Thursday, October 17, 2013

1st Eid in Pattaya !

Banyak benda nak update tapi kelemauan melanda saikin(=lately)...

Jom mulakan dengan cerita raya lah dulu. Alhamdulillah, raya pertama kami sambut di Pattaya, sambut seadanya, truly a very simple celebration. 1st time in my life raya tak beriya memasak, kalau tak, tuh dia, penuh meja atur menu juadah, hehe. Most probably sebab tak ada geng, mula2 plan nak buat pot luck party dengan 2 lagi jiran yang tak balik beraya ke Malaysia, but then masing2 ada plan tersendiri, end up I thought tak jadi dah pot luck tu so dalam otak dok fikir nak masak ala kadar je lah. Tup2 suddenly a day before raya tu jiran sebelah ni - Ayu bagitau dia nak buat open house. Terus mama 3R ni semangat nak memasak, hahaha...

Pagi tu awal2 dah ke pasar, beli2 barang sikit. Asalnya nak masak nasi tomato, nak buat ayam masak merah, daging masak kicap dan acar buah(jelatah), ok cukup dah kot. Nasi empit ada bawa dari Msia tapi terbeli jenis yang kecik2 mini tu, taktau lah kenapa setiap kali rebus nasi empit tu takmau padat elok, so bila potong tu nanti habis relai dan rasa pun tak sedap sangat, macam seroi keras tak gebusss. So malas laa nak berlodeh mahupun berkuah kacang ayam untuk raya kali ni. My big mistake, masa datang sini hari tu tak beriya sangat nak bawa barang2 masakan dari Msia, dok fikir merantau ke negara jiran sebelah aje, ku sangkakan barang2 keperluan makanan kat sini akan sama lah dengan yang di Msia, oh no, I was wrong! Susah jugak nak dapatkan certain foods tu. Kalau kat Jepun/Europe, we still have Asian Shops or online shops yang bekalkan barang2/bahan2 masakan dari Msia, Thai, Bangladesh, India etc kan, which somehow meet our needs tapi kat sini mana nak ada semua tu hadoiiii laaa. So now, learn the lesson! Balik nanti sila lah hangkut segala mak neka barang hat takdak juai kat sini tu berkoyan2 bawa mai hokeh!!!

Adoi penat membebel...

Ok sambung...
Awalnya nak masak semua tu untuk pagi raya tapi bila tetiba ada jemputan makan kat rumah jiran terus lah fikir nak masak untuk dinner saja lah. Disebabkan untuk pot luck dah beli barang nak buat fruit cocktail berkuah dan sardin roll, so la la tu jugak terus masuk dapur siapkan sardin. Tengok kat dapur ada ubi keledek 2 biji lagi, potong ayam dan sediakan inti karipap sekaligus. Sambil2 tu masak daging masak kicap dan siapkan bahan2 untuk ayam masak merah. Settle buat sardin roll, buat karipap pulak. Siap masak semua dah dekat pukul 4. Ingatkan nak keluar ke 7E sekejap, nak beli freshmilk untuk buat puding cocktail tu, tapi tak sempat dah sebab 2R biasanya 4.30 dah sampai rumah. Kemas2 rumah dulu sementara tunggu depa sampai. Elok depa sampai ja, terus ajak ke 7E, nasib baik ustazah batalkan sessi mengaji petang tu, kalau tak, memang tak merasa laa nak ber-cocktail kan. On the way balik dari 7E singgah pasar sekejap, beli buah tembikai dan pisang. Tengah2 jalan tu bebudak ni minta nak main kat playground lah pulak, singgah sekejap bagi depa main, tak lama pun, dalam 15minit Raisha dah buat hal nak balik. Balik laa rumah sambung berkuntau buat kerja, masak kuah cocktail tu sambil menyapu sampah dan kemudiannya mop lantai. Subhanallah terasa semput dan penat amat, non-stop buat kerja. Nasi tomato cancel! Masak nasi putih saja, dah tak berdaya nak berdiri lama kat dapur dah. Dah lama tak masak banyak2 macam ni, terasa pancit sungguh. Malam tu tidur awal tanpa dengar takbir raya pun...

The next day, bangun pagi buka sliding door, sayup2 dengar takbir raya, oh indahnya~~~ Alunan zikir kat sini sama sebijik macam di Msia, merdu sungguh. Sambil sediakan sarapan dan get ready-kan 2R untuk pi solat raya bersama ayah depa. Obviously kepenatan semalam tu tak hilang habis lagi, masih terasa sebu seluruh badan, mabuk2 pun yer jugak. So mama hanya berbaring saja dengan harapan nak lelapkan mata sekejap sementara depa di masjid tapi mata takmau pejam, terkebil2 lah berbaring. Tak lama lepas depa balik, ayah 3R ajak gi jalan2 pusing mall, haha, raya di mall je laa. Jalan punya jalan sampai laa nak masuk zohor, kelam-kabut balik rumah...

Plan asal kononnya nak bawa puding berkuah cocktail, sardin roll, karipap dan buah2 ke rumah Ayu tapi sebab dah tak sempat nak goreng2 tu kami cuma bawa puding dan buah2 saja. Sardin roll hantar keesokan harinya, karipap nextweek lah bagi yang baru buat. Kami balik rumah untuk solat saja dan terus siap2 pi lunch kat sana. Ayu masak mee kari dan spagetti, sedap tak payah cerita laa kan, dah lama tak makan masakan orang, nikmatnya tak terkata! 3R makan spagetti sampai tambah 3kali haaa. Kenyang sungguh depa sampai ke malam tak makan apa dah. Mak depa pulun mee kari sampai 2 mangkuk penuh bertambah2, sengkak sampai tak larat nak jalan, hahaha. Berjam2 jugak melepak bersembang, dapat pulak tapau bawa balik, jawabnya malam tu dapur tak berasap ler. Malam tu semua tidur awal, penat pusing mall dan penat makan, hihi, alhamdulillah...

Itulah cerita raya kami... Walaupun simple dan alakadar saja, happy tetap happy. Tahun ni kurang bernasib baik, selalunya sambutan raya kat sini pun meriah sebenarnya sebab ramai jugak Msian kat sini tapi tahun ni ramai yang balik sambut raya di Msia, tinggal 2 family saja. Takpa lah, insyaALlah nextyear kalau ada ramai2 boleh buat projek raya kasi happening lagi...

Oh ya, kat kawasan kami tinggal ni memang ramai umat islam. Masjid pun ada beberapa buah berdekatan, aktiviti korban kat sini pun meriah, sama macam kat Msia jugak. Alkisahnya merasalah kami dapat makan daging korban tahun ni, alhamdulillah. Kat Msia sendiri pun susah nak dapat, tup2 kat sini boleh dapat, rezeki sungguh!

Itu lah saja ceritanya, punyalah panjang, gambar sehabuk tarak, 2R tak merasa pakai baju melayu, mak depa nyanyuk lupa nak bawa. Mai sini hari tu masih mabuk teruk, otak tak berfungsi dengan baik, kesian anak2 mama, nanti kita bawa yer. Mama bersiap cun dah nak suruh anak2 tolong snap picture tapi dok kalut pi mai pi mai langsung terlupa. Badan pun kurang sihat, tingtong memanjang, dah lama tak bergambar, tak boleh jadi ni, nanti tak ada kenangan gambar pregnant ke-4 ni...

Oklah, nak ucapkan selamat hari raya eid adha buat semua !

4 comments:

Unaizah said...

Selamat hari raya

Fith said...

Selamat hari raya kak Unai!

oakleyses said...

louis vuitton, polo ralph lauren, nike free run, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet online, sac longchamp pas cher, michael kors pas cher, longchamp outlet, tiffany and co, uggs on sale, prada outlet, replica watches, tiffany jewelry, nike free, polo outlet, longchamp pas cher, prada handbags, louboutin pas cher, chanel handbags, nike air max, air max, ugg boots, nike air max, nike roshe, burberry pas cher, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, gucci handbags, louis vuitton, louis vuitton outlet, tory burch outlet, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin uk, louis vuitton outlet, longchamp outlet, christian louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, nike outlet, kate spade outlet, jordan shoes, jordan pas cher, ray ban sunglasses, ray ban sunglasses, oakley sunglasses wholesale, replica watches

oakleyses said...

converse pas cher, burberry outlet, michael kors outlet online, hollister pas cher, timberland pas cher, michael kors outlet online, michael kors outlet online, hogan outlet, kate spade, nike tn, true religion outlet, nike air max uk, michael kors, true religion jeans, uggs outlet, nike air max, nike free uk, north face, ray ban uk, north face uk, true religion outlet, nike blazer pas cher, true religion outlet, michael kors, uggs outlet, abercrombie and fitch uk, lululemon canada, vans pas cher, sac vanessa bruno, nike air max uk, michael kors outlet, michael kors outlet, ray ban pas cher, michael kors outlet, oakley pas cher, nike roshe run uk, polo lacoste, nike air force, ralph lauren uk, coach purses, coach outlet, guess pas cher, new balance, hollister uk, coach outlet store online, sac hermes, burberry handbags, replica handbags