 kat 100yen shop, kat situ kan banyak biskut made in Malaysia tapi kalau nak hitung2 kos-nya, baik laa buat sendiri, lagi untung!

Seronok sebenarnya godek biskut ni, nak kata susah atau rumit tu tak laa since semua biskut yang I buat ni simple2 ja, bukan ada celup2 coklat ka, bukan ada bentuk lawa2 pun, semuanya main terap2. Selalunya pagi2 lepas habis kerja2 rumah dan uruskan 2R, dalam pukul 8lebih I dah start bancuh adunan, kalau Raziqh dok senyap atau tidur, boleh laa terus siapkan dalam 1-2jam tapi kalau tak sempat, sambil2 buat lunch pun boleh settle. Lagipun sejak Rafiqh start makan solid foods lagi I dah mula buat biskut sebagai snack dia, so bila dah lama2 ni rasa macam tak lengkap pulak aktiviti mingguan tanpa buat biskut. Yang pasti I happy sangat tengok Rafiqh pulun makan, so selagi dia nak makan, memang I akan sentiasa buat...

Hari ni buat 2jenis biskut, coffee milky cookies dan toy cookies. Both recipes I took from myResepi, but as usual wajiblah diolah2, hihi... Sengaja buat 2 sebab 1 tu mak depa yang teringin nak makan, kebetulan masa tengah cari2 resepi semalam terjumpa resepi ni so terus rasa nak cuba. 1 lagi tu of course lah untuk Rafiqh...

Coffee milky cookies ni resepi asalnya coffee cookies -> http://www.myresepi.com/top/detail/221

Ni versi mama 2R :
Bahan2:
120 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar instant coffee
1 sudu besar air panas
2 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur
60 gm gula
50 gm butter - suhu bilik

Untuk cara2 buat ni sila refer web yer...
Kalau ikut resepi asal, tak letak susu tepung pun, tapi konon2 untuk memaksimakan pengambilan kalsium, taram ja buh...
Biskut kopi yang ni lagi sedap dari yang I pernah buat sebelum ni. Rafiqh pun suka makan, ingatkan dia tak layan kopi2 ni, hihi...

Toy cookies pulak resepi yang sangatlah simple. Kalau tengok web tu cantik betul dihias cookies tu, sesuailah dengan namanya TOY kan, tapi semalam lupa nak beli gula2 tu jadinya tak boleh laa nak buat fancy2, cuma mampu letak choc chips saja. Oh hajat di hati nak terap2 tapi taktau apasal biskut ni lembik, padahal dah buh dalam fridge more than 2hours dah, huhu. Last2 gentel2 tekan2 bakar ja. Takpa2, next time cuba lagi!


Bahan2:
50 gm butter - suhu bilik
35 gm gula
1/2 biji telur
100 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder

http://www.myresepi.com/top/detail/198


Pada yang bertanya awat setiap kali buat biskut/kek dll tu I suka sangat kurangkan sukatan gula, jawapannya ialah sebab makanan2 tu Rafiqh nak makan, so memang kena buat tawar2 sikit. Lagipun I memang kureng sikit benda2 manis ni, kalau buat air pun agak2 manis2 buah gitu ja.